You are on page 1of 2

Abdullah Sani Hj Abdul Salleh

BUMIPUTERA ISLAM SABAH DIBUNUH


Oleh : Media USNO Sabah.

Perlawanan 8 Vs 8 PRU 13 Negeri Sabah

Senario Politik Sabah agak tercemar dengan terkuburnya USNO dan terus dikekang untuk tidak diluluskan dan dibolehkan menyertai pilihanraya pada PRU13. Naib Presiden Penaja USNO Abdullah Sani Hj Abdul Salleh amat mengharapkan sistem demokrasi di Negara ini dipulihkan semula dengan membenarkan mesyarakat Islam di Sabah mempunyai pilihan untuk menentukan masa depan mereka.Adalah sangat tidak adil bagi kami untuk tidak diberikan pilihan dan altenatif menyertai pilihanraya ini dengan tidak meluluskan Parti USNO dan membenarkannya untuk bertanding dalam pilihanraya ke 13.

Terdapat 15 parti politik akan bertanding di Sabah setakat ini yang telah kami kenal pasti dan hampir pasti untuk menyertai pilihanraya berkenaan disamping 3 bandan NGO Politik yang bakal menyertai pertandingan itu UBF,APS dan PPS. USNO yang telah mengistiharkan keputusan untuk menyertai pilihanraya serta bertanding pada PRU 13 bakal menurunkan calon calonnya dikawasan majoiti Bumiputera Islam walaupun terpaksa menggunakan logo bebas dan bergerak atas semangat Perjuangan Parti Kemerdekaan Sabah iaitu USNO. Kami juga telah memohon kepada SPR secara Rasmi untuk menggunakan Logo kami sendiri sementara menunggu kelulusan jika parti itu masih belum diluluskan hingga PRU13. Kami beranggapan bahawa masa depan bumiputera islam di Negeri ini hendak dibunuh dan dilenyapkan dalam arena politik Negara, wal hal Bumiputera Islam Sabah adalah pendokong kepada Kemerdekaan Malaysia 50 tahun dahulu. Jika anda lihat BN dengan 8 komponen di Sabah kesemuanya memiliki parti sendiri baik parti parti Politik dari semanjung iaitu UMNO,MCA,MIC dan Gerakan disamping PBS,PBRS,UPKO dan LDP. Namum umum semua faham bahawa Sabah Base Party ini hanya diwakili oleh Bumiputera Bukan Islam dan China. Sementara dipihak Pembangkang pula Pakatan Rakyat yang berasal dari semangjung Malaysia terdiri dari PKR,DAP dan PAS akan berkerjasama dengan Parti Pembangkang Cina dari Sabah iaitu SAPP. Terdapat satu Parti Politik dari Sarawak Base yang dipimpin oleh Bumiputera bukan Islam iaitu STAR dimana parti ini akan bertanding pada PRU13 di Negeri Sabah. Dengan kedudukan ini jelas menunjukan bahawa Mesyarakat Melayu, China ,India, Kadazan, Dusun, Murut serta Sarawakian bebas menyertai PRU 13 di Sabah tidak kira mereka dari Semanjung Malaysia atau dari Sabah dan Sarawak, Namum bagi mesyarakat Islam Sabah yang tidak mempunyai landasan perjuangan mereka sendiri nampaknya tersepit dan teraniayah bagi menyertai pilihanraya PRU13 secara adil dan saksama. Jesteru itu kami memohon dan mendesak pihak kerajaan Barisan Nasional dan Pendaftar pertubuhan supaya meluluskan segera Parti USNO bagi memberi keadilan kepada mesyarakat Islam di Negeri Sabah memilih wakil mreka dalam Dewan Undangan Negeri dan Palimen Malaysia. Bagi maksud PRU13 di Sabah nampaknya 2 kumpulan Ngo dari Negeri Sabah yang dikenali sebagai PPS (Pertubuhan Perubahan Sabah) dan APS (Angkatan Perubahan Sabah) telah memutuskan untuk menyertai pilihanraya dan menggunakan Logo PKR kerana kekangan yang sama terhadap parti yang mereka daftarkan. PRU ke 13 di Sabah akan dilihat sebagai pertarungan 8 komponen BN Vs 8 Komponen Pembangkang disamping Calon calon USNO yang bakal menggunakan logo Bebas jika masih tidak dibenarkan menggunakan logo mereka sendiri dan akan menumpuhkan serta menurunkan calon mereka di kawasan Islam. Sekian.

You might also like