You are on page 1of 3

PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA LAMBANG BULAN SABIT MERAH PENGENALAN Lambang Bulan Sabit Merah berasal

dari lambang palang merah. Negara-negara Islam tidak setuju dengan palang merah kerana berkaitan dengan uagam Kristian. Mulanya Henry Dunant mencadangkan satu lambang digunakan oleh pasukan penyelamat dan kakitangan perubatan untuk mengelakkan mereka dari diserang ketika peperangan. Jadi Dr Louis Appia mencadangkan kain putih digunakan . Kain putih selalunya bermaksud perlindungan dan menyerah kalah atau berkecuali. General Henry Duffor mrencadangkan palang merah ditambah pada kain putih. Kebetulan lambang ini sama dengan bendera Switzerland. Tahun 1906, Konvensyen Geneva temlah menambah makna iaitu tanda perhormatan kepada negara Switzerland. Apabila perang Rusia-Turki tercetus, negara Turki enggan mengiktiraf lammbang palang merah . Sebaliknya menggunakan bulan sabit merah dan kebetulan bulan sabit merah sama dengan bendera Turki. Ramai negara Islam mengikut langkah Turki. Mulanya Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah tidak setuju tindakan Turki ini dan mendakwa lambang palang merah tidak ada kaitan dengan agama Kristian. Akhirnya 1929, Persidangan Palang Merah Antarabangsa mengiktiraf lamabng Bulan Sabit Merah.

MAKNA PALANG MERAH : Palang mengandungi 5 kotak yang memberi maksud : 1. Persidangan Antarabangsa Palang Merah 2. Negara-negara yang menandatangani Perjanjian Geneva 3. Liga Persatuan Palang / Bulan Sabit Merah 4. Palang / Bulan Sabit Merah Kebangsaan 5. Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah. Tujuan lambang Palang / Bulan Sabit Merah : Konvensyen Geneva mengiktiraf lambang dengan tujuan : 1. Untuk perlindungan ( protection sign) 2. Untuk pengenalan Persatuan Palang / Bulan Sabit Merah

Lagu Bulan Sabit Merah Malaysia Bulan Sabit Merah Di Malaysia Giat Berjasa Untuk Negara Tidak Kira Kaum Dan Agama Waktu Aman Atau Bahaya Di Mana Jua Adanya Sengsara Di Sana Ada Kita Di Darat Dan Laut Kita Bersedia Walaupun Diancam Bahaya Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia Membantu Semua Yang Menderita Badan Sukarela Berkhidmat Dengan Tabah Dan Bersemangat

You might also like