You are on page 1of 1

SINOPSIS MENGIKUT BAB BAB 1 Tiga orang sahabat iaitu Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng mengunjungi rumah Pak

Ngah. Mereka mendengar dengan penuh minat daripada Tuk Ngah akan kewujudan Istana Menanti di puncak Gunung Datuk. Istana Menanti yang dikaitkan dengan kedatangan orang Minangkabau ke Negeri Sembilan itu merupakan artifak peninggalan sejarah yang sungguh bernilai. Pernah dijadikan tempat persembunyian Sultan Mahmud ketika Melaka dikalahkan Portugis. Beberapa kejadian yang cuba memusnahkan istana itu seperti dibakar dan dibom namun gagal memusnahkannya. Usia istana yang hampir 500 tahun itu dikatakan dibina oleh tukang yang mahir dari Pagar Ruyung dan disertai juga para wali. Namun kewujudan istana itu kini ditenggelami oleh hutan belukar dan mungkin telah didiami oleh makhluk halus bunian kerana terlalu lama ditinggalkan manusia. Pernah beberapa orang pelancong sesat akibat kehilangan petunjuk jalan ke situ. Mereka yang bernasib baik menjumpai istana itu melihat ada tinggalan alat kebesaran raja Melayu dahulu. Remaja tiga sahabat itu semakin berminat untuk mengetahui keistimewaan Istana Menanti yang juga diceritakan opleh Tuk Ngah tempat pejuang Melayu berlindung semasa penjajahan Jepun dan komunis suatu masa dahulu.

Bab5 Mengisahkan tentang persiapan 3 orang sahabat dan Tuk Ngah untuk ke kaki gunung datuk. Dalam perjalanan Tuk Ngah menceritakan tentang sejarah pembukaan negen Melaka. Nama Melaka berasal daripada sepohon pokok di mana peristiwa berlaku apabila anjing Parameswara ditendang oleh seekor pelanduk hingga jatuh ke sungai. Parameswara pemerintah yang bijak. Bagi menjamin keselamatan dari ancaman Siam baginda mengadakan hubungan baik dengan Cina melalui penyampaian utusan. Parameswara memeluk Islam dan berkahwin dengan Raja Pasai 1414 dan menukar namanya kepada Megat Iskandar Shah. Pemerintahan Sultan Muhammad Shah baginda mengadakan hubungan baik dengan Cina dan menyebabkan Melaka menjadi tempat persinggahan pedagang dari Cina, India dan Arab. Dalam perjalanan mereka berehat di jeram Lubuk Petai. Mereka mengambil gambar di tempat tersebut yang dianggap berpuaka dan mempunyai keistimewaan tersendiri. Lubuk Petai dipercayai didiami makhluk bunian. Tuk Ngah berpesan supaya mereka ticlak mengeluarkan sebarang perkataan yang ticlak baik. Sepanjang perjalanan Tuk Ngah berpesan supaya mereka menanda laluan dengan mematahkan pucuk-pucuk kayu. Ah seng dinasihatkan supaya ticlak minum air terlalu banyak supaya dapat meneruskan perjalanan pendakaian nanti. Dalam perjalanan mereka sempat melihat berbagaibagai binatang seperti kera dan burung-burung yang terdapat dalam hutan. Bab6 Akhirnya mereka sampai di puncak Gunung Datuk yang menjadi impian mereka selama ini. Mereka terpegun dengan keindahan dan kecantikan istana tersebut. Tuk Ngah menceritakan bahawa istana tersebut menjadi markas tentera Jepun di Negeri Sembilan. Banyak tawanan yang dibunuh dan diseksa di istana tersebut.Kebanyakan yang didera dan dibunuh berbangsa Cina. Di samping itu berlaku pertempuran antara MPAJA dengan tentera Jepun clan ramai terkorban. Ukiran istana tersebut mengkagumkan clan banyak peninggalan sejarah yang terdapat di luar dan dalamnya. Keluasan dan kelebaran serta rekabentuknya amat menakjubkan sehingga boleh memuatkan 300 orang. Tuk Ngah menceritakan asal usul Hama Minangkabau. Peristiwa bermula apabila Raja Minangkabau dicabar berperang oleh raja di Jawa. Tetapi Raja Minangkabau tidak mahu berperang tetapi atas desakan raja di Jawa peperangan bermula. Akhirnya Raja Minangkabau berjaya mengalahkan Raja Jawa dengan cars melagakan kerbau mereka..

BAB 2 Tiga orang sahabat itu masih belum berpuuas hati dengan cerita Tuk Ngah tentang sejarah Istana menanti yang berkait rapat dengan beberapa peristiwa penting sejarah negara kita. Tuk Ngah terus bercerita tentang asal usul nama rembau dan Sungai Ujung. Begitu juga dengan keistimewaan Istana Menanti itu sendiri. Istana menanti merupakan istana yang pertama di Negeri Sembilan. Semasa kejatuhan Melaka, Negeri Sembilan telah meminta Raja Minangkabau menghantar wakil iaitu Raja Melewar untuk memerintah Negeri sembilan. Istana Menanti yang dibina itu pula di puncak gunung kerana merupaka suatu strategi pahlawan Melayu menyukarkan pihak musuh menjejak mereka. Kejatuhan kerajaan Melaka adalah disebabkan oleh sikap khianat dengki pembesar Melaka sendiri, akhirnya Melaka ditimpa bencana.Keseronokan mendengar cerita daripada Tuk Ngah menjadikan tiga sahabat itu semakin teruja mendaki gunung Datuk walaupun dikatakan Istana itu telah menjadi tempat yang berpuaka.Tuk Ngah bersetuju menemankan mereka bertiga mendaki Gunung Datuk. BaB 3 Mengisahkan hasrat 3 orang sahabat untuk melawat istana menanti tersebut. Menurut mereka istana tersebut banyak meninggalkan kesan sejarah dan berkaitan dengan sejarah kedatangan orang Minangkabau ke negeri Sembilan. Perang Naning berlaku pada 1831. Orang Rembau membantu Dol Said menentang orang Inggeris clan berjaya mengalahkan orang Inggeris. Perang Naning ke-2 tahun 1832 orang Rembau tidak membantu mengakibatkan Inggeris berjaya menakluki Naning. Istana lama tersebut dipercayai tempat bersemayam Raja Malewar sebelum berpindah ke istana Seri Menanti.

You might also like