You are on page 1of 4

ARKIB : 09/09/2010

Hayati falsafah Aidilfitri


Oleh WAN MARZUKI WAN RAMLI

SEJARAH hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah. Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa arab pada masa tersebut. Apabila baginda Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya tersebut, maka mereka segera menjawab bahawa ia adalah perayaan yang telah diwarisi secara turun temurun dari datuk nenek mereka terdahulu. Lalu Rasulullah telah menyatakan kepada orang-orang Arab Madinah bahawa Islam telah menggantikan dua hari raya yang mereka raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu hari raya korban atau Aidiladha dan hari raya fitrah atau disebut Aidilfitri. Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan keagamaan. Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu merupakan satu ibadat. Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang-orang yang telah dapat mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna. Kemenangan itu bukan saja menang kerana telah berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang bulan Ramadan, tetapi juga kemenangan kerana seseorang yang telah mengerjakan puasa tersebut dengan sendirinya dapat menghalang diri daripada melakukan apa jua perkara yang dilarang di mana sekiranya dilakukan juga maka akan terbatallah puasanya. Sebab itulah Allah menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan dari kemenangan tersebut. Kalimat 'fitri' sendiri bermaksud fitrah, iaitu dengan kejayaan manusia balik kepada fitrah yang asal, di mana fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia yang sememangnya bersih dari dosa dan noda. Oleh kerana ia dikatakan sebagai perayaan keagamaan, maka cara menyambut hari raya itu sendiri perlulah mengikut adab dan peraturan tertentu. Apabila diumumkan keesokan harinya adalah hari raya, maka mulakanlah malamnya dengan aktiviti ibadat dengan memperbanyakkan solat sunat, bertasbih, bertakbir dan bertahmid sebagai tanda kesyukuran. Sebuah hadis yang diriwayatkan Tabrani dari Ubadah bin Soib menyatakan bahawa "Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-hati akan mati, iaitu hari Qiamat." Pada pagi hari raya biasanya dimulakan dengan membersih diri, bersiap-siap untuk ke masjid menunaikan solat sunat Aidilfitri dan seterusnya menghidupkan ukhuwah dengan kunjungmengunjung di kalangan saudara mara dan sahabat handai.
di sebalik kemeriahan menyambut Aidilfitri, janganlah kita berbelanja berlebih-lebihan. - Gambar hiasan

Perlu diingat bahawa Islam tidak pernah mengajar umatnya berlebih-lebih atau melampaui batasan dalam menyambut apa saja perayaan. Ini bermakna Islam menegah umatnya melakukan pembaziran dalam menyambut hari raya seperti boros berbelanja semata-mata untuk bergaya pada hari raya dengan pakaian yang mahal dan kuih muih yang terlalu banyak. Pada zaman Rasulullah, telah datang seorang sahabat kepada baginda dengan berpakaian serba baru, kata sahabat itu: "Ya Rasulullah, pada tahun ini saya tidak dapat dapat menyambut hari raya Aidilfitri." Lalu baginda segera bertanya, "Kenapa wahai saudaraku?" Lelaki tersebut pun berkata: "Kerana saya tidak ada baju baru." Rasulullah kemudiannya bertanya beberapa sahabat yang lain, agar sesiapa yang mempunyai baju yang baru dapat kiranya diberikan kepada lelaki tadi. Ini bermakna Islam tidak melarang sesiapa saja untuk bergaya dengan baju baru tetapi pengajaran dari kisah tadi ialah dalam menyambut hari raya tidak semua bernasib baik dengan mempunyai pakaian baru untuk dipakai pada hari raya. Lalu, digalakkan sesiapa yang ingin membuat kebajikan dengan bersedekah apa saja kepada orang yang tidak berupaya.

Utusan Melayu (M) Bhd

ARKIB : 28/11/2003

Memahami konsep Aidilfitri


Oleh Wan Marzuki Wan Ramli

SEJARAH hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah s.a.w. berhijrah ke Madinah. Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa tersebut. Apabila baginda bertanya kepada mereka apakah dua hari raya tersebut, maka mereka segera menjawab bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang telah diwarisi secara turun temurun daripada datuk nenek mereka terdahulu. Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang-orang Arab Madinah bahawa Islam telah menggantikan dua hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna, iaitu hari raya korban atau Aidiladha dan hari raya fitrah atau disebut Aidilfitri. Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan keagamaan. Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu merupakan satu ibadat. Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang-orang yang telah dapat mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna. Kemenangan itu bukan saja menang kerana telah berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang bulan Ramadan, tetapi juga kemenangan kerana seseorang yang telah mengerjakan puasa tersebut dengan sendirinya dapat menghalang diri daripada melakukan apa jua perkara yang dilarang, sekiranya dilakukan juga maka akan terbatallah puasanya. Oleh kerana itulah Allah menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan daripada kemenangan tersebut. Kalimat `fitri' sendiri bermaksud fitrah, iaitu dengan kejayaan manusia balik kepada fitrah yang asal, di mana fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia yang sememangnya bersih daripada dosa dan noda. Oleh kerana ia dikatakan sebagai perayaan keagamaan, maka cara menyambut hari raya itu sendiri perlulah mengikut adab dan peraturan tertentu. Apabila saja diumumkan keesokkan harinya adalah hari raya, maka mulakanlah malamnya dengan aktiviti ibadat dengan memperbanyakkan solat sunat, bertasbih, bertakbir dan bertahmid sebagai tanda kesyukuran. Sebuah hadis yang diriwayatkan Thabrani daripada Ubadah bin Soib menyatakan bahawa ``Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-hati akan mati, iaitu Hari Kiamat.'' Pada pagi hari raya biasanya dimulakan dengan membersih diri, bersiap-siap untuk ke masjid menunaikan solat sunat Aidilfitri dan seterusnya menghidupkan ukhuwah dengan kunjung mengunjung di kalangan saudara mara dan sahabat handai. Perlu diingat bahawa Islam tidak pernah mengajar umatnya berlebih-lebihan atau melampau batas dalam menyambut apa saja perayaan. Ini bermakna Islam menegah umatnya melakukan pembaziran dalam menyambut hari raya, seperti boros berbelanja semata-mata untuk bergaya pada hari raya dengan pakaian yang mahal dan kuih muih yang terlalu banyak. Pada zaman Rasulullah, telah datang seorang sahabat kepada baginda dengan berpakaian serba baru, kata sahabat ini, ``Ya Rasulullah, pada tahun ini saya tidak dapat dapat menyambut hari raya Aidilfitri.'' Lalu baginda segera bertanya, ``Kenapa wahai saudaraku?'' Lelaki tersebut pun berkata, ``Kerana saya tidak ada baju baru.'' Rasulullah kemudian bertanya beberapa sahabat yang lain, agar sesiapa yang mempunyai baju yang baru dapat kiranya diberikan kepada lelaki tadi. Ini bermakna Islam tidak melarang sesiapa saja untuk bergaya dengan baju baru tetapi

pengajaran daripada kisah tadi ialah dalam menyambut hari raya tidak semua bernasib baik mempunyai pakaian baru untuk dipakai pada hari raya. Lalu, digalakkan sesiapa yang ingin membuat kebajikan dengan bersedekah apa saja kepada orang-orang yang tidak berupaya. Satu lagi budaya yang lazim berlaku dalam sambutan hari raya ialah pemberian duit raya. Islam tidak melarang pemberian ini asalkan ia tidak melampaui konsep pemberiannya itu. Usahlah kita mendidik anak-anak supaya berkunjung ke rumah jiran-jiran semata-mata dengan harapan anak mereka akan diberi duit raya. Jika sebaliknya, maka pelbagai anggapan dan prasangka buruk diberikan kepada sesiapa yang tidak melazimkan pemberian itu, misalnya dikatakan kedekut, tangkai jering, bakhil dan seumpamanya. Sekiranya Aidilfitri disambut dengan kegembiraan yang melampau tanpa melihat kepada beberapa pengisian yang disebutkan tadi, maka sudah pasti tujuan asal Aidilfitri itu sendiri sudah jauh menyimpang. Kedatangan Syawal sepatutnya menginsafkan semua umat Muslimin bahawa di sebalik makna kemenangan dan kejayaan dalam sambutan Aidilfitri itu sendiri tidak kita abaikan dengan mengalpakan tuntutan agama kerana terlalu gembira dengan kehadirannya.

Utusan Melayu (M) Bhd

You might also like