You are on page 1of 11

Ayam Bersos Tiram & Cili Kering Sumber: Ibu tercinta Bahan-Bahan: ekor ayam 3 inci halia - seelok-eloknya

a halia muda 2 biji bawang putih ( di hiris bulat) 1 biji bawang besar ( di hiris bulat) 8-10 tangkai cili kering ( di potong 2 inci) 3 sudu besar sos tiram Sedikit daun bawang Sedikit garam dan serbuk perasa Sedikit minyak Sedikit air Sedikit tepung jagung (bancuh dgn sedikit air)

Cara: Ayam di potong kecil-kecil. Basuh bersih ayam tersebut dan lumurkan sedikit sahaja garam. Panaskan minyak dan goreng ayam tersebut selama 10 minit (agak-agak masak). Kemudian tumiskan bawang besar, halia dan bawang putih (dengan minyak yg sedikit). Bila agak garing masukkan ayam tadi bersamasama sos tiram dan cili kering. Kacau dengan api yang perlahan. Masukkan garam (agak-agak kerana sos tiram dan ayam tersebut telah masin) , serbuk perasa dan bancuhan tepung jagung tadi. Bolehlah di angkat dan taburkan daun bawang tadi. Cadangan Hidangan: Sedap di makan ketika masih panas. Daging "Black Pepper"

Sumber: Sendiri Bahan-Bahan: Daging - Direbus dan hiris nipis cawan kicap pekat cawan sos tiram 3 sudu besar lada hitam - ditumbuk kasar 1 mangkuk air asam jawa 1 sudu besar gula Cara: Tumis bawang merah, putih, halia hingga kuning dan naik bau. Masukkan kicap pekat dan lada hitam. Maukkan daging, air asam jawa. Biar mendidih. Masukkan sos tiram, gula, bawang besar, salary, capsicum. Biarkan mendidih dan pekat. Sedia untuk dihidang. Nasi Goreng Sea Food Bahan-Bahan: 4 ekor sotong(dipotong) 10 ekor udang putih(dibuang kulit) 3 biji fish ball(dipotong 3) 1@ kek ikan 1 biji telur 5 biji cili padi 1 biji bawang besar 2 biji bawang merah 2 ulas bawang putih(kecil) garam sesedap rasa sedikit minyak nasi kicap 3 ulas bawang putih - hiris 5 ulas bawang merah - hiris 1 inci halia - hiris 1 labu cili epal (capcicum) - potong memanjang 1 batang salary - potong memanjang 1 labu bawang besar - potong kiub

Cara: Tumbukkan cili, bawang merah dan putih serta garam. Panaskan minyak.

Kemudian masukkan bahan yang telah ditumbuk tadi kemudian tumiskan sehingga bau naik. Masukkan sotong,udang,fishball dan kek ikan. Kacau sehingga ia mulai masak dan terus masukkan telur. Gaul kesemuanya. Kemudian masukkan nasi dan kicap.gaul sekali lagi sehingga rata dan hidangkan. Cadangan Hidangan: Hidang seperti biasa bubuh daun sup diatasnya serta sediakan limau purut. Tambahan: Seandainya untuk ramai tambahkan resepi begitu juga sebaliknya.

Ikan Kering Masak Lemak Nenas Sumber: Sendiri


Bahan-Bahan: 1 biji nenas (masak) 4 tangkai cili padi merah 1 biji kelapa (ambil santan pekat 3 cawan)Boleh lebihkan jika suka, tapi jangan sampai cair. 2 labu bawang besar 3 ulas bawang putih kunyit hidup sebesar ibu jari 2 batang serai dititik 4 sudu besar gula sedikit kunyit/serbuk kunyit Cara: 1. Basuh ikan kering yang telah direndam dan masukkan kedalam periuk. 2. Potong nenas dan dihiris jangan terlalu nipis.Letakkan diatas ikan kering tadi. Ikan kering ( suka hati)atau ikan sepat/ikan kurau/ikan duri, secukupnya. (Ikan hendaklah direndam 15 minit). Buang airnya.

3. Kisar/tumbuk cili padi, kunyit hidup, bawang besar dan bawang putih sehingga halus. Tuangkan keatas nenas.Masukkan serai yang telah di titik. 4. Masukkan gula. Jerangkan diatas api sederhana.Kacau.Biarkan selama 10 minit. 5. Masukkan santan dan dikacau.Rasa secukup rasa. 6. Jika ikannya tidak berapa masin bolehlah dicukupkan rasa garamnya.

Cadangan Hidangan: Untuk 10 orang Tambahan: Sedap dimakan dengan sambal tempoyak, petai dan ikan goreng.

Ikan Keli berlada Azmans favuorite


2 ekor ikan keli (sederhana besar) - dikelar badannya Asam jawa atau limau (utk menghilangkan lendir pada badan ikan keli) Serbuk kunyit & garam Minyak utk menggoreng 4 biji cili masak (boleh juga ditambah dgn Cili api kalau suka extra pedas) 3 biji bawang merah 2 biji bawang putih 1 labu bawang besar sedikit halia asam jawa, gula, garam & serbuk perasa (ajinomoto la biasanya) secukupnya cara Basuh ikan keli dengan limau atau asam jawa sampai hilang lendir Gaulkan ikan keli dgn kunyit & garam dan kemudian digoreng sampai gareng Blendkan cili masak, bawang merah & putih juga halia. Tumiskan sampai naik bau Masukkan Air asam jawa, gula, garam & ajinomoto secukupnya. Kalau suka dgn sambal yg agak berkuah tambahkan air & biarkan menggelegak Masukkan pula bawang besar yg dihiris sampai layu

Akhir sekali masukkan la ikan keli yg dah digoreng & terbalik2kan. Cepat2 la tutup api nanti ikan jadi lembik Selamat mencuba

Ikan sepat masak lemak cili padi


Bahan-Bahan: 7 ekor ikan sepat 10 biji lada cili 4 biji bawang merah 4 biji bawang putih 1 mangkuk santan (segera) sedikit garam dan perasa sedikit kunyit 1/2 biji nenas di potong Cara Membuatnya: panaskan minyak goreng ikan sepat tumbuk lada cili, bawang merah, bawang putih, kunyit. tumiskan bahan yg ditumbuk..dgn sedikit minyak sahaja.. kemudian masukkan santan .pastikan api kecil. kemudian masukkan ikan kering sepat tadi. masukkan nenas yg telah di potong tadi. tunggu 6 minit. masukan sedikit garam dan perasa. siap di hidang.

Ikan keli goreng berlada

Bahan bahan
3-4 ekor ikan keli di bersihkan -dipotong ikut citarasa anda . 13-15 tangkai cili kering 3 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih Air asam jawa secukupnya Garam dan gula secukupnya

Cara membuatnya

1. Goreng ikan sehingga garing .Ketepikan 2. Cili kering ,bawang merah dan bawang putih di kisar . 3. Tumiskan bahan kisar di atas kuali sehingga cili garing , bolehlah masukkan perahan air asam jawa, garam dan sedikit gula ( jika suka ). 4. Biarkan sehingga kering , masukkan ikan sembilang . Balik - balikkan ikan dan bolehlah ditutupkan apinya . 5. Sedia di hidangkan .Selamat mencuba .

Ayam Bakar Black pepper

1 ekor ayam dipotong 4 bawang kecil 2 biji bawang putih 4 biji halia ibu jari lada hitam 2 sudu bahan bahan ini ditumbuk halus black pepper sauce 2 sudu madu 2 sudu oyster sauce 4 sudu beberapa titis sesame oil ( jgn banyak sangat ) sedikit ajinomoto

cara perapkan ayam 10 min dengan bahan bahan diatas bakar atas loyang yang salut aluminium foil gril = 10 mins , balikkan ayam dan reduce heat to 220 deg grill again 10 mins remove chicken and drain the oil reduce to 220 again balikkan ayam hingga masak ( total time masak hr)

Sup Ayam Campur Kentang. -Dapur mina

Baiklah, bahan-bahannya ialah : Ayam yang dipotong kecil, kentang, daun sup & bawang, bawang goreng, rempah tumis sedikit, rempah sup bunjut 1, garam, serbuk perasa, minyak untuk menumis & bahan kisar ---> bawang besar @ merah, bawang putih & halia. Ayam perlu dibersihkan dahulu. Kentang hendaklah dikupas dan dipotong kecil. Bahan kisar perlu dikisar & daun sup juga daun bawang hendaklah dihiris halus. Sila rujuk gambar di atas ini untuk info seterusnya ya.

First of all tenggekkan periuk. Masukkan sedikit minyak. Apabila minyak sudah panas, sila tumiskan rempah tumis seperti kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih dan sup bunjut. Kacau.

Kemudian masukkan bahan kisar dan tumis hingga sedikit garing.

Masukkan sedikit air. Masukkan ayam yang telah diracik kecil dan telah dibersihkan tadi. Tambahkan air lagi hingga melepasi paras kuantiti ayam. Renehkan ayam ini hingga empuk ya. Pada permulaan masak dengan menggunakan api yan besar tetapi apabila kuah sup sudah mendidih, sila kecilkan sedikit api dan tunggu sehingga daging ayam itu empuk.

Setelah ayam empuk, sila masukkan kentang pula ya. Masukkan garam dan jika suka masukkan sekali serbuk perasa. Tunggu hingga kentang empuk dan kemudian sila rasa tahap kemasinan dan keenakan yang anda mahukan Selepas semuanya 'well done' bolehlah dipadamkan api dapur Jika rajin, anda boleh rebuskan sedikit makaroni dan makan bersama Sup Ayam ini ya. Jika yang citarasanya berjiwa Melayu pula, bolehlah makan Sup Ayam Campur Kentang ini bersama nasi dan rajin-rajinkan diri untuk menumbuk Sambal Belacan dan jangan lupa perahkan sedikit air asam limau kasturi di dalamnya. Tambahan lagi ada Telur Dadar, masyaAllah memang sedap sangat, Wallah Mina suka yang teramat. Sup Ayam Campur Kentang ini juga sedap jika dimakan bersama Sambal Kicap. Mina pernah mengeluarkan entri resipi Sambal Kicap ini tidak lama dahulu ya. Sila semak resipi-resipi yang lepas. Oh ya, jangan lupa untuk menaburkan hirisan daun sup & daun bawang dan juga bawang goreng. Sudah tentu bau wangi Sup Ayam Campur Kentang ini bertambah bergandaganda harumnya. Untuk mengecurkan anda lagi, Mina sediakan gambar 'close up' Sup Ayam Campur Kentang ini. Jika dah terliur tu, rajin-rajinkan diri untuk ke dapur dan meniru resipi ini. Semoga berhasil. *********************************************** Bahan2: 200 gm ayam - potong ikut suka 1 sdk gula kastor - sy guna gula biasa je. 30 gm Tepung kastard 1 biji kuning telur lada putih - secukup rasa

Untuk Sos : 1/4 cawan Jus Lemon 2 sdk stok ayam sedikit bancuhan tepung jagung Garam & Gula - sy letak gula lebih sedikit sebab lemon tu dh masam

Cara2nya: 1. Lumurkan ayam dgn gula castor , garam dan lada putih. Perapkan seketika. 2. Kukuskan ayam yg telah diperap tadi selama 10 -15 minit ( sy tak kukus pun). 3. Salutkan ayam dengan tepung kastard dan kuning telur. 4. Goreng ayam sehingga kuning. 5. Untuk sosnya panaskan jus lemon dan stok ayam. Campurkan tepung jagung dengan sedikit air. Perasakan garam dan gula. 6. Akhir sekali satukan sos dan ayam. *********************** Bahan-bahan 1 Ekor Ayam 2 biji lemon (kalau nak kurangkan masam boleh kurangkan lemon). Hiris sikit untuk hiasan. 10 tangkai cili hijau (boleh tambah kalau nak pedas) Tepung salut ayam (tepung gandum biasa pun boleh, jika nak lagi sedap guna tepung tempura) 2 sudu besar tepung jagung Serbuk lada putih Garam Gula Cara-cara 1.Rebus ayam sampai masak 2.Toskan ayam tu (air rebusan ayam biar dalam periuk nak buat kuah lemon nanti) dan perap dengan serbuk lada putih selama 3 jam (lagi lama lagi sedap) 3.Campurkan tepung tempura dengan sikit air, kemudian salut ayam yang dah diperap tadi dengan tepung tempura, goreng macam goreng ayam biasa, angkat bila dah garing 4.Untuk kuah lemon, campurkan air rebusan ayam tadi dengan serbuk lada putih, garam gula secukup rasa, masukkan tepung jagung yang dah dibancuh dengan sedikit air untuk memekatkan kuah. Tutup api, dan masukkan lemon dan cili hijau tadi. Campurkan ayam goreng tadi ke dalam kuah lemon. 5.Tabur hirisan lemon untuk hiasan. 6.Siap untuk dihidangkan. *********************** AYAM SOS OREN/LEMON

Bahan 400 gm ayam tanpa tulang, dipotong ke 2 kepingan sama 2 s/k Serbuk Pati Ayam MAGGI lada sulah secukup rasa 1 biji telur, dipukul sedikit 1 cawan tepung jagung (auntuk menyalut ayam) minyak untuk goreng terendam 2 ulas bawang putih (cincangkan) A 1 cawan Jus Oren sunkist [2 biji] 1 s/k Serbuk Pati Ayam MAGGI 1 c/k gula atau secukup rasa 1 s/k minyak bijan (jika suka) 2 s/k tepung jagung dicampur dengan 2 s/b air 1 biji oren, dihiris [boleh gunakan lemon] 2 biji tomato, dipotong berbaji pasli & cili merah

Cara 1. Buat hirisan pangkah di atas permukaan daging ayam. Perapkann ayam dengan Pati MAGGI dan lada hitam selama 10 minit. 2. Sadur nipis ayam dengan telur, kemudian dengan tepung jagung Goreng terendam ayam hingga kekuningan dan tuskan. 3. Keluarkan minyak hingga tinggal 2 s/besar dalam kuali. 4. Tumis bawang putih hingga kekuningan, masukkan bahan A dan masak hingga mendidih. 5. Pekatkan sos dengan campuran tepung jagung. 6. Potong ayam ke kepingan yang disukai dan senduk sos ke atasnya. Hias dengan hirisan oren, tomato, pasli dan cili. ****************************************** Bahan-bahan ( 3-4 orang ) 10 strips boneless chicken fillet/breast (dipotong 1) Bahan Marinade: 3 sudu besar kicap cair 1 sudu kecil garam Bahan Batter: 1 biji telur (saiz besar)

1/4 cup tepung jagung 1 sudu kecil lada putih Bahan Sos: 1/3 cup gula 1 cup stok ayam (pakai kiub Knorr je) anggaran 1/2 kiub bercampur air 2 sudu besar tepung jagung 1/2 biji lemon (diambil jusnya sahaja) 1/2 sudu kecil garam 2 sudu besar minyak masak Pewarna kuning (optional) Cara-cara 1.Mula-mula, marinade ayam yang telah dipotong tadi dengan kicap cair dan garam. Kalau boleh biarkan selama 30 minit, tapi kalau nak cepat 10 minit pun jadi la. 2.Untuk buat bahan batter, pukul 1 biji telur tadi dan campurkan tepung jagung dan lada putih, dan celupkan ayam kedalam adunan sebelum menggoreng. Tapi untuk ayam lebih crispy, saya selalu celup dalam telur dulu baru celup dengan tepung(dry) supaya ayam lagi crispy bila digoreng. Deep fry ayam selama beberapa minit sehingga golden brown. Toskan ayam dan biarkan. 3.Untuk membuat sos campurkan semua bahan sos kecuali minyak dalam mangkuk kecil dan kacau sehingga sebati. Jika menggunakan pewarna boleh diletakkan sekarang 4.Panaskan 2 sudu minyak masak dan masukkan semua bahan sos yang telah dicampur tadi. Kacau sos hingga sebati dan warnanya clear (tidak keruh) *kalau tak cukup rasa masam, boleh tambah lagi jus lemon 5.Setelah sos siap, boleh la digaul bersama ayam yang telah digoreng tadi dan dihias bersama sedikit hirisan lemon dan daun bawang. 6.*kalau nak makan bersama nasi ayam, cuma tumbuk/blend halia, bwg putih dan bwg merah sehingga lumat , tumiskan dan kemudian masukkan air + 3 kiub ayam untuk buat stok. ganti air masak nasi dengan stok ayam ini (lebihkan sikit dari sukatan air nasi biasa) dan masak atas rice cooker.siap!! ********************** Ingredients: 300g skinless, boneless chicken thigh, cut into small pieces 1/4 cup corn starch plus 1/4 cup plain flour Oil, for deep-frying teaspoon white sesame Marinade: tablespoon soy sauce tablespoon Shaoxing wine

1 tablespoon corn starch Sauce: 3 tablespoons lemon juice 2 teaspoons sugar 5 tablespoons water 1 teaspoon corn starch Pinch of salt, or to taste Method: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Marinate the chicken with the Marinade, for 30 minutes. Mix all the ingredients for the Sauce. Set aside. Coat the marinated chicken with the corn starch and flour mixture. Deep-fry the chicken until golden brown. Set aside. Add the sauce into the wok and bring it to a quick boil. Add the white sesame. Transfer the fried chicken into the sauce, stir to coat well with the lemon sauce. Dish out and serve immediately.

You might also like