You are on page 1of 26

KEBERKESANAN PELAKSANAAN TEKNIK PEMBELAJARAN MASTERI DALAM TOPIK PECAHAN TINGKATAN 1

UMI BAIZURA BINTI ZULKAPLI

Universiti Teknologi Malaysia

PSZ 19:16(Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS


JUDUL :

KEBERKESANAN PELAKSANAAN TEKNIK PEMBELAJARAN MASTERI DALAM TOPIK PECAHAN TINGKATAN1


SESI PENGAJIAN : 2010/2011

Saya

UMI BAIZURA BINTI ZULKAPLI


(HURUF BESAR)

Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972). (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

TERHAD

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap : NO. 13 KAMPUNG SRI BUNTAR 28300 TRIANG PAHANG Tarikh : 13 Mei 2011
Catatan * Potong yang tidak berkenaan

(TANDATANGAN PENYELIA) ENCIK SHAHRIN BIN HASHIM

(NAMA PENYELIA)
Tarikh : 13 Mei 2011

** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)

Tandatangan Nama Penyelia Tarikh

: . : ENCIK SHAHRIN BIN HASHIM : .

KEBERKESANAN PELAKSANAAN TEKNIK PEMBELAJARAN MASTERI DALAM TOPIK PECAHAN TINGKATAN 1

UMI BAIZURA BINTI ZULKAPLI

Laporan kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

2011

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

Tandatangan Nama Penulis Tarikh

: .. : UMI BAIZURA BINTI ZULKAPLI : 13 Mei 2011

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga akhirnya saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini sebagai memenuhi keperluan syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik).

Dikesempatan ini terlebih dahulu saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pensyarah yang telah membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada saya khasnya kepada En. Shahrin Bin Hashim selaku Penyelia Projek Sarjana Muda saya ini. Segala ilmu, nasihat dan bimbingan yang diberikan amatlah bermakna dan membantu saya dalam menyempurnakan Projek Sarjana Muda sehingga selesai.

Ucapan ribuan terima kasih juga ditujukan kepada kedua ibu bapa saya serta adik beradik saya kerana sentiasa memberi dorongan dan sokongan sepanjang saya berada di sini. Terima kasih juga buat Puan Sabariah Binti Kasan dan Puan Nik Maznah Binti Nik Abdullah diatas kesudian mereka melibatkan diri secara langsung dalam menyempurnakan dan melengkapkan proses mendapatan dapatan kajian.

Terima Kasih juga diucapakan kepada semua pelajar SMK Seri Tangkak yang juga telah terlibat dalam menyempurnakan Projek Sarjana Muda ini. Sekalung penghargaan turut saya tujukan kepada rakan seperjuangan serta kepada semua yang terlibat kerana sudi memberikan kerjasama sepanjang saya menyiapkan projek ini.

Sekian, terima kasih.

DEDIKASI
Khas buat mak dan abah yang disayangi dan dirindui Puan Eliza Binti Amiruddin & Encik Zulkapli Bin Mohd Yusof

Saudara-saudara kandungku yang disayangi Mohd Nashrun Zulkapli, Umi Far-ain Zulkapli, Mohd Anuar Solihin Zulkapli, Umi Noor Syafiqah Zulkapli & Muhammad Hadi Zulkapli

Istimewa buat En. Shahrin Hashim serta semua pensyarah-pensyarah yang pernah mengajar diri ini, semua teman-teman seperjuangan di UTM & teman-teman baik.

sesungguhnya, berkat dan restu kalian, sokongan dan semangat yang diberikan menguatkan lagi iktizam diri ini untuk terus berada pada tahap ini

terima kasih atas segala bantuan dan tunjuk ajar yang diberikan semoga jasa kalian semua diberkati Allah S.W.T

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meninjau keberkesanan teknik Pembelajaran Masteri (PM) terhadap pencapaian dan sikap murid apabila guru menggunakan PM dalam pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Rekabentuk kajian ini berdasarkan kuasi eksperimen dengan menggunakan ujian pra-ujian pos kepada sekumpulan murid berpencapaian tinggi dan sekumpulan murid berpencapaian sederhana. Kajian ini telah melibatkan seramai 29 orang murid yang berpencapaian tinggi dan 31 orang murid yang berpencapaian sederhana daripada SMK Seri Tangkak. Ujian sikap dalam bentuk soal selidik dan ujian pencapaian telah digunakan dalam kajian ini untuk mendapatkan data. Instrumen soal selidik yang digunakan telah dibina dan diuji darjah

kebolehpercayaannya. Darjah kebolehpercayaan bagi instrumen yang digunakan ialah 0.85. Dapatan kajian dianalisis menggunakan Statistic Packages for Social Sciences Version 15.0 for Windows (SPSS). Pencapaian murid bagi kedua-dua kumpulan telah menunjukkan peningkatan setelah menerima rawatan. Minat dan keyakinan murid terhadap matapelajaran matematik juga telah meningkat setelah menerima rawatan. Dapatan kajian secara keseluruhannya mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian dan sikap pelajar dengan penggunaan teknik PM dalam proses pembelajaran dan pengajaran.

ABSTRACT

The aim of this study to explore the effectiveness of Mastery Learning techniques on the achievement and attitudes when teachers use Mastery Learning techniques during learning and teaching process in the classroom. This study based on a quasi experimental study using pre-post test to a group of students with high achievement and to a group of students with medium achievement. This study involve total of 29 students that high achievement and 31 students that low achievement from SMK Seri Tangkak. Attitude test in questionnaires and achievement test were used in this study to obtain data. The instrument that was used in this study, were built and were tested tested the degree of reliability. The Alpha Croncbach for the instrument in this study was 0.85. The finding were analyzed using the Statistic Packages for Social Sciences Version 15.0 for Windows (SPSS) Students achievement for both groups showed improvement after receiving treatment. Students interest and confidence towards mathematics have also improved after receiving treatment. The finding generally found that Mastery Learning is effective in improving students academic performance and changing students attitude towards learning mathematics for both group of students.

KANDUNGAN

BAB

PERKARA PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN PENGHARGAAN DEDIKASI ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN NAMA SENARAI LAMPIRAN

HALAMAN i ii iii iv v vi vii viii ix xiv xvi xvi xvii

BAB I

PENDAHULUAN 1.1 1.2 1.3 1.4 Pengenalan Latar Belakang Masalah Pernyataan Masalah Objektif Kajian 1 2 5 6

1.5 1.6 1.7 1.8

Persoalan Kajian Kepentingan Kajian Batasan dan Skop Kajian Definisi Istilah 1.8.1 1.8.2 1.8.3 1.8.4 1.8.5 1.8.6 1.8.7 1.8.8 1.8.9 Pendekatan Pembelajaran Kaedah Pembelajaran Teknik Pembelajaran Strategi Pembelajaran Pembelajaran Masteri Kuasi Eksperimen Pecahan Ujian Pra Ujian Pos

7 8 9 10 10 10 10 11 11 11 11 12 12 12 12 13

1.8.10 Pelaksanaan 1.8.11 Keberkesanan 1.9 Penutup

BAB II

SOROTAN KAJIAN 2.1 2.2 2.3 Pengenalan Sukatan Pelajaran Matematik KBSM Pembelajaran Masteri 2.3.1 2.3.2 2.4 Modul Pembelajaran Masteri Konsep Pembelajaran Masteri 14 15 17 18 19 20 22

Masalah Kefahaman Pelajar Terhadap Topik Pecahan 2.4.1 Rumusan Berkaitan Topik Pecahan

2.5 2.6 2.7

Sorotan Kajian Pembelajaran Masteri Hipotesis Kajian Penutup

23 25 26

BAB III

METODOLOGI KAJIAN 3.1 3.2 Pengenalan Rekabentuk Kajian 3.2.1 3.3 3.4 3.5 3.6 3.7 3.8 Proses Rawatan 28 29 30 31 32 34 36 38 40

Populasi dan Sampel Kajian Instrumen kajian Kaedah Pengumpulan Data Analisis Data Kajian Rintis Ringkasan

BAB IV

DAPATAN KAJIAN 4.1 4.2 4.3 Pengenalan Analisis Data Latar Belakang Responden Analisis Data Item-Item Persoalan Kajian 4.3.1 Tahap pencapaian bagi kumpulan murid berpencapaian tinggi dalam ujian sebelum dan selepas menggunakan pendekatan Pembelajaran Masteri 4.3.2 Tahap pencapaian bagi kumpulan murid 46 41 42 46

berpencapaian sederhana dalam ujian sebelum dan selepas menggunakan pendekatan Pembelajaran Masteri 4.3.3 Kumpulan murid berpencapaian tinggi dan kumpulan murid berpencapaian sederhana menunjukkan minat dalam pembelajaran matematik setelah menggunakan pendekatan pembelajaran masteri? 4.3.4 Kaedah pembelajaran masteri berkesan dalam meningkatkan keyakinan dan sikap berdikari kumpulan murid berpencapaian tinggi dan kumpulan murid berpencapaian sederhana terhadap matematik 4.3.5 4.4 Pengujian Hipotesis 60 64 56 51

Ringkasan Keseluruhan Analisis Data Persoalan Kajian 70

BAB V

RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 5.1 5.2 5.3 Pengenalan Rumusan Perbincangan Hasil Kajian 5.3.1 5.3.2 Perbincangan Latar Belakang Responden Perbincangan Tahap Pencapaian Murid Dalam Topik Pecahan Setelah Menggunakan 72 73 74 74

Pendekatan Pembelajaran Masteri 5.3.3 Perbincangan Minat Murid Terhadap Pembelajaran Dan Pengajaran Yang Dilaksanakan

76

Menggunakan Pendekatan Pembelajaran Masteri 78 5.3.4 Perbincangan Keberkesanan Pembelajaran Masteri dalam Meningkatkan Keyakinan Dan Sikap Berdikari 5.4 5.5 5.6 Cadangan Kepada Pihak Yang Berkenaan Cadangan kajian Akan Datang Kesimpulan 80 82 84 85

RUJUKAN LAMPIRAN

86 90

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL 3.1 3.2

TAJUK

MUKA SURAT

3.3 4.1 4.2 4.3

4.4

4.5

4.6

4.7

4.8

Pengkelasan tahap taburan pencapaian murid berdasarkan analisis markah min Pengkelasan tahap taburan minat dan keyakinan serta sikap berdikari murid berdasarkan analisis markah min Pekali Alpha Cronbach Taburan Frekuensi dan Peratus Responden Mengikut Jantina Taburan Frekuensi dan Peratus Responden Mengikut Kumpulan Murid Taburan Frekuensi dan Peratus Keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) Responden Mengikut Kumpulan Murid Taburan Frekuensi dan Peratus Gred Pencapaian Matematik dalam Peperiksaan UPSR Responden Mengikut Kumpulan Murid Taburan min dan sisihan piawai bagi setiap item dalam ujian pencapaian bagi kumpulan murid berpencapaian tinggi dalam ujian sebelum dan selepas menggunakan pendekatan Pembelajaran Masteri Taburan frekuensi dan peratus perubahan pencapaian yang diperolehi oleh kumpulan murid berpencapaian tinggi dalam ujian sebelum dan selepas menggunakan pendekatan Pembelajaran Masteri Taburan min dan sisihan piawai bagi setiap item dalam ujian pencapaian bagi kumpulan murid berpencapaian sederhana dalam ujian sebelum dan selepas menggunakan pendekatan Pembelajaran Masteri Taburan frekuensi dan peratus perubahan

37

38 39 42 43

43

44

46

50

51

4.9

4.10

4.11

4.12

4.13

4.14

4.15

4.16

4.17

pencapaian yang diperolehi oleh kumpulan murid berpencapaian sederhana dalam ujian sebelum dan selepas menggunakan pendekatan Pembelajaran Masteri Taburan min dan sisihan piawai bagi minat kumpulan murid berpencapaian tinggi dan kumpulan murid berpencapaian sederhana dalam pembelajaran sebelum dan selepas menggunakan pendekatan Pembelajaran Masteri Taburan min dan sisihan piawai bagi keyakinan dan sikap berdikari kumpulan murid berpencapaian tinggi dan kumpulan murid berpencapaian sederhana terhadap matematik sebelum dan selepas menggunakan pendekatan Pembelajaran Masteri Min dan nilai signifikan bagi perbezaan tahap pencapaian murid dalam topik pecahan sebelum dan selepas menggunakan pendekatan PM terhadap kumpulan murid berpencapaian tinggi Min dan nilai signifikan bagi perbezaan tahap pencapaian murid dalam topik pecahan sebelum dan selepas menggunakan pendekatan PM terhadap kumpulan murid berpencapaian sederhana Min dan nilai signifikan minat murid terhadap matapelajaran matematik sebelum dan selepas menggunakan pendekatan PM terhadap kumpulan murid berpencapaian tinggi Min dan nilai signifikan minat murid terhadap matapelajaran matematik sebelum dan selepas menggunakan pendekatan PM terhadap kumpulan murid berpencapaian sederhana Min dan nilai signifikan keyakinan dan sifat berdikari murid terhadap matematik sebelum dan selepas menggunakan pendekatan PM terhadap kumpulan murid berpencapaian tinggi Min dan nilai signifikan keyakinan dan sifat berdikari murid terhadap matematik sebelum dan selepas menggunakan pendekatan PM terhadap kumpulan murid berpencapaian sederhana Keseluruhan Analisis Data Persoalan Kajian

54

56

60

64

65

66

67

68

69 70

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH 2.1

TAJUK Modul Pembelajaran Masteri

HALAMAN 18

SENARAI SINGKATAN NAMA

KBSM KBSR SMK SMT PM

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Sekolah Menengah Kebangsaan Sekolah Menengah Teknik Pembelajaran Masteri

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN

TAJUK

A B

Set Borang Selidik Surat Kelulusan Bahagaian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian

Pelajaran Malaysia C Surat kelulusan Jabatan Pelajaran Malaysia Negeri Johor D Surat kelulusan mendapatkan maklumat daripada Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia E Borang Kesahan Instrumen

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Pembelajaran Matematik pada masa kini dianggap sebagai salah satu pembelajaran yang amat sukar dan membosankan dikalangan murid-murid. Ini adalah kerana proses pembelajaran dan pengajaran pada masa sekarang lebih menekankan kepada kesegeraan dalam menghabiskan silibus-silibus pembelajaran yang perlu diikuti oleh setiap murid dalam satu masa. Ini menyebabkan murid-murid tidak berkesempatan untuk menguasai sesuatu unit pembelajaran terlebih dahulu sebelum beralih kepada unit pembelajaran yang baru. Hal ini secara tidak langsung telah membina jurang yang besar antara murid dan matematik. Dengan ini, adalah penting untuk guru matematik mempelbagaikan teknik pengajaran bersesuaian dengan topik yang diajar bagi memberi

peluang kepada semua murid untuk belajar dan memahami matematik pada tahap maksimum kemampuan diri mereka. Oleh yang demikian, guru-guru perlulah berusaha bagi mewujudkan suasana pembelajaran dan pengajaran yang menarik dan bersesuaian agar dapat membantu murid memahami dan menghayati setiap apa yang mereka pelajari. Satu daripada pendekatan pembelajaran yang boleh digunakan oleh guru-guru matematik bagi memastikan murid-murid mereka menguasai setiap hasil pembelajaran adalah dengan menggunakan pendekatan pembelajaran masteri. Menurut Bloom (1968), Pembelajaran Masteri merupakan satu pendekatan pembelajaran dan pengajaran yang berfokuskan kepada penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang diajar. Pembelajaran Masteri ini direka berasaskan kepada falsafah bahawa semua atau hampir semua murid boleh menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran dengan baik dan penuh keyakinan sekiranya keadaan yang bersesuaian dan masa yang mencukupi disediakan untuk murid itu menguasai pembelajaran.

1.2

Latar Belakang Masalah

Pecahan merupakan salah satu topik yang terdapat di dalam silibus KBSM Matematik tingkatan 1. Topik ini merupakan sambungan daripada topik pecahan KBSR Matematik. Topik pecahan telah mula diperkenalkan kepada murid-murid semenjak mereka di sekolah rendah lagi iaitu ketika mereka berada di tahun tiga. Walaupun telah diperkenalkan semenjak diperingkat awal lagi tetapi masih terdapat ramai di antara mereka tidak mampu untuk menguasai keseluruhan topik tersebut. Suhaida (2006) mendapati masih terdapat konsep pecahan yang tidak dapat dikuasai oleh semua peringkat umur murid antaranya ialah konsep pecahan setara dan konsep pecahan

sebagai nombor. Kurangnya kefahaman terhadap sesuatu konsep dalam topik pecahan ini secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap pembelajaran murid apabila mereka berada di peringkat pengajian yang seterusnya. Hal ini adalah kerana topik pecahan merupakan topik yang agak penting kerana asas perpuluhan dan peratus melibatkan pecahan. Malah topik-topik lain seperti ukuran panjang, timbang berat, cecair dan isipadu, serta masa dan waktu juga ada melibatkan topik pecahan.

Murid-murid perlu dibantu agar mereka dapat menguasai ilmu asas berkaitan pecahan dengan sepenuhnya. Penguasaan ini amatlah penting untuk membantu mereka meningkatkan kefahaman dan menguasai pengetahuan berkaitan pecahan dengan lebih baik. Pencapaian murid akan dapat dikekalkan dan dipertingkatkan apabila mereka dapat menguasai kemahiran matematik dalam sesuatu unit pembelajaran secara keseluruhannya sebelum meneruskan pembelajaran kepada unit yang seterusnya. Pendekatan pembelajaran masteri adalah pendekatan pembelajaran yang bersesuaian dalam membantu murid menguasai setiap unit pembelajaran yang diikuti. Ini adalah kerana pendekatan masteri adalah suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang memastikan semua murid menguasai unit pembelajaran yang diikuti terlebih dahulu sebelum beralih kepada unit pembelajaran yang seterusnya. (Baharom Mohamad, 2010)

Proses pembelajaran yang disertakan dengan minat dan keyakinan yang tinggi akan dapat membantu murid untuk lebih berusaha bagi mencapai kejayaan. Hal ini adalah kerana pembelajaran itu merupakan aktiviti yang melibatkan tindak balas antara mental, fizikal dan rohani kepada diri murid-murid. Menurut Shahabuddin, Dr. Rohizani, dan Mohd. Zohir (2003), pembelajaran adalah proses yang dapat mengubah sikap dan tingkah laku murid secara berterusan yang dapat mendorong mereka untuk memajukan diri sendiri hasil daripada ilmu dan kemahiran yang diperolehi. Oleh yang demikian keinginan dan minat terhadap pembelajaran matematik adalah antara elemen

penting yang perlu dipupuk dalam diri murid-murid bagi membantu mereka untuk mencapai kemajuan.

Selain itu, sesuatu pembelajaran itu adalah berkesan apabila terdapatnya perubahan daripada tidak minat kepada minat terhadap sesuatu perkara itu. Ini adalah kerana telah berlakunya proses dalaman yang menghasilkan perubahan tingkah laku terhadap diri seseorang. Minat terhadap pembelajaran matematik dikalangan muridmurid adalah amat penting bagi meningkatkan keinginan dan motivasi mereka untuk terus menerokai ilmu dan pengetahuan matematik yang ada. Sesuatu pembelajaran itu akan dapat memberi kesan dalam mengubah tingkahlaku dalaman dan luaran seseorang disamping dapat membantu seseorang untuk menjadi lebih sempurna dengan nilai-nilai yang baik dalam diri mereka. (Noor Azulida, 2003)

Semasa pengkaji menjalani latihan mengajar selama 3 bulan di SMK Seri Tangkak pengkaji telah mendapati kebanyakkan murid-murid telah menunjukkan penurunan minat dan keyakinan mereka terhadap matapelajaran matematik. Sepanjang pemerhatian semasa pengkaji di sana didapati murid-murid kurang yakin dengan kemampuan diri mereka dan berasa takut untuk mengaplikasikan ilmu matematik yang telah dipelajari sebelum itu. Apabila pengkaji berkesempatan untuk mendekati mereka didapati hal ini terjadi kerana kurangnya penguasaan dan pemahaman dalam pembelajaran sebelumnya menyebabkan murid itu sendiri berasa kurang yakin untuk menggunakan semula pengetahuan yang telah dipelajari dalam pembelajaran seterusnya. Hal ini juga secara tidak langsung telah menyebabkan minat dan keyakinan murid terhadap matematik akan terus menunjukkan penurunan kesan daripada proses pembelajaran dan pengajaran yang diikuti sebelumnya adalah tidak berkualiti.

Mempelajari konsep dan kemahiran matematik merupakan satu proses pembelajaran dan pengajaran yang aktif. Apabila seseorang murid berjaya

menyelesaikan masalah dan faham tentang apa yang telah mereka pelajari, mereka akan merasa yakin dengan kebolehan diri sendiri dalam mempelajari matematik. Selain itu, Noraini Idris (2002) menyatakan bahawa murid juga akan terdedah kepada berfikiran secara matematik dengan membuat penyemakan semula bagi menetukan dan memilih strategi penyelesaian yang bersesuaian dalam menyelesaikan masalah matematik yang diperolehi.

Dalam melahirkan murid yang dapat berfikir secara matematik sikap berdikari pelajar terhadap matematik perlulah ada. Murid yang berdikari adalah murid yang sentiasa mencari pengetahuan baru dalam matematik, berani meneroka kemahiran matematik dengan kemampuan sendiri, tidak mudah putus asa dalam menyelesaikan sesuatu masalah matematik, pandai mengaplikasikan kemahiran-kemahiran matemtik yang dipelajari untuk kegunaan akan datang serta dapat mengasah minda untuk berfikir secara matematik dalam menyelesaikan sesuatu masalah matematik. Aktiviti pembelajaran sama ada dalam bentuk kurikulum mahupun kokurikulum antara guru dan murid perlulah merangkumi aspek ilmu dan kemahiran agar perkembangan ilmu, perkembangan kemahiran belajar dan perkembangan kemahiran generik dapat diterapkan dalam diri murid-murid.

1.3

Pernyataan Masalah

Dalam kajian ini pengkaji ingin melihat keberkesanan pembelajaran masteri yang dilaksanakan kepada dua kumpulan murid tingkatan 1 yang telah dipilih iaitu kepada sekumpulan murid berpencapaian tinggi dan sekumpulan murid berpencapaian sederhana. Kedua-dua kumpulan murid tersebut akan mengikuti proses pembelajaran dan pengajaran bagi topik pecahan dengan menggunakan pendekatan pembelajaran masteri. Beberapa ciri keberkesaan pembelajaran masteri yang akan dilihat oleh pengkaji dalam kajian ini selepas proses pembelajaran masteri selesai dilaksanakan terhadap kedua-dua kumpulan murid tersebut. Sesuatu pembelajaran itu adalah berkesan apabila murid dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari ke dalam situasi yang baru. Murid akan dapat mengesan dan mengetahui gaya / teknik pembelajaran yang bersesuaian dengan diri mereka setelah melalui satu proses pembelajaran masteri yang berkesan. Perubahan tingkah laku yang lebih baik dalam diri pelajar juga menunjukkan sesuatu pembelajaran itu berkesan. Secara jelasnya keberkesanan pembelajaran masteri itu dapat dikenal pasti apabila pelajar mengalami peningkataan pencapaian dalam peperiksaan / ujian penilaian yang diambil. Kajian ini secara tidak langsung adalah bertujuan untuk membantu kumpulan murid yang terlibat agar dapat meningkatkan kefahaman mereka terhadap topik pecahan dan meningkatkan pencapaian matematik murid-murid selain dapat memupuk minat, keyakianan dan sikap berdikari mereka dalam mempelajari matematik.

1.4

Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan menggunaan pendekatan pembelajaran masteri dalam topik Pecahan Tingkatan 1. Kajian ini juga bertujuan untuk

mengetahui pencapaian dan sikap pelajar terhadap matematik apabila melaksanakan pembelajaran masteri bagi topik tersebut. Secara lebih khusus objektif kajian ini adalah untuk: i. Mengenal pasti tahap pencapaian murid dalam topik pecahan setelah menggunakan pendekatan pembelajaran masteri terhadap kumpulan murid berpencapaian tinggi dan kumpulan murid berpencapaian sederhana.

ii.

Mengenal pasti minat murid terhadap pembelajaran dan pengajaran yang dilaksanakan menggunakan pendekatan pembelajaran masteri terhadap kumpulan murid berpencapaian tinggi dan kumpulan murid

berpencapaian sederhana.

iii.

Mengenal pasti keberkesanan pendekatan pembelajaran masteri terhadap kumpulan murid berpencapaian tinggi dan kumpulan murid

berpencapaian sederhana dalam meningkatkan keyakinan dan sikap berdikari murid terhadap matematik.

1.5

Persoalan Kajian

1. Apakah tahap pencapaian bagi kumpulan murid berpencapaian tinggi dalam ujian sebelum dan selepas menggunakan pendekatan pembelajaran masteri?

2. Apakah tahap pencapaian bagi kumpulan murid berpencapaian sederhana dalam ujian sebelum dan selepas menggunakan pendekatan pembelajaran masteri?

3. Adakah

kumpulan

murid

berpencapaian

tinggi

dan

kumpulan

murid

berpencapaian sederhana menunjukkan minat dalam pembelajaran matematik setelah menggunakan pendekatan pembelajaran masteri.

4. Adakah kaedah pembelajaran masteri berkesan dalam meningkatkan keyakinan dan sikap berdikari kumpulan murid berpencapaian tinggi dan kumpulan murid berpencapaian sederhana terhadap matematik.

You might also like