You are on page 1of 2

Teks ucapan Pengetua Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam satu Malaysia Terlebih dahulu marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat kita bersama sama berhimpun di Perhimpunan Peringatan Kor Kadet Polis Kor Kadet yang ke 43 tahun 2013. Pertamanya, saya, bagi pihak sekolah, ingin mengalu alukan kehadiran yang dihormati Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Omar Baktiar b Yaacob, Tuan residen Bahagian Mukah, Tuan Haji Narani b Saudi, Wakil PPD (nama), Pengerusi Perkap (nama), pengetua-pengetua sekolah, guru-guru dan pelajar-pelajar yang saya kasihi sekalian. Pertama sekali ,terima kasih saya ucapkan kerana memilih MRSM Mukah sebagai tuan rumah sempena Hari Kor Kadet Polis yang penuh bermakna ini. Sidang hadirin yang berbahagia Mantan Perdana Menteri Indonesia Soekarno pernah berkata Berilah aku seratus orang tua, aku hanya mampu menggoncang perahu yang tertangkup, sebaliknya berilah aku sepuluh orang muda, aku pasti mampu menggoncangkan dunia. Kata-kata ini menggambarkan kepentingan para pemuda dalam membangunkan satu-satu negara. Walaubagaimanapun, seperti yang kita dapat lihat pada zaman ini, akibat pelbagai faktor khususnya peningkatan dunia tanpa sempadan dan pengaruh rakan sebaya, semakin ramai remaja yang terdedah dan melibatkan diri dengan pelbagai gejala negatif yang semakin meruncing. Gejala ini kalau didiamkan boleh menjadi api dalam sekam dan berekoran dari ini lah kerajaan telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan badan-badan beruniform di sekolah sebagai langkah awal yang bijak untuk mengekang gejala-gejala negatif di kalangan remaja dari berleluasa. Hasilnya, kita dapat lihat sendiri bagaimana badan-badan beruniform seperti kadet polis khususnya, telah berperanan dalam membina ketahanan mental dan fizikal, meningkatkan kerjasama dan displin dan juga memupuk perpaduan dan toleransi diantara pelajar melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti aktiviti perkemahan, kawad kaki, khidmat masyarakat dan sebagainya. Jelaslah, apabila masa para remaja terisi dengan aktiviti-aktiviti seperti ini, gejala-gejala negatif bukan sahaja dapat dikurangkan dan dielakkan, pada masa yang sama juga, jati diri yang mampan dan ampuh dapat dibina. Oleh kerana itulah, saya sangat menyokong kerjasama dari pihak polis dan berharap kerjasama ini dapat diterusan pada masa-masa hadapan dalam membantu pihak sekolah dari pelbagai aspek, khususnya pembangunan akademik, sahsiah dan juga displin pelajar. Kepada guru-guru Pasukan Kor Kadet Polis di sekolah, bimbing dan bantulah anak-anak Kor Kadet Polis ini agar penglibatan mereka dalam pasukan ini menjadi lebih bermakna untuk membina kehidupan mereka. Berilah mereka peluang seluas luasnya untuk menyertai apa jua kegiatan dan aktiviti yang djalankan.

Harapan saya pada jurulatih PDRM, mohon bantuan Tuan Tuan dalam melatih anak-anak Kor Kadet Polis ini dengan penuh semangat. Pihak sekolah akan sentiasa memberi kerjasama yang sewajarnya. Marilah kita sama-sama membina generasi yang terbilang,seimbang dan unggul dari segenap segi. Akhir kata, saya merakamkan setinggi tinggi penghargaan dan syabas kepada Ketua Polis Daerah Mukah, dan Ibupejabat Polis Daerah Mukah atas kerjasama dan sokongan bagi menjayakan program dan aktiviti yang dijalankan oleh Kor Kadet Polis. Terima kasih juga saya ucapkan kepada AJKAJK pelaksana, guru-guru Kor Kadet Polis Daerah Mukah dan ahli-ahli Kor Kadet Polis Selamat Menyambut Hari Peringatan Kor Kadet Polis Ke- 43 Daerah Mukah tahun 2013 Sekian, wabillahi taufik wal hidayah assalamualaikum waramatullahi

wabarakatuh

You might also like