You are on page 1of 4

Dadih Rangsang Sistem Imun Tubuh Yogurt atau dadih mungkin begitu asing bagi sesetengah daripada anggota

masyarakat Malaysia, tetapi banyak kajian yang dijalankan telah menunjukkan manfaat bahan ini terhadap kesihatan manusia. Satu kajian awal telah dijalankan ke atas 13 orang wanita yang mempunyai sejarah jangkitan yis pada vagina. Didapati bahawa selepas memakan yogurt yang mengandungi kultur hidup setiap hari selama enam bulan, mereka tidak lagi mengalami jangkitan baru berbanding semasa dalam tempoh enam bulan tanpa pengambilan yogurt. Purata jangkitan menurun daripada 2.5 setiap wanita kepada kurang daripada satu (Annals of Internal Medicine, Mac 1992). Dalam satu kajian lain, 68 orang yang memakan dua cawan yogurt dengan kultur hidup, menghasilkan empat kali lebih 'gamma interferon' di dalam badan mereka berbanding individu yang memakan 'heat-treated yogurt' (yang membunuh kultur) atau individu yang tidak mengambil kedua-dua bahan makanan tersebut. Peningkatan 'gamma interferon' yang dihasilkan oleh sel darah putih (sel untuk melawan jangkitan) mencadangkan bahawa bakteria boleh merangsang sistem imun tubuh (International Journal of Immunolotheraphy,1991). Seorang penyelidik dari Universiti California yang banyak menjalankan kajian terhadap imuniti, Dr. Halpern berpendapat bahawa bakteria di dalam yogurt bertindak secara merangsang sebahagian daripada sistem imun di dalam trek usus. Menurutnya, kemungkinan bakteria berkenaan menghasilkan keadaan sekitaran yang lebih sihat di dalam usus, menjadikan keadaan itu tidak sesuai untuk organisma 'jahat' hidup. Walaupun hasil kajian ini begitu memberangsangkan, masih banyak kajian perlu dilakukan bagi mengesahkan hasil ini. Perkataan "kultur hidup aktif" yang tertera pada bekas yogurt adalah merujuk kepada organisma Lactobacillus bulgaricus dan Streptococcus thermophilus, yang menukar susu kepada yogurt. Organisma ini adalah antara kultur yang dikaji oleh Dr.Halpern. Bagaimanapun, dalam penyelidikan vaginitis, kultur yang dimakan ialah Lactobacillus acidophilus. - Majalah Sihat http://abzahidi2001.tripod.com/kesihatan.htm

Punca Penyakit Jantung - Benarkah Kolesterol?

Saban hari kita diingatkan mengenai bahaya kolesterol, antaranya ia merupakan punca penyakit jantung. Statistik menunjukkan bahawa penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu di Malaysia. Bilangan kematian akibat penyakit jantung di hospital Kerajaan pada tahun 2005 adalah 5,247 orang. Seperti saya, anda juga tentu percaya bahawa kolesterollah punca penyakit jantung. Kita semua tahu yang kolesterol HDL adalah baik dan kolesterol LDL tidak baik. Kita juga tahu bahawa kolesterol LDL akan terkumpul di dinding arteri dan menyebabkan penyempitan pembuluh darah. Kolesterol HDL datang untuk membersihkan dinding arteri dari kolesterol LDL. Kita juga diberitahu semakin rendah nisbah antara jumlah kolesterol berbanding kolesterol HDL, semakin rendah risiko kita mendapat penyakit jantung. Tahukah anda bahawa kolesterol LDL sebenarnya bukan tidak baik. Kolesterol LDL dalam keadaan asal adalah baik. Badan kita memerlukannya untuk membina membran sel, bahagian sel yang lain dan berbagai-bagai hormon. Sekiranya kita tidak mendapat cukup kolesterol LDL dari makanan, badan kita sendiri akan membuat kolesterol tersebut. Yang menjadi masalah adalah kehadiran radikal bebas, yang menukar bentuk (mengoksida) kolesterol LDL dan menjadikannya tidak baik. Bekalan anti-oksidan yang cukup akan menyelesaikan masalah tersebut. Anda tidak memerlukan ubat yang mahal untuk menurunkan paras kolesterol LDL dalam tubuh anda. Anda mungkin terkejut atau tidak percaya jika saya katakan kolesterol bukan penyebab penyakit jantung seperti yang selalu digambarkan oleh media. Mengikut kajian, penyebab sebenar penyakit jantung adalah radang pembuluh darah. Kajian yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine keluaran 23 Mac 2000, menunjukkan lebih separuh dari mereka yang mendapat serangan jantung mempunyai paras kolesterol yang normal. Penemuan ini merupakan satu revolusi dalam rawatan dan pencegahan serangan jantung. Daripada berusaha untuk menurunkan paras kolesterol anda sepatutnya mencari jalan bagaimana untuk mengurangkan punca yang menyebabkan radang pembuluh darah. Cara ini boleh memberi kesan besar dalam pencegahan dan pemulihan penyakit jantung. Kolesterol LDL bukan satu-satunya penyebab masalah radang pembuluh darah. Penyebab utama radang pembuluh darah adalah sesuatu yang dipanggil homosistein dan radikal

bebas. Masalah hanya akan timbul apabila kolesterol LDL dioksida oleh radikal bebas. Tanpa radikal bebas, kolesterol LDL tidak akan bertukar menjadi tidak baik. Pernahkah anda mendengar tentang homosistein? Homosistein adalah bahan yang terhasil ketika tubuh kita menghadam makanan, sama seperti radikal bebas. Masalah akan timbul apabila jumlah homosistein yang dihasilkan adalah berlebihan. Dianggarkan lebih kurang 15% dari semua serangan jantung dan strok di seluruh dunia hari ini disebabkan oleh paras homosistein dalam darah yang tinggi. Pada tahun 1990, kajian oleh Profesor Dr. Stampfer dari Harvard Public Health School mendapati bahawa sedikit sahaja peningkatan dalam paras homosistein boleh menyebabkan peningkatan risiko mendapat penyakit jantung sebanyak tiga kali ganda. Dalam New England Journal of Medicine keluaran Februari 1995 pula, Dr. Jacob Selhub, Ph.D., melaporkan bahawa paras homosistein dalam darah yang tinggi akan meningkatkan risiko penyempitan dua arteri yang membekalkan darah ke otak (yang akan menyebabkan strok). Selain dari itu Dr. Selhub juga melaporkan bahawa pesakit yang mempunyai paras homosistein yang tinggi juga mempunyai paras asid folik, vitamin B12 dan vitamin B6 yang rendah dalam tubuh mereka. Kalau dulu dipercayai bahawa punca penyakit jantung dan strok adalah kolesterol, kajian-kajian dijalankan di abad ke 21 telah membuktikan bahawa homosistein merupakan puncanya. Namun begitu kita tidak perlu bersusah hati kerana masalah tersebut dapat diatasi dengan mengambil bekalan anti-oksidan, asid folik, vitamin B12 dan vitamin B6 yang cukup. Rujukan: Buku "What Your Doctor Doesn't Know About Nutritional Medicine May Be Killing You (Apa Yang Doktor Anda Tidak Ketahui Mengenai Ubat Pemakanan Mungkin Membunuh Anda)" karangan Dr. Ray Strand, seorang doktor perubatan. Beliau menulis buku tersebut selepas mengkaji lebih dari 1,300 kajian klinikal yang diterbitkan di dalam jurnal perubatan terkenal. Apa yang mendorong beliau membuat kajian tersebut adalah setelah melihat isterinya, Liz, sembuh dari penyakit fibromialgia apabila mengambil pemakanan tambahan tertentu. Pakar perubatan tidak berjaya menyembuhkan penyakit Liz dan Dr. Strand sendiri tidak tahu apa yang beliau boleh lakukan untuk menolongnya. Melihat keadaan isterinya yang begitu menderita dan tiada apa lagi yang beliau boleh lakukan, beliau pun membenarkan Liz mencari rawatan alternatif.

You might also like