You are on page 1of 9

HARTA SEPENCARIAN

PENGENALAN. Konsep HARTA SEPENCARIAN tidak ada tertulis didalam Quran ataupun sunah. Ia adalah konsep yang diambil daripada adat orang Melayu. -Pengiktirafan adat sebagai sumber perundangan Islam telah dijelaskan melalui kaedah fiqh Adat Diterima Sebagai Hukum.

DEFINISI
-Menurut Kamus Dewan, harta sepencarian ditakrifkan sebagai harta yang diperoleh daripada usaha suami isteri.

Kepentingan membuat perjanjian harta sepencarian.


Kematian suami. -Isteri hanya mendapat satu perlapan daripada harta suaminya jika tidak membuat perjanjian harta sepencarian. -Wasiat tidak berguna kepada "bekas isteri" -jika ada perjanjian harta sepencarian antara suami-isteri. Tuntutan harta sepencarian diistilah sebagai perkara yang harus diselesaikan dahulu sebelum wasiat dan faraid.

PENCERAIAN. -Isteri berhak mendapat bahagian harta yang dinyatakan dalam perjanjian harta sepencarian. -Jika tidak membuat perjanjian harta sepencarian, bekas isteri boleh menuntutnya di mahkamah.

Suami Kahwin Lebih Daripada Satu


- Bagi memastikan isteri pertama mendapat hak pemilikan yang sewajarnya, maka isteri (pertama) hendaklah mempengaruhi suami supaya membuat perjanjian harta sepencarian awal-awal lagi. -Tetapi, jangan pula isteri (pertama) menuntut suami supaya membuat perjanjian harta sepencarian selepas suami berkahwin dua

Jenis Harta yang Diterima Sebagai Harta Sepencarian


Semua jenis harta sama ada yang diperolehi atau dimajukan secara bersama oleh pasangan suami isteri sepanjang tempoh perkahwinan. Harta terbahagi dua jenis: -harta boleh alih Contoh harta boleh alih ialahkenderaan, perabut dan peralatan rumah, barang-barang kemas dan perhiasan. -harta tidak boleh alih ialah tanah, rumah, dan syarikat perniagaan.

Kesan undang-undang harta sepencarian


-KESAN BAIK Menunjukan islam merupakan agama yang adil dan saksama. Dapat membantu bekas isteri meringankan bebanan perbelanjaan anak-anak setelah berpisah dengan pasangan. Dapat mengelakkan penindasan terhadap kaum hawa.

KESAN BURUK -Merugikan masa dan duit kerana turun naik mahkamah. -Menimbulkan masalah baru diantara bekas suami dan bekas isteri.

PERBEZAAN DI ANTARA HARTA SEPENCARIAN DAN NAFKAH


HARTA SEPENCARIAN Harta yang diperoleh hasil daripada usaha suami isteri dan termasuk pendapatan yang diperoleh daripada modal sendiri hasil kerjasama mereka. NAFKAH Tanggungjawab suami kepada isteri, iaitu dalam masa perkahwinan isteri berhak mendapat nafkah (Arab, nafaqah) daripada suaminya

Dengan persetujuan kedua-dua pihak harta itu dapat dibahagikan bersama antara mereka dengan persetujuan mahkamah.

Apabila dicerai, isteri juga berhak mendapat nafkah untuk masa idah

You might also like