You are on page 1of 10

Kemahiran Membaca Teknik Membaca KWLH Teknik Membaca SQ3R Skimming dan Scanning Seseorang pelajar lazimnya terpaksa

banyak membaca. Dalam konteks sekolah bestari, pelajar digalakkan mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber. Mereka membaca untuk pelbagai tujuan. Ada masanya mereka perlu membaca secara meluas atau ekstensif. Ada masanya pula mereka perlu membaca secara intensif atau mendalam. Untuk menjadi seorang pembaca yang berkesan, pelajar perlu menguasai dan mengamalkan beberapa teknik membaca. Oleh itu guru perlu membimbing pelajar pelajar menguasai teknik-teknik tersebut dari peringkat sekolah rendah lagi. Dalam konteks sekolah, pelajar membaca untuk tujuan-tujuan seperti yang berikut; untuk mendapatkan maklumat atau fakta berkaitan dengan sesuatu tajuk atau perkara untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang sesuatu tajuk atau perkara untuk memahami sesuatu persoalan atau menjelaskan kefahaman tentang sesuatu konsep untuk mengumpul pelbagai pendapat berkaitan dengan sesuatu persoalan Secara umumnya seseorang perlu menguasai dua teknik membaca, iaitu; membaca pantas membaca kritis Untuk membaca pantas seseorang boleh menggunakan teknik skimming dan scanning, manakala untuk membaca dengan kritis seseorang boleh menggunakan teknik seperti KWLH dan SQ3R.

Teknik Membaca KWLH KWLH adalah singkatan bagi yang berikut; K (know) Apa yang telah diketahui (sebelum membaca) W (want) Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca) L (learned) Apa yang telah diketahui (selepas membaca) H (how) Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan - yang berkaitan (untuk membaca seterusnya) Apa yang jelas dari penerangan tersebut ialah suatu teknik membaca kritis di mana pembaca; mengingat dahulau apa yang telah diketahui membayang atau menentukan apa yang ingin diketahui melakukan pembacaan (bahan yang telah dipilih) mengetahui apa yang telah diperoleh dari pembacaan yang baru dilakukan menentukan apa lagi yang perlu diperoleh (sekiranya perlu membuat pembacaan seterusnya) Teknik pembacaan akan membolehkan pelajar mengaitkan pengetahuan yang sedia ada dengan apa yang dibaca menentuka apa yang telah diperoleh dari pembacaannya, dan menentukan apakh lagi bahan yang perlu dibaca sekiranya ingin mendapat maklumat tambahan Dalam konteks pengajaran, pelajar dibiasakan menggunakan borang seperti yang di bawah sekiranya dikehendaki menggunakan teknik KWLH.
Know (K) Apa yang sudah diketahui? Want (W) Apa yang hendak diketahui? Learned (L) Apa yang telah dipelajari/diperoleh? How (H) Apa lagi maklumat tambahan diperlukan?

Ke Atas

Teknik Membaca SQ3R SQ3R ialah teknik membaca kritis yang telah diperkenalkan oleh Robinson (1961). Ia merupakan satu kaedah membaca yang memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian maklumat yang terdapat dalam suatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan. SQ3R adalah singkatan bagi; S (survey) tinjau

Q (question) soal/tanya R (read) R (recite) baca imbas kembali atau nyatakan secara lisan

R (review) baca semula Survey (tinjau) ialah langkah membaca untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang apa yang terkandung di dalam bahan yang dibaca. Ini dilakukan dengan meneliti tajuk besar, tajuk-tajuk kecil, gambar-gambar atau ilustrasi, lakaran grafik, membaca perenggan pengenalan, dan perenggan terakhir di bahagian-bahagian buku atau teks. Di sini juga pelajar sebenarnya menggunakan teknik membaca pantas iaitu skimming dan scanning. Question (soal atau tanya) ialah langkah yang memerlukan pelajar menyenaraikan satu siri soalan mengenai teks tersebut setelah mendapati teks tersebut berkaitan dengan keperluan tugasannya. Soalan-soalan tersebut menunjukkan keinginan pembaca tentang maklumat yang ingin diperoleh dari bahan tersebut, dan ianya menjadi garis panduan semasa membaca kelak. Pelajar akan cuba mencari jawapan kepada soalan-soalan tersebut. Read (baca) ialah peringkat pelajar sebenarnya membaca bahan atau teks tersebut secara aktif serta mencuba mendapat segala jawapan kepada soalan-soalan yang telah disenaraiakannya sebelum ini. Ketika membaca, pelajar mungkin juga akan menyenaraikan soalan-soalan tambahan, berdasarkan perkembangan kefahaman dan keinginannya sepanjang melakukan pembacaan. Pelajar mungkin juga mempersoal pendapat atau maklumat yang terdapat yang ditemuinya.

Recite (imbas kembali) ialah peringkat yang ketiga.Setelah selesai membaca, pelajar cuba mengingat kembali apa yang telah dibaca dan meneliti segala yang telah diperoleh. Pemilihan maklumat yang sesuai dilakukan dalam konteks tugasannya. Pelajar juga boleh cuba menjawab soalan-soalan yang disenaraikan sebelumnya tanpa merujuk kepada kepada nota atau bahan yang telah dibaca. Review (baca semula) merupakan peringkat terakhir. Pelajar membaca bahagianbahagian buku atau teks secara berpilih untuk mengesahkan jawapan-jawapan kepada soalan yang dibuatnya di langkah ketiga. Pelajar juga memastikan tiada fakta penting yang tertinggal. Ke Atas Skimming dan Scanning Teknik skimming dan scanning ini sesuai digunakan untuk pembacaan bahan yang ringkas seperti sesuatu petikan mahu pun bahan bacaan yang lebih panjang seperti buku, jurnal dan majalah. Dalam pembacaan sesuatu petikan, kita hanya memberi perhatian kepada idea penting setiap perengan untuk mendapat gambaram umum. Idea-idea khusus sengaja diabaikan. Dalam pembacaan sesebuah buku pula. fokus kita diberikan kepada bahagian tertentu di dalam buku itu seperti pengenalan, prakata, isi kandungan, tajuk utama, rumusan pada akhir bab dan rujukan indeks untuk mendapat gambaran umum tentang perkara yang dibaca. Scanning ialah pembacaan cepat untuk mendapat maklumat yang khusus dan bukan untuk mendapat gambaran keseluruhan sesuatu bahan bacaan. Pembacaan cara ini boleh melangkau bahagian-bahagian tertentu yang difikirkan kurang penting. Ketika kita membaca, kita akan menggerakkan mata kita dari atas ke bawah dengan pantas mengikut muka surat petikan yang dibaca sambil menberi tumpuan kepada maklumat yang dicari. Oleh yang demikian, pembacaan cara ini adakah lebih cepat daripada pembacaan cara skimming. Dalam konteks pembelajaran, skimming dan scanning boleh digunakan bersama. Biasanya, kita boleh membaca cara skimming untuk menentukan kesesuaian sesuatu bahan bacaan . Jika bahan berkenaan itu didapati sesuai maka kita boleh menggunakan teknik scanning untuk mendapatkan maklumat khusus yang dicari.

TEKNIK MEMBACA

Pengenalan Mengapa kita membaca sesuatu bahan bacaan ? Apakah tujuannya ? Apakah kandungan yang dijangkakan dapat dipelajari / perolehi daripada bahan bacaan ini?

Sebelum membaca buku, artikel atau sebagainya anda sepatutnya memikirkan tujuan / faedah daripada pembacaan tersebut. Saya ingin menyimpannya dalam ingatan. Saya ingin tahu gambaran keseluruhan kandungan. Saya ingin mendapat maklumat bagi menyokong hujah-hujah / bukti. Saya ingin mendapat maklumat tambahan. Saya membaca untuk peperiksaan / menjawab soalan. Saya membaca untuk mengulangkaji. Saya ingin mencari fakta dan perangkaan yang konkrit. Saya ingin mengumpul pendapat yang berlainan dalam topik ini.

Apabila kita ingin mengumpul maklumat daripada bahan bacaan kita memerlukan 2 jenis kemahiran membaca: a) Kemahiran membaca pantas b) Kemahiran membaca kritis. Untuk membaca pantas kita menggunakan teknik skimming dan scanning, manakala untuk membaca kritis teknikKWLH dan teknik SQ3R boleh diamalkan. SKIMMING Skimming membaca secara pantas sesuatu bahan bacaan dengan tujuan memahami idea utama atau tema bahan bacaan berkenaan. Bertujuan mendapat gambaran keseluruhan tentang sesuatu bahan yang dibaca. Sesuai digunakan untuk pembacaan bahan yang ringkas seperti sesuatu petikan atau bahan bacaan yang lebih panjang seperti buku, jurnal dan majalah. Memberi perhatian kepada idea penting setiap perenggan untuk mendapatkan fahaman umum. Fokus diberi kepada bahagian tertentu seperti pengenalan, prakata, isi kandungan, tajuk utama , rumusan pada akhir bab dan rujukan indeks untuk mendapatkan gambaran umum tentang buku yang dibaca. SCANNING Pembacaan cepat untuk mencapatkan maklumat yang khusus dan bukan untuk mendapatkan gambaran keseluruhan. Boleh melangkau bahagian-bahagian tertentu yang difikirkan kurang penting. Ketika membaca kita menggerakkan mata dari atas ke bawah dengan pantas, muka surat petikan yang dibaca, sambil memberi tumpuan kepada maklumat yang dicari. Pembacaan scanning lebih cepat daripada bacaan secara skimming. TEKNIK MEMBACA KRITIS SQ3R

KWLH SQ3R merupakan salah satu kaedah membaca yang membentuk para pelajar agar dapat mempersoalkan kesesuaian maklumat dalam sesuatu teks / bahan yang dibaca dengan kehendak tugasan mereka. Para pelajar adalah bertanggungjawab untuk membaca dengan cara SQ3R bagi memperoleh kemahiran membaca. S (survey) / Tinjauan Pelajar memperoleh satu kefahaman umum terhadap teks yang dibaca sama ada daripada tajuk besar, tajuk kecil, subtopic, gambar-gambar, lukisan grafik dll. Pelajar membaca perenggan pengenalan dan terakhir teks. TEKNIK KWLH Merupakan salah satu teknik membaca secara berkesan. Memberi fokus terhadap pengetahuan dan minat pelajar. Bertujuan membantu guru dan pelajar mengakses pengetahuan daripada teks nonfiksion. Memberi penekanan kepada pengetahuan sedia ada pelajar, tujuan pelajar membaca dan sumber pembelajaran lain dan juga minat pelajar. K (know) merujuk kepada apa yang telah saya ketahui what i know- bertujuan membantu pelajar membantu pelajar mengingat kembali apa yang mereka ketahui tentang tajuk / teks. W (want) merujuk kepada apa yang ingin diketahui- what I do want to learn- bertujuan membantu pelajar menentukan apa yang mereka ingin belajar- matlamat ditentukan oleh penyoalan. L (learn) merujuk kepada apa yang didapati / diperolehi selepas membaca teks- what i learnbertujuan membantu pelajar mengenal pasti apa yang mereka pelajari iaitu setelah mereka selesai membaca teks. H (how) merujuk kepada bagaimana maklumat tambahan berkenaan tajuk / teks boleh diperolehi.

Langkah pelaksanaan 1. Sebelum membaca (K) guru hendaklah melakukan sumbangsaran ke atas teks / tajuk yang akan dibaca dan dicatatkan di papan putih.Selepas itu guru hendaklah membimbing pelajar mengkategorikan hasil sumbangsaran itu. Contoh: kucing tabiat, makanan, musuh dll. 2. W what i do i want to learn / find out iaitu cuba mengesan daripada aktiviti sumbangsaran itu dan mengkategori pelajar mengikut minat atau rasa ingin tahu mereka. Guru boleh menggalakkan murid membina soalan tentang apa yang mereka ingin tahu. Setelah mereka membina soalan, barulah murid mulai membaca petikan berkenaan dan mencatat maklumat-maklumat yang diperolehi. 3. L what i learned. setelah selesai membaca pelajar mencatat apa yang telah dipelajari dan menyemak soalan-soalan yang masih belum dijawab. Semak apa yang telah pelajar ketahui dan apa pula maklumat yang pelajar perolehi daripada teks. Guru cuba cadangkan / sebutkan caracara untuk mendapatkan maklumat tambahan.

TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA - TEKNIK SQ3R

APAKAH TEKNIK SQ3R ITU?

Teknik SQ3R digunakan oleh guru untuk membimbing pelajar bagi meningkatkan kemahiran belajar pelajar. Pelajar dapat membaca secara kendiri bagi memperkukuh kemahiran berfikir . Ini semua dapat dilakukan dengan memberi penekanan kepada tinjauan Maklumat diperoleh melalui penyoalan. Pengukuhan maklumat dibuat dengan menyatakan kembali dan menyemak semula

APAKAH YANG BERLAKU PADA SETIAP PERINGKAT BACAAN?


1. Survey Murid-murid membaca secara pantas untuk mendapatkan gambaran awal tentang isi bacaan mengikut pemahaman masing-masing. Mereka hanya memfokuskan terhadap bahan atau teks yang berkaitan tajuk utama, sub tajuk/tajuk kecil, gambar, symbol, ilustrasi, grafik dan pemenggalan teks.Teknik bacaan yang sesuai digunakan ialah teknik skimming dan scanning. 2.Soalan (Question) Pada peringkat ini, pelajar membina soalan daripada tinjauan yang telah dilakukan. Soalan boleh dibina dengan menggunakan prinsip 5W 1H iaitu what (apa?), when (bila?), where (di mana?), why (mengapa?), who (siapa?) how (bagaimana?). Dengan pertanyaan ini pelajar akan tertumpu kepada mencari jawapan bagi soalan-soalan yang dibina.

3. MEMBACA (READ) Murid-murid menyenaraikan beberapa isi soalan (intipati yang terkandung dalam teks. Soalan tersebut adalah berdasarkan perkara yang ingin diketahui oleh murid-murid tentang topik/isu dalam teks. Soalan tersebut juga adalah penyenaraian siri soalan yang berkaitan dengan tugasan yang diberi di samping merupakan panduan kepada jawapan sebenar. Murid-murid akan mencari jawapan dan ramalan jawapan yang paling sesuai. 4. 4. RECITE (MENYEBUT/MENGULANG)

Setelah murid-murid membaca keseluruhan teks, mereka dikehendaki mengingat kembali kesemua atau sebahagian maklumat yang terdapat. Murid-murid perlu menyenaraikan maklumat yang berkaitan soalan atau tugasan sebelum dapat menjawab semua soalan tugasan berdasarkan maklumat dalam teks. Murid-murid juga boleh mengemukakan jawapan kepada soalan asal sebelum merujuk jawapan yang terdapat dalam teks serta membandingkan ketepatan jawapan masing-masing. 5. 5. REVIEW (MENYEMAK) Pada peringkat ini, murid-murid dikehendaki membaca semula soalan dan jawapan yang ditulis atau dicatat. Ini adalah peringkat untuk mengesahkan jawapan yang dikemukakan oleh murid-murid pada peringkat recite (menyebut/mengulang). Murid-murid perlu mempastikan bahawa semua bahagian sudah dijawab berdasarkan fakta dan maklumat dalam teks. Murid-murid sepatutnya tidak tertinggal maklumat atau fakta dalam tugasan pada peringkatquestion (menyoal).

TUJUAN SQ3R

Membolehkan pelajar membaca secara kritis. Meninjau perkara-perkara yang telah diketahui tentang bahan tersebut untuk dikaitkan dengan pengetahuan dan pengalaman pelajar. Menarik minat pelajar untuk membaca perkara-perkara yang hendak diketahui. Mengenal pasti perkara-perkara yang telah dipelajari dan perkara-perkara tambahan yang belum diketahui lagi .

You might also like