You are on page 1of 4

Resepi Seri kaya

Bahan-bahan (500ml): 1/2 cawan (115gm) gula pasir 3 biji telur 1 1/2 cawan santan 2 sudu besar tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air 1 cawan gula pasir (225gm) 1 cawan air

cara:

masukkan 1 cawan gula pasir dan air ke dalam mangkuk dan masak sehingga menjadi gula hangus dengan api sederhana panas angkat dan sejukkan - proses membuat gula hangus ini mengambil masa agak lama sedikit tetapi jangan ditingal2kan nanti hangus dan warna kaya tidak cantik dengan menggunakan whisker pukul 1/2 cawan gula pasir bersama2 dengan telur sehingga sebati proses membuat seri kaya: mula2 masukkan gula yang telah dipukul dengan telur ke dalam mangkuk, diikuti dengan santan, tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air dan akhir sekali gula hangus kacau dengan api sederhana panas sehingga menjadi pekat dan mendidih - kepekatan seri kaya ini bergantung pada kesukaan masing2 apabila sudah puas hati dengan kepekatan seri kaya bolehlah ditutupkan api dan biarkan sejuk kemudian barulah disimpan ke dalam balang/bekas kedap udara jika inginkan kaya pandan bolehlah di campurkan dengan sedikit emulco pandan dan kacaukan sebati note: warna seri kaya bergantung pada warna gula hangus. jika selepas gula hangus tadi sejuk menjadi keras tidak mengapa jangan panik. apa yang perlu dilakukan ialah masukkan gula dan telur yang telah dipukul ke dalam gula hangus, kemudian masukkan santan dan tepung jagung. masak

seperti step No. 5. gula hangus yang keras tadi akan menjadi cair setelah berada di atas api. kaya nie lebih elok disimpan di dalam fridge supaya tahan lebih lama

Seri Kaya
Seri Kaya ni mmg dah selalu ummi buat...memang semenjak tau buat kaya sendiri, tak pernah beli lagi..maklumlah..buat sendiri ni ditanggung halal, bersih lagi suci...

sumber : Ngah2 dari melayu.com

Bahan-Bahan 1 cawan gula + 1 cawan air - buat gula hangus dan sejukkan (4) 1 cawan gula + 3 biji telur - dipukul sehingga sebati (1) 1 cawan santan (2) 2 sudu makan tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air (3)

Cara 1. Campur semua bahan ikut turutan...(1), (2), (3) dan (4) 2. Masak dgn api sederhana panas dan kacau hingga pekat/mendidih.(lbh kurang 20 minit)

Kalau nak warna boleh diwarnakan mengikut kesukaan masing-masing.(maklang letak pewarna kuning skit)..ngancam kaya den.. Kalau tidak biarkan warna asli saja. Kalau gula hangus hitam maka pahitlah nanti seri kayanya. * nak letakkan perisa pandan pun boleh jugak * bila ngah dah cuba...agak manis...boleh kurangkan gula kalau tak suka manis... * boleh dapat lbh kurang 500 ml sekaya... * nak wangi,boleh letak daun pandan

--------

Resepi Seri kaya


BAHAN-BAHAN DAN CARA MEMASAK:

1 cawan gula jadikan gula hangus (kramel) dgn campurkan 1/2 cawan air kedalam kuali dan panaskan gula. Apabila kramel mula terbentuk, masukkan 1/2 cawan lagi air untuk menjadikan kramel cair. ( Jumlah keseluruhan 1 cawan air. Tentukan kramel anda tidak menjadi keras ia perlu seperti kepekatan madu. Biarkan sejuk kramel ini sebelum gunakan.

1 cawan gula dan 3 biji telur dipukul sehingga sebati.

1 cawan santan pekat dan masukkan 2 sudu besar tepung jagung dan dibancuh.

Panaskan kuali masukkan gula kramel, sebatian gula dan telur yang telah dipukul dan masukkan santan pekat dan tepung jagung yang telah dibancuh. Kacau sebatian ini sehingga pekat. Sederhanakan api dapur dan masak sehingga 20 minit.

Seri Kaya anda telah siap. Isikan kedalam bekas dan simpan dalam peti sejuk. Selamat Mencuba

Resepi Seri kaya


BAHAN-BAHANNYA :-) 3 biji telur 300 ml pati santan (nak sedap guna santan segar) 180 g gula pasir (resipi asal 240g) 2 helai daun pandan 60 g gula pasir* 125 air panas*(*untuk karamel)

CARA MEMBUATNYA :-)

1.Masak gula hingga perang, dengan berhati2 masukkan air panas, kacau rata dan matikan api. Biar suam. 2.Satukan telur, gula pasir dan pati santan. Kacau rata hingga gula larut dan tapis. Tuang 1/2 adunan ke dalam karamel tadi dan kacau pantas dengan whisk. Kemudian, bancuhan karamel tadi tuang kembali ke dalam bancuhan telur dan kacau rata2. 3.Alih ke dalam periuk, masukkan daun pandan dan jerang atas api kecik sambil dikacau sentiasa hingga bancuhan pekat dan berkilat. Mati kan api, angkat dan sejukkan. Simpan dalam peti sejuk untuk memanjangkan jangka hayat seri kaya tadi. Jangan lupa keluarkan daun pandan....

You might also like