You are on page 1of 3

Rancangan Pengajaran Harian Matematik Tahun 3

Mata Pelajaran & Kelas: Matematik (3 Bijak) Bidang Nombor dan Operasi

Tajuk :

Pecahan

Masa:

8.45 pagi - 9.45 pagi (60 minit)

Standard Kandungan

6.1

Standard Pembelajaran:

6.1 (ii)

Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat : 1.Menamakan pecahan wajar. 2. Mengenal dan menentukan pecahan sebagai sebahagian daripada satu kumpulan menggunakan: (a) objek, (b) gambar.

Aktiviti P&P:

a. Tunjukkan sepuluh keping kertas pelbagai warna.

b. Minta murid menyatakan bilangan kepingan kertas yang


berwarna kuning, merah, hijau dan biru. c. Kertas kuning dikeluarkan daripada jumlah keseluruhan dalam bentuk ayat matematik. Contoh: 4 keping kertas kuning daripada 10 keping kertas pelbagai warna.

d. Ulang aktiviti di atas dengan contoh lain bagi


1. mengukuhkan kefahaman murid. Edarkan kad warna 2D pelbagai warna kepada setiap kumpulan.

Minta murid mengasingkan bentuk 2D yang diminta oleh guru. Minta murid membina pecahan-pecahan yang terhasil dari bentuk yang diedarkan.

e. Ulang aktiviti di atas dengan menggunakan


bentuk 2D yang lain.

f. Murid menyatakan bilangan bentuk yang


diminta oleh guru daripada jumlah keseluruhan selepas setiap aktiviti. Contoh: 1 segitiga daripada 6 bentuk. Edarkan lembaran kerja kepada setiap murid.

b. Bincangkan hasil kerja murid


EMK: Kreativiti & Inovasi. Membuat pemerhatian aktif untuk mengumpul maklumat.

Bahan Bantu Belajar:

Kertas warna, lembaran kerja

Penilaian P&P:

1 Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab Lembaran Kerja 91 hingga Lembaran Kerja 92. 2. Berdasarkan pemerhatian

Refleksi:

i. ii.

You might also like