Professional Documents
Culture Documents
PENGENALAN
AQIDAH
Ilmu berkaitan dengan kepercayaan dan keyakinan kepada Allah SWT dan rukun iman yang lain (Razali, 2002) membicarakan perkara yang berkaitan keyakinan terhadap Allah dan sifat-sifat kesempurnaan-Nya.
Mempelajarinya adalah Fardhu Ain dan mempelajarinya secara mendalam adalah Fardhu Kifayah.
HALAWATUL IMAN
Berasa gembira melakukan ibadah, sanggup menanggung kepayahan demi mendapat keredhaan Allah dan RasulNya serta mengutamakan Allah dan Rasul lebih daripada harta benda dunia.
IMAN
mempercayai dan membenarkan dalam hati, berikrar dengan lidah bahawa Allah SWT adalah Tuhan yang sebenar dan berhak disembah
Sifat Manawiyah
SIFAT 20 ALLAH
Sifat Salbiah
Sifat Maani
SIFAT NAFSIAH
Sifat zat bagi Allah SWT - sifat wujud WUJUD ertinya ada, tetap ada, dan adanya Allah tidak disebabkan oleh sesuatu sebab. Wujudnya Allah tidak melalui perantaraan sesuatu pun di luar zatnya
Dalil aqli: Memerhatikan sendiri keadaan alam sekeliling kita, peredaran masa, pertukaran masa siang dan malam, adanya matahari, bintang, bulan, gunung-ganang, dan kejadian-kejadian yang sempurna mengikut kehendakNya Siapakah yang menciptakan ini semua? Jika tidak wujud Allah itu maka akan tiadalah alam dan segala isinya ini
SIFAT SALBIAH
Sifat yang menafikan sesuatu yang tidak layak bagi zat Allah (Ahmad & M.Farid, 2008)
WAHDANIAH QIDAM
BAQA
SIFAT SALBIAH
QIAMUHU BINAFSIHI
i. QIDAM
Qidam maksudnya sedia ada, tiada permulaan dan tiada akhir baginya (Akhmal, 2004) Allah sudah ada sebelum adanya segala makhluk atau sesuatu kejadian di dalam dunia dan alam lain
Dalil aqli:
Sekiranya Allah itu bersifat baharu, tentulah Allah berhajat kepada yang membaharukannya, danyang membaharukannya akan berhajat kepada yang membaharukannya pula Oleh itu, adalah mustahil bagi Allah bersifat baharu dan tidak boleh diterima oleh akal fikiran manusia yang bijak.
ii. BAQA
Baqa bermaksud kekal selama-lamanya, tiada kesudahan bagi-Nya Firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 2: Tafsirnya: Allah tiada tuhan (yang berhak disembah), melainkan Dia, Yang tetap hidup, Yang kekal selama-lamanya mentadbir sekalian alam. Dalil Aqli : - Sekiranya Allah itu bersifat fana (binasa), maka ia adalah baharu, jika ia baharu ertinya dia sangat memerlukan pertolongan dan berhajat kepada yang membaharukannya. Sedangkan Allah itu Maha Besar dan Maha Berdiri dengan sendirinya.
Firman Allah dalam surah Asy-Syura ayat 11: Tafsirnya: Tiada sesuatu pun yang menyerupai Allah Taala. Dialah Allah yang Maha Mendengar dan Maha Melihat Dalil Aqli: Sekiranya Allah tidak bersifat Mukhalafatuhu lil hawadith beerti Dia bersifat baharu atau berada dalam kelemahan.
v. WAHDANIAH
Allah bersifat Esa, hanya satu dan tiada keduanya atau lebih Dalil naqli menjelaskan sifat ini dalam ayat 22, Surah Al-Anbiya yang bermaksud: Dan sekiranya ada Tuhan di langit dan di Bumi ini yang lain daripada Allah SWT, nescaya binasalah keduanya
SIFAT MAANI
Sifat yang maujud pada dirinya, sama ada bagi yang baru atau yang qadim (Ahmad & M.Farid, 2008)
Sifat yang berdiri pada zat Allah SWT yang bersifat dengan satu hukum atau manawiyah
QUDRAT
KALAM
IRADAT
SIFAT MAANI
BASAR ILMU
SAMA
HAYAT
i. QUDRAT
Wajib bagi Allah bersifat qudrat (kuasa) Dalil aqli menetapkan, Allah tidak akan mampu menciptakan alam ini dengan segala keindahan dan aturannya tersendiri sekiranya Allah bersifat lemah (Akhmal, 2004) Dalil naqli dijelaskan di dalam Al-Quran:
Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu (Surah Al-Baqarah: Ayat 20)
ii. IRADAT
Wajib bagi Allah bersifat berkehendak Dalil aqli: Sekiranya Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan kehendakNya, bererti Allah dipaksa dan lemah serta tidaklah wujud alam ini. Dalil naqli menjelaskan bahawa: Sesungguhnya Tuhanmu (Allah) sangat berkuasa untuk menjadikan segala sesuatu itu dengan kehendakNya (setiap sesuatu yang Ia kehendaki) (Surah Hud: Ayat 107)
iii. ILMU
Allah wajib bersifat mengetahui (ilmu) Dalil naqli menjelaskannya di dalam Surah Yaasiin ayat 76 yang bermaksud:
Maka janganlah engkau sampai sedih dengan ucapan mereka (Jahiliah). Sesungguhnya Kami (Allah) Maha Mengetahui apa yang mereka rahsiakan dan apa-apa yang mereka nyatakan.
Kewujudan alam ini menunjukkan bahawa yang menciptakannya mempunyai sifat ilmu dan sifat iradat. Oleh itu, wajib bagi Allah bersifat ilmu.
iv. HAYAT
Dalil naqli berkaitan dengan sifat ini terdapat dalam ayat Al-Quran yang bermaksud:
Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup kekal (terusmenerus yang tiada mengantuk dan tiada tidur). (Surah Al-Baqarah: Ayat 225)
Allah itu bersifat hidup, maka ia mampu menciptakan makhluk yang hidup dan hidupnya Allah tidak menyerupai hidupnya makhluk di alam ini
v. SAMA
Allah bersifat Sama atau mendengar; mendengarNya tidak seperti manusia atau makhluk lain, dan bukan melalui telinga. Ini dijelaskan dalam ayat 76, Surah Al-Maaidah yang bermaksud: Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui Dalil aqli: Sekiranya Allah tidak mendengar iaitu bersifat dengan sifat kekurangan, tentulah Allah tiada kuasa menciptakan makhluk yang pelbagai ragam.
vi. BASAR
Al-Quran telah menjelaskan sifat ini dalam Surah Alhujarat, ayat 18 yang bermaksud:
Dan Allah Maha Melihat akan apa yang engkau perbuat.
Wajib bagi Allah bersifat Basar (melihat) Melihatnya Allah tidak sama dengan makhluknya dan tiada alat perantara seperti mata dan sebagainya.
vii. KALAM
Allah bersifat berkata-kata (Kalam) Allah SWT tidak dapat menyampaikan wahyuNya kepada Nabi-nabi dan Rasul-rasulNya sekiranya Allah tidak bersifat kalam. Kalam Allah tidak sama dengan kalam manusia atau makhluk lain kerana Allah tiada berhuruf, bersuara dan lidah seperti makhluk lain Dalil naqli dijelaskan dalam Al-Quran yang bermaksud:
Dan telah berkata-kata Allah dengan Nabi Musa, akan sempurna-sempurna perkataan. ( Surah An-Nisaa : Ayat 163)
SIFAT MANAWIAH
Setiap hal yang bersabit kepada zat yang diistilahkan dengan makna yang berdiri dengan zat
(Ahmad & M.Farid, 2008)
Setiap sifat yang mesti bagi zat disebabkan kerana adanya makna yang berdiri dengan zat
(Ahmad & M.Farid, 2008)
Hubungan antara sifat maani dengan sifat manawiah diterangkan dalam kedua-dua takrif ini iaitu suatu perkara yang tetap bagi zat Allah SWT bersifat dengan sifat maani.
SIFAT MANAWIAH
Kaunuhu Qadiran Kaunuhu Mutakalliman Kaunuhu Muriidan
Kaunuhu Basiran
SIFAT MANAWIAH
Kaunuhu aliman
Kaunuhu Samian
Kaunuhu Hayyan
Dan telah berkata-kata Allah dengan Nabi Musa, akan sempurna-sempurna perkataan. ( Surah An-Nisaa : Ayat 163)
Ash-Shummu : Pekak Mustahil pada akal bahawa Allah bersifat pekak, sebaliknya wajib bagiNya bersifat dengan sama (mendengar)
Al-Umyu : Buta Mustahil Allah SWT itu bersifat buta, tetapi wajib bagi Allah bersifat dengan sifat Basar (melihat) Al-Bukmu : Kelu / Bisu Mustahil bagi Allah bersifat dengan sifat kelu , tetapi wajib bagi Allah bersifat dengan sifat Kalam (berkata-kata) Al-Mayyitu : Mati
Ibadah terdiri daripada beberapa jenis, iaitu ibadah melalui hati, perkataan, perbuatan, dan harta Amalan akan diterima sebagai ibadah dengan syarat amalan yang dikerjakan itu sesuai dengan hukum-hukum syariat dan tidak bercanggah dan dengan niat yang baik atau ikhlas (Ahmad & M. Farid, 2008).
Ciri-ciri khusyuk
Jiwanya tenang
Kesungguhan melakukan ibadah kepada Allah Hatinya mantap Perhatian tertumpu kepada ibadah yang dilakukan
Ikhlas adalah bahagian yang tidak boleh terpisah daripada ibadah kerana setiap amal tidak akan mempunyai nilai kebaikan melainkan lahir dari niat yang ikhlas, bersih, tulus dan suci Jika manusia berniat selain Allah, maka ibadat itu tidak diterima oleh Allah Keikhlasan juga dapat meletakkan seseorang itu ke darjat yang tinggi dan membawa sesebuah masyarakat atau umat kepada perpaduan, persaudaraan serta kesejahteraan dalam kalangan mereka
Sifat ikhlas dapat dikekalkan dengan cara menjauhi perkara syirik, memperbaharui dan sentiasa mempertingkatkan iman, menghayati doa iftitah dan sentiasa muhasabah diri