You are on page 1of 14

PENILAIAN kemahiran BAHASA

Disediakan oleh : 1) YAHAYA BIN RAMLI 2) MOHD RIZAL SHAZLI BIN REJAB 3) MUHAMMAD NAZRI BIN ABU TALIB 4) ARIF ANWAR BIN MUSTAHIL 5) MOHD KHAIRYAZLIN BIN MOHD HARUN

PENILAIAN KEMAHIRAN BAHASA


Penilaian Kemahiran Lisan Penilaian lisan dibuat untuk mendapatkan maklumat hasil interaksi antara : pelajar dengan guru pelajar dengan pelajar pelajar dengan bahan pembelajaran

Aspek LISAN yang dinilai ialah : kefahaman konsep pengetahuan fakta pemikiran peringkat tinggi kecekapan mendengar penggunaan bahasa yang tepat kecekapan matematik gaya persembahan kelancaran berbahasa pertuturan dan sikap

Penilaian Kemahiran Menulis


Penilaian penulisan dilakukan dengan menilai : karangan laporan projek/kerja kursus/folio latihan dan ujian bertulis huraian atau tafsiran data/jadual, graf atau carta.

Kemahiran yang diukur dalam kemahiran menulis kemahiran menulis menyusun idea perbendaharaan kata mengaplikasi mentafsir menilai mempertahan / menyokong hujah menyebar idea / buat rumusan /cadangan

PENILAIAN AKTIVITI BAHASA


- SYARAHAN - forum -debat - ceramah -sajak

SYARAHAN
Aktiviti jenis ini berformat khusus iaitu kata-kata aluan /pendahuluan, kata-kata penghadapan , isi dan penutup. Penerangan dan penjelasan tentang tajuk syarahan perlu disampaikan secara teratur, mantap dan berkesan.

Isi-isi syarahan perlu berdasarkan fakta-fakta yang tepat beserta contoh-contoh yang relevan.
Isi-isi utama pula perlu disokong dengan isi-isi sampingan. Penggunaan tatabahasa yang betul serta gaya penyampaian yang penuh dengan keyakinan.

- Isi-isi syarahan perlu berdasarkan fakta-fakta yang tepat berserta contoh-contoh yang relevan. Isi-isi utama perlulah disokong oleh isi-isi sampingan. - Sebagai langkah awal syarahan, penyediaan suatu rangka penulisan untuk dijadikan panduan semasa aktiviti syarahan.

Peringkat dan Langkah/Kemahiran: Persediaan Memahami tajuk dan kehendak soalan. Mengumpulkan idea / isi-isi penting tentang tajuk syarahan Menyusun idea-idea / isi-isi dan membuat rangka syarahan

Penulisan Menulis perenggan pendahuluan Mengembangkan isi-isi secara tersusun Menyatakan kesimpulan/penegasan dalam perenggan penutup
Penyemakan Menyemak ejaan dan tanda baca Menyemak tatabahasa Menyemak jumlah perkataan

FORUM
Forum merupakan satu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu tajuk, di mana ia dijalankan secara formal. Teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai iaitu pelajar akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung untuk meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional. Dalam sesi forum, soalan daripada penonton boleh diajukan kepada para panel untuk mendapatkan ulasan lanjut. Pelajar diberikan tajuk yang mudah, menarik tetapi mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar.

DEBAT
Pelajar diberikan tajuk yang mudah, menarik tetapi mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar. Ia terdiri daripada dua pihak iaitu pihak pertama merupakan pihak penyokong tajuk perdebatan manakala pihak kedua ialah pembangkang kepada tajuk tersebut. Huraian yang dilontarkan mestilah berpandukan kepada fakta serta contoh daripada maklumat yang kukuh dan bernas.

Setiap pihak haruslahr yakin dan sentiasa menegakkan fakta yang diutarakan berdasarkan tajuk yang diberikan.
Sekiranya fakta yang diberikan pihak penyokong tidak bernas, maka pihak pembangkang boleh mengangkat tangan dan meminta izin laluan untuk membetulkan fakta tadi. Setelah selesai, maka sesi pengulasan akan dibuat. Masa yang diberikan untuk sesi perdebatan ditetapkan. markah tidak diberikan untuk lebihan masa.

CERAMAH
Ceramah merupakan pengemukaan fikiran / idea-idea melalui perucapan dan disampaikan secara syarahan dua hala. Penceramah akan memberikan penerangan sehingga selesai informasi atau maklumat yang disampaikan. JENIS-JENIS CERAMAH Ceramah agama Ceramah pendidikan Ceramah kesihatan Ceramah kesedaran dan sebagainya

SAJAK
Satu bentuk puisi lisan moden. Ia berbentuk bebas iaitu rangkap dan temanya tidak terikat.

Ia menitikberatkan intonasi dalam mendeklamasikan sajak.


Gaya bahasa yang pelbagai dan bercampur-campur.

Penggunaan kata dan ungkapan saling berkait dan terjalin erat berdasarkan makna dan irama.

SEKIAN

You might also like