You are on page 1of 3

PERTUBUHAN BEKAS AHLI USNO

JAWATANKUASA PENAJA EX-USNO SABAH


( MANTAN AHLI U.S.N.O SABAH )

RUJ : PPP/SBH. 116/07


Cogankata : BERSATU-BERSETIA-BERKHIDMAT

Seruan : BERJUANG TETAP BERJUANG

PBAU / KK / 2008 ( 12 ) Pindaan.1.001

BERJUANG TETAP BERJUANG


EDARAN : Sidang Akbar 1hb. Mac 2013

SIDANG AKBAR PENAJA USNO

Tun Datu Mustapha Datu Harun Bapa Kemerdekaan Sabah dan Pangasas USNO Sabah

OLEH

ABDULLAH SANI HJ ABDUL SALLEH Naib Presiden Penaja USNO Sabah

1|Page :

Sidang Akbar USNO Sabah

SIDANG AKBAR
As-salamualaikum dan Salam Perjuangan,
Kenyataan Rasmi dari Urusetia Penaja USNO Sabah yang merujuk kepada Laporan Daily Express bertarikh 1hb. Mac 2013 di Muka Hadapan bertajuk : WAS TUN MUSTAPHA ALSO INVOLVED? Dengan ini kami Penaja USNO Sabah membantah sekeras-kerasnya tindakan Sidang Akbahr Wanita PKR AMINAH BTE MAHMUD yang membuat kenyataan Di Johor bahawa beliau disuruh oleh Tun Mustapha membuat KPT untuk mengundi pada tahun 1994. Apa kah niat sebenar beliau mengaitkan Nama Bapa Kemerdekaan Sabah dalam soal pengeluaran KPT palsu di Sabah dan membersihkan nama Anwar Ibrahim dari hal ini?, Pada tahun 1992 Tun Mustapha telah keluar dari UMNO dan membantu Parti PBS di Sabah menghadapi Pilihanraya 1994, bahkan beliau telah bergabung dengan PBS dalam pilihanraya itu serta memenangi Pilihanraya Sabah dengan menggunakan lambang PBS+. Jesteru itu jika dilihat dari tarik kenyataan beliau ( Aminah Bte Mahmud ) ini menunjukan bahawa ianya bercanggah dengan tuduhan dan tohmahan serta pembohongan wanita PKR itu yang mengaitkan Tun Mustapha bapa Kemerdekaan Sabah dan pada masa yang sama membersihkan nama Pemimpin mereka Anwar Ibrahim. Tun Mustapha tidak pernah menjadi ketua Perhubungan UMNO di Sabah seperti didakwa , Ketua Perhubungan UMNO pada tarikh itu adalah En. Abdul Ghafar Baba ( 1990 1993 ) dan Tun Sakaran Dandai ( 1993 1996 ) sementara orang yang menjaga hal ehwal Sabah dalam UMNO pada tarikh itu ( 1993 -1997 ) adalah Anwar Ibrahim mereka ini semua adalah Pemimpin UMNO. Jesteru itu Penglibatan bapa kemerdekaan dalam proses KPT adalah tidak benar dan tidak berasas, mereka sengaja menjadikan Tun Mustapha sebagai Scape Goat bagi membersihkan nama pemimpin PKR Anwar Ibrahim yang berhadapan dengan siasatan RCI di Negeri Sabah pada hari ini. Kami yakin semua kerja jahat ini adalah kerja pemimpin-pemimpin Kuala Lumpur terhadap rakyat sabah yang mereka akui sendiri dengan pengeluaran 500,000 KPT kepada PTI di Negeri ini. Jesteru itu USNO menuntut supaya Aminah Bte Mahmud memohon maaf kepada Keluarga Tun Mustapha dan semua Rakyat Sabah atas perbuatan Terkejinya mengeluarkan 500,000 Kpt haram di negeri ini yang telah membawa kekotoran kepada Negeri SABAH. Sekian dan Terima kasih BERJUANG TETAP BERJUANG

Sekian. ABDULLAH SANI HJ ABDUL SALLEH.


Naib Presiden Penaja Ex-USNO Sabah 2|Page :
Sidang Akbar USNO Sabah

Tarikh : 01hb. Mac. 2013. Keratan AKBAR DAILY EXPRESS 1HB. MAC 2013

3|Page :

Sidang Akbar USNO Sabah

You might also like