You are on page 1of 6

SCE 3103 Meneroka Alam Bahan Laporan Amali

PRAKTIKAL 4 Tajuk Tujuan

: Asid Karboksilik, Ester dan Amida : Asid Karboksilik, Ester dan Amida : Untuk menyediakan sampel ester dan menyiasat sifat-sifat fizikal ester.

Bahan/Peralatan

Etanol tulen, asid etanoik glacial, asid sulfuric pekat, 5% larutan natrium bikarbonat, minyak, air, larutan natrium klorida, bikar, kelalang penyulingan, saluran paip, kelalang berdasar bulat, kelalang kon, silinder penyukat, termometer, condenser Liebig, penunu Bunsen, kaki retort dengan pengapit, kaki tripod, penyumbat dengan dua lubang dan blok kayu. Hipotesis :

1. Asid karbosilik boleh membentuk ester melalui proses pengesteran dengan alcohol. 2. Pengesteran melibatkan pemanasan alcohol, asid karbosilik dan asid sulfuric pekat di bawah keadaan refluks 3. Sifat ester adalah berbau wangi dan mudah meruap.

Pembolehubah Dimanipulasikan Bergerak balas Dimanipulasikan

: : Jumlah isipadu pelarut : Pelbagai jenis pelarut : Keterlarutan ester

SCE 3103 Meneroka Alam Bahan Laporan Amali

Prosedur

A. Untuk Menyiasat Sifat Fizikal Ester. 1. Masukkan 2cm3 etil etanoat dimasukkan ke dalam tabung uji. Kenalpasti bau ester dan catatkan. 2. Menambah 5cm3 air suling telah kedalam ester dan campuran telah digoncang sebaiknya. Catatkan kelarutan ester dalam air . 3. Ulangi langkah 1 hingga 2 telah menggunakan aseton dan metal spirit bagi mengantikan air suling. Keputusan :

1. Ester berbau wangi

Pelarut Air Aseton Metal spirit

Pemerhatian Tidak larut dalam air Larut dalam air Larut dalam air

B. Untuk Menyediakan Contoh Ester. 1. Mencampurkan 50cm3 etanol tulen dengan 50cm3 asid etanoik glacial ke dalam kelalang bulat 250 ml. 2. Masukkan 10cm3 asid sulfuric pekat telah dimasukkan secara berhati-hati ke dalam campuran sebelumnya dan campuran itu telah digoncang dengan cermat. Beberapa keeping serpihan pasu berliang telah ditambah. 3. Sediakan radas seperti dalam Rajah 6. 4. Panaskan campuran di bawah refluks untuk 1 jam. 5. Alihakan penunu Bunsen dan biarkan campuran menyejuk dalam suhu bilik. 6. Masukkan campuran yang sejuk ke dalam burrett dan 25cm3 air sejuk telah. Campuran digoncang. 7. Asingkan bahagian bawah campuran daripada bahagian atas . 8. Tambah 25cm3 5% natrium bikarbonat dan campurkan dan campuran telah digoncangkan. Lapisan larutan paling bawah dibuang 9. Mengulangi semula Prosedur 8..
2

SCE 3103 Meneroka Alam Bahan Laporan Amali

10. Tambah lagi 25cm3 5% natrium bikarbonat dan campurkan dan campuran telah digoncangkan. Lapisan larutan paling bawah dibuang 11. Masukkan 5cm3 larutan kalsium klorida tepu. Campuran dikacau dengan cermat dan bahagian bawah telah diasing. 12. Kenalpasti bahagian organik serta baunya.

Penyediaan ester di makmal

SCE 3103 Meneroka Alam Bahan Laporan Amali

Soalan: 1. Terangkan maksud tindakbalas pengesteran. Pengesteran adalah tindak balas kimia antara dua sebatian iaitu antara asid karbosilik dan alkohol, dan membentuk ester dan air.

2. Tuliskan formula kimia seimbang untuk mewakili tindakbalas antara asid etanoik dan etanol.

C2H5OH + CH3COOH

CH3COOC2H5 + H2O

3. Apakah fungsi asid sulfurik pekat dalam eksperimen ini? Asid sulfuric pekat bertindak sebagai pemangkin dalam tindak balas pengesteran.

4. Terangkan kaedah lain untuk menyediakan etil etanoat. Esters juga boleh disintesis (disediakan) dengan tindak balas acyl klorida dengan alkohol. Cecair etanoil klorida ditambah ke dalam etanol, kemudian akan terhasil hydrogen klorida bersama dengan cecair ester etiletanoat.

CH3COCI+ CH3CH2OH

CH3COOCH2CH3(ce) +HCI (ce)

5. Apakah fungsi 5% larutan natrium bikarbonat dalam eksperimen ini?

Untuk meneutralkan bahan tindakbalas iaitu menyingkarkan kandungan asid etanoik yang berlebihan

6. Terangkan kegunaan larutan kalsium klorida dalam eksperimen ini.

Sebagai agen pengeringa nuntu kmenyerap wap air.

SCE 3103 Meneroka Alam Bahan Laporan Amali

7. Bandingkan kadar keterlarutan etil etanoat dalam air, aseton, dan metal spirit. Terangkan pemerhatian anda.

Jenis Pelarut Air Aseton Spirit bermetil

Pemerhatian Dua lapisan terbentuk Tiada lapisan terbentuk Tiada lapisan terbentuk

Kesimpulan Etil etanoat tidak larut dalam air Etil etanoat larut dalam aseton Etil etanoat larut dalam aseton

Etil etanoat tidak larut dalam air tetapi larut dalam aseton dan metal spirit kerana ester tidak mempunyai kumpulan OH untuk membentuk ikatan molekul hydrogen dengan air.

8. Namakan ester yang terhasil daripada tindakbalas esterifikasi antara asid butanoik dan etanol. Etil butanoat.

9. Tuliskan formula kimia seimbang untuk mewakili tindakbalas diatas.

C2H5OH + C3H7COOH C3H7COOC2H5 + H2O

Kesimpulan

Ester tidak larut dalam air tetapi larut dalam pelarut organic. Ester dihasilkan dengan mencampurkan alcohol dan asid karbosilik. Maka ester bersifat kovalen.

SCE 3103 Meneroka Alam Bahan Laporan Amali

Rujukan

Raymond Chang (2002) Chemistry Seventh Edition:Mc Graw-Hill Higher Education. Toh Kim Hau (2004) Master StudiSasbadi SPM Kimia. Selangor :SasbadiSdn Bhd. Yeap Tok Kheng (2012) Longman Esensi Kimia Tingkatan 4. Selangor : Pearson Tan Yin Toon, LohWaiLeng&Tan On Tin (2007) Success Chemistry SPM. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Kamus Kimia KBSM (1991). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Diakses dari http://ppgsains2iptb.blogspot.com/p/bahan-rujukan.html Bahan tutorial dari pensyarah

You might also like