You are on page 1of 17

Pengurusan Definisi Kamaruddin Kachar (1990) mendefinisikan pengurusan sebagai satu daya menyeluruh untuk memandu, mengawal dan

menyatupadukan ikhtiar manusia yang saling berkaitan, ke arah pencapaian matklamat yang telah ditetapkan. Beliau melihat pengurusan sebagai satu proses perkhidmatan yang melibatkan proses perancangan, pengelolaan, pengurusan kakitangan, pengarahan, penyelarasan, penyediaan

belanjawaan dan penilaian. Makna pentadbiran agak berbeza dengan makna pengurusan. Pengurusan

melaksanakan tugas-tugas atasan seperti membuat perancangan, menyusun atur, mengelola, mengarah, memimpin, mengawal sumber-sumber dan mendapatkan kerjasama daripada setiap individu di dalam sesuah organisasi. Manakala pentadbiran pula membantu pengurusan melaksanakan apa yang telah dirancang, disusun atur, dikelola, diarah, dipimpin dan dikawal supaya menjadi kenyataan. Ia adalah satu proses pengendalian sesebuah organisasi, secara menyeluruh dalam usaha mencapai matlamat. Jelaslah juga bahawa kedua-dua istilah tersebut mengurus dan mentadbir adalah saling melengkapi. Maksud Pengurusan terdiri daripada pengarahan dan pengawalan sebuah kumpulan yang

terdiri daripada satu atau lebih orang atau entiti untuk tujuan menyeleraskan dan mengharmonikan kumpulan tersebut untuk mencapai sesuatu matlamat.

Ia

seringnya

merangkumi

penggunaan

sumber-sumber

manusia, kewangan,

dan teknologi, serta juga sumber alam semula jadi. Pengurusan juga boleh merujuk kepada seorang atau sekumpulan orang yang menjalankan fungsi pengurusan. Kata

kerja "mengurus" datangnya daripada perkataan bahasa Itali, maneggiare (menangani khususnya, seekor kuda), yang pada dirinya diterbitkan daripadaperkataan Latin, manus(tangan). Perkataan bahasa Perancis, mesnagement (kemudiannya mnagement), telah banyak mempengaruhi perkembangan maksud perkataan bahasa Inggeris, management pada abad-abad ke-17 dan ke-18. Pengurusan berkait dengan kuasa mengikut pangkat, manakala kepimpinan melibatkan kuasa melalui pengaruh. Bandingkanlah dengan Pengawasan.

APAKAH YANG DIKATAKAN PENGURUSAN? Apabila sesebuah organisasi diwujudkan, masalah yang akan timbul ialah bagaimana organisasi itu harus diuruskan dengan sempurna, berkesan dan mencapai matlamat yang dirancangkan. Tanpa pengurusan yang betul, pelbagai masalah mungkin akan timbul, baik dari segi kewangan, pemprosesan, dan inventori hinggalah kepada masalah peribadi di kalangan para pekerja. Kita pernah mendengar dari media massa tentang beberapa organisasi perniagaan khususnya, yang telah gagal bukan semata-mata kerana masalah persaingan tetapi juga disebabkan oleh pergolakan di dalam organisasi itu sendiri seperti tidak ada persefahaman antara pihak atasan dengan peringkat bawahan, perancangan dan ramalan yang tidak tepat, pembaziran sumber atau penyusunan struktur yang mengelirukan.

Pengurusan, pada amnya dapat bahagikan seperti berikut: 1. Pengurusan sebagai proses perancangan, penyusunan, pengarahan, dan pengawalan usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan semua sumber organisasi untuk mencapai matlamat organisasi. 2. Pengurusan sebagai proses pengarahan, penyelarasan, dan pengaruh ke atas operasi organisasi untuk mencapai matlamat yang dikehendaki dan prestasi sepenuhnya. Walaupun mempunyai sedikit perbezaan dari segi bilangan dan jenis fungsi pengurusan, tetapi kedua-dua definisi itu mengandungi perkataan "proses" dan "matlamat". Ini bermakna, dua aspek penting di dalam pengurusan ialah: 1. Pengurusan sebagai proses: Menjalankan kerja secara sistematik serta memerlukan hubungan tertentu antara satu aktiviti dengan satu aktiviti yang lain.

2. Mencapai matlamat organisasi: Apabila aktiviti organisasi itu berjalan dengan teratur dan berhubung atau membantu antara satu dengan lain, maka matlamat organisasi itu dapat dicapai. Matlamat organisasi dapat berbentuk kualitatif (subjektif) atau kuantitatif (objektif).

PROSES PENGURUSAN Proses atau fungsi pengurusan dapat dibahagikan kepada beberapa fungsi bergantung kepada cara kita mengelaskan fungsi-fungsi perancangan, penyusunan, penyelarasan, penstafan, dan pengawalan. Pada amnya, fungsi pengurusan dibahagikan kepada empat sahaja, iaitu perancangan, penyusunan, pengarahan, dan pengawalan.

Perancangan

Penyusunan

Pengarahan

Pengawalan

Perancangan Sebelum pihak pengurusan memulakan aktiviti organisasi, perancangan hendaklah dibuat terlebih dahulu. Pada peringkat perancangan, perkara yang perlu dipersoalkan adalah seperti berikut: 1. Tujuan dan objektif: Ini termasuk mengenal pasti perkara yang ingin dicapai oleh sesebuah organisasi berdasarkan matlamat penubuhan organisasi tersebut dan prestasi yang diinginkan seperti kadar pertumbuhan organisasi atau peratusan keuntungan dan lain-lain 2. Strategi organisasi: Apabila matlamat dan tujuan telah ditakrifkan dengan jelas, organisasi perlu mencari jalan (strategi) untuk mencapai matlamat dan tujuan seperti yang diharapkan itu. Di dalam strategi, pihak pengurusan akan membincangkan perkara seperti strategi pemasaran yang meliputi perletakan harga, perluasan pasaran atau perbezaan barangan agar organisasi itu dapat bersaing dengan pihak luar. 3. Langkah seterusnya, pihak pengurusan harus mengatur program atau projek mengikut strategi yang berasaskan matlamat organisasi.

Penyusunan Penyusunan melibatkan kerja menstruktur organisasi dan penstafan (proses

pengambilan kakitangan). Struktur organisasi menunjukkan pembahagian kerja mengikut aktiviti (pemasaran, kewangan, pemprosesan dan lain-lain), tingkat (hierarki) autoriti, penyelarasan melalui peraturan dan dasar serta prosedur yang dibuat. Penstafan meliputi perancangan sumber manusia, pengambilan dan pemilihan kakitangan, orientasi dan latihan, penilaian prestasi, sistem pampasan (gaji, upah, dan faedah), program peningkatan produktiviti dan kualiti, program keselamatan dan kesihatan kakitangan, dan program kebajikan dan perkhidmatan kakitangan. Pengarahan Pengarahan merupakan fungsi penting untuk menjamin aktiviti organisasi berjalan dengan teratur dan sempurna dalam suasana yang harmoni. Untuk mencapai matlamat ini faktor-faktor motivasi, kepimpinan, dan sistem komunikasi perlu diberi perhatian oleh pihak pengurusan. Pengawalan Pengawalan merupakan fungsi terakhir untuk menentukan bahawa prestasi organisasi telah dicapai mengikut perancangan; masalah dalam penyusunan dikenal pasti dan langkah tertentu diambil; faktor-faktor di dalam organisasi, keinginan dan sifat kakitangan yang ada hubungan dengan prestasi dan tingkah laku perlu diberi perhatian dan diawasi.

KEPERLUAN PENGURUSAN Pengurusan diperlukan di dalam semua organisasi, tidak kira sama ada organisasi itu kecil atau besar, swasta atau badan kerajaan. Fungsi pengurusan bukan saja merupakan tanggungjawab seorang pengurus besar atau pengarah tetapi juga tanggungjawab penyelia atau ketua bahagian yang berada di dalam organisasi. Kita pernah mendengar kata-kata seperti: "Masalah yang timbul itu adalah dari pihak pengurusan... ". Pernyataan seperti ini dimaksudkan kepada mereka yang menduduki tingkat atas di dalam organisasi, padahal kelemahan dan masalah yang timbul itu berpunca dari semua pihak pada peringkat pengurusan. Dalam konteks pengurusan, pengurus dimaksudkan kepada mereka yang bertanggungjawab terhadap pekerjaan orang lain pada semua peringkat. Setiap pengurus mempunyai tugas dan tanggungjawab yang tertentu, antaranya: 1. Pengurus ialah penyelaras dan pengarah di dalam organisasi yang mengawasi aliran kerja serta menyatupadukan semua unsur organisasi. Mereka mempunyai kuasa yang diberikan untuk mengarah orang lain yang berada di bawah tanggungjawabnya. 2. Pengurus bertanggungjawab menggunakan segala sumber dengan efisien untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. 3. Pengurus juga tidak boleh lari daripada bertanggungjawab ke atas kegagalan dan kejayaan orang di bawah jagaannya. Kegagalan dan kejayaan itu mencerminkan prestasi pengurus berkenaan. 4. Pengurus mengimbangkan matlamat dan menetapkan prioriti seperti

menjalankan kerja yang penting dahulu atau dengan serta-merta. 5. Pengurus mewujudkan matlamat, perancangan, dasar, dan mentasikan strategi. Aktiviti pengurusan berbeza mengikut tingkatan di dalam organisasi. Misalnya, pengurus atasan menggunakan kebanyakan masa mereka di dalam perancangan jangka panjang, perhubungan awam, membuat dasar serta menganalisis perkaramengimple-

perkara yang berlaku di persekitaran luaran. Pengurus pertengahan atau penyelia sebaliknya memainkan peranan yang lebih di dalam penyelarasan dan pengawalan kerja pada peringkat operasi. Satu kenyataan yang harus kita terima ialah pengurus lebih berhadapan dengan faktorfaktor yang tidak dapat dikawal daripada faktor-faktor yang boleh dikawal. Misalnya, sumber selalunya terhad, kuasa yang diberikan terbatas, pihak atasan mengharapkan sesuatu yang mesti dicapai dan permintaan orang bawahan memerlukan pertimbangan. Oleh yang demikian, untuk membolehkan sesuatu perkara itu dilaksanakan, pengurus memerlukan kepakaran, keyakinan, dan mempunyai kesabaran.

PENGURUSAN DAN PROSES PENGURUSAN Pihak pengurusan ialah gabungan individu yang mengendalikan sesebuah organisasi. Secara akademik definisi seperti ini sangatlah terhad pengertiannya. Oleh kerana pengurusan itu bukannya individu atau sekumpulan individu, maka untuk tujuan kita, ia boleh didefinisikan sebagai proses perancangan, penyusunan, pengarahan, dan pengawalan penggunaan sumber untuk mencapai tujuan dan matlamat organisasi. Empat Fungsi Pengurusan Perancangan, penyusunan, pengarahan, dan pengawalan merupakan empat fungsi asas pengurusan. Perancangan. Sebelum organisasi itu menjalankan kegiatannya, ia mesti merancang, iaitu menentukan terlebih dahulu perkara yang hendak dicapai olehnya. Ini termasuklah menetapkan tujuan, objektif, strategi, program, projek, dan kerja yang akan dimainkan oleh organisasi.

Penyusunan. Di dalam penyusunan, sumber manusia dan bahan disusun, dan dibahagikan mengikut gabungan yang tepat bagi menentukan perancangan itu berjalan dan mencapai matlamatnya. Ini termasuklah menyusun tingkat kuasa, membahagikan unit-unit atau bahagian, serta memilih kakitangan untuk memenuhi jawatan yang diwujudkan. Pengarahan. Pengarahan memberikan panduan, bimbingan, dan perangsang kepada tenaga pekerja untuk mencapai matlamat organisasi. Perkara yang dilakukan termasuklah memberi kepimpinan, dorongan, dan berkomunikasi di dalam organisasi. Pengawalan. Pengawalan merujuk kepada langkah-langkah mengawasi prestasi, membandingkan keputusan dengan matlamat organisasi dan mengambil tindakan yang betul sekiranya berlaku kesisihan.

KESELAMATAN BENGKEL Peraturan keselamatan bengkel adalah merupakan satu faktor penting yang perlu diamalkan oleh setiap pelajar dalam kerja amali di bengkel. Setiap aktiviti yang dijalankan melibatkan penggunaan peralatan dan mesin yang berbahaya. Sebarang kecuaian boleh mengakibatkan kemalangan atau kecederaan yang serius. Peraturan peraturan keselamatan bengkel perlu diamalkan bagi mengelakkan kemalangan yang tidak diingini berlaku. Ibrahim Syed dalam Raja Afindi Raja Adam (1998) menyatakan, keselamatan dan kesihatan pekerja sentiasa terdedah kepada pelbagai bentuk kemalangan dan perlu dijaga agar majikan tidak kehilangan pekerja yang menjadi aset syarikat.

Untuk melatih pelajar menggunakan alatan tangan untuk menghasilkan projekprojek tertentu, maka suasana tempat yang sesuai perlu untuk pelajar melaksanakan tugasan tersebut dengan lebih berkesan. Kemudahan peralatan yang lengkap dan teratur untuk digunakan atau keadaan persekitaran tempat tersebut seharusnya menjadi penyumbang kepada penghasilan projek yang baik. Oleh itu, pelajar seharusnya menggunakan kemudahan yang ada di dalam bengkel dengan menjaga keselamatan dirI dan juga orang lain. Kesedaran terhadap keselamatan perlu ditanamkan kepada setiap pelajar supaya sikap mementingkan keselamatan ini dapat di amalkan semasa membuat kerja amali di sekolah dan seterusnya diamalkan setelah memasuki ke alam pekerjaan.

Keselamatan ditakrifkan sebagai satu keadaan bebas daripada kecederaan, ketakutan, kesakitan atau kehilangan yang mana ia memerlukan tindakan yang sewajarnya daripada semua pihak. Kebanyakan kemalangan adalah disebabkan oleh kecuaian manusia sendiri dan jarang sekali berlaku dengan sendirinya. Walaupun beberapa usaha telah dibuat, namun kemalangan bengkel masih lagi berlaku terutamanya ketika menjalankan kerja-kerja amali di bengkel. Kemalangan yang terjadi biasanya boleh mengakibatkan luka, kecacatan anggota dan kehilangan nyawa.

Hal ini akan menjadikan sekolah pada mulanya untuk menimba ilmu tetapi tidak terjamin daripada aspek keselamatannya. Untuk memastikan sekolah adalah institusi yang selamat bagi para pelajar menimba ilmu dan kemahiran, satu kajian mestilah dilakukan untuk mengetahui amalan pelajar dalam mengamalkan keselamatan di bengkel.

Kajian yang dijalankan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (1993), mendapati semua bengkel Kemahiran Hidup di sekolah menggunakan pelbagai jenis alat-alat tangan dan mesin. Kemalangan yang melibatkan penggunaan alatan serta mesin akan dapat dicegah jika ianya dijaga dan diselenggarakan dengan sempurna dari semasa ke semasa. Keselamatan biasanya berkaitan dengan bahaya. Sejak kecil lagi kita telah diingatkan supaya menjaga keselamatan diri, orang lain dan objek yang berada di persekitaran kita. Pendidikan yang diterima dari kecil ini menimbulkan kesan yang mendalam dalam jiwa kita. Dengan itu, nyatalah kesedaran akan pentingnya keselamatan telah menjadi sebahagian daripada hidup kita.

Kemalangan dapat dielakkan atau dikurangkan jika pelajar sentiasa mematuhi langkah-langkah keselamatan. Kesedaran mengutamakan keselamatan bukan hanya pada diri sendiri sahaja tetapi juga terhadap rakan-rakan yang sama-sama bekerja, terhadap persekitaran dan keselamatan harta benda. Kesedaran mengutamakan keselamatan akan hanya timbul sekiranya pelajar itu sendiri mengambil berat untuk mengetahui dan memahami akan kegunaan alatan kelengkapan yang ada di dalam bengkel.

Keselamatan di dalam bengkel akan lebih rumit jika bilangan pelajar terlalu ramai menggunakan ruang atau kemudahan peralatan yang sedia ada dalam satu masa. Ruang yang sempit serta pelajar yang ramai akan memburukkan lagi suasana melakukan aktiviti di bengkel. Disebabkan ruang yang terhad dan sempit perkara seperti gangguan emosi, keadaan yang panas dan suasana yang tidak teratur boleh berlaku.

Sikap pelajar yang tidak ambil berat tentang amalan keselamatan dan sikap acuh tak acuh terhadap tugas atau kerja boleh mendatangkan bahaya kepada diri dan juga rakan sekerja. Kesedaran pelajar terhadap amalan keselamatan hendaklah dipupuk dari awal lagi agar amalan yang positif sentiasa tersemat pada jiwa pelajar itu sendiri. Dengan itu, hasil kerja dapat dipertingkatkan dan suasana kerja berjalan dengan selamat . Pengabaian aspek keselamatan mungkin akan mengakibatkan kecederaan, kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda. Malahan, imej institusi yang terlibat juga akan buruk serta memberi kesan terhadap kelancaran operasi bengkel berkenaan. Selain itu juga, kerugian terpaksa di tanggung akibat kerosakan dan tanggungan kos perubatan

Aspek keselamatan merupakan faktor yang paling penting ditekankan semasa melakukan kerja-kerja amali khususnya di bengkel. Kesedaran terhadap keselamatan bengkel perlu ditanamkan kepada setiap bakal guru ini supaya sikap mementingkan keselamatan ini dapat diamalkan semasa menjadi pendidik di sekolah. Seterusnya menerapkan pentingnya menjaga keselamatan kepada para pelajar semasa menjalani aktiviti di bengkel. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat mengenai amalan pelajar terhadap keselamatan bengkel. Aspek keselamatan perlu diberi perhatian utama dan merupakan ciri penting yang mesti diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran di bengkel pada setiap masa. Hal ini penting agar tidak berlakunya lagi perkara-perkara yang tidak di ingini berlaku seperti kemalangan, kecederaan terhadap fizikal.

PENGURUSAN DAN KESELAMATAN BENGKEL Bagi memastikan proses keselamatan dapat diurus dan dilaksanakan dengan efektif, Stanton dan Willenbrock (1990) menyarankan aspek keselamatan mesti dijadikan sebahagian daripada prosider dan aktiviti sesebuah organisasi. Mereka mencadangkan proses ini mesti disepadukan dengan sistem pengurusan dan perancangan organisasi, bukannya dilaksanakan dalam bentuk program tambahan kepada aktiviti pengurusan yang sedia ada.

Merujuk huraian yang telah saya kupas, saya membahagikan tajuk utama iaitu pengurusan dan keselamatan bengkel kepada dua iaitu, dari segi aspek pengurusan serta aspek keselamatan bengkel.

Hasil yang saya dapat melihatkan keperluan pengurusan yang cekap dalam memastikan aspek keselamatan amat perlu dititik beratkan. Hal ini merujuk kepada kecuaian pihak pengurusan yang boleh menyebabkan pengguna terdedah kepada risiko kemalangan yang tinggi.

Tujuan pengurusan keselamatan bengkel.

1. Mewujudkan keselamatan bengkel, alatan, dan bahan.

Seperti mana yang diperjelaskan, sesebuah bengkel mempunyai pelbagai perlatan, kelengkapan dan barangan yang bernilai tinggi. Sekiranya kemudahan berkenaan tidak diuruskan dengan baik dan bersistematik, berkemungkinan risiko berlakunya kemalangan secara tidak langsung meningkat.

Kita dapat lihat jika lebihan bahan kerja seperti habuk kayu, potongan kayu-kayu kecil, batang besi dan sebagainya tidak di urus dengan betul dan bertaburan di atas lantai bengkel. Ini menyebabkan pergerakan kita akan tergangung dengan kehadiran bahan-bahan tersebut dan risiko terjatuh meningkat secara tidak

langsung. Ia juga menyebabkan hilang fokus semasa mengalihkan barang ke tempat yang baru.

Peraturan yang ada hendaklah di patuhi dan pihak penurusan sentiasa memastikan bahawa pengguna bengkel mematuhi peraturan yang telah ditetapkan bagi mengurangkan risiko kemalangan di dalam bengkel berlaku.

Penyelenggaraan alatan juga perlu diberi perhatian bagi memastikan alatan yang tersebut selamat digunakan. Menjadi tugas pengurusan untuk memastikan semua alatan dalam keadaan baik untuk digunakan dan jika perlu, perbaiki alatan sebelum digunakan.

2. Mengelakkan dari berlaku kemalangan.

Kemalangan akan mudah berlaku jika tiada system pengurusan di wujudkan dalam sesebuah bengkel. Dengan adanya system pengurusan, ia memberi tanggungjawab bengkel kepada seseorang. Ini memudahkan laporan, aduan serta pengawasan di jalankan.

Melihat keadaan dimana seorang pengguna secara tidak sengaja mengambil pahat yang telah patah matanya. Melalui pengurusan yang ada, pengguna tersebut terus melaporkan kepada pengurusan agar diamabil tindakan seterusnya dan sebaliknya, jika tiada system pengurusan, risiko kemalangan meningkat jika pengguna terbabit terus menggunakan alatan tersebut yang sepatutnya di selenggarakan terlebih dahulu.

TUJUAN PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL.

Mewujudkan keselamatan bengkel, alatan, dan bahan.

Mengelakkan dari berlaku kemalangan.

Pengurusan Organisasi Bengkel dan Keselamatan Organisasi bengkel dan keselamatan merupakan sistem pengurusan yang memerlukan kerjasama di antara guru dan murid. Sistem ini menjamin keadaan bengkel yang teratur dan selamat semasa bekerja. Murid mesti mematuhi peraturan-peraturan keselamatan dan jadual kerja yang telah disediakan oleh guru. Organisasi bengkel dibentuk untuk: a) Memastikan makmal sentiasa bersih dan kemas. b) Memastikan alat dan kelengkapan makmal sentiasa dalam keadaan teratur. c) Mengelakkan daripada berlakunya kemalangan semasa bekerja. Selain itu, tujuan penubuhan organisasi keselamatan bengkel adalah untuk: 1) Memastikan sistem pengurusan di bengkel lebih teratur dan bersistematik. 2) Memastikan keselesaan dan keselamatan murid-murid semasa berada di dalam bengkel. 3) Memastikan bengkel dalam keadaan teratur dan kemas. 4) Menentukan kumpulan yang bertanggungjawab.

5) Memastikan semua alatan dan bahan dijaga dengan baik dan disimpan di tempat yang selamat. 6) Melatih murid bersifat bekerjasama dan bertanggungjawab. Struktur Organisasi Bengkel Formen dan penolong formen dilantik di kalangan murid. Tugas mereka ialah a) Memastikan bahawa setiap kumpulan menjalankan tugas masing-masing dengan sempurna. b) Menolong guru untuk menguruskan bengkel. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menjalankan tugas masingmasing secara bergilir-gilir.

Guru Formen Penolong Formen

Nama Kumpulan 1) Ketua Kumpula 2) Ahli

Nama Kumpulan 1) Ketua Kumpula 2) Ahli

Nama Kumpulan 1) Ketua Kumpula 2) Ahli

Nama Kumpulan 1) Ketua Kumpulan 2) Ahli

Pengurusan yang berkesan boleh mengelakkan kemalangan berlaku semasa pengajaran dan pembelajaran. Kemalangan boleh dielak jika: 1) Pengetahuan dan pemahaman alat serta bahan yang diguna. 2) Menyusun langkah P&P dengan baik dan ikut prosedur. 3) Murid sentiasa mengikut arahan kerja yang ditetapkan. 4) Mematuhi keselamatan bengkel setiap masa. 5) Menggunakan alatan dengan cara yang betul. 6) Peka keadaan bengkel dan memakai alat perlindungan. 7) Guru peka dengan tahap kemahiran murid semasa bekerja.

Apabila Berlaku Kemalangan

Ketua Formen

Rakan Kumpulan

Tindakan

Rakan Sekelas

Guru Bertugas

Rumusan

Bengkel merupakan pelengkap kepada proses pengajaran dan pembelajaran bidang pendidikan teknik dan vokasional. Infrastruktur ini perlu diselia dan diuruskan dengan cekap dan berkesan supaya ia boleh mewujudkan pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dalam keadaan sempurna, kondusif, dan selamat. Oleh itu, setiap guru teknikal yang dipertanggungjawabkan perlulah memiliki kemahiran dan pengetahuan dalam aspek organisasi dan pengurusan bengkel.

You might also like