You are on page 1of 1

1 Ilmu ekonomi dapat didehnisikan sebagai satu bidang yang mengkaji

tentang
A sains kekayaan setiap pelaku ekonomi.
B bagaimana pelaku ekonomi meningkatkan kebajikan masyarakat.
C gelagat pelaku ekonomi untuk memperoleh kepuasan.
D gelagat pelaku ekonomi memperuntukkan sumber ekonomi yang
terhad untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad.

2 Interaksi antara pelaku ekonomi melibatkan pihak yang berikut kecuali


A pengeksport C #irma
B isi rumah D kerajaan
3 Barang ekonomi mempunyai nilai pasaran kerana barang ekonomi A
memberikan kepuasan kepada pengguna.
B mempunyai permintaan yang tinggi.
C mempunyai penawaran yang terhad secara relatif. D mempunyai kos
lepas.
4 Penggunaan barang awam tidak melibatkan kos lepas kerana
A barang awam merupakan barang yang ditawarkan oleh kerajaan. B
setiap orang tidak dikecualikan daripada penggunaannya.
C barang awam mempunyai penawaran yang tidak terhad. D barang awam
tidak mepunyai nilai. utiliti yang tinggi.
5 Masalah pilihan berlaku dalam kegiatan penggunaan, pengeluaran, dan
pengagihan kerana kegiatan tersebut melibatkan masalah
A kekurangan. C kos lepas.
B kelebihan. D peruntukkan.
6 Masalah asas ekonomi dalam sistem ekonomi pasaran bebas dapat
diselesaikan dengan baik oleh
A mekanisme harga. C firma.
B isi rumah. D kerajaan clan firma.
7 Bagaimanakah kerajaan menyelesaikan masalah untuk siapa barang
dikeluarkan dalam sistem ekonomi campuran?
A Kerajaan menyediakan barang kepada orang yang mampu membayar. B
Kerajaan menyediakan barang awam kepada semua rakyat.
C Kerajaan mengagihkan barang secara rata kepada semua rakyat.
D Kerajaan mengenakan cukai dan memberikan subsidi serta membiarkan
mekanisme harga beroperasi.
S Pergerakan titik di sepanjang keluk kemungkinan pengeluaran dapat
menjelaskan masalah yang berkaitan dengan
A apa dan berapa banyak barang hendak dikeluarkan. B bagaimana
hendak mengeluarkan sesuatu barang. C untuk siapa barang
dikeluarkan.
D pengangguran dan pembaziran sumber.
9 Antara yang berikut, yang manakah menyebabkan keluk kemungkinan
pengeluaran beralih ke atas?
A Penggunaan barang modal dan tingkat teknologi yang canggih. B
Kenaikan harga barang dan perkhidmatan.
C Pengurangan masalah pengangguran.
D Pengurangan penawaran input-input yang diperlukan untuk
mengeluarkan barang.

You might also like