You are on page 1of 15

Aneka sup

Buat rempah sup sendiri ( homemade )


Bahan-bahan ( Anggaran untuk stok sebulan ) 1 labu bawang besar 3 ulas bawang putih 2 inci halia 3 kuntum bunga lawang 3 biji buah pelaga 1 batang kulit kayu manis sudu kecil lada hitam sudu kecil bunga cengkih 2 sudu besar jintan manis 1 sudu besar jintan putih Cara-cara 1.Masukkan semua bahan dalam penapis teh. 2.Kulit kayu manis diketuk2 terlebih dahulu untuk memudahkan mengisar. 3.Bawang besar, bawang putih dan halia dipotong. Basuh semua bahan. 4.Masukkan semua bahan dalam blender (pengisar), bunga lawang ni kalau nak dikisar kena buang bijinya dulu kalau tak nanti sakit perut. masukkan air kemudian kisar hingga halus. Masukkan dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk. 5.Masukkan dalam sup anda mengikut anggaran dalam 1 atau dua sudu mengikut keperluan. Boleh masukkan secubit kas kas(poppy seed) sedikit dalam sup anda untuk menyedapkan sup. 6.Selamat mencuba

Sup Ayam (Tanpa Guna Sup Bunjut/Rempah Sup)

Bahan-bahan

1 ekor ayam potong 16 1 labu bwg merah 2 ulas bwg putih 1 inci halia sebatang kulit kayu manis 4 kuntum bunga cengkih 2 kuntum bunga lawang 3 biji buah pelaga 2 biji kentang 1 batang lobak 1 mangkuk air panas baru masak lada sulah, garam, ajinomoto dan stok ayam - secukup rasa (saya tak letak stok ayam) Daun sup, daun bawang & bawang goreng

Cara-cara

1. Rempah2 direndam dalam air panas menggelegak,biarkan hingga air tersebut suam & toskan rempah2 tersebut. Air rendaman turut disimpan. 2. Bwg merah & bwg putih dikisar halus. Halia ditumbuk sedikit jgn sampai lumat. Lobak dipotong bulat2 anggaran 1.5cm & kentang dipotong 6 3. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau. Kemudian masukkan halia & rempah2 yang telah direndam. Tumis sebentar. 4. Masukkan ayam dan gaulkan supaya bercampur dengan rempah yg ditumis. Biarkan selama 10minit 5. Masukkan air rendaman rempah tadi beserta 1 mangkuk air lagi. Jika mahukan kuah sup lebih boleh tambah lagi semangkuk air.

6. Biar sup menggelegak,masukkan kentang dan lobak. Bila ayam dah empuk masukkan stok ayam, garam, aji & lada sulah. Adjust mengikut selera anda 7. Dah siap tutup api. Masukkan daun bawang,daun sup & bawang goreng, tutup rapat periuk selama 20minit supaya baunya meresap ke dalam sup. Sedia untuk dihidang

Resepi Sup Ekor Hadyai


800 g ayam, dipotong sederhana besar ( saya guna 500 g ekor lembu + 300 g daging lembu ) 5 batang serai, dititik 7 cm lengkuas, diketuk 2 batang saleri, dikerat2 ( saya guna daun sup dan daun bawang je bahan tabur ) 2 biji tomato, belah 4 setiap satu (resipi asal tak letak) 5 6 cawan air (atau secukupnya) Garam dan gula secukup rasa 2 kuntum bunga lawang# 5 biji buah pelaga# 3 kuntum bunga cengkih# 1 batang kayu manis#(#rempah tumis) 5 biji bawang merah* 3 ulas bawang putih* 3-4 biji cili padi* 4 cm halia* 1 camca teh lada hitam(resipi asal tak letak)* 2 camca besar ketumbar* 1 camca teh jintan kasar* 1 camca teh jintan halus*(*dikisar halus) Hirisan daun sup/daun bawang, untuk hiasan Bawang goreng, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA

1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan. 2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis rempah tumis, serai, lengkuas dan bahan kisar halus hingga harum. 3. Masukkan ayam tadi dan gaul rata. Masak hingga ayam kecut kurang lebih 5 minit. 4. Tuang air dan masukkan saleri. Gaul rata dan renih hingga ayam masak. 5. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula sebagai pemangkin. 6. Akhir sekali masukkan tomato dan masak 1 2 minit lagi. 7. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Sedap juga dihirup begitu saja..

Sup kentang berkrim


Resepi Sup Kentang Berkrim

Bahan-bahan:

1 sudu mentega atau marjerin 1 sudu tepung serbaguna cawan susu 2 biji telur ambil kuning sahaja 4 - 5 biji kentang - dikupas kulit dan dipotong dadu 3 cawan air rebusan ayam

bawang besar - dicincang Garam dan lada sulah secukup rasa 2 sudu krim (jika suka) 1 tangkai daun bawang dicincang untuk taburan

Cara penyediaan:

Isikan penuh air dalam sebuah priuk yang besar. Masukkan kentang dan nyalakan api besar. Tutup dan biarkan sehingga mendidih.

Setelah mendidih, buka penutup dan biarkan mereneh selama 10 minit. Kemudian tutup api, tapis kentang yang telah masak dan buang air rebusan. Masukkan semula kentang ke dalam periuk bersama bawang dan air rebusan ayam.

Sementara itu, masukkan mentega atau marjerin ke dalam sebuah mangkuk yang besar dan cairkan ke dalam microwave anggaran selama 30 saat. Keluarkan mangkuk dari microwave dan masukkan tepung bersama susu. Kacau hingga mesra. Masukkan kuning telur dan kacau lagi hingga mesra. Masukkan adunan ini ke dalam periuk tadi.

Panaskan sup sambil dikacau hingga mendidih pada kepanasan tinggi. Setelah mndidih, berhenti kacau dan biarkan mereneh selama seminit. Kecilkan api pada kepanasan sederhana dan masukkan krim (jika suka). Tutup periuk dan biarkan mereneh selama 10 minit. Tutup api dan hidangkan ke dalam mangkuk dengan taburan daun bawang

sup kambing DAHA


Bahan-bahan:

500 gram daging kambing, potong dadu, bakar hingga matang 1500 ml santan 5 sudu makan makan kicap manis

5 helai daun limau 3 helai daun salam 3 sudu makan makan minyak masak

Bahan Pelengkap: 150 gram taugeh, bersihkan 150 gram kobis, hiris halus 3 batang daun seleri, hiris halus 3 sudu makan makan bawang putih goreng 5 sudu makan makan bawang merah goreng 3 biji limau nipis 6 sudu makan teh sambal cili api

Kisar halus: 8 biji bawang merah 5 ulas bawang putih 1 sudu makan teh lada hitam 1 sudu makan teh ketumbar sudu makan teh jintan 1 sudu makan garam (atu secukup rasa) 1 sudu makan gula merah Seruas jari kunyit Seruas jari halia Seruas jari lengkuas

Cara Penyediaan:

Tumis bahan kisar hingga naik bau dan masak. masukkan santan, daun limau dan daun salam diikuti daging kambing. Masak hingga bahan kisar meresap. Angkat dan ketepikan seketika.

Satukan taugeh dan kobis dalam mangkuk. Tuang kuah panas panas tadi. Taburkan bawang putih goreng, bawang merah goreng dan daun seleri sebelum disajikan.

Sajikan segera selagi panas dangan kicap, sambal lada api, dan potongan limau nipis.

sup ekor
Bahan-bahan:

300 gram ekor lembu 2 kuntum bunga lawang 1 batang kulit kayu manis 3 biji buah pelaga 3 kuntum bunga cengkih 15 gram rempah sup 4 ulas bawang putih tumbuk halus 3 inci halia muda tumbuk halus Sedikit serbuk lada hitam 300 ml air 2 biji cili padi Garam secukup rasa 1 batang lobak merah dipotong dadu 2 biji ubi kentang dipotong dadu Sedikit minyak masak Sedikit hirisan daun bawang dan bawang goreng.

Cara Penyediaan:

Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang putih dan halia hingga naik bau. Masukkan rempah sup dan air. Biarkan sehingga mendidih dan masukkan pula ekor lembu.

Masak atas api sederhan sehingga ekor lembu masak dan empuk. Tambahkan serbuk lada hitam, lobak merah dan kentang. Biarkan mereneh sehingga lobak dan kentang lembut.

Taburkan hirisan daun bawang dan bawang goreng.

Sedia dihidangkan. Selamat mencuba.

sup mamak
Bahan untuk taburan: daun sup + daun bawang bawang goreng

Cara-caranya: 1. Tumis bahan kisar + rempah sup hingga garing.. 2. Masuk kan ke dalam periuk rebusan daging tadi. 3. Jika semua dah ok.. baru masuk kan tepung dhal.. 4. Harus kacau selalu.. jika tidak tepung jadi bergentel. 5. Kalau nak lagi pedas-masa dihidang a dash of pepper

Resepi Sup Ayam dan Sayur-sayuran Ala Barat


(Healthy Chicken and Vegetable Soup Recipe Click here for English)

Bahan-bahan:

3 dada ayam potong dadu 2 daun bawang - cincang 2 batang lobak merah kecil - cincang 1 ulas bawang putih - cincang 8 cawan (2 liter) air rebusan ayam 2 helai daun bay 2 sudu makan ketumbar - cincang 100-120 gram mee 1 cawan kacang hijau(green pea) - rebus 2 sudu makan minyak zaitun 2 sudu teh jintan manis

cawan jagung - rebus (jika suka) cawan kacang soya - rebus (jika suka) Daun parsley untuk hiasan (jika suka) 2 sudu the jus lemon(jika suka masam) Garam dan lada sulah secukup rasa

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak zaitun. Masukkan bawang putih, lobak merah dan daun bawang. Goreng selama 5 minit.

2. Masukkan ayam, ketumbar dan jintan manis. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa. Goreng selama 5 minit atau sehingga ayam bertukar menjadi putih.

3. Masukkan air rebusan ayam., jagung, kacang soya, dan daun bay. Biarkan sehingga mendidih selama 10 minit.

4. Masukkan mi dan kacang hijau. Panaskan sehingga mi masak.

5. Tutup api dan sajikan sup bersama daun parsley dan perahan jus lemon.

Selamat mencuba.

Resepi Sup Bebola Ikan


(Fish Ball Soup Recipe - click here for English)

Bahan-bahan:

300 gm ikan tenggiri 1 sudu teh tepung ubi 1 sudu the garam 150 gm sawi 10 jalur so hoon

1 sudu teh jeruk kobis 4 sudu makan minyak masak 2 ulas bawang putih cincang 5 cm halia hiris 1 sudu makan kicap Serbuk lada sulah secukup rasa

Cara Penyediaan:

Siang ikan dan bersihkan. Ambil daging ikan sahaja dengan memotongnya secara melintang pada kedua-dua belah bahagian. Cincang daging ikan dengan pisau tajam.

Tambahkan tepung ubi, garam dan 4-5 sudu air pada daging ikan. Ramas hingga membentuk paste lembut yang melekit.

Basahkan tangan dan bentukkan paste menjadi bebola ikan. Celup setiap bebola di dalam air garam dan letakkan di atas pinggan. Ketepikan.

Basuh sawi dan potong 5 cm panjang. Basuh jeruk kobis dan rendam so hoon. Ketepikan.

Panaskan minyak, goreng bawang putih hingga menjadi warna coklat keemasan. Angkat dan ketepikan.

Untuk buat sup, panaskan sedikit minya, goreng halia hingga menjadi warna coklat cair, dan masukkan lebihan kulit dan tulang ikan. Goreng selama 2 minit. Masukkan 4 cawan air dan sudu teh garam. Renehkan selama jam.

Tapis kuah sup ke dalam periuk lain. Panaskan. Masukkan bebola ikan yang telah dibuat tadi.

Setelah mendidih, masukkan sawi, so hoon dan jeruk kobis. Biarkan mendidih seklai lagi.

Tutup api, masukkan kicap, garam dan lada sulah secukup rasa.

Hidangkan panas-panas dan taburkan bawang putih goreng yang disediakan awal tadi.

Selamat mencuba.

Resepi Sayur- sayuran berdaging


200-400 g daging lembu ( terpulanglah byk mana suka lebih byk daging lebih sedap ) 4 biji bawang merah 4 ulas bawang putih 1 sudu makan lada putih 1 inci halia sepotong kobis kobis bunga 3 biji kentang ( di kopek dan potong dadu ) 1 potong karot ( di potong bulat atau memanjang ) 2 paket cendawan tiram 1 paket kecil suhun ( direndam ) setangkai sawi ( di potong ) Daun sup daun bawang bawang goreng

Garam secukup rasa sedikit perasa jika suka ( saya guna 1 sudu makan stok ayam maggie dalam botol )

Cara Penyediaan

1. Tumbuk lada putih, bawang putih, halia, bawang merah hingga lumat. 2. Tumis bahan tumbuk dalam periuk hingga berbau harum. 3. Masukkan daging dan kentang kemudian masak hingga daging kecut. 4. Kemudian masuk air separuh atau 3/4 periuk, terpulanglah banyak mana kuah yang anda diingini. 5. Masaklah hingga kuah mendidih dan daging empuk. 6. Setelah daging empuk bolehlah masukkan sayur-sayuran dan suhun. 7. Sesuaikan rasa bulehlah diangkat.

SUP SAYUR
Menu simple untuk makan malam kami sekeluarga , saya masak sup ni dan goreng ikan bawal jee...tu pun dah sedap untuk kami makan . Anak-anak memang suka sangat sup sayur dengan fish ball ni sampai hirup kuah la dalam pinggan nasi masing-masing hehehe...

BAHAN-BAHAN :

1 ketul dada ayam - potong kecil-kecil 1 batang sayur sawi 1/4 kobis 1 batang carrot 1 peket kecil cendawan tiram

3 biji telur 2 peket fishball 2 sudu besar sos tiram 1 sudu besar sos thai /nampla 1 sudu teh minyak bijan 3 cawan air Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

2 biji bawang merah 2 ulas bawang putih segenggam ikan bilis

CARA MEMASAK :

-Panaskan sedikit minyak didalam periuk kemudian tumis bahan tumbuk dan masukkan isi ayam kacau dan biarkan sampai isi ayam masak. Terus masukkan air serta biarkan sampai kuah mendidih dan masukkan telur sebiji demi sebiji , biarkan sampai telur masak .

-Apabila telur sudah masak terus masukkan carrot dan biar sampai carrot hampir empuk , kemudian masukkan semua sayur dan garam . Terus kacau supaya semua sayur masak dan biarkan kuah mendidih seketika saja dan boleh la ditutup api dapur , jangan masak sayur terlalu lama nanti over cook dan sayur menjadi lembik.

Sup Ikan

Bahan-bahan :6 keping ikan merah 1 batang karot, dikupas kulitnya dan potong ikut suka 1 biji kentang, belah 4 biji kobis, dipotong selebar 2 inci 1 biji tomato, dibelah 2 1 jari kayu manis 3 biji buah pelaga 3 kuntum bunga cengkih 3 kelopak bunga lawang 4 cawan air Garam secukup rasa Serbuk perasa jika suka Sedikit daun sup Sedikit bawang goreng Minyak untuk menumis Bahan untuk dikisar :2 biji bawang besar 1 ulas bawang putih 1 sudu makan serbuk ketumbar 1 sudu teh serbuk jintan halus 1 sudu teh serbuk lada putih 1 inci kunyit hidup 1 inci halia Cara-caranya :Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang dan bahan yang telah dikisar. Tumis sehingga naik bau. Masukkan garam dan serbuk perasa jika suka. Masukkan air, karot dan kentang. Bila karot dan kentang sudah sentengah masak masukkan ikan merah, kobis, daun sup dan bawang goreng. Bila kuah telah mendidih dan ikan telah masak, masukkan tomato, padamkan api dan tutup periuk.

You might also like