You are on page 1of 4

CABARAN DAN USAHA MEMARTABATKAN PROFESION PERGURUAN

CABARAN DAN USAHA MEMARTABATKAN PROFESION PERGURUAN SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU 2008 OLEH: RUZAIN SYUKUR B MANSOR ruzainsyukur_mansor@yahoo.com wacanasyukur.wordpress.com akademipenulisbebas.wordpress.com B.A. Hons Pengajian Ilmu Wahyu UIAM Tanggal 16 Mei setiap tahun merupakan hari istimewa buat semua warga guru.Bukannya mengejar dan mengharapkan pengiktirafan serta sanjungan melambung , namun sambutan Hari Guru biasanya dilaksanakan dengan penuh simbolik bagi menghargai jasa dan pengorbanan pendidik yang setia membangun jiwa memacu kecemerlangan modal insan. Kita masing-masing pastinya mempunyai seribu satu nostalgia indah bagaimana insan guru diraikan dengan cara tersendiri.Menyingkap memori lama, pasti kita teringat bagaimana sajak-sajak dibacakan untuk mereka, bingkisan dan hadiah dititipkan untuknya walaupun ianya tidak dapat membalas segala pengorbanan yang telah ditaburkan.Bayangkan dunia ini tanpa guru yang mengajar kita membaca dan menulis? Mampukah kita menongkah arus membangun diri? Cabaran Ada relevannya mengapa guru Malaysia harus diberi pengiktirafan.Guru kini diasak dengan cabaran yang pelbagai memerlukan mereka terus kekal di dalam arus globalisasi.Konsep langit terbuka banyak mendedahkan pelajar masakini dengan pelbagai perkara samada yang membawa kebaikan ataupun keburukan.Rela atau tidak,

guru bertindak sedaya upaya untuk menyeimbangkan keperluan perkembangan minda pelajar agar kekal mengamalkan nilai dan jatidiri serta mengamalkan tatasusila mulia adab ketimuran . Di tengah-tengah kesibukan menjalankan tugas asasi merancang dan melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran , janganlah dilupakan ada insan guru yang bersengkang mata menelaah pelajaran demi mengejar segulung ijazah untuk meningkatkan kerjaya di bidang perguruan.Begitulah tabahnya guru-guru yang gigih berusaha menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah pendidikan , malah ada di kalangan mereka yang kini bergelar calon sarjana dan Phd. Ini tidak termasuk karnival dengan pengorbanan di masa peringkat guru menjalankan aktiviti

pengembangan bakat dan potensi pelajar melalui pengendalian kejohanan sukan, syarahan, pendidikan sekolah sehinggalah kebangsaan.Segalanya demi ingin melihat modal insan yang dilahirkan seimbang dari segi ilmu, kemahiran dan sikap yang positif serta potensi yang mampu melonjak kecemerlangan diri.Pengorbanan tersebut menuntut komitmen masa, wang ringgit dan tenaga yang tidak ternilai di samping tidak meminggirkan tugas asasi mereka di bilik darjah. Ketika berada di sekolah, merekalah ibu dan bapa kepada anak-anak kita.Mengajar, mengendalikan aktiviti, membawa pelajar menyertai aktiviti kokurikulum ke sekolah berhampiran malah menghantar pelajar ke klinik apabila berhadapan dengan saat-saat kecemasan.Begitulah erti keperihatan seorang guru. Apalagi berhadapan dengan seribu satu karenah anak murid yang kini tampil dengan pelbagai keadaan.Isu-isu disiplin dan salah laku pelajar seperti buli umpamanya membuatkan guru kini lebih tertekan dan sentiasa menghadapi risiko kecederaan murid akibat amarah remaja yang tidak ketentuan.Mampukah guru untuk memperhatikan setiap perlakuan anak-anak kita bagi setiap saat dan detik?.Itulah sebabnya timbul cadangan pemasangan CCTV di sekolah bagi memantau pergerakan para

pelajar.Namun persoalannya selesakah kita berada di bawah pengawasan 24 jam CCTV? .Ia nyata menghilangkan privacy dan hak individu untuk bebas hidup tanpa dikawal dan diperhatikan. Begitulah sedikit sebanyak daripada rentetan cabaran guru-guru di alaf

baru.Adakalanya mereka mengeluh akibat pengorbanan yang sering disalah erti oleh pihak-pihak tertentu.Adakalanya juga mereka berdepan dengan risiko prasangka pihak tertentu.Justeru, tema Perayaan hari Guru kali ini Guru Cemerlang Negara Terbilang memberikan semangat baru dengan pengiktirafan jasa guru membangun modal insan ke tahap cemerlang lantas menyumbang kepada negara terbilang. Memartabatkan Profesion Perguruan Warga guru juga pasti berasa bertuah kerana agenda memartabatkan profesion perguruan menjadi salah satu dari teras Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP 2006-2010) Kementerian Pelajaran Malaysia.Usaha ini membawa kepada naik taraf maktab perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG) dimana institusi yang melahirkan guru berkualiti ini melahirkan guru berijazah melalui Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG), Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), Program Berkembar Praperkhidmatan (B.Ed TESL) dan Program Bahasa-Bahasa Antarabangsa. Merujuk kepada PIPP, teras Memartabatkan Profesion Perguruan ini, menggariskan usaha pemantapan latihan perguruan, memantapkan kerjaya guru, penambahbaikan persekitaran kerja dan kebajikan serta pemantapan perancangan dan pengurusan sumber manusia sebagai strategi memperkasakan kerjaya perguruan. Di bidang latihan perguruan, pemantapan profesionalisme keguruan dengan memberi latihan dalam aspek pedagogi, kokurikulum, ICT, penyelidikan amat-amat diperlukan bagi memastikan kelangsungan profesionalisme seorang guru cemerlang.

Manakala Menambah baik penjawatan guru serta peluasan kenaikan pangkat untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah di Kementerian Pelajaran Malaysia / Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pelajaran Daerah merupakan strategi usaha mengembangkan kerjaya perguruan .Sekurang-kurangnya guru-guru mampu untuk melonjakkan kecemerlangan diri dengan peluang peluasan kerjaya yang disediakan. Manakala bagi memantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia, beberapa strategi dirancang melalui PIPP iaitu:

Mewujudkan kerjasama dengan IPT tentang latihan guru Memantapkan mekanisme unjuran guru Menambahbaik sistem maklumat guru

Kelancaran sistem pengurusan sumber manusia mampu melancarkan usaha memartabatkan profesion perguruan .Manakala pengurusan maklumat dan pengurusan profil dan rekod serta pembangunan kerjaya guru-guru. Namun, walau apapun usaha kementerian Pelajaran untuk memartabatkan profesion perguruan, individu insan gurulah terlebih dahulu yang harus melonjakkan dirinya menuju ke arah kecemerlangan .Perancangan pengembangan diri dan kerjaya yang dirancang mengikut kemampuan mampu melonjakkan insan guru ke arah kecemerlangan dan kerjaya seterusnya membangun masyarakat menuju ke arah negara yang terbilang. Selamat hari Guru Guru Cemerlang Negara Terbilang
http://akademipenulisbebas.wordpress.com/2008/05/17/cabaran-dan-usahamemartabatkan-profesion-perguruan/

sistem

pengkalan data yang mesra pelanggan dan efektif akan memudahkan segala urusan

You might also like