You are on page 1of 4

Konduktor dan Penebat Elektrik 1.

Bahan yang membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya dinamai konduktor elektrik, manakala bahan yang tidak membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya dinamai penebat elektrik. 2.Semua logam ialah konduktor elektrik. Contohnya kuprum dan besi. 3.Semua bukan logam kecuali karbon ialah penebat elektrik. Contohnya plastik dan kayu. 4.Sesetengah cecair seperti asid dan alkali boleh membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya.

ALAT PEMANASAN ELEKTRIK Hasil daripada perkembangan sains dan teknologi hari ini, kita banyak menikmati kemudahan dalam menjalani kehidupan seharian. Misalnya pada masa dahulu, pakaian digosok dengan menggunakan seterika arang tetapi pada hari ini, pakaian digosok menggunakan seterika elektrik. Penggunaan seterika elektrik mudah dan menjimatkan masa. Banyak lagi peralatan elektrik lain yang sudah menjadi alat keperluan bagi memudahkan kerja-kerja kita seperti alat pembakar roti elektrik, periuk nasi elektrik dan lain-lain. Pernahkah anda terfikir, bagaimanakah ciri-ciri alat pemanasan elektrik? Semua alat pemanasan elektrik ini mengandungi unsur pemanas di dalamnya dan unsur pemanas ini terdiri dari dawai yang berintangan tinggi. Pemanas ini menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga haba. Dawai yang sesuai digunakan seperti dawai nikrom, tungsten atau wolfram. Dawai pemanas ini dialas oleh bahan yang tahan panas seperti silika atau mika. Ciri-ciri unsur pemanas ialah : a) b) c) d) mempunyai takat lebur yang tinggi mempunyai rintangan yang rendah lengai supaya tidak mudah teroksida tidak menjadi rapuh pada suhu tinggi

Unsur pemanas yang dilapisi oleh silika atau mika akan ditebatkan pula daripada rangka logam dengan beberapa plat penebat nipis.

Struktur dan Fungsi Beberapa Alat Elektrik (i) Seterika elektrik

Dalam seterika elektrik, unsur pemanasnya dililitkan di atas sekeping mika yang rata dan dikepitkan di antara dua kepingan mika yang nipis. Kepingan mika di bawah dipasang kepada sekeping plat besi yang tebal yang disadur dengan kromium. Kepingan mika yang di sebelah atas ditebatkan dengan asbestos. Apabila arus elektrik mengalir melalui unsur pemanas, hampir semua tenaga haba yang dihasilkan mengalir ke plat besi supaya ia mencapai suhu yang tinggi dan haba disebarkan ke atas satu permukaan yang sekataApakah fungsi asbestos dan kepingan mika yang terdapat pada sebuah seterika elektrik? Asbestos dan kepingan mika yang berada di bahagian atas berfungsi sebagai penebat supaya sedikit sahaja haba yang hilang ke bahagian atas.Apakah ciriciri keselamatan yang perlu ada pada sebuah seterika elektrik?Badan atau rangka seterika elektrik itu perlu ditebat dengan sempurna dengan menggunakan penebat supaya haba yang dihasilkan oleh unsur pemanas tidak mendatangkan bahaya kepada pengguna.Apakah perbezaan di antara sebuah seterika elektrik biasa dengan sebuah seterika elektrik yang menggunakan stim?Seterika elektrik stim mempunyai binaan asas yang hampir sama dengan seterika elektrik biasa. Perbezaannya ialah, seterika elektrik stim boleh dimasukkan air yang akan dipanaskan dan menjadi stim. Apabila pakaian digosok, kita tidak perlu menekan dengan kuat kerana stim yang dikeluarkan akan meratakan pakaian yang digosok dengan lebih mudah. (ii) Cerek elektrik

Cerek elektrik yang dapat diperoleh di kedai-kedai elektrik terdiri daripada jenis automatik dan jenis biasa. Bezanya, litar pada cerek automatik akan diputuskan apabila air yang dimasak mencapai takat didih. Walau bagaimanapun, pada asasnya prinsip pemanasan pada kedua-dua jenis cerek adalah sama. Pada cerek automatik, unsur pemanasan elektrik dililitkan pada suatu penebat dan dimasukkan ke dalam satu tiub logam. Apabila arus mengalir dalam unsur pemanas, air di sekeliling tiub logam akan dipanaskan secara konduksi. Haba ini akan dipindahkan secara perolakan ke seluruh bahagian air. Apakah yang akan berlaku kepada unsur pemanas sekiranya air di dalam cerek itu dibiarkan sehingga kering? (iii) Pengering rambut

Pernahkah anda menggunakan pengering rambut? Bagaimanakah udara yang keluar dari pengering rambut menjadi panas? Pengering rambut mengandungi gegelung filamen yang akan menjadi panas apabila arus elektrik mengalir melaluinya. Kipas yang dipusingkan oleh sebuah motor kecil meniupkan udara melalui gegelung filamen yang panas. Dengan demikian, udara yang panas

dapat dikeluarkan dari pengering rambut untuk mengeringkan rambut yang basah. (iv) Lampu filamen

Lampu filamen terdiri daripada satu molekul kaca yang divakumkan atau diisi dengan gas lengai seperti argon pada tekanan rendah dan gegelung filamen. Gas lengai yang diisi dalam mentol kaca bertujuan untuk mencegah pengewapan filamen yang boleh menghitamkan mentol kaca. Filamen lampu dibina daripada gegelung tungsten atau wolfram untuk menumpukan haba yang dijanakan. Filamen tungsten digunakan sebagai unsur pemanas kerana tungsten mempunyai rintangan dan takat lebur yang tinggi iaitu 3380 C. Haba yang dijanakan oleh arus melalui filamen bertukar menjadi tenaga cahaya. Hanya 10% kuasa elektrik ditukar kepada cahaya boleh nampak dan selebihnya ditukarkan kepada tenaga haba.

Mengapakah lampu filamen akan memberi kesan lebih panas apabila dipasang berbanding dengan lampu pendarfluor? Apakah kebaikan menggunakan lampu pendarfluor berbanding dengan lampu filamen?

Lampu pendarfluor Mengeluarkan cahaya yang tidak berkilau Menghasilkan bayang-bayang yang samar

Lampu filamen Mengeluarkan cahaya yang sangat berkilau Menghasilkan bayang-bayang yang jelas

Menjimatkan tenaga elektrik Menggunakan banyak tenaga (menukarkan 20% tenaga elektrik elektrik (menukarkan 10% teanga kepada tenaga cahaya) elektrik kepada tenaga cahaya)

You might also like