You are on page 1of 5

SRK SULTAN ABDULLAH, JALAN DATO WONG AH JANG 25100 KUANTAN.

KERTAS KERJA MENAIK TARAF PEJABAT SEKOLAH dan BILIK GURU SRK SULTAN ABDULLAH

Disediakan oleh: En. Mohd Zukriman bin Zakaria

1. Tajuk

Kerja-kerja Ubahsuai dan Menaik Taraf Pejabat Sekolah dan Bilik Guru SRK Sultan Abdullah, Jalan Dato Wong Ah Jang, 25100 Kuantan Pahang.
2. Latar Belakang

Pejabat Sekolah SRK Sultan Abdullah merupakan pusat pentadbiran bagi mencapai kecemerlangan pendidikan. Selain itu ia juga suatu tempat yang menyimpan segala peralatan, rekod, dokumen, dan maklumat penting yang berkaitan dengan pengurusan sekolah. Namun begitu kedudukannya yang tidak strategik telah mengundang pelbagai masalah tentang keselamatan dokumen penting. Bilik Guru SRK Sultan Abdullah adalah bilik yang digunakan oleh guru-guru untuk merancang aktiviti pembelajaran dan melaksanakan tugas-tugas perguruan. Ianya juga merupakan bilik utama di mana penggunaannya adalah maksimum dan sangat penting. Bilik yang sedia ada pada masa kini boleh dikategorikan dalam keadaan yang di luar jangkaan dan tidak selamat. Cadangan permohonan untuk mengubahsuai dan menaik taraf pejabat sekolah dan bilik guru adalah selari dengan kehendak serta keperluan semasa dan memenuhi tahap keselamatan. Halangan yang sedia ada pada masa kini adalah ianya tidak selamat digunakan kerana kedudukannya yang rendah dan mudah ditenggelami air terutama semasa banjir yang melanda SRK Sultan Abdullah setiap tahun. Banjir terburuk yang pernah melanda SRK Sultan Abdullah adalah pada 24.12.2012 dengan anggaran kerugian hampir mencecah RM 200,000. (Rujuk lampiran A) 2. Rasional Tujuan pemindahan pejabat sekolah dan bilik guru adalah untuk memastikan keselamatan segala dokumen dan peralatan sekolah.

3. Objektif Objektif bagi cadangan permohonan ini adalah seperti berikut: a) Meningkatkan keselamatan segala dokumen dan peralatan sekolah. b) Memaksimumkan tahap penggunaan kemudahan peralatan sekolah.

c) Menyediakan kemudahan infrastruktur yang baik dan selesa untuk kegunaan guru. e) Menjamin keselamatan peralatan dan kemudahan kepunyaan sekolah yang ada dalam bilik tersebut. 4. Lokasi
a) Bilik guru lama adalah di tingkat bawah Bangunan Blok D. Bilik guru

yang dicadangkan adalah di tingkat 2 Bangunan Blok C.(rujuk Lampiran B)


b) Pejabat sekolah yang lama berada di Blok A. Pejabat sekolah yang

dicadangkan adalah di tingkat 1 di Bangunan Blok C. (rujuk Lampiran B) 5. Justifikasi Cadangan bagi justifikasi bagi kerja-kerja mengubahsuai dan menaik taraf pejabat sekolah dan bilik guru adalah seperti di bawah.

SENARAI PROJEK NAIK TARAF PEJABAT DAN BILIK GURU


BI L PROJEK SKOP PROJEK ANGGAR AN KOS(RM) 1 Mengganti dan memasang tingkap sedia ada dengan tingkap cermin gelungsur dan bingkai tingkap besi. Kerja-kerja membekal dan memasang tingkap cermin gelungsur. Bahan: Tingkap cermin, bingkai tingkap besi Sebahagian tingkap lama sudah rosak dan tidak berfungsi. JUSTIFIKASI PROJEK

2.

Membuat pendawaian baru.

Kerja-kerja membekal dan membuat pendawaian baru bagi pejabat dan bilik guru.

Pendawaian yang sedia ada tidak sesuai dan telah lama.

3.

Mengganti pintu bilik yang sedia ada dengan pintu kayu bentuk cembung.

Kerja-kerja membekal dan memasang pintu kayu bentuk cembung.

Pintu sedia ada adalah seperti kelas biasa dan ianya tidak selamat dan mudah diumpil.

4.

Memasang dan membina jeriji besi pada pintu pejabat dan bilik guru

Kerja-kerja membekal dan memasang jeriji besi pada pintu pejabat dan bilik guru.

Keselamatan dokumen dan peralatan di pejabat dan bilik guru tidak terjamin. Lantai yang ada hanya lantai simen.

5.

Memasang jubin pada lantai pejabat dan bilik guru.

Kerja-kerja membekal dan memasang jubin di pejabat dan bilik guru.

Membina tandas berdekatan bilik guru dan pejabat.

Kerja-kerja pembinaan tandas.

Tandas sedia ada tidak sesuai kerana berada di tingkat bawah.

Disediakan oleh,

(MOHD ZUKRIMAN BIN ZAKARIA)

You might also like