You are on page 1of 8

Keperluan Pemerintahan merupakan fitrah semula jadi manusia.

Keperluannya

menyamai keperluan manusia terhadap perkara asas yang lain seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Kepentingannya dirasai oleh manusia sejak manusia wujud di muka bumi ini. Para ahli falsafah yang menerajui tamadun-tamadun awal dunia terlebih dahulu merasai tentang kepentingan pemerintahan. Contohnya, kenyataan para ahli falsafah Greek seperti Plato dalam karya agungnya Republik dan Aristotle dalam karya unggulnya Politic. Mereka sepakat menegaskan bahawa pemerintahan merupakan fitrah semua jadi dan keperluan asas manusia pada setiap masa dan tempat kerana manusia itu merupakan makhluk yang sentiasa perlukan hidup bermasyarakat. Keamanan dan kesejahteraan masyarakat hanya dapat diwujudkan dengan adanya pemusatan kuasa dan pemerintahan. Ibnu Khaldun sebagai bapa dan pengasas ilmu ketamadunan pertama di atas muka bumi ini pada abad ke-14 dalam karya agungnya iaitu alMuqaddimah Lih Kitab al-Ibar menegaskan bahawa manusia merupakan makhluk yang mempunyai pelbagai ke-istimewaan. Antaranya ialah bakat dan keupayaan berpolitik. Manusia ditegaskan oleh beliau sebagai makhluk yang memerlukan pemusatan kuasa dan pemerintahan untuk menjaga kepentingan, keselamatan, keamanan, kesejahteraan dan kebahagiaan sejagat. Salah seorang Mujaddid agung dalam karyanya seperti Mabadi al-Islami mem-perkukuhkan lagi pendapat Ibnu Khaldun. Manusia menurutnya memerlukan pemerintahan atau hidup bernegara kerana mereka perlu melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar. Hal ini hanya dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan setelah wujudnya pe-merintahan. Tanpa pemerintahan perkara ini sukar untuk dilaksanakan.Jika manusia gagal untuk melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar nescaya bumi ini sentiasa bermandikan darah akibat seribu satu kejahatan yang dicetuskan oleh manusia sendiri.

POLITIK DAN PEMERINTAHAN (Tamadun Islam) Kedatangan Islam telah memberi perubahan terhadap sistem politik. Contohnya, agama Islam telah diisytiharkan sebagai agama rasmi di Melaka. Sehubungan itu, beberapa institusi Islam didirikan bagi membantu

mengukuhkan sistem pentadbiran berasaskan Islam. Antara institusi yang didirikan adalah Jabatan Agama Islam dan Syariah. Selain itu, kitab Undangundang Laut dan Hukum Kanun Melaka dihasilkan untuk panduan masyarakat. Beberapa jawatan seperti kadi, imam dan sebagainya

diwujudkan bagi melaksanakan peraturan-peraturan yang ditetapkan. Setelah Islam datang dan tersebar di seluruh Nusantara, sistem politik dan pentadbiran masyarakat Melayu telah berubah dan dipadankan dengan ajaran Islam. Gelaran raja bertukar kepada sultan dan disamakan dengan khalifah seperti yang diperkenalkan dalam sistem politik Islam. Dengan kedatangan Islam juga, terdapat suatu unsur kekuasaan rakyat dalam menentukan penubuhan sistem beraja. Rakyat boleh mengubah perjanjian jika syarat-syarat dilanggar oleh raja. Keadaan ini bertentangan dengan asas penubuhan yang disarankan oleh Tajus-Salatin dan Bustanus Salatin yang menekankan fardhu bagi penubuhan sistem beraja sebagai kurniaan Tuhan kepada manusia dan merupakan suatu pekerjaan yang hanya dapat ditanggung olehorang yang terpilih sebagai pewaris kedudukan khalifah. Konsep dewaraja bertukar kepada konsep sultan. Ia merupakan suatu gelaran kepadaorang yang diamanahkan mentadbir sesebuah negeri dan pada masa yang sarna berperanan sebagai khalifah Allah SWT di bumi. Kepatuhan dan ketaatan pada sultan adalah kepatuhan yang bersyarat, bukan kepatuhan mutlak seperti konsep dewaraja. Dalam konteks sosial, Islam mengajar tidak ada pengkastaan dalam masyarakat sepertidalam pengaruh Hindu-Buddha, sebaliknya pembentukan masyarakat mestilah diasaskan pada keadilan yang bersendikan agama. Raja dan rakyat, tua dan muda, kaya dan miskfu semuanya mempunyai peranan dalam masyarakat (Mifah Abu Yazid, 2003:54). Dari segi pentadbiran, kerajaan Melayu Melaka ditadbir oleh seorang sultan yang mempunyai kuasa penuh dalam urusan pentadbiran negara.

Sultan juga berperanan sebagai ketua dalam agama Islam dan ketua negara. Sultan juga bertanggungjawab mempastikan pentadbiran dapat dijalankan dengan baik dan berkesan. Buktinya, di zaman pemerintahan Melayu Melaka, kerajaan amat maju dan stabil. Menurut sejarah, Kerajaan Melaka telah menyediakan tapak yang subur bagi perkembangan Islam di Tanah Melayu. Bukti-bukti sejarah menjelaskan bahawa Islam bertapak di Tanah Melayu seawal kurun ke-9M dan selewat-Iewatnya pada kurun ke-15M. Islam telah bertapak di Kelantan, Terengganu dan Kedah sebelum terbentuknya Kerajaan Melaka. Keagungan Melaka mula terserlah apabila ia mengamalkan dasar luar yang pragmatik iaitu dasar berbaik-baik dengan kuasa besar asing pada ketika ituseperti Siam, Majapahit dan China. Dasar ini mampu menstabilkan politik Melaka sertamemberi peluang kepada perkembangan ekonomi dan pentadbirannya (Afifah AbuYazid, 2003: 3) Pemerintahan Rasulullah S.A.W Syariah Islamiah atau undang-undang gubalan Allah S.W.T merupakan payung yang menaungi semua umat Islam termasuk Rasulullah s.a.w dalam negara Islam yang pertama di atas muka bumi yang didirikan oleh baginda adalah muktamad dalamsesuatu perkara yang tidak diputuskan atau dikelaskan oleh al-Quran. Ketika itu kekuasaan berada dalam tangan Rasulullah s.a.w. Hal ini bererti Rasululah s.a.w menjalankan dua tugas serentak iaitu sebagai rasul dan ketua negara. Dalam banyak hal Rasulullah s.a.w membuat keputusan sendiri dalam isu-isu yang tidak dijelaskanoleh al-Quran. Namun demikian, baginda lebih mengutamakan para sahabat. Mereka diajak berbincang terlebih dahulu sebelum sesuatu keputusan itu diambil oleh baginda (syura). Masjid ialah institusi pertama sekali yang dibina oleh Rasulullah s.a.w sebaik sahaja baginda sampai di Madinah. Di situlah menjadi ibu pejabat kerajaan Islam yang diasaskan oleh baginda yang dikenali sebagai Masjid anNabawi( Masjid Nabi).

Fungsi masjid terlalu luas merangkumi ibadat khusus seperti sembahyang, pusat pemerintahan, pusat pengurusan, mahkamah dan sebagainya. Baginda menjadi imam dalam sembahyang dan melaksanakan segala tugas pemerintahan negara Islam di masjid tersebut. Antara tugas berat lain yang dijalankan oleh baginda yang berpusat di masjid tersebut ialah kerja-kerja perhubungan awam. Dari situlah baginda menulis surat-surat dan memilih pendakwah-pendakwah untuk dihantarkan kepada raja-raja luar negeri yang sezaman dengan baginda dan juga kepada ketuaketua-ketua kabilah Arab di Semenanjung Tanah Arab. Di situlah juga merupakan tempat Rasulullah s.a.w menyambut ketibaan wakil-wakil kerajaan asing dan ketua-ketua kabilah, arahan kepada gabenorgabenor di wilayah Islam berkaitan dengan pungutan cukai dan sebagainya dikeluarkan serta menjadi tempat melaksanakan hukuman kepada

penjenayah-penjenayah. Dalam hal yang lain segala aduan yang disampaikan oleh rakyat negara Islam didengar oleh baginda di masjid tersebut dan mendamaikan pihak-pihak yang bertelagah. Malah, setiausaha dan pembantu juga melaksanakan titah perintah baginda di masjid. Pendek kata, masjid merupakan skretariat Rasulullah s.a.w seumur hidup. Pemerintahan Khalifah Ar Rasyidin Rasulullah s.a.w mendirikan negara Islam dan melaksanakan dasr-dasar pemerintahan Islam. Ia telah diperkemaskan oleh Khalifah ar-Rasyidin. Dalam jangka masa itu telah wujud organisasi negara Islam yang boleh dibahagikan kepada empat. Kekhalifahan Kekhalifahan atau al-khalifah. Sebelum Rasulullah s.a.w wafat, baginda tidak meninggalkan sebarang wasiat untuk menjadi penggantinya atau khalifah. Pelantikan khalifah selepas itu terserah kepd umat Islam untuk

melaksanakannya melalui Syura. Walaupun bainda tidak menetapkan

penggantinya tetapi dasar-dasar pemerintahan Islam telah diasaskan oleh baginda seperti yang berikut: 1. Mengutamakan persaudaraan, persamaan, dan permesyuaratan 2. Menjamin keselamatan jiwa, harta dan kehormatan peribadi. 3. Pemeliharaan menunaikan amanah 4. Pemeliharaan riba dalam kegiatan ekonomi. 5. Menetapkan hak serta tanggungjawab antra suami isteri. Dasar-dsar ini menjadi asas kepada semua bidang kehidupan umat Islam, tidak terbatas dalam bidang politik, malah meliputi sosial, ekonomi, pentadbiran, rumah tangga, dan sebagainya. Rasulullah s.a.w tanpa wasiat tentang mereka yang bakal menajdi khalifah. Abu Bakar as-Siddiq dipilih oleh para sahabat yang terkemuka secara Syura dan dipersetujui oleh umat Islam melalui baiah. Umar bin al-Khattab dicalonkan oleh Abu bakar as-Siddiq sebelum kematiannya setelah mengadakan mesyuarat dengan para sahabat. Uthman bin Affan dipilih melalaui Majlis Syura yang terdiri daripada enam orang iaitu diri sendirinya, Ali bin Abi Talib, Abdul Rahman bin Auf, Saad bin Abi Waqas, Zubir al Awam dan Takhan bin Ubaidillah. Ali pula dilantik sebagai umat Islam di mAsjid Madinah secara mesyaurat. Dari keterangna tersebut di atas jelas menunjukkan bahawa Khalifah ar Rasyidin dilantik melalaui proses berikut: 1. Mesyuarat diutamakan ketika seseorang khalifah itu hendaklah dilantik. 2. Pencalonan khalifah tidak pernah dicalonkan oleh Khalifah ar-Rasyidin 3. Pada zaman Khalifah pemilihan khalifah mengikut hunas Syura dan demokrasi tulen. Pemerintahan Bani Umayyah Kerajaan Bami Umayyah mengambil teraju pemerintahan umat Islam mulai tahun 661 hingga 750 masihi (41-132 Hijrah)

Sistem Perlantikan Khalifah Insitusi khalifah mula dimonopolikan oleh kerajaan Bani Umayyah yang berlainan sekali perlantikannya daripada zaman Khalifah ar-Rasyidin yang menjadi hak milik keluarga Bani Umayyh dan tidak lagi menjadi hak milik umat Islam sejagat. Muawiyah merupakan pengasas Bami Umayyah dan khalifah pertama daripada kerajaan tersebut yang telah mewariskan jawatan khalifah kepada puterannya iaitu Yazid yang diisytiharkan sebelum kematiannya. Pada peringkat awal, kerajaan Bani Umayyah dkenali sebagai Sufianiah yang merupakan cucu cicit Abu Sufian bapa kepada Muawiyah. Sistem penamaan bakal khalifah hanya ditetapkan seorang sahaja. Akan tetapi di bawah pemerintahan Marwaniah, iaitu cucu cicit Marwan bin alHakam yang merupakan keluarga kedua menamakan waris pemerintahan kerajaan Bani Umayyah, dua orang calon dilantik serentak sebagai raja muda untuk menjadi khalifah. Contohya, Marwan menamakan dua orang puteranya iaitu Umar II dan Yazid II sebagai raja muda. Demikian juga Yazid II menamakan adiknya iaitu Hashim dan puteranya al-Walid UU sebagai raja muda. Sistem pelntikan cara kedua ini membawa padah yang amat buruk kepada pemerintahan Bani Umayyah. Ramai anggota keluarga khalifah yang berkebolehan, berkelayakan, lebih dewasa dan sebagainya tidak berpeluang menjawt khalifah. Kesan buruk daripada sistem ini ialah timbulnya kekacauaan dan perebutan jawatan khalifah. Contohnya, pada zaman Walis II di mana beliau sendiri mati dibunuh. Sekali gus Bani Umayyah berpecah menjadi dua kumpulan yang merupakan salah satu faktor utama membawa kepada keruntuhan kerajaan Bani Umayyah. Majlis Syura Majlis Syura yang diutamakan oleh khalifah ar-Rasyidin dihapuskan oleh kerajaan Bani Umayyah. Namun demikian, Umar bin Abdul Aziz telah cuba

menghidupkannya kembali sejak menjadi Gabenor Hijaz dengan melantik beberapa tokoh ulama yang berkaliber. Apabila menjadi khalifah, beliau cuba mengasaskan semula majlis Syura dengan menghubungi ramai ulama. Zaman pemerintahannya adalah pendek (717-720 Masihi/ 96-99 Hijrah). Sebab itulah majlis tu begitu berjaya ditegakkan kembali.

INSTITUSI POLITIK DAN SISTEM PEMERINTAHAN (Tamadun Cina) Asas pemikiran politik tradisional asasnya telah terbentuk sejak tempoh semelum Dinasti Chin (221 S.M.- 207S.M.). pemikiran politik Cina banyak dipengaruhi oleh aliran-aliran falsafah Konfusianisme, Daoisme, Legalisme Fa, dan Maisme. Aliran-aliran falsafah ini masih berpengaruh sehingga kini. Pada umumnya sistem politik dan pemerintahan di China adalah berteraskan dinasti yang bersifat feudal. Sesebuah dinasti akan berpegang pada satu ajaran falsafah yang lazimnya berbeza dengan falsafah dinasti yang lain(Osman Bakar, 2009: 104). Antaranya ialah; i. Konfusianisme menekankan pemerintahan berdasarkan akhlak iaitu sebuah negara unggul merupakan negara yang mempunyai ketua yang bijaksana dan bersifat mulia. Konfusianis turut menegaskan bahawa rakyat harus diperintah dengan II (kesopanan, kesusilaan) dan moral, bukannya undang-undang dan hukuman. Dalam feudalistik Cina, orang bangsawan diperintah melalui li, manakala rakyat biasa diperintah berdasarkan hukuman. Konfusianis menegaskan bahawa bukan bangsawan sahaja yang patut diperintah melalui II, sebaliknya rakyat umum juga patut diperintah melalui li (Fung Yu Lan, 2006: 197). ii. Moisme menekankan pemerintahan berdasarkan kebajikan serta menekankan kepentingan Langit, hantu (mahluk halus) dan manusia. Bagi Mois, Tuhan mencintai, dan berkehendakkan semua manusia mencintai antara satu sama lain (Fung Yu Lan, 2006: 65-66) iii. Legalisme Fa menekankan pemerintahan berdasarkan perundangan. Dalam permikiran Legalis, setiap orang adalah sama dari segi undangundang dan cara terbaik adalah adalah menghapuskankonsep li (kesusilaan) oleh Konfusius dan meletakkan piawaian bahawa

ganjaran dan hukuman adalah sama bagi semua orang. (Fung Yu Lan, 2006: 191-194). iv. Daoisme menekankan pmerintahan dan berdasarkan tabii (wu-wei). Golongan Daois turut sependapat dengan Konfusianis mengenai negara memerlukan seorang ketua yang bijaksana. Namun menurut Konfusian, apabila orang bijak (pendeta) menjadi pemerintah, beliau seharusnya melakukan pelbagai perkara untuk rakyat, sebaliknya menurut Daois, tanggungjawab pemerintah pendeta adalah untuk tidak melakukana apa-apa atau tidak bertindak kerana berlakunya huru-hara di dunia, bukan disebabkan oleh terlalu banyak kerja yang dilakukan (Fung Yu Lan, 2006: 121-123)

You might also like