You are on page 1of 11

Amali 1(a) Objektif Hipotesis Pembolehubah : : : : : : Kehadiran cahaya matahari Warna daun / Kesegaran daun Saiz daun .

jumlah air , jenis tumbuhan Untuk mengkaji tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk menghasilkan makanan Kehadiran cahaya matahari membantu tumbuhan dalam proses fotosintesis. Dimanipulasi Bergerak balas Dimalarkan Kaedah :

1. Sepohon tumbuhan hijau yang berdaun segar dan besar dipilih. 2. Sehelai daun dipilih dan bahagian tengahnya ditutup dengan sekeping kertas hitam dan diklipkan dengan klip kertas seperti dalam (rajah 1) supaya kertas itu tidak tertanggal. 3. Tumbuhan tersebut dibiarkan begitu untuk beberapa hari. 4. Selepas itu, kertas hitam itu ditanggalkan dan sebarang perubahan yang diperhatikan direkodkan dalam jadual. Gambarajah:

Pemerhatian / Keputusan : Pemerhatian Inferens

Bahagian yang ditutup dengan kertas Kertas hitam telah menghalang cahaya hitam kelihatan kuning dan tidak segar. sampai kepada daun .

Perbincangan :
1. Sebelum eksperimen dijalankan, daun pada tumbuhan tersebut kelihatan warna

hijau dan keadaannya segar.


2. Selepas eksperimen , daun pada tumbuhan tersebut bertukar warna menjadi

hijau kekuningan dan kelihatan kurang segar.


3. Ini adalah kerana tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk menghasilkan

makanan. Proses ini dipanggil fotosintesis.


4. Semasa proses fotosintesis berlaku tumbuhan hijau membuat makanan sendiri

(kanji) dengan kehadiran cahaya matahari.


5. Tumbuhan hijau menggunakan tenaga ini untuk membuat makanan dengan

bantuan kehadiran karbon dioksida yang terdapat di udara dan air. 6. Ianya menggunakan cahaya untuk menukarkan air dan karbon dioksida kepada bahan makanan.
7. Eksperimen ini menunjukkan bahawa fotosintesis hanya berlaku ketika terdapat

cahaya matahari dan kanji akan terhasil di dalam fotosintesis.Tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk hidup dengan subur dan sihat. Kesimpulan: Tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk melakukan fotosintesis.

Amali 1(b) Objektif Hipotesis Pembolehubah : : : : : : : Kehadiran cahaya matahari Warna daun dalam ujian kanji Saiz daun . jumlah air , jenis tumbuhan Untuk mengkaji kehadiran kanji pada daun Kehadiran cahaya matahari membantu tumbuhan dalam proses fotosintesis dan penghasilan kanji. Dimanipulasi Bergerak balas Dimalarkan Kaedah

1. Sepohon pokok keembung yang segar dimasukkan ke dalam almari gelap selama satu hari. 2. Tumbuhan itu kemudian dikeluarkan dan sehelai daripada daun itu dipilih. 3. Sebahagian daripada daun tersebut ditutup dengan kertas hitam dan diklipkan supaya tidak tertanggal. 4. Tumbuhan itu didedahkan kepada cahaya matahari untuk beberapa jam, Daun yang ditutup dengan kertas hitam tadi dipetik, ditanggalkan kertas hitam.
5. Daun dimasukkan ke dalam air mendidih untuk melembutkan daun.

6. Methanol dimasukkan sehingga memenuhi separuh dari tabung didih dan daun hijau dimasukkan ke dalamnya. 7. Tabung didih diletakkan di dalam bikar yang mengandungi air panas. (penunu Bunsen tidak dinyalakan kerana methanol mudah terbakar) 8. Selepas 5 minit, daun dikeluarkan dari tabung didih. Daun yang telah dinyahwarna diperhatikan. Methanol menyerap klorofil tetapi bukan kanji. 9. Daun itu dibersihkan dengan air. 10. Daun tadi diletakkan di atas jubin putih dan dititikkan larutan iodin. 11. Pemerhatian dicatatkan dalam jadual di bawah.

Pemerhatian / Keputusan : Keadaan Daun Ujian Kanji Inferens Terdapat kehadiran kanji dan ia menukarkan warna kuning perang iodin kepada biru tua. Tidak ada kanji pada daun untuk menukarkan kuning perang iodin kepada biru tua.

Bahagian daun yang Tompok-tompok biru tua terdedah kepada kelihatan. cahaya matahari.

Bahagian daun yang Warna iodin kuning perang ditutup dengan kekal pada bahagian kertas hitam. tersebut

Perbincangan :
1. Eksperimen ini adalah untuk menguji kehadiran kanji pada daun hijau.

2. Kanji hadir apabila tumbuhan menghasilkan makanan dengan adanya cahaya matahari melalui proses fotosintesis.
3. Kehadiran kanji boleh diuji apabila terdapat tompok biru pada daun setelah

titisan iodin diletakkan pada permukaan daun yang telah dididihkan.


4. Daun dididihkan dalam air mendidih selama lima minit. Tujuan daun dididihkan

adalah untuk membunuh sel dan memecahkan sel yang terdapa tdi dalam daun serta untuk mengeluarkan klorofil.
5. Kemudian daun dicelupkan dalam metanol yang direndam dalam air panas bagi

membuka klorofil dan seterusnya melunturkan warna hijau pada daun.


6. Ini bagi membolehkan sebarang perubahan warna dapat dilihat dengan jelas

semasa ujian kanji.


7. Daun dicelupkan kembali ke dalam air panas bagi membuang metanol daripada

daun kerana metanol telah menyebabkan daun menjadi keras. 8. Kehadiran kanji yang ditunjukkan oleh perubahan warna iodin kuning perang kepada biru tua menunjukkan daun dapat menjalani proses fotosintesis dan kanji terhasil apabila ada cahaya matahari.

9. Bahagian yang ditutup dengan kertas hitam tidak menunjukkan perubahan warna biru tua kerana makanan(kanji) tidak terhasil disebabkan ketidakhadiran cahaya matahari. 10. Ini membuktikan cahaya matahari sangat diperlukan oleh tumbuhan hijau untuk menghasilkan makanan. Langkah berjaga-jaga : Antara langkah berjaga-jaga yang boleh diambil daripada eksperimen ini :
1. Pastikan metanol tidak terdedah kepada sumber haba secara terus seperti

api daripada penunu Bunsen kerana metanol sangat mudah terbakar. 2. Sentiasa berhati-hati semasa mengendalikan larutan iodin dan air panas. Keputusan :

Apabila tumbuhan mendapat sumber cahaya matahari, maka proses fotosintesis boleh berlaku dan kanji (makanan dalam tumbuhan) terhasil.

Objektif Hipotesis Pembolehubah Dimanipulasi Bergerak balas Dimalarkan Kaedah 1. 2. 3. 4. 5. :

: : : : : :

Mengkaji keperluan klorofil untuk fotosintesis. Tumbuhan memerlukan klorofil untuk menghasilkan makanan Kehadiran klorofil Warna daun dalam ujian iodin Saiz daun . jumlah air , jenis tumbuhan

Sehelai daun varigasi yang telah terdedah kepada cahaya matahari selama beberapa jam dipetik. Taburan warna hijau pada daun dilukis. Daun dimasukkan ke dalam air mendidih untuk melembutkan daun. Methanol dimasukkan sehingga memenuhi separuh dari tabung didih dan daun hijau dimasukkan ke dalamnya. Tabung didih diletakkan di dalam bikar yang mengandungi air panas. (penunu Bunsen tidak dinyalakan kerana methanol mudah terbakar)

6. 7. 7. 8. .

Selepas 5 minit, daun dikeluarkan dari tabung didih. Daun yang telah dinyahwarna diperhatikan. Methanol menyerap klorofil tetapi bukan kanji. Daun dicelupkan di dalam air panas untuk beberapa saat untuk melembutkan daun tersebut. Daun diletakkan di atas jubin putih dan beberapa titis larutan iodin dititiskan ke atasnya. Pemerhatian direkodkan .

Pemerhatian / Keputusan : Keadaan Daun Daun varigasi (tidak serata warna pada permukaan) Ujian Kanji Bahagian yang berwarna hijau telah bertukar kepada biru tua Inferens Bahagian yang bertompok hijau mempunyai kanji pada untuk menukarkan warna perang iodin kepada warna biru tua. Bahagian yang berwarna putih tidak berubah Bahagian bertompok putih tiada kanji

Perbincangan : 1. Eksperimen ini bertujuan untuk menunjukkan klorofil merupakan salah satu keperluan asas dalam proses fotosintesis.

2. Untuk menguji keperluan klorofil, daun varigasi digunakan dalam eksperimen ini. Daun varigasi merupakan daun yang mempunyai bahagian berwarna hijau dan juga bahagian yang tidak berwarna hijau. 3. Bahagian hujung daun dan urat daun serta jalur-jalur tidak diliputi dengan warna hijau. Bahagian daun yang berwarna hijau mempunyai klorofil yang membolehkan daun menjalani proses fotosintesis. Manakala, bahagian yang bukan berwarna hijau tidak dapt menjalani proses fotosintesis kerana tiadanya klorofil pada bahagian itu. 4. Ini adalah kerana klorofil merupakan pigmen utama yang mengambil cahaya matahari dan memantulkannya semula sebagai warna hijau. Bahagian berwarna selain dari warna hijau tidak mempunyai klorofil kerana pigmen klorofil yang dominan telah didominasi oleh pigmen yang lain. Selepas eksperimen, tompok biru tua hanya kelihatan pada bahagian daun yang berwarna hijau dan bukan pada bahagian yang bukan berwarna hijau. 5. Hal ini menunjukkan kehadiran klorofil pada bahagian berwarna hijau yang membantu dalam proses fotosintesis. Kesimpulan: Proses fotosintesis hanya berlaku dengan kehadiran klorofil pada tumbuhan.

Objektif Hipotesis

: :

Mengkaji kepentingan karbon dioksida bagi proses fotosintesis. Tumbuhan memerlukan karbon dioksida untuk menghasilkan makanan

Pembolehubah Dimanipulasi Bergerak balas Dimalarkan Kaedah 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. :

: : : : Kehadiran karbon dioksida Warna daun dalam ujian iodin (kehadiran kanji) Saiz daun . jumlah air , jenis tumbuhan

Dua pasu tumbuhan diletakkan di dalam gelap semalaman untuk mengurangkan kehadiran kanji. Pasu tersebut ditutup dengan beg politina untuk menghalang penerimaan udara oleh tumbuhan. Tumbuhan diletakkan di dalam balang kaca dan satunya. Dalam baIang A ; diletakkan satu bikar kalium hidroksida untuk menyerap karbon dioksida . Udara di dalam balang A bebas dari karbon dioksida. Balang B ; satu bukaan yang membenarkan udara atmosfera memasukinya di buat. Kedua-dua balang diletakkan ini dibawah cahaya matahari selama beberapa hari. Kehadiran kanji bagi daun diuji dengan langkah 2 hingga 6 diulang seperti kaedah (1b). Pemerhatian direkodkan. dilabelkan A dan B setiap

A
Matahari Balang Tumbuha n Kalium Hidroksid a

Pemerhatian / Keputusan :

Keadaan Daun

Ujian Kanji

Inferens

Dalam bilik gelap + (Kalium Hidroksida)

Larutan iodin tidak menunjukkan Tiada kanji pada daun perubahan pada daun dalam Balang A Kelihatan tompok-tompok biru tua Terdapat kanji pada pada daun dalam Balang B daun

Perbincangan

1. Eksperimen ini dijalankan untuk menguji kepentingan karbon dioksida untuk proses fotosintesis. 2. Daun yang tidak dibekalkan dengan karbon dioksida iaitu balang A yang mempunyai Kalium Klorida, tidak menunjukkan kehadiran kanji pada daun manakala daun yang memperolehi bekalan karbon dioksida dari udara menunjukkan kehadiran kanji. 3. Ini menunjukkan bahawa karbon dioksida sangat penting untuk fotosintesis. Kesimpulan : Karbon dioksida sangat penting untuk proses fotosintesis.

Fotosintesis ialah proses membuat makanan yang berlaku dalam tumbuhan hijau. Tumbuhan hijau memerlukan cahaya matahari, klorofil,karbondioksida dan air untuk proses fotosintesis.

Objektif Hipotesis Pembolehubah Dimanipulasi

: : : :

Mengkaji kepentingan air bagi proses fotosintesis. Tumbuhan memerlukan air untuk menghasilkan makanan Kehadiran air

Bergerak balas Dimalarkan Kaedah : 1.


2. 3. 4.

: :

Warna daun dalam ujian iodin (kehadiran kanji) Saiz daun . jumlah cahaya matahari , jenis tumbuhan , tempat penyiasatan

2 pasu anak pokok keembung disediakan. Pasu-pasu tadi dilabelkan A dan B Kedua-dua pasu tersebut didedahkan pada cahaya matahari. Anak pokok di pasu A tidak disiram dengan air , manakala anak pokok di pasu B disirami air dengan secukupnya. Pemerhatian dibuat setiap hari selama 5 hari. Pemerhatian direkodkan dalam jadual.

5. 6.

Pemerhatian / Keputusan : Pasu Pemerhatian Inferens

Tumbuhan kelihatan layu dan hampir mati.

Ketiadaan air menyebabkan tumbuhan tidak subur.

Tumbuhan kelihatan masih segar Kehadiran air membantu dan sihat. tumbuhan menjadi subur dan segar.

Perbincangan : 1. Eksperimen ini menunjukkan air penting untuk kesegaran dan kesuburan tumbuhan. 2. Tumbuhan di Pasu A tidak disiram dengan air dan disebabkan ketiadaan air, tumbuhan kelihatan layu dan hampir mati walaupun cahaya matahari, klorofil dan juga karbon diosida hadir.

3. Tumbuhan di Pasu B kelihatan segar dan sihat kerana kehadiran air sangat membantu dalam proses fotosintesis dengan cahaya matahari , klorofil dan karbon dioksida. 4. Ini menunjukkan air penting untuk tumbuhan dalam proses menghasilkan makanan. Kesimpulan : Air sangat penting untuk proses fotosintesis.

You might also like