You are on page 1of 7

Prinsip Grafik Kejayaan sesuatu media pengajaran bukan unjuran lazimnya bergantung kepada kualiti dan keberkesanan hasil

seni atau bahan grafik yang digunakan. Ia diperolehi melalui perancangan rapi yang merangkumi idea-idea yang teliti serta penggunaan pelbagai jenis teknik penghasilan grafik tertentu. Visual yang banyak menggunakan grafik seperti carta, graf, gambarajah, poster,kartun, lutsinar dan lain-lain media pengajaran.

Definisi Grafik adalah bahan yang dilukis sebagai karangan visual. Ia dapat memberi satu atau lebih keterangan visual. Perkataan grafik sebenarnya berasal dari perkataan Greek graphikos bererti lukisan. Graphier pula ialah perbuatan dan ertinya menulis dengan perkataan. Grafik ialah kombinasi gambar-gambar, lambang-lambang, simbol-simbol, huruf, angka, perkataan, lukisan, lakaran yang dijadikan satu media untuk memberi konsep dan idea dari pengirim kepada sasarannya dalam proses penyampaian maklumat.

Elemen Reka Bentuk Visual 1. 2. 3. 4. 5. Ruang /space Garis Permukaan Bentuk tiga dimensi Bentuk dua dimensi Ruang /space Tujuan ruang digunakan ialah untuk menimbulkan rasa lapang atau selesa di antara elemenelemen visual yang dipaparkan, serta membuat bgrafik kelihatan kemas dan terancang. Ruang kosong yang ditinggalkan di sekeliling perkataan dan elemen visual lain untuk mengelakkan perasaan sesak di kalangan pemerhati.

Garisan Fungsi garisan dalam reka bentuk adalah untuk menghubungkan elemen visual dan untuk mengarahkan pemerhatian supaya melihat visual dengan urutan/sikuen tertentu. Permukaan Permukaan boleh diubah dan diolah dengan memberi warna dan tekstur.Garis dan tekstur boleh memberi kesan yang berbeza kepada visual. Boleh diolah untuk menjadikan visual lebih menarik. Bentuk Dua Dimensi / shape Setiap pameran visual yang berkesan mengandungi bentuk keseluruhan sama ada bentuk nyata atau tidak. Bentuk membuat visual kelihatan menarik dan istimewa serta mengarahkan penonton dari satu elemen kepada satu elemen yang lain; gabungan elemen-elemen pada bentuk U atau S atau T atau Z atau O atau I 1. Bentuk geometri 2. Bentuk abstrak 3. Bentuk gambaran Bahan yang dilukis atau dicetak di atas permukaan rata atau kertas 1. Gambar 5. Grafik 2. Carta 6. Peta 3. Graf 7. Poster

4. Kad Imbasan

8. Kad Gambar

Bentuk Tiga Dimensi/form Mempunyai dimensi panjang, lebar dan tinggi. Terdapat dua bentuk tiga dimensi. 1. Tiga dimensi sebenar

Tiga dimensi

2. Tiga dimensi tiruan

1. 2. 3. 4. 5. 6.

Prinsip Reka Bentuk Visual Mudah Dominan Pola Seimbang Variasi Harmoni

Mudah / simplicity Hadkan jumlah perkataan yang ditayangkan kepada 15-20 patah perkataan sahaja dalam sesuatu visual tayangan. Konsep yang hendak dipaparkan hendaklah mudah difahami oleh guru dan pelajar.

Mudah 1. Lukisan hendaklah jelas dan terang. Garisan luar (outline) hendaklah dibuat dengan garisan tebal. Garisan yang tidak perlu harus ditinggalkan supaya tidak mengelirukan. 2. Pilih jenis penghurufan yang mudah dibaca Dominan Tegaskan satu elemen atau idea sahaja yang boleh menjadi pusat minat dan pusat perhatian. Gunakan warna, huruf tertentu, saiz, ruang untuk menegaskan idea tersebut

Seimbang Kesemua elemen visual haruslah seimbang pada keseluruhannya dan tidak berat sebelah. Perimbangan merupakan susun atur elemen-elemen visual dalam bentuk gubahan yang baik dan elok dipandang. Perimbangan terdiri daripada perimbangan formal dan perimbangan tidak formal Pola Pola atau corak merupakan sususnan item-item dalam sesuatu rekaan visual. Antara tujuanya ialah menarik perhatian. Ia menggerakkan penglihatan mata kepada keseluruhan visual dalam arah yang betul. Ia juga mengekalkan penglihatan mata sehingga kepada titik akhir visual. Variasi Elemen-elemen yang menimbulkan perasaan seolah-olah visual itu hidup dan bergerak. Variasi dapat menyokong pola bagi menambahkan minat terhadap visual. Harmoni Dapat menteteramkan jiwa dan perasaan. Prinsip penghasilan grafik Perancangan Penyediaan ilustrasi Warna Huruf Persembahan Perancangan Sebelum sesuatu bahan visual dihasilkan, satu perancangan yang teliti perlu diadakan supaya visual yang dibuat itu menepati objektif yang hendak dicapai. Mulakan dengan lakaran kasar mengenai idea visual tersebut berdasarkan prinsip-prinsip reka bentuk.

1. 2. 3. 4. 5.

Penyediaan ilustrasi Tentukan jenis visual yang akan dihasilkan berdasarkan: a. Bahan yang sedia ada atau yang perlu disenaraikan seperti alat tulis. b. Tentukan objektif visual dan jumlah audien bagi menentukan kesesuaian dan mengelakkan pembaziran. c. Perlu tahu bentuk visual sama ada untuk tayangan (lutsinar, slaid, filem, video) bukan tayang (carta, buku, pena) atau pameran (poster, lukisan) Warna 1. Memberi penegasan kepada visual-visual tertentu dan menolong menambah kesan penyatuan di antara elemen dan objek. 2. Penggunaan warna-warna yang tertentu dalam sesuatu ahan visual akan dapat menimbulkan perasaan mood dan minat tertentu. Walaupun begitu, penggunaan warna adalah tertakluk kepada prinsip-prinsip dan bahasanya. 3. Tujuan penggunaan warna adalah untuk memudahkan atau meningkatkan kejelasan visual. Lazimnya perbezaan warna antara latar dengan warna pada visual akan menimbulkan kontras yang baik. Panduan am mewarna 1. Gunakan warna untuk mengasingkan dan menegaskan sesuatu elemen tumpuan. 2. Gunakan warna yang berharmoni seperti warna monokromik, warna, berhampiran atau warna penggenap. 3. Gunakan warna supaya visual kelihatan mudah dilihat dan difahami. 4. Rancangkan penggunaan warna untuk melahirkan kesan tertentu. 5. Permukaan hitam akan kelihatan lebih jelas jika warna putih digunakan sebagai warna latar. Ini diikuti dengan warna merah, oren, hijau, biru, ungu dan kuning. Skema warna Warna diklasifikasikan ke dalam carta warna

1. Skim warna monokronomik Warna monokromik berharmoni adalah sangat popular. Ia terdiri dari satu warna yang muda membawa kepada warna tua. Cthnya: warna ungu muda hingga warna ungu tua. 2. Skim warna berhampiran Warna berhampiran berharmoni terdiri daripada waran-warna yang berhampiran dalam carta warna. Cthnya: warna hijau, hijau-biru dan biru; warna kuning, kuning oren. 3. Skim warna penggenap Warna penggenap berharmoni terdiri dari warna-warna yang bertentangan dalam carta warna. Cthnya: warna kuning-oren digunakan bersama warna biru-ungu. Alat mewarna Pena bermata felt. Pensel warna,kapur warna, pastel dan krayon. Cat air. Cat sembur. Kertas berwarna dan plastik berwarna Huruf Persembahan grafik huruf yang baik dan bermutu dapat menyampaikan mesej dengan lebih berkesan. Prinsip penghasilan huruf ialah saiz huruf yang ditulis, jarak antara huruf dengan huruf,perkataan dengan perkataan dan baris dengan baris, kontras di antara huruf dengan warna latar; jenis atau bentuk huruf yang digunakan. Saiz huruf

1. 2. 3. 4. 5.

Huruf yang digunakan mestilah cukup besar (mengikut tahap) supaya dapat dibaca dengan baik. Jarak huruf Jarak antara huruf dengan huruf dan perkataan dengan perkataan mestilah sepadan dan sesuai agar huruf dan perkataan itu dapat dikenali serta boleh dibaca dengan mudah. Dekatkan huruf-huruf bulat (O.G,S,C). Jauhkan huruf-huruf lurus (E, H,L,M,N). Gabungkan jarak-jarak untuk huruf-huruf bercampur. Tinggalkan jarak bersaiz M (besar) di antara perkataan dengan perkataan. Jarak di antara baris dengan baris mestilah kurang satu huruf O kecil Jenis huruf Jenis huruf akan menentukan sama ada visual tersebut dapat dibaca dengan mudah atau tidak. Secara amnya, gunakan jenis huruf yang ringkas dan mudah seperti san serif (huruf blok) serif (times roman) dekoratif (huruf berbunga). Cara menulis huruf / angka Tulisan bebas. Huruf yang dipotong Huruf pindah kering (dry transfer lettering) Huruf stensilan

1. 2. 3. 4. 5. 6.

1. 2. 3. 4.

Persembahan Cara membuat gambar 1. Menekap (tracing) - karbon pensil - kapur atau pastel - kaedah tebuk 2. Petak grid 3. Pantograf 4. Episkop 5. Penyalin gambar (fotostat) 6. Kaedah pengunjuran (OHP, Slaid)

You might also like