You are on page 1of 2

4.

ANALISIS SWOT OPPORTUNITIES (PELUANG) Bina insan guru kali ke empat telah dijalankan. Program anak angkat ini dijalankan bagi memenuhi kursus PISMP. Pelajar pismp IPGM diberi peluang dalam meningkatkan kemampuan diri sebelum ditauliahkan sebagai guru kelak. Peluang merupakan faktor luaran yang berfungsi dalam mencapai objektif bina insan guru kali ini. Faktor luaran yang membantu dalam mencapai objektif program anak angkat ialah aspek pengurusan. Pelajar telah mewujudkan jawatankuasa bagi mengepalai semua pelajar dalam kelancaran program ini. Peluang yang dilihat dalam menambah ilmu, kemahiran dan kemampuan diri dalam merangcang, mengurus dan melaksanakan perancang program agar berjalankan dengan baik. Perkara ini akan membantu pelajar dalam memahirkan diri agar dalam mengaplikasikannya dalam merangka program setelah menjadi guru kelak. Opportunities (peluang) yang dilihat dalam aspek perkhemahan.

Perkhemahan yang dijalankan membantu pelajar dalam banyak aspek untuk menjadi insan guru yang berkualiti. Hal ini kerana, pelajar melibatkan diri dalam pengurusan perkhemahan, yang menyeluruh. Perkhemahan khemah, bermula dengan tapak

peralatan,

pembinaan

pengurusan

penyediaan

keperluan asas, pengurusan diri, LDK, dan lain-lain. Peluang dalam penglibatan pelajar secara tidak langsung mengikut jadual yang ditetapkan dan mengorak langkah dalam mencapai objektif program ini. Khidmat masyarakat merupakan aspek yang seterusnya. Gotong royong dijalankan sebelum penyerahan pelajar kepada keluarga angkat. Aktiviti ini menuntut kerajinan, komitmen, disiplin dan kerjasama anatara pelajar dalam membersihkan kawasan balai raya dan masjid di kampung tersebut. Pelajar diagihkan kepada keluarga angkat dalam kumpulan kecil. Pelajar bersama keluarga angkat mereka dan pelajar menyesuaikan diri bersama keluarga angkat. Keluarga angkat yang terlibat terdiri daripada pelbagai latar belakang. Pelajar perlu bijak dalam menyesuaikan diri agar hubungan baik

dapat dijalin. Pelajar bergabung dalam satu keluarga angkat adalah daripada kursus yang berbeza. Hal ini membuka peluang kepada pelajar untuk lebih mengenali antara satu sama lain. Peluang yang wujud telah membantu perlaksanaan program ini dalam mencapai objektif bina insan guru kali keempat. Hal ini perlu kerana, perlaksanaan yang dijalankan bukan sekadar membawa pelajar ke tapak perkhemahan dan bersama keluarga angkat. Malah, program ini dijalankan agar dapat melahirkan insan guru yang sebenar. Semoga pelajar IPGM yang dilahirkan menjadi insan guru yang berketrampilan.

You might also like