You are on page 1of 16

Hasil Temuduga 1

Maklumat Guru Yang Ditemuduga: Nama Guru : En. Sanusi B. Hashim Sekolah : SK Bertam Perdana

Pengalaman : Guru Sains Tahun 4 & 5

Tandatangan Guru : .. Tarikh : 15/8/2011

Soalan 1: Jawapan:

Bagaimana cikgu menarik perhatian murid sebelum memulakan kelas ? Saya biasanya menarik perhatian murid dengan soalan-soalan yang boleh dikaitkan dengan tajuk atau melakukan aktiviti yang dapat mencetus idea ke arah tajuk yang akan diajar.

Soalan2: Jawapan:

Adakah cikgu menunjuk cara kepada murid dalam setiap sesi pembelajaran ? Tidak, saya lebih banyak memberi mereka peluang bertanya atau meneroka sendiri pengalaman dan bertindak sebagai pembimbing. Hanya pada ketika waktu tertentu sahaja saya akan menunjuk cara untuk menambah pengetahuan tentang tajuk .

Soalan 3: Jawapan:

Selain itu, apakah yang perlu dilakukan oleh guru untuk menggalakkan proses pembelajaran? Sebagai guru, saya sentiasa mengemukakan soalan yang pelbagai untuk meransang pembentukkan idea atau pendapat murid dalam penyelesaian masalah sains. Apakah aktiviti yang sering dilakukan dalam kelas?

Soalan 4:

Jawapan:

Mereka sering diberi aktiviti berbentuk hands on seperti aktiviti amali , eksperimen , perbincangan kumpulan, kerja projek dan aktiviti aktiviti yang boleh meransang minda.

Soalan 5 : Jawapan:

Adakah murid digalakkan melakukan aktiviti secara individu? Tidak, murid digalakkan melakukan aktiviti secara kumpulan kerana murid dapat bertukar-tukar idea atau pendapat serta pengalaman sedia ada masing-masing.

Soalan 6 :

Apa yang perlu dilakukan guru untuk menggalakkan pelajar lebih berani berinterasi atau melibatkan diri semasa di dalam kelas atau semasa proses P&P dijalankan. Guru perlu prihatin terhadap keperluan dan minat murid disamping menghormati pandangan murid dengan tidak mengkritik atau menghina pandangan tersebut sekiranya pandangan atau idea yang diberi tidak tepat.

Jawapan :

Soalan 7 : Jawapan :

Adakah sesuai pembelajaran sains dilakukan dengan melakukan aktiviti berpusatkan murid ? Ya, aktiviti pembelajaran berpusatkan murid sangat sesuai dilakukan kerana aktiviti ini memberi banyak peluang kepada murid meluahkan kretiviti dan idea disamping dapat membina sendiri konsep sedia ada dan mengaitkannya dengan pengalaman lalu.

Disediakan oleh: HALIMATUN NAJWA BT YAACOB @ SALLEH Maklumat Guru Yang Ditemuduga: (760323-02-5862) Nama Guru : Pn. Ang Lay Yen Sekolah : SJK Hasil TRUE Temuduga LIGHT

Pengalaman mengajar sains : 10 tahun

5 Tandatangan Guru : ..

Tarikh

: ..

Soalan dan jawapan 1. Apakah yang dilakukan oleh cikgu semasa menyediakan isi kandungan pengajaran dan pembelajaran? Saya berperanan sebagai fasilitator untuk membantu murid menyelesaikan masalah. Oleh itu, saya akan mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid dan merancang kaedah pengajaran yang sesuai untuk murid membina pengetahuan baru. Saya akan menyediakan alat bantu mengajar yang menarik dan sesuai dengan kehidupan seharian mereka.

2. Apakah aktiviti-aktiviti set induksi yang dilakukan oleh cikgu? Nyatakan sebab- sebab menggunakan aktiviti-aktiviti set induksi. Saya akan membuat demonstrasi dan mengemukakan soalan yang boleh menjanakan perasaan ingin tahu pelajar. Saya menggunakan aktiviti-aktiviti ini untuk menimbulkan minat murid dan melibatkan murid dalam suasana yang seronok. 3. Pada pendapat cikgu, apakah faktor-faktor yang mempengaruhi

pembelajaran sains kanak-kanak?

Pada pendapat saya, saya berasa iklim bilik darjah yang kondusif, emosi murid, sikap dan minat murid, pengetahuan sedia ada murid, alat bantu mengajar yang sesuai dan cara penyampaian guru adalah faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran sains kanak-kanak.

4. Adakah cikgu menggunakan alat bantu mengajar di dalam bilik darjah?Mengapa? Ya, saya selalu menggunakan alat bantu mengajar untuk menarik minat murid dan ini dapat membantu murid lebih mengingati ilmu pengetahuan yang diajar.

5. Apakah sikap murid apabila mempelajari sains? Murid-murid aktif bertanya dan berdialog dengan murid dan guru untuk mendapat jawapan. Mereka berpeluang membina soalan-soalan yang kreatif. Mereka mengambil inisiatif mengemukakan soalan-soalan dan isu, kemudian secara individu mereka membuat analisis dan menjawab soalan-soalan itu.

6. Apakah jenis aktiviti-aktiviti yang digunakan oleh cikgu semasa menjalankan pengajaran? Saya selalu menjalankan eksperimen, soal jawab, kuiz, tayangan video, demonstrasi, perbincangan dalam kumpulan dan permainan semasa menjalankan pengajaran.

7. Antara aktiviti-aktiviti yang digunakan oleh cikgu, apakah aktiviti yang paling disukai oleh murid-murid? Aktiviti yang paling disukai oleh murid-murid ialah menjalankan eksperimen.
7

Mereka berasa seronok apabila menjalankan eksperimen.

8. Semasa menjalankan eksperimen , apakah yang dilakukan oleh cikgu? Saya membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan dan memilih seorang ketua yang boleh dipertanggungjawabkan untuk memastikan aktiviti dijalankan dengan lancar. Seterusnya, saya memberi masa yang mencukupi untuk murid membuat penyelesaian, menganalisis, meramal, meneroka dan membuat hipotesis. Ketika eksperimen dijalankan, saya bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan lain untuk memastikan murid-murid dalam keadaan yang selamat.

9. Pada pendapat cikgu, pembelajaran melalui eksperimen dapat membantu murid dalam pembelajaran sains? Ya. Murid-murid lebih memahami apa yang dipelajari dan dapat

mengaplikasikan pengetahuan yang baru dalam kehidupan dan situasi baru. Murid-murid lebih mengingati konsep lama dan mengaitkan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. Mereka juga lebih yakin pada diri sendiri dan berani menghadapi dan menyelesaikan masalah dalam situasi baru. Murid-murid dapat jawapan yang tepat dan betul walaupun mereka mungkin gagal pada kajian pertama kali, tetapi mereka akan terus membuat kajian untuk mencari jawapan.

10. Pada pendapat cikgu, adakah sikap murid berubah melalui eksperimen? Ya, sikap mereka berubah melalui eksperimen. Melalui eksperimen, murid digalakkan bekerjasama, hormat-menghormati antara satu sama lain.

11. Apakah cara yang digunakan untuk membantu murid- murid yang tidak memahami pengajaran dan pembelajaran cikgu? Saya akan membimbing mereka secara kumpulan dan mengadakan kelas tambahan kepada mereka semasa waktu rehat.

Disediakan oleh: LIEW PEI YING (850218-07-5242)

Hasil Temuduga 3
Maklumat Guru Yang Ditemuduga: Nama Guru : Cik Ng Meow Heong Sekolah : SJKC Chung Hwa 3, Perai

Pengalaman mengajar sains : 14 tahun

9 Tandatangan Guru : ..

Tarikh

: ..

Senarai Soalan Temuduga: 1. Pada pendapat cikgu, bagaimanakah kanak-kanak mempelajari sains? Murid-murid tidak lagi dianggap sebagai bekas kosong yang perlu diisi tetapi adalah individu-individu yang mempunyai kefahaman dan konsepnya sendiri mengenai perkara-perkara dalam alam sekitar serta fenomena-fenomena. Pada pendapat saya, alam semula jadi memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi seorang kanak-kanak mempelajari sains. Selain itu, minat dan sikap ingin tahu juga mempengaruhi kanak-kanak dalam pembelajaran sains. Kanak-kanak mempelajari sains melalui aktiviti-aktiviti pembelajaran secara hands-on dan minds-on. Pengalaman sedia ada dalam kanak-kanak digunakan untuk mempelajari dan memperolehi pengetahuan dan kemahiran baru sains. Pembelajaran akan menjadi lebih berkesan jika terdapat minat terhadapnya.

2. Apakah sikap yang patut ada pada seorang kanak-kanak apabila mempelajari sains? Saya rasa seorang kanak-kanak perlu bersikap inisiatif dan kreatif semasa mempelajari sains. Sains adalah satu cara pembelajaran tentang alam semulajadi, cara alam semulajadi berfungsi, dan kenapa alam semulajadi itu begitu. Mereka harus mempunyai motivasi dalaman yang mendorong mereka untuk mencari jawapan.
10

3. Pada pendapat cikgu, adakah set induksi itu penting? Apakah aktiviti set induksi yang selalu cikgu lakukan? Saya rasa set indukdsi itu penting untuk menarik minat murid tentang topiktopik yang akan dipelajari. Murid-murid tidak akan menunjukkan minat ingin belajar yang tinggi kalau set induksi tidak dilakukan. Saya suka bagi murid meneka sesuatu dengan bertanya soalan kepada mereka untuk menggali sikap ingin tahu mereka.

4. Selain daripada set induksi, apakah aktiviti-aktiviti yang murid minat semasa P&P dijalankan? Murid-murid minat membuat aktiviti di dalam mahupun di luar bilik darjah. Aktiviti yang murid paling minat adalah menjalankan eksperimen. Mereka berasa gembira apabila eksperimen dijalankan. Saya juga selalu menjalankan kuiz di mana murid-murid dibahagi kepada kumpulan kecil untuk menjawab soalan selepas P&P. Mereka berasa seronok kerana dapat bersaing dengan kumpulan lain.

5. Nyatakan sebab-sebab aktiviti itu digunakan? Saya menggunakan aktiviti ini kerana eksperimen adalah penting dalam P&P sains. Pembelajaran akan menjadi lebih berkesan jika murid-murid mendapat kesimpulan melalui eksperimen berbanding dengan hanya diberitahu oleh cikgu. Murid-murid akan lebih memahami apa yang dipelajari dan dapat mengaplikasikan pengetahuan yang baru dalam kehidupan dan situasi baru. Mereka juga akan lebih yakin pada diri sendiri serta berani menghadapi dan

11

menyelesaikan masalah dalam situasi baru. Aktiviti-aktiviti ini juga dapat mengukuhkan pengetahuan yang dipelajari kerana murid-murid akan mengingat jika mereka melibatkan diri. Aktiviti kuiz membolehkan saya mengenalpasti tahap kefahaman murid. Murid-murid pula akan lebih menumpukan perhatian semasa P&P kerana mereka hendak menang dalam kuiz itu. Sebenarnya, murid-murid tidak suka duduk di atas kerusi dalam bilik darjah dengan hanya menjadi pendengar yang pasif tanpa melakukan apaapa aktiviti pembelajaran.

6. Bagaimanakah cikgu membimbing murid mencari jawapan? Biasanya, saya tidak memberi jawapan terus kepada murid. Saya berperanan sebagai seorang fasilitator. Saya lebih suka menyuruh murid mencari jawapan dengan menjalankan perbincangan kumpulan atau mencari maklumat dalam internet. Dengan cara ini, mereka akan ingat jawapan yang mereka cari.

7. Mengapakah cikgu menggunakan alat bantuan mengajar di dalam bilik darjah? Saya menggunakan alat bantuan mengajar kerana ini dapat menarik minat murid dan mengukuhkan ilmu mereka tentang kemahiran yang diajar. Penggunaan alat bantuan mengajar membolehkan murid-murid melihat, memegang dan merasa semasa P&P.

12

8. Adakah cara pembelajaran berpusatkan murid akan menyebabkan guru berasa bahawa penerangan mereka tidak penting lagi? Saya tidak berpandangan sebegitu kerana guru perlu memahami peranan seorang fasilitator dan haruslah menggalakkan murid selalu berbincang sesama mereka ataupun dengan guru. Perbincangan itu akan membantu murid mengubah atau mengukuhkan idea-idea mereka. Jika murid itu berpeluang mengemukakan pendapat mereka dan mendengar idea orang lain, murid tersebut dapat membina asas pengetahuan yang mereka faham. Guru seharusnya menerima daya usaha murid dalam pembelajaran dan menghormati murid ada autonomi dalam proses pembelajaran. Sekiranya jawapan murid itu kurang tepat, boleh juga guru memberi sedikit penerangan.

9. Pernahkah cikgu terfikir untuk merancang aktiviti yang berlainan untuk murid atau kumpulan murid yang bebeza? Ya, saya akan menggunakan strategi mentor-mentee bagi murid yang sangat lemah dengan membimbing mereka secara perseorangan pada waktu rehat atau selepas sekolah. Kumpulan murid ini memerlukan bimbingan tambahan bagi memahami sesuatu pengetahuan. 10. Apakah cara yang digunakan untuk membantu murid-murid merenung kembali proses pembelajaran yang dilaluinya? Saya akan menyoal untuk membantu mereka merenung kembali proses pembelajaran yang dilaluinya. Saya juga akan menggunakan gambargambar atau bercerita untuk mambantu mereka ingat kembali pengalaman mererka.

13

Disediakan oleh: LOW HUEY FEN (830214-02-5012)

Hasil Temuduga 4
Maklumat Guru Yang Ditemuduga: Nama Guru : Muhammad Nazif bin Othman Sekolah : SK Pulau Aman

Pengalaman mengajar sains: 8 tahun

Tandatangan Guru : .. Tarikh : 15 Julai 2011

14

Faktor-faktor yang guru sains itu percaya akan mempengaruhi pembelajaran sains seseorang kanak-kanak. 1. Pada pandangan cikgu,apakah kebolehan yang ada pada seseorang kanak-kanak? Pada pandangan saya, kanak-kanak mempunyai pelbagai kebolehan di mana kebolehan itu diambil dari pemerhatian dan pengalaman mereka.antaranya ialah kebolehan mereka cipta, kebolehan berkomunikasi, kebolehan mengkaji sesuatu perkara.

2. Adakah kebolehan mereka itu mempengaruhi minat mereka terhadap sains? Ya. Kebolehan mereka itulah merupakan asas pembelajaran sains mereka. Secara semula jadi, kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi. Maka mereka perlu diberikan peluang, galakan dan masa bagi memenuhi keperluan mindanya. Dengan ini mereka akan meneroka perkara-perkara yang ingin mereka ketahui dengan mengajukan soalan dan sebagainya. 3. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran sains kanakkanak tersebut?
1. Persekitaran bilik darjah yang kondusif

2. Personaliti guru itu sendiri 3. Cara penyampaian guru 4. Bahan yang guru gunakan
5. Nada suara yang sesuai, 6. Saling berbudi bahasa, 7. Tingkahlaku guru

15

4. Bagaimana cikgu merasai bahawa kanak-kanak tersebut mempunyai minat dalam subjek sains. Umumnya, kanak-kanak cenderung mengetahui fakta berkaitan fenomena alam semula jadi, cuaca, haiwan, proses tumbesaran, manusia dan bendadi persekitarannya. Setiap tingkah laku mereka adalah suatu proses eksperimen yang berlaku secara spontan setiap hari. Apabila mereka tersentuh objek, maka akan timbul beberapa soalan seperti Apa ini?, Bagaimana ia berfungsi? dan Kenapa?. Tingkah laku ini adalah suatu proses siasatan saintifik. Kadang-kadang murid bersoal jawab dengan guru tentang semua perkara ini dan dari sinilah guru dapat tahu bahawa murid tersebut mempunyai minat dalam subjek sains.

5. Bagaimana

kanak-kanak

mengaplikasi

pembelajaran

sains

dalam

kehidupan seharian mereka? Sebenarnya, sains itu sendiri yang mempengaruhi minat kanak-kanak untuk mempelajari sains. Apa yang berlaku dalam kehidupan seharian seseorang kanak-kanak itu merupakan proses sains seperti makan, tidur, berkumuh dan sebagainya. Kanak-kanak juga melalui pengalaman seperti naik kenderaan yang bergerak, buka suis kipas dan menggunakan komputer. Semua perkara tersebut merupakan apa yang murid aplikasikan apa yang di pelajari dan di lalui mereka.

Jenis aktiviti-aktiviti sains yang sepatutnya berlaku di bilik sains. 1. Apakah yang cikgu lakukan sebelum memulakan P&P?

16

Kebiasaannya saya akan memulakan P&P dengan meminta murid-murid menyusun meja supaya kelihatan sama dengan rakan-rakan lain, mengutip sampah di bawah meja dan di atas lantai dan memastikan tingkap sentiasa dibuka bagi udara dapat masuk ke dalam kelas. Kemudian saya akan memperkenalkan tajuk dengan aktiviti set induksi yang menarik minat mereka.

2.

Apakah jenis aktiviti-aktiviti yang cikgu jalankan sebelum dan semasa P&P? Antara aktiviti yang saya selalu praktikkan sebelum dan semasa P&P P&P antaranya membuat perancangan yang padat dengan aktiviti yang melibatkan murid, mencari idea kreatif untuk menarik perhatian murid, menjalankan eksperimen, kerap melakukan aktiviti di bilik sains atau di luar bilik darjah,dan mengaitkan isi pembelajaran dengan kehidupan harian murid-murid tersebut.

3.

Adakah aktiviti-aktiviti yang cikgu jalankan semasa P&P ada kaitan dengan aktiviti harian mereka? Bagaimana ia berlaku? Ya. kebanyakan aktiviti dalam P&P sains adalah apa yang berlaku dalam rutin harian mereka.Tanpa mereka sedari apa yang berlaku dalam kehidupan harian mereka adalah berkaitan dengan pelajaran sains. Di dalam P&P, biasanya saya akan mengaitkan pelajaran hari tersebut dengan aktiviti harian mereka. Contoh aktiviti tersebut seperti memetik suis lampu. Sesetengah aktiviti sains perlu menggunakan alatan sains seperti kanta pembesar, pembaris dan dacing. Apabila kanak-kanak telah mahir menggunakannya, jadikan peralatan ini sebagai instrumen pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan sepanjang masa dan dalam kehidupan harian mereka.

17

4.

Sebagai seorang guru, apakah tugas cikgu untuk mengekalkan minat murid terhadap pembelajaran sains? Setiap kanak-kanak mempunyai minat atau kecenderungan pada sesuatu. Minat kanak-kanak ini pelbagai, ada yang menyukai binatang seperti kucing, tidak kurang yang suka melihat kereta dan sebagainya. Oleh itu sebagai guru, beri perhatian terhadap minat kanak-kanak ini dan cari atau rancang aktiviti sains yang mempunyai kaitan dengan minat mereka contohnya perbanyakkan permainan, nyanyian dan gerakan. Saya percaya aktiviti sebegini adalah berbaloi. Tetapi jangan pula kita abaikan aktiviti yang kita rancang dengan lebih sistematik kerana kanak-kanak juga menggemari aktiviti yang lebih teratur yang mendedahkan mereka kepada aktiviti saintifik secara ketara.

5. Biasanya murid jarang bertanya soalan yang mereka tidak faham. Bagaimana cikgu dapat mengenalpasti murid cikgu mempunyai masalah pembelajaran yang cikgu ajar? Memang benar. Murid-murid yang pasif jarang bertanya bila mereka tidak faham. Tindakan yang saya ambil ialah bertanya soalan secara kumpulan atau individu. Dengan cara ini saya dapat mengenalpasti murid saya yang masih belum mencapai objektif pembelajaran pada hari itu.

Disediakan oleh: NORHAYATI BT ALIAS (800522-11-5602)

18

19

You might also like