You are on page 1of 1

Catatan Pengalaman pada hari pertama persekolahan

2 Januari 2003 Khamis Hari ini ialah hari pertama aku mengharungi alam sekolah menengah .Mula-mula aku berasa janggal. Namun, aku tetap berbangga ,Sesekali aku teringat juga akan sekolah rendah yang telah kutinggalkan. Maklumlah, kata orang tempat jatuh lagi dikenang inilah pula tempat bermain, apatah lagi tempat menimba ilmu daripada guru yang dihormati. Berdebar-debar hatiku apabila Cikgu Rahimah menyuruh aku memperkenalkan diri di hadapan kelas. Tidak kusangka, rupa-rupanya dia hendak melantik aku sebagai ketua tingkatan. Aku menerima tugas ini dengan tangan terbuka. Sebenarnya, tiaklah terlalu sukar untuk aku memikul beban yang dipertanggungjawabkan itu kerana aku pernah menjadi ketua darjah di sekolah rendah dahulu.

You might also like