You are on page 1of 16

Risalah Amalan Bulan Rejab

Risalah Amalan Bulan Rejab

Muqaddimah

Risalah yang sangat kecil ini adalah himpunan beberapa amalan berupa istighfar, tasbih, doa dan amalan-amalan lain, yang diambil dari beberapa kitab dan kutaib, yang disusun untuk dimanfaatkan oleh diri Al-Faqir dan semua saudaraku seagama. Sesungguhnya amalan-amalan ini seharusnya tidak ditinggalkan oleh Muslim Mukmin dalam ubudiyyah dan perjalanannya kepada Allah sepanjang bulan Rejab yang penuh barokah dan mulia ini. Kepada para masyaikh dan pembaca yang melihat kesalahan dan kekurangan yang ada padanya, mohon untuk membetulkannya dan memberitahukannya kepada Al-Faqir dan diucapkan Jazakumullahu khairal jaza.

Risalah Amalan Bulan Rejab

Ketika melihat anak bulan Rejab


Apabila melihat anak bulan Rejab, bacalah:

(Sayyiduna Anas ibn Malik mengatakan bahawa doa ini dibaca Nabi ketika menjelang bulan Rejab. Riwayat Al-Baihaqi dalam Asy-Syuab dan Ibn Abi ad-Dunya dalam Mujab ad-Dawah).

Amalan malam awal Rejab (1 Rejab)


Selepas sembahyang Maghrib dan selepas berwirid, bolehlah sembahyang Sunat Mutlaq 10 rakaat. Pada setiap rakaat, dibaca selepas Surah Al-Fatihah, Surah Al-Kafirun 1 kali dan Surah Al-Ikhlas 3 kali. Kemudian, bacalah Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar):

(Rasulullah bersabda: Sesiapa yang membacanya dalam keadaan yakin pada waktu petang, lalu meninggal dunia pada malamnya, maka dia akan dimasukkan ke dalam syurga. Sesiapa yang membacanya dalam keadaan yakin ketika Subuh, lalu meninggal dunia pada hari tersebut, maka dia akan dimasukkan ke dalam syurga. Riwayat Al-Bukhari)

Risalah Amalan Bulan Rejab

Kemudian, bacalah doa Nabi Adam :

(Imam Al-Azraqi meriwayatkan dengan sanadnya, bahawa ketika diturunkan dari syurga, Nabi Adam telah melakukan tawaf 7 kali di sekeliling Kabah. Baginda kemudiannya bersembahyang 2 rakaat mengadap Kabah. Selepas itu, Baginda pergi ke Multazam dan berdoa dengan doa ini. Lalu Allah mewahyukan kepada Nabi Adam : Wahai Adam, sesungguhnya engkau telah berdoa kepadaKu dengan doa-doa dan Aku telah memperkenankannya. Tidaklah berdoa seseorang dari kalangan anak cucumu dengannya, melainkan Aku hapuskan keresahan dan kesusahannya. Aku tahan daripadanya barangnya yang hilang. Aku cabutkan kefaqiran dari hatinya. Aku jadikan kekayaan di antara dua matanya. Aku kurniakan kepadanya keuntungan setiap orang yang berniaga dan datang dunia kepadanya dalam keadaan terpaksa, sekalipun dia tidak mahu kepada dunia tersebut. Rujuk Tarikh Makkah, Abu Walid al-Azraqi, 2/370 dan Fi Rihab al-Bait al-Haram, AlMuhaddith Sayyid Muhammad ibn Alawi al-Maliki, ms. 52. Sayyid Muhammad alMaliki mengatakan: Sanad hadith ini baik.) Kemudian, bacalah doa ini:

Risalah Amalan Bulan Rejab

(Sayyiduna Ali meluangkan masanya untuk beribadah pada 4 malam dalam setahun; malam awal bulan Rejab, malam Aidul Fithri, malam Aidul Adha dan malam Nisfu Syaban dan ini adalah antara doa dibacanya pada malam tersebut.) Kemudian, bacalah doa ini:

(Sayyid al-Quthb ar-Rabbani, Syaikh Abdul Qadir al-Jilani berkata di dalam kitabnya Al-Ghunyah li Tholib Thoriq al-Haqq, 1/236-237, bahawa doa ini dibaca pada awal bulan Rejab. Rujuk juga Badai az-Zuhur, Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani, 2/65 dan Tuhfah al-Awthon wa al-Ikhwan, Syaikh Ahmad bin Muhammad Said bin Jamaluddin al-Linggi, ms. 67-69)

Risalah Amalan Bulan Rejab

Kemudian, bacalah istighfar ini:

Risalah Amalan Bulan Rejab

(Sayyid Hasan bin Abdullah al-Haddad ketika menghimpunkan istighfar ini, menambah lagi:)

Risalah Amalan Bulan Rejab


(Lihat tambahan ini dalam Tuhfah al-Awthon wa al-Ikhwan, Syaikh Ahmad bin Muhammad Said bin Jamaluddin al-Linggi, ms. 69-73 dan Amalan Bulan Rajab: Manfaatkan Saat Mustajab, Majalah al-Kisah, Edisi 12/2009, ms. 16-18. Diceritakan bahawa empunya istighfar ini ialah Abdullah ibn Asy-Syathori, seorang yang terkenal fasiq, tetapi tidak pernah lupa membacanya setiap malam (waktu akhir malam) di bulan Rejab, setelah sembahyang sunat 2 rakaat. Beliau akhirnya dimuliakan jenazahnya oleh Allah . Oleh itu, Rasulullah meminta kepada Sayyiduna Ali untuk menulisnya. Rujuk Lumah al-Awrad, Syaikh Wan Ali ibn Abdur Rahman al-Kelantani, ms. 54-62) Selepas Isya, bacalah sebanyak 70 kali dengan mengangkat kedua tangan:

Risalah Amalan Bulan Rejab

(Syaikh Abdul Hamid al-Qudsi, seorang ulama yang mengajar di Masjidil Haram dalam kitabnya, Kanzun Najah was Surur menjelaskan, bahawa Wahb bin Munabbih berkata: Aku telah membaca di dalam kitab-kitab Allah yang diturunkan menyatakan: Barang siapa membaca: Allahummaghfir li warhamni wa tubalayya, (Ya Allah, ampunilah aku, sayangi aku dan terimalah taubatku) 70 kali pagi dan petang, tubuhnya tidak akan tersentuh api neraka. Rujuk juga Tuhfah alAwthon wa al-Ikhwan, Syaikh Ahmad bin Muhammad Said bin Jamaluddin alLinggi, ms. 67) Khususnya pada malam ini, sangat dianjurkan memperbanyakkan istighfar. Selain itu bersembahyang sunat, membaca Al-Quran, bersedekah, berzikir, menghadiri majlis ilmu dan mana-mana amalan hasanat (kematian) yang mentaqarrubkan diri kepada Allah .

Amalan setiap hari dan malam di bulan Rejab sehingga hujung bulan Rejab
Membaca doa:

Berpuasa sebanyak mana hari yang dimahu atau sepanjang bulan (Berpuasa di bulan ini dan bulan-bulan haram (Al-Asyhur al-Hurum) mempunyai fadhilat yang sangat besar. Terdapat hadith-hadith shahih tentang puasa pada bulan Rejab antaranya riwayat Muslim, An-Nasai dan Abu Daud. Hadith-hadith lain tentangnya termasuklah riwayat Al-Baihaqi dan Ibn Majah. Antara para ulama yang membolehkan puasa pada bulan Rejab termasuklah Imam Izz ad-Din bin Abd asSalam (fatwa beliau tentangnya telah dinukilkan oleh Al-Imam al-Allamah Ibn Hajar al-Haitami dalam kitabnya Al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyyah), Imam Nawawi dalam Syarh An-Nawawi ala Shahih Muslim dan Al-Majmu dan juga ulama lain yang ramai. Al-Imam al-Hafiz, Syaikh Ibn Rajab al-Hanbali pula menyebutkan di dalam Lathoifnya bahawa sebahagian daripada para Salaf, berpuasa sepenuhpenuh bulan-bulan Haram di antara mereka Ibn Umar, Al-Hasan al-Bashri dan Abu Ishaq as-Subaili. Sufyan ath-Tauri berkata: Bulan-bulan haram, aku menyukai untuk
8

Risalah Amalan Bulan Rejab

berpuasa dalamnya. (Rujuk Lathoif al-Maarif fi ma li Mawasim al-Am min alWazhaif, ms. 120). Al-Fadhil, Tuan Guru Abdul Raof Bin Haji Nurin al-Bahanji al-Ali telah mengupas dengan panjang lebar tentang puasa Rejab ini di dalam blog beliau: http://pondoktampin.blogspot.com/. Rujuk juga perbahasan tentangnya di dalam buku Al-Faqir, Persoalan Khilafiyyah & Penjelasan Ulama, Selangor: Mawleed Publishing, Cetakan Pertama, Januari 2011, ms. 511-516) Membaca Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar) 3 kali pagi dan 3 kali petang:

Membaca doa Nabi Adam :

Membaca istighfar sekali di antara Zohor dan Asar:

(Syaikh Shafwari menyebutkan bahawa diriwayatkan daripada Ibn Abbas, daripada Nabi yang bersabda (mafhumnya), barang siapa membaca pada bulan Rejab,
9

Risalah Amalan Bulan Rejab

Syaban dan Ramadhan di antara Zuhur dan Asar kali bacaan di atas, Allah akan mewahyukan kepada dua Malaikat untuk membakarkan catatan kejahatannya dari buku catitannya. Rujuk Badai az-Zuhur, Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani, 2/66-67) Membaca istighfar Abdullah ibn Asy-Syathori:

10

Risalah Amalan Bulan Rejab

(Sayyid Hasan bin Abdullah al-Haddad ketika menghimpunkan istighfar ini, menambah lagi:)

11

Risalah Amalan Bulan Rejab


Membaca sebanyak 70 kali pada waktu pagi dan 70 kali petang, dengan mengangkat kedua tangan:

Istighfar Shoghir (Istighfar Kecil) sebanyak 70 kali, terutamanya pada waktu sahur.

Bacalah Istighfar Kabir (Istighfar Besar) dinisbahkan kepada Sayyid Ahmad ibn Idris, sebanyak 70 kali, terutamanya pada waktu sahur.

12

Risalah Amalan Bulan Rejab

. Membaca tasbih 100 kali:

Membaca doa:

Sepanjang bulan ini, siang dan malamnya, sangat dianjurkan memperbanyakkan istighfar, selain semua amalan-amalan taqarrub kepada
13

Risalah Amalan Bulan Rejab

Allah ; membaca Al-Quran, bersedekah, berzikir, menghadiri majlis ilmu, menziarahi orang-orang soleh, menyantuni fakir miskin dan anak-anak yatim dan lain-lain.

Amalan khusus mengikut hari


Tasbih ini dibaca setiap hari sebanyak 100 kali, mulai dari awal Rejab hingga 10 Rejab:

Tasbih ini dibaca setiap hari sebanyak 100 kali, mulai dari 11 Rejab hingga 20 Rejab:

Tasbih ini dibaca setiap hari sebanyak 100 kali, mulai dari 21 Rejab hingga 30 Rejab:

(Fadhilat membaca tasbih-tasbih ini, mengikut hari 1-10, 11-20 dan 21-30 Rejab, akan mendapat ganjaran pahala yang tidak terhingga. Rujuk Badai az-Zuhur, Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani, 2/65-66)

Malam ke-27 Rejab:


Sembahyang Mutlaq 2 rakaat. Setiap rakaat, selepas Surah Al-Fatihah sekali, dibaca Surah Al-Ikhlas 20 kali. Selepas salam, bacalah Solawat ini sebanyak 10 kali:

14

Risalah Amalan Bulan Rejab

(Fadhilat: Sesiapa yang membaca doa ini pada malam ke-27 bulan Rejab, maka akan diterima doanya, diangkat kedudukannya dan dihidupkan hatinya pada hari segala hati menjadi mati. Rujuk Badai az-Zuhur, Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani, 2/66 dan Al-Bahjah al-Mardhiyyah, Muhammad bin Ismail Daudi alFathoni, ms. 138-139) Bacaan ini dibaca sebanyak 35 kali pada hari Jumaat terakhir dalam bulan Rejab, ketika khatib berada di atas mimbar:

(Syaikh Ali al-Ajhuri berkata: Sesiapa membaca pada Jumaat terakhir dalam bulan Rejab akan bacaan ini sebanyak 35 kali, maka tidak akan terputus rezekinya dari dalam tangannya pada tahun itu. Rujuk Tuhfah al-Awthon wa al-Ikhwan, Syaikh Ahmad bin Muhammad Said bin Jamaluddin al-Linggi, ms. 74)

15

Risalah Amalan Bulan Rejab

Rujukan:
Kitab Arab: 1. Lathoif al-Maarif fi ma li Mawasim al-Am min al-Wazhaif, Al-Imam Al-Hafiz Zain adDin bin Rajab al-Hanbali, taliq Muhammad al-Iskandarani, Beirut: Dar al-Kitab al-Arabi, Cetakan Kedua, 1416H/ 1996M, ms. 120. Kitab Jawi: 2. Majmuah Musammah bi Tuhfah al-Awthon wa al-Ikhwan fi Zikr Badh al-Azkar wa alAwrad wa al-Adiyah allati tataallaqu bi al-Awqat wa al-Azman, Al-Arif billah, Syaikh Ahmad bin Muhammad Said bin Jamaluddin al-Linggi al-Malayuwi, Cetakan Kedua dengan kebenaran Kerajaan Negeri Sembilan (N.S.1135/49), ms. 66-74. 3. Lumah al-Awrad, Syaikh Wan Ali ibn Abdur Rahman al-Kelantani, t.t, ms. 54-62. Bahasa Melayu: 4. Badai az-Zuhur (Segugus Bunga Nan Indah), Al-Alim al-Allamah az-Zaki, Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani, dikumpul oleh Syaikhuna, Syaikh Haji Wan Mohd. Shaghir Abdullah, Kuala Lumpur: Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara & Khazanah Fathaniyah, Jilid Kedua, 1997M, ms. 64-67. 5. Amalan Pelbagai Shalat Sunat: Amalan Bulan Rejab dan Syaban (Bahagian Ketiga), Syaikhuna, Syaikh Haji Wan Mohd. Shaghir Abdullah, Kuala Lumpur: Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara & Khazanah Fathaniyah, 1425H/2004M, ms. 15-16. 6. Amalan Bulan Rajab: Manfaatkan Saat Mustajab, Majalah al-Kisah, Edisi 12/2009, ms. 532. 7. Amalan Bulan Rejab, Ibnu Idris al-Ahmadi, Negeri Sembilan: Abnak Production, Cetakan Kedua, Jamadil Akhir 1424H/Ogos 2003, ms. 1-45.

* dipersilakan untuk disebarkan dengan niat memanjangkan amalan dan mentamimkan manfaat dengan menyebut sumber rujukan demi keberkatan ilmu. Bacalah dahulu Surah Al-Fatihah sekali untuk Rasulullah dan ahli baitih, para sahabat, tabiin dan tabiin, kepada seluruh Auliyaillah, para ulama, fuqaha dan muhaddithin, juga kepada semua pengarang kitab dan kutaib yang Al-Faqir jadikan sebagai sumber ambilan dan rujukan dalam menyusun amalan ini, wa bil khushush kepada para masyaikh yang mengajar ilmu dan amalan kepada kita..AL-FATIHAH.

Disusun oleh: Yang hina dan berdosa yang mengharapkan keampunan Allah Yang Mulia Muhadir bin Haji Joll 7.13 malam, 2 Rejab 1432H/ 3 Jun 2011M khuwaidim_elilm@hotmail.com http://xa.yimg.com/kq/groups/26385057/1708600223/name/Risalah+Amalan+Bulan+Rejab.pdf

16

You might also like