You are on page 1of 19

HBMT 4203 TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES SEMESTER MEI 2012 HBMT 4203SMP TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR

NAMA NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN NO. TELEFON E-MEL PUSAT PEMBELAJARAN :

: : : : :

IZEANTIE BINTI IBRAHIM

azzean79@gmail.com OPEN UNIVERSITY MALAYSIA SHAH ALAM

HBMT 4203 TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR

PENGENALAN

Kebimbangan Matematik merupakan fenomena yang sering dikaitkan dengan masalah pembelajaran Matematik di sekolah. Kebimbangan Matematik ditakrifkan sebagai perasaan bimbang dan tegang yang berlaku dalam diri seseorang individu dan mengganggu proses kecekapan penggunaan nombor dan penyelesaikan masalah Matematik dalam kehidupan seharian. Dalam bidang pembelajaran pula, kebimbangan Matematik boleh menyebabkan seseorang murid lupa dan hilang keyakinan terhadap diri sendiri. Kajian menunjukkan bahawa tekanan yang dihadapi oleh kebanyakan murid dalam pembelajaran Matematik ialah biasanya disebabkan oleh masa menjawab dan sifat malu di khalayak umum. Masalah ini telah menjadi perhatian para guru sekian lama dan banyak kajian serta usaha yang dilakukan untuk membasmi masalah kebimbangan Matematik di kalangan murid. Murid yang berasa bimbang, bosan, takut atau menganggap Matematik tidak penting biasanya cuba mengelakkan diri daripada mempelajari subjek ini dan melakukan perbuatan yang boleh menyebabkan kegagalan memahami subjek ini. Murid-murid yang mengalami kebimbangan Matematik sering kali menganggap Matematik sukar bagi mereka dan menjadi pengalaman yang membebankan untuk mempelajarinya. Antara simptom-simptom

kebimbangan Matematik ialah : Berpandangan negatif terhadap diri sendiri Kurang motivasi semasa menjalankan tugasan Matematik Kurang membuat ulangkaji Lambat menyiapkan kerja rumah Matematik Berasa panik semasa menghadapi ujian Menghadapi kesukaran menghafal fakta Matematik Bergantung kepada hafalan berbanding pemahaman

Penawar bagi masalah kebimbangan Matematik terletak pada diri murid sendiri dan juga terletak di bahu guru yang menyampaikan ilmu Matematik kepada murid. Kebijaksanaan guru memilih strategi, kaedah dan teknik pengajaran yang pelbagai dan menarik amat penting

HBMT 4203 TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR

dalam usaha mengurangkan seterusnya membasmi masalah kebimbangan Matematik di kalangan murid. Sebelum merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu topik Matematik, guru perlu mengenal pasti dan mendalami penyebab berlakunya kebimbangan Matematik di kalangan murid. Setelah punca masalah diketahui, maka barulah seseorang guru dapat mencari dan cuba menggunakan pelbagai alternatif serta cara yang terbaik untuk diaplikasikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Matematik. Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, bukan sahaja dapat mengurangkan kewujudan masalah kebimbangan Matematik tetapi juga dapat meningkatkan kefahaman dan kemahiran yang dipelajari oleh murid. Peranan guru sebagai perancang, penyokong dan pembimbing yang berfungsi secara optimum, secara tidak langsung juga dapat meminimumkan timbulnya kebimbangan Matematik di kalangan murid. Murid masa kini memerlukan pembelajaran Matematik yang lebih praktikal. Oleh itu, Matematik perlulah relevan dengan kehidupan seharian murid. Murid-murid juga cenderung untuk berasa seronok jika melakukan aktiviti penyiasatan. Dengan perasaan bimbang dan tekanan menghadapi Matematik, guru perlu memupuk unsur humor dalam pengajaran Matematik. Individu pada usia muda menggemari kartun dan jenaka. Kebanyakan murid akan dapat menguasai konsep dan kemahiran Matematik melaui pengajaran berperingkat bermula dengan bahan maujud kemudan diikuti dengan bahan bergambar serta simbol-simbol. Oleh itu, pengajaran Matematik perlu lebih menekankan kaedah yang lebih berpusatkan murid dan melibatkan banyak perbincangan serta penglibatan aktif murid.

Berdasarkan kajian literatur daripada beberapa sumber, didapati bahawa terdapat beberapa aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dikenal pasti dapat mengurangkan kebimbangan Matematik di kalangan murid di samping menggalakkan berlakunya pembelajaran aktif yang akan dibincangkan dalam tugasan ini.

HBMT 4203 TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR

AKTIVITI PENGAJARAN YANG DAPAT MENGURANGKAN KEBIMBANGAN MATEMATIK DI KALANGAN MURID DAN MENGGALAKKAN PEMBELAJARAN

PEMBELAJARAN KOLABORATIF Pembelajaran ini menumpukan kepada aktiviti-aktiviti yang dilakukan secara kolaboratif. Kolaborasi yang akan berlaku ialah kolaborasi murid dengan guru dan juga kolaborasi murid dengan murid. Aktiviti biasanya dijalankan secara berpasangan. Dalam pembelajaran kolaboratif, murid berusaha mencapai matlamat yang sama. Matlamat yang sama ini akan menggalakkan penglibatan murid secara lebih aktif dalam aktiviti yang dijalankan. Murid juga dapat berkongsi maklumat serta idea bagi menyelesaikan tugasan yang diberi. Perasaan kebersamaan dalam menyelesaikan tugasan akan dapat meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti pembelajaran dan meningkatkan kefahaman serta motivasi murid dalam mempelajari subjek Matematik. Apabila keyakinan diri murid terhadap subjek Matematik semakin meningkat, maka kebimbangan Matematik akan turut berkurangan. CONTOH PEMBELAJARAN KOLABORATIF : Tajuk Objektif pembelajaran Hasil pembelajaran Contoh aktiviti : Murid duduk secara berpasangan secara berhadapan dan masing-masing menghadap papan My Maths Board. : Bentuk Piawai : Memahami dan menggunakan konsep bentuk piawai untuk menyelesaikan masalah. : Menggunakan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi melibatkan dua nombor dan menyatakan jawapan dalam bentuk piawai.

HBMT 4203 TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR

Murid menjawab soalan pertama pada papan My Maths Board masing-masing. Setelah kedua-dua murid selesai menjawab, My Maths Board dipusingkan. Setiap murid memeriksa jawapan pasangan masing-masing dan membincangkan sebarang kesilapan atau memberikan cadangan cara yang lebih mudah untuk menyelesaikan soalan. Aktiviti diulang dengan menggunakan soalan-soalan lain.

PEMBELAJARAN e-PEMBELAJARAN Seiring dengan era teknologi yang semakin berkembang pesat pada hari ini, banyak perisian instruksional yang telah dihasilkan bagi membantu guru dan murid menjalankan aktiviti pembelajaran secara interaktif. Pembelajaran secara interaktif boleh dilaksanakan dengan menggunakan perisian-perisian yang boleh didapati daripada cakera padat, coswer dan juga perisian pembelajaran atas talian (online). e-Pembelajaran biasanya merujuk kepada sistem pembelajaran atas talian dan telah mula digunakan oleh murid-murid bermula dari peringkat awal pembelajaran seawal umur 4 tahun. Namun begitu, penggunaan e-pembelajaran masih belum meluas kerana perisian memerlukan talian internet dan perkakasan komputer yang lengkap dan sesuai dengan sistem yang hendak digunakan. Bagi murid-murid yang berada dalam kawasan bandar dan kawasan yang mempunyai liputan internet serta kemudahan yang lengkap, e-pembelajaran merupakan salah satu kaedah yang boleh digunakan untuk mengurangkan kebimbangan Matematik di kalangan murid. Modul pembelajaran yang interaktif, pelbagai dan menarik dengan aktiviti-aktiviti yang bervariasi bukan sahaja dapat menambat minat murid untuk belajar tetapi juga dapat meningkatkan keinginan belajar di kalangan murid serta meningkatkan keyakinan murid terhadap pembelajaran Matematik. CONTOH PEMBELAJARAN e-PEMBELAJARAN Tajuk Objektif : Trigonometri II : Memahami dan menggunakan konsep sin , kos dan tan 5

HBMT 4203 TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR

Pembelajaran Hasil Pembelajaran

( 00 3600 ) untuk menyelesaikan masalah. : Menentukan nilai sin , kos dan tan bagi 900 3600.

Contoh aktiviti :

HBMT 4203 TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR

PEMBELAJARAN PERMAINAN KOPERATIF Pembelajaran koperatif wujud apabila murid bekerjasama untuk mencapai satu matlamat yang sama. Matlamat kumpulan bukan semata-mata untuk mempelajari Matematik tetapi juga memastikan semua ahli kumpulan sama-sama berjaya. Dalam pembelajaran koperatif yang berkesan, murid berpeluang memberi penerangan antara satu sama lain, mendengar pandangan rakan sekumpulan, memerhatikan dan mendapatkan pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah serta saling memberi sokongan kepada sesama rakan. Peluang seperti ini sangat penting dalam membina kefahaman konsep Matematik yang lebih mendalam di kalangan murid. Kanak-kanak belajar tentang kehidupan dengan bermain, permainan pula merupakan salah satu cara yang dapat membawa kanak-kanak menerima pembelajaran dengan lebih efektif. Permainan Matematik memberi peluang kepada murid untuk meneroka konsep pembeajaran melalui penggunaan pengetahuan sedia ada dan mengatur strategi bagi menyelesaikan masalah. Aktiviti permainan memberi pengalaman yang baik kepada murid iaitu tidak gentar mendapat jawapan yang salah kerana kesilapan akan membina pengetahuan yang betul dalam memahami konsep sebenar topik Matematik yang dipelajari. Aktiviti permainan secara koperatif dapat meningkatkan minat murid terhadap pembelajaran Matematik. Permainan koperatif juga dapat membina semangat saya boleh di kalangan murid yang dapat mengurangkan kadar kebimbangan Matematik murid. Kajian menunjukkan bahawa melalui aktiviti permainan Matematik, penglibatan murid adalah lebih aktif dalam melakukan tugasan. Aktiviti permainan juga dapat menggalakkan hubungan sosial yang positif di kalangan murid di samping membina keyakinan dan minat terhadap Matematik. CONTOH PEMBELAJARAN PERMAINAN MATEMATIK Tajuk : Ungkapan Kuadratik dan Persamaan Kuadratik

HBMT 4203 TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR

Objektif Pembelajaran Hasil Pembelajaran

: Memfaktorkan ungkapan kuadratik : Memfaktorkan ungkapan kuadratik dalam bentuk ax2 + bx + c, a, b dan c tidak sama dengan 0.

Contoh aktiviti : Murid ditempatkan di setiap stesen mengikut kumpulan. Setiap kumpulan diberikan lembaran Jawapannya ialah.. untuk menjawab soalan terkumpul. Setiap kumpulan diberi masa yang sama untuk menjawab soalan di setiap stesen. Setelah tempoh menjawab tamat, setiap kumpulan akan bergerak ke stesen seterusnya untuk menjawab soalan baru. Aktiviti dijalankan sehingga semua stesen selesai dilalui oleh semua kumpulan. Kumpulan yang berjaya menjawab dengan betul dan mengumpul markah tertinggi akan dapat membuka peti harta karun untuk menerima hadiah mereka.

S1

S2

S3

S4

S8

S7

S6

S5

SENARAI TAJUK MATEMATIK YANG SERING MENIMBULKAN KEBIMBANGAN MATEMATIK DI KALANGAN MURID TINGKATAN EMPAT TOPIK Ungkapan dan Persamaan Kuadratik Penaakulan Matematik Kebarangkalian I Memahami konsep implikasi. Jika p, maka q p jika dan hanya jika q Memahami konsep hujah. Memahami dan menggunakan konsep kebarangkalian peristiwa bagi menyelesaikan masalah. 8 KEBIMBANGAN MATEMATIK Pemfaktoran ungkapan kuadratik

HBMT 4203 TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR

Bulatan III

Memahami

dan

menggunakan

sifat-sifat

tangen

untuk

menyelesaikan masalah. Trigonometri Mencari nilai sudut antara 00 hingga 3600 apabila nilai sin, kos dan tan diberikan. Sudut dongakan dan sudut tunduk Menyelesaikan masalah melibatkan sudut dongakan dan sudut tunduk.

KEBIMBANGAN MATEMATIK DI KALANGAN MURID TINGKATAN EMPAT DARI KACA MATA GURU Nama guru : Mariani Sanan Sekolah : SMK Sri Serdang

Pengalaman mengajar : 15 tahun

Nama guru : Mohamad b. Tuah Sekolah : SMK Sri Indah

Pengalaman mengajar : 12 tahun Hasil temubual bersama dua orang guru yang dinyatakan, beberapa kaedah pengajaran Matematik yang biasanya menimbulkan kebimbangan Matematik di kalangan murid tingkatan empat telah dikenal pasti. PENGAJARAN SECARA PENERANGAN Pengajaran secara penerangan yang lebih berpusat kepada guru merupakan salah satu kaedah mengajar secara tradisional di mana guru memberi penerangan dan contoh kepada murid dan kemudian murid akan membuat latihan samada dalam buku teks mahupun buku kerja secara individu. Pengajaran secara penerangan ini menyebabkan murid menjadi pendengar yang pasif. Pengajaran berpusat guru ini juga biasanya membantutkan keinginan murid untuk bertanya sekiranya tidak memahami konsep atau kemahiran yang dipelajari kerana murid hanya bekerja secara perseorangan. Murid yang bersifat pemalu akan menjadi lebih pasif dan boleh mengakibatkan terjadinya situasi tidak faham konsep yang akan terbawa-bawa ke masa akan datang. Apabila murid ketinggalan konsep awal, maka sukar untuk murid meneruskan 9

HBMT 4203 TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR

pembelajaran untuk kemahiran seterusnya dalam suatu topik yang sama. Contohnya sekiranya murid tidak memahami konsep garis selari, maka murid akan sukar menguasai kemahiran seterusnya iaitu menentukan sifat kecerunan dua garis yang diberi. Kurangnya kefahaman konsep awal sesuatu topik akan menimbulkan kebimbangan Matematik kepada murid untuk mempelajari kemahiran seterusnya yang lebih tinggi. Apabia kebimbangan Matematik wujud, motivasi dan minat murid untuk mempelajari Matematik juga akan semakin berkurangan dan boleh menyebabkan berlakunya tekanan dan perasaan terbeban bagi murid. Cadangan mengurangkan kebimbangan Matematik di kalangan murid adalah dengan menjalankan aktiviti yang lebih berpusatkan murid dan bahan.

PENGAJARAN SECARA LATIH TUBI YANG BERTERUSAN Latih tubi adalah aktiviti yang baik untuk mengukuhkan kefahaman dan kemahiran Matematik murid. Biasanya aktiviti latih tubi yang banyak digunakan terutama bagi muridmurid yang terlibat dengan Peperiksaan Berpusat seperti Sijil Pelajaran Malaysia dengan tujuan memberikan pengalaman kepada murid menjawab pelbagai jenis soalan di samping digunakan sebagai penilaian oleh guru. Namun begitu, longgokan latih tubi yang terlalu banyak akan menimbulkan perasaan tegang di kalangan murid. Murid yang sudah mahir akan berasa bosan dengan latih tubi yang sama manakala murid yang belum menguasai kemahiran pula akan merasakan tekanan yang hebat kerana terpaksa dibebani dengan tugasan yang banyak dan sukar bagi mereka. Hal ini akan mewujudkan dan boleh meningkatkan kebimbangan Matematik di kalangan murid terutama murid yang masih belum menguasai konsep dan kemahiran yang dipelajari. Cadangan usaha mengelakkan kebimbangan Matematik murid semakin meningkat ialah dengan menyediakan tugasan yang pelbagai jenis kepada murid agar minat murid terhadap pembelajaran Matematik dapat ditngkatkan.

MEMBERIKAN TUGASAN YANG SAMA KEPADA SEMUA MURID Setiap murid mempunyai kecerdasan tersendiri dan ini mempengaruhi cara pembelajaran mereka. Murid yang dapat menguasai konsep dan kemahiran Matematik akan dapat menyelesaikan tugasan mudah dengan cepat. Murid yang belum menguasai kemahiran 10

HBMT 4203 TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR

Matematik sepenuhnya pula akan memakan masa yang lebih lama untuk menyiapkan tugasan yang sama. Murid-murid ini akan diselubungi perasaan yang kurang senang apabila melihat rakan-rakan lain yang telah dapat menyiapkan tugasan lebih awal. Tekanan akan dirasakan oleh murid-murid ini dan menimbulkan rasa kurang berminat terhadap pelajaran Matematik. Akibatnya, kebimbangan Matematik akan tersemai dalam diri murid-murid ini yang akan membawa mereka ke arah sikap tidak menyukai mata pelajaran Matematik. Cadangan usaha mengelakkan kebimbangan Matematik murid semakin meningkat ialah dengan menyediakan tugasan yang pelbagai mengikut aras murid. Dengan ini, setiap murid akan membuat tugasan yang sesuai dengan tahap mereka dan dapat menyelesaikan tugasan dalam tempoh masa yang diberikan.

GURU MENETAPKAN HANYA SATU CARA UNTUK MENYELESAIKAN SESUATU SOALAN ATAU MASALAH Dalam mata pelajaran Matematik, terdapat situasi adanya beberapa konsep atau kemahiran yang boleh digunakan untuk menyelesaikan satu soalan atau masalah yang sama. Guru yang hanya menekankan satu jenis cara sahaja untuk menyelesaikan soalan / masalah akan menyebabkan murid yang tidak menguasai sesuatu kemahiran berasa terbeban kerana tidak dapat menyelesaikan soalan / masalah yang diberi. Hal ini menyumbang kepada tersemainya kebimbangan Matematik di kalangan murid. Contohnya, soalan darab melibatkan angka dua digit boleh diselesaikan melalui dua cara iaitu melalui pengiraan bentuk lazim biasa dan juga melalui pengiraan menggunakan kotak Matemagik : 1576 x 25 =

Cara 1 : x

1576 2 5_ 7880 + 3 1 5 2__ __3 9 4 0 0_

Cara 2 :
0

1 0 2 0
3

5 1 0 2 5
4

7 1
1

6 4 1 11 2 3 5 0
1

3 5

HBMT 4203 TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR

Penggunaan cara penyelesaian yang pelbagai untuk menjawab soalan yang sama akan memberi lebih pilihan dan kemudahan kepada murid kerana setiap murid mempunyai tahap pemahaman yang berbeza dan masing-masing boleh menggunakan cara yang lebih mudah dan sesuai bagi mereka.

MEMBERIKAN TUGASAN MATEMATIK SEBAGAI HUKUMAN BAGI SALAH LAKU MURID Murid yang melakukan kesalahan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran kadang kala digunakan oleh guru sebagai alasan untuk memberi tugasan kepada murid terlibat. Contohnya murid yang berbuat bising semasa penerangan guru dipanggil untuk menjawab soalan di papan tulis sebagai hukuman. Murid terlibat akan berasa bimbang dan malu sekiranya tidak dapat menyelesaikan tugasan yang diberi dengan betul. Selain itu, murid juga berasa malu kerana tugasan yang diberi adalah sebagai hukuman kepada kesalahan yang dilakukan. Perasaan seperti ini akan menimbulkan kebimbangan Matematik dalam diri murid terlibat dan menghasilkan tanggapan yang tidak baik terhadap subjek Matematik.

CADANGAN PENGAJARAN MATEMATIK BAGI MEMINIMUMKAN KEBIMBANGAN MATEMATIK DI KALANGAN MURID TINGKATAN EMPAT Tajuk : Ungkapan Kuadratik dan Persamaan Kuadratik

Objektif Pembelajaran Hasil Pembelajaran

: Memfaktorkan ungkapan kuadratik : Memfaktorkan ungkapan kuadratik dalam bentuk ax2 + bx + c, a, b dan c tidak sama dengan 0.

Contoh aktiviti : Murid ditempatkan di setiap stesen mengikut kumpulan. Setiap kumpulan 12

HBMT 4203 TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR

diberikan terkumpul.

lembaran

Jawapannya

ialah..

untuk

menjawab

soalan

Setiap kumpulan diberi masa yang sama untuk menjawab soalan di setiap stesen. Setelah tempoh menjawab tamat, setiap kumpulan akan bergerak ke stesen seterusnya untuk menjawab soalan baru. Aktiviti dijalankan sehingga semua stesen selesai dilalui oleh semua kumpulan. Kumpulan yang berjaya menjawab dengan betul dan mengumpul markah tertinggi akan dapat membuka peti harta karun untuk menerima hadiah mereka.

S1

S2

S3

S4

S8

S7

S6

S5

Mengapa saya memilih pengajaran dengan aktiviti permainan Matematik ? Guru perlu mengetahui bahawa Matematik itu lebih daripada sekadar menghafal dan aturan prosedur. Murid yang menghadapi kebimbangan Matematik tidak akan menghargai kepentingan dan hubungkait Matematik dengan kehidupan seharian. Terdapat beberapa kaedah pengajaran mengekalkan kebimbangan Matematik seperti mengajar menggunakan buku teks semata-mata tanpa mengambil kira kecerdasan pelbagai murid dan juga menetapkan hanya satu cara menyelesaikan masalah dalam Matematik. Keadaan ini tidak menggalakkan murid menggunakan kreativiti dalam menyiapkan tugasan. Sebagai seorang guru, kita seharusnya lebih peka terhadap masalah kebimbangan Matematik dan sentiasa berusaha untuk membasmi masalah ini. Permainan Matematik memberi peluang kepada murid untuk meneroka Matematik dengan cara yang lebih menyeronokkan seterusnya membantu mengurangkan 13

HBMT 4203 TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR

perasaan bimbang dan takut di kalangan murid. Memandangkan kanak-kanak belajar dengan lebih baik menerusi aktiviti yang praktikal, permainan Matematik merupakan salah satu kaedah yang dapat meningkatkan kefahaman murid terhadap mata pelajaran ini. Permainan Matematik juga dapat meningkatkan keyakinan serta minat murid terhadap Matematik. Kajian menunjukkan murid-murid terlibat secara aktif dalam pembelajaran Matematik yang melibatkan aktiviti permainan dan kerja-kerja praktik secara berkumpulan. Murid juga cenderung untuk lebih berusaha walaupun menyelesaikan masalah yang sukar kerana murid terlibat secara mendalam dalam aktiviti yang dapat menarik minat mereka. Aktiviti permainan Matematik juga dapat memupuk budaya perkongsian idea dan pendapat di kalangan murid dalam usaha memahami dan mendalami sesuatu konsep dan kemahiran Matematik. Bukan sahaja murid akan semakin banyak berbincang tentang Matematik tetapi juga murid berasa lebih tenang dan kurang risau jika mendapat jawapan yang salah semasa membuat tugasan. Ini kerana murid tahu mereka boleh berbincang dengan rakan sekumpulan untuk mendapatkan jawapan yang betul. Aktiviti permainan juga membuat murid melihat Matematik sebagai sesuatu yang menyeronokkan, dapat meningkatkan keyakinan diri mereka dan membasmi kebimbangan Matematik yang tersemat dalam diri mereka.

14

HBMT 4203 TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR

KESIMPULAN

Matematik merupakan landasan utama untuk menceburi bidang kejuruteraan, bidang saintifik dan bidang teknologi yang semakin berkembang pesat pada masa kini. Namun begitu, kebimbangan Matematik di kalangan murid menegah murid daripada mencapai kejayaan dalam subjek ini. Kebimbangan Matematik menghalang peningkatan prestasi murid. Oleh itu, guru perlu menangani masalah ini dan menggalakkan penglibatan murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Melalui tugasan ini, tiga kaedah yang dikenal pasti dapat membantu mengurangkan kebimbangan Matematik dan meningkatkan penglibatan serta keyakinan murid dalam pembelajaran Matematik. Kaedah-kaedah tersebut ialah aktiviti pembelajaran secara kolaboratif, pembelajaran menggunakan e-pembelajaran dan pembelajaran secara permainan Matematik. Ketiga-tiga kaedah ini menyeronokkan bagi murid dan mengurangkan tekanan semasa menjalankan aktiviti. Penglibatan murid yang aktif menyumbang kefahaman konsep dan kemahiran Matematik yang lebih baik seterusnya meningkatkan prestasi Matematik murid. Merujuk kepada Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Tingkatan Empat pula, beberapa tajuk telah disenaraikan sebagai tajuk yang biasanya menimbulkan kebimbangan Matematik di kalangan murid tingkatan empat dengan hasil pembelajaran yang spesifik yang telah dinyatakan. Topik-topik yang terlibat ialah Ungkapan dan Persamaan Kuadratik, Penaakulan Matematik, Kebarangkalian I, Bulatan III, Trigonometri dan Sudut Dongak dan Sudut Tunduk.

15

HBMT 4203 TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR

Hasil temubual dengan dua orang guru Matematik yang berpengalaman mengajar murid tingkatan empat, lima kaedah pengajaran guru yang biasanya menimbulkan kebimbangan Matematik di kalangan murid juga telah dikenal pasti iaitu pengajaran secara penerangan, pengajaran secara latih tubi yang berterusan, memberikan tugasan yang sama kepada semua murid, menetapkan hanya satu cara untuk menyelesaikan sesuatu soalan atau masalah dan memberikan tugasan Matematik sebagai hukuman kepada salah laku murid.

Dalam tugasan ini, saya telah memilih topik Ungkapan Kuadratik dan Persamaan Kuadratik untuk dibincangkan dalam cadangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Matematik tingkatan empat yang dapat mengurangkan kebimbangan Matematik murid. Saya telah memilih pengajaran secara permainan Matematik kerana saya mendapati kaedah pengajaran ini adalah kaedah yang paling menyeronokkan, dapat menarik minat murid, dapat memupuk kerjasama dan perkongsian idea sesama murid serta sangat membantu dalam mengurangkan kebimbangan Matematik di kalangan murid. Kaedah permainan Matematik merupakan kaedah yang dapat memberi perasaan kejayaan kepada murid dengan suasana yang lebih menenangkan dan sangat bermanfaat terhadap peningkatan prestasi murid dalam subjek Matematik.

Sesungguhnya

kebimbangan

Matematik

adalah

masalah

yang

nyata

dan

sememangnya berlaku di kalangan murid. Masalah ini timbul apabila guru kurang mengambil perhatian terhadap penggunaan kaedah pengajaran yang sesuai bagi murid yang pelbagai kecerdasan.Guru perlu membuat perubahan dan menggunakan kepelbagaian dalam kaedah pengajaran agar dapat memenuhi kehendak dan kepuasan murid dalam mempelajari Matematik. Kebimbangan Matematik di kalangan murid boleh dibasmi dan kuasa itu terletak di tangan guru.

16

HBMT 4203 TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR

RUJUKAN

1) Pusat Perkembangan Kurikulum. (2006). Curriculum Specification Mathematics Form 4. PUTRAJAYA : Kementerian Pelajaran Malaysia. 2) Tobias, S. (1993). Overcoming Math Anxiety. NEW YORK : W.W Norton & Company. 3) Zaslavsky, C. (1994). Fear of Math : How to Get Over It and Get On With Your Life. NEW JERSEY : Rutgers University. 4) http://en.wikipedia.org/wiki/Mathematical_anxiety 5) http://findarticles.com/p/articles/mi_hb3325/is_3_9/ai_n29219709/ 6) http://nowalkcc.libguides.com/content.php?pid=259827&sid=2150242 7) http://people.exeter.ac.uk/PErnest/pome18/furner_math_anxiety_2.htm 8) http://salsa.missioncollege.org/mss/stories/storyReader$9 9) http://www.daytonastate.edu/asc/files/m50.doc 10) http://www.dowling.edu/faculty/Rispoli/TwelveWays.pdf 11) http://www.ehow.com/math-learning-strategies/ 12) http://www.foliolive.com/user/a/r/arizo/TeacherHelpAides.doc 13) http://www.math.com/students/advice/anxiety.html 17

HBMT 4203 TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR

14) http://www.mathgoodies.com/articles/math_anxiety.html 15) http://www.mathpower.com/reduce.htm 16) http://www.sinclair.edu/support/sss/pub/Math%20Anxietyfinal.ppt 17) http://www.suzannesutton.com/math_anxiety.htm

18

HBMT 4203 TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR

pemikiran spatial dalam geometri mendorong pemahaman serta kemahiran pelajar dengan arahan-arahan yang menjurus kepada aras-aras pemikiran semulajadi geometri pelajar. Teori beliau mempunyai hieraki aras pemikiran bermula pada usia awal kanak-kanak sehinggalah dewasa yang terdiri dari 3 aras pertama yang merangkumi tempoh normal pembelajaran.

19

You might also like