You are on page 1of 7

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGUKUR BAGI MURID TAHUN 4 IBNU KHALDUN MELALUI KAEDAH MY PRACTICAL JOTTER CARD BAGI TOPIK

PENGUKURAN
Oleh: Laila Maisarah Binti Abdul Kadir & Dr. Nik Zaharah Binti Nik Yaacob Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail

ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran mengukur bagi murid Tahun 4 Ibnu Khaldun dalam tajuk Pengukuran dengan menggunakan kaedah kerja amali My Practical Jotter Card. Kajian ini merupakan satu kajian tindakan secara kualitatif dan kuantitatif di mana kajian yang dijalankan menggunakan persampelan bertujuan. Seramai 10 orang murid yang terdiri daripada 5 orang lelaki dan 5 orang perempuan Tahun 4 Ibnu Khaldun dari Sekolah Kebangsaan Kesom telah dipilih sebagai responden bagi kajian ini. Instrumen yang digunakan untuk pengumpulan data ialah pemerhatian, ujian pra dan pos serta soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan terdapatnya peningkatan pencapaian daripada min 43.0% kepada 74.3%. Disokong pula dengan pemerhatian yang dijalankan, 100% murid telah menunjukkan peningkatan dari segi tahap kemahiran mengukur. Dapatan kajian juga menunjukkan murid terlibat secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains melalui pemerhatian tingkah laku yang dijalankan. Hasil soal selidik menunjukkan 90% murid berminat terhadap mata pelajaran Sains. Kajian ini diharapkan dapat meningkatkan kualiti amalan pengajaran guru dan pembelajaran murid. (Kata kunci: kemahiran mengukur, kerja amali, My Practical Jotter Card, pencapaian,minati) PENGENALAN Sewaktu sesi praktikum di Sekolah Kebangsaan Kesom, pengkaji telah diberi tugas untuk mengajar topik Pengukuran bagi murid Tahun 4 Ibnu Khaldun (4 IK). Sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung pengkaji telah mengesan kelemahan dan masalah yang dihadapi oleh beberapa orang murid di dalam kelas ini. Pengkaji mendapati kebanyakan murid lemah dalam penguasaan teknik pengukuran. Walaupun pengkaji telah menerangkan kepada murid bagaimana cara untuk mengukur dengan betul, akan tetapi murid masih melakukan kesalahan iaitu menggunakan teknik yang salah. Selain daripada itu, murid-murid kelihatan agak takut untuk menyatakan jawapan dan kurang yakin dengan data yang diperolehi. Pengkaji juga mendapati tidak semua murid yang melibatkan diri. Hanya ada beberapa orang murid sahaja yang bersungguh-sungguh sewaktu proses pengajaran sedang berlangsung. Pengkaji berasa agak kecewa apabila hasil yang diperolehi berbeza antara mereka, menyebabkan sukar untuk pengkaji membuat perbincangan dengan murid. Selain daripada itu, pengkaji mendapati tidak semua murid melibatkan diri dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan pengkaji. Kelemahan ini tidaklah diletakkan sepenuhnya ke atas muridmurid, kerana kebiasaannya murid-murid di sekolah hanya diperkenalkan dengan konsep dan guru hanya menggunakan teknik chalk and talk dan jarang melakukan aktiviti yang berpusatkan murid menyebabkan murid sangat lemah dari segi praktikal dan seterusnya tidak dapat menguasai teknik-teknik yang terdapat dalam subjek Sains.

Oleh yang demikian, pengkaji perlu mengubah aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran Sains supaya ia menjadi lebih menarik dan sekaligus dapat mengubah tanggapan murid terhadap mata pelajaran Sains dan membolehkan murid mendapat peluang untuk terlibat secara aktif di dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains. Atas faktorfaktor ini, pengkaji telah mengambil pendekatan untuk menggunakan strategi berpusatkan murid iaitu dengan menggunakan kaedah aktiviti amali Sains. Ini kerana, menurut Ahmad Fadzli (2010), murid-murid memainkan peranan penting di dalam kelas dan digalakkan melibatkan diri secara aktif. Berdasarkan pandangan Robert (2009), aktiviti amali Sains adalah merupakan satu pembelajaran dengan melakukan. Kesimpulannya, kaedah amali Sains mampu untuk meningkatkan pemahaman murid terhadap konsep-konsep Sains, sekaligus dapat melibatkan murid secara aktif di dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan keadaan ini akan membuatkan murid lebih teruja dan berminat terhadap mata pelajaran Sains. METODOLOGI Kajian ini adalah berbentuk kajian tindakan dengan menggunakan reka bentuk kajian secara kualitatif dan kuantitatif. Seramai 10 orang murid terlibat sebagai responden dalam kajian ini yang terdiri daripada 5 orang murid lelaki dan 5 orang murid perempuan dari kelas 4 Ibnu Khaldun Sekolah Kebangsaan Kesom, Kuala Terengganu. Pengkaji telah memilih model Stephen Kemmis sebagai panduan untuk melaksanakan kajian tindakan. Rajah di bawah menunjukkan carta alir yang dicadangkan dibawah model Stephen Kemmis.

Refleksi Pemerhatian Tindakan


Rajah 1 : Gelungan Kajian Tindakan Model Stephen Kemmis

Merancang

Model di atas adalah gelungan kajian tindakan yang dikemukan oleh Stephen Kemmis di mana model ini mempunyai empat peringkat dimulai dengan peringkat refleksi, peringkat merancang, peringkat tindakan dan akhir sekali peringkat pemerhatian. Pengkaji telah menjalankan tinjauan terlebih dahulu terhadap masalah yang dikenal pasti bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam masalah tersebut dan membuat refleksi terhadap masalah yang dikenalpasti. Selepas permasalahan dikenalpasti, pengkaji merancang untuk menghasilkan satu kaedah iaitu kaedah amali Sains sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Pengkaji telah membuat keputusan untuk memilih melakukan kaedah amali Sains serta penggunaan kad perancangan aktiviti yang dinamakan My Practical Jotter Card sebagai tindakan bagi mengatasi masalah yang dihadapi. Sebanyak tiga tajuk dipilih dalam topik Pengukuran iaitu Mengukur Panjang, Menyukat Isipadu Cecair dan Mengukur Jisim Objek. Tiga sesi pengajaran dan pembelajaran diperuntukkan oleh pengkaji dalam masa dua minggu untuk mengaplikasikan kaedah ini. Tiga jenis instrumen telah digunakan oleh pengkaji bagi mendapatkan data kajian iaitu ujian Pra dan ujian Pos, pemerhatian dan soal selidik di mana setiap instrumen ini mengukur objektif kajian yang berbeza. Ujian Pra dan ujian pos digunakan untuk melihat tahap pencapaian murid terhadap topik yang telah diajar. Pemerhatian berstruktur juga digunakan

bertujuan untuk menilai tahap penguasaan kemahiran mengukur sewaktu melakukan aktiviti amali Sains bagi topik Pengukuran yang dijalankan. Selain itu, pemerhatian berstruktur juga digunakan untuk memerhati tingkah laku positif responden bagi menilai tahap penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains. Selain itu, pengkaji menggunakan soal selidik sebagai salah satu alat kajian bagi membantu pengkaji mengenalpasti minat responden terhadap proses pengajaran dan pembelajaran Sains. Data-data yang telah diperoleh melalui alat-alat kajian ini seterusnya dianalisis bagi mendapatkan hasil dapatan kajian. Data ujian telah dianalisis dalam bentuk peratusan dan dimasukkan ke dalam jadual perbandingan serta dilakarkan ke dalam bentuk graf. Seterusnya, data pemerhatian telah dianalisis dalam bentuk peratus menggunakan jadual dan digrafikkan dalam bentuk graf perbandingan. Bagi data soal selidik pula, pengkaji telah menganalisis dalam bentuk peratus dan diilustrasikan ke dalam jadual bagi memudahkan perbandingan diperhatikan. DAPATAN KAJIAN Adakah kaedah My Practical Jotter Card dapat membantu meningkatkan kemahiran mengukur Murid Tahun 4 bagi topik Pengukuran ? Analisis data pemerhatian menunjukkan bahawa kaedah My Practical Jotter Card dapat meningkatkan kemahiran mengukur bagi murid dalam topik Pengukuran.

Peratus Tahap Kemahiran Mengukur Peratus Tahap Kemahiran Mengukur (%) 120 100 80 60 40 20 0 A B C D E F G H I J SEBELUM SEMASA

Responden Rajah 2: Carta Bar Peratus Tahap Kemahiran Mengukur Murid

Adakah kaedah My Practical Jotter Card dapat membantu meningkatkan pencapaian skor murid Tahun 4 Ibnu Khaldun dalam topik Pengukuran? Analisis data Ujian Pra dan ujian pos menunjukkan bahawa kaedah amali My Practical Jotter Card dalam meningkatkan pencapaian murid dalam topik Pengukuran.

Jadual 1: Skor Markah dan Gred Murid dalam Ujian Pra dan Ujian Pos Murid A B C D E F G H I J Ujian Pra (%) 47 37 50 27 43 23 53 50 43 57 Gred C D C D C D C C C C Ujian Pos (%) 60 57 80 57 90 87 77 93 60 82 Gred B C A C A A B A B A

Peratus Peningkatan Markah Ujian Pra dan Ujian Pos


Peratus peningkatan markah (%) 80 60 40 20 0 A B C D E murid F G H I J 13% 20% 30% 30% 47% 24% 17% 64% 43% 25% Peratus peningkatan markah

Rajah 3 : Peratus Peningkatan Markah di antara Ujian Pra dan Ujian Pos

Adakah kaedah My Practical Jotter Card dapat meningkatkan penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains bagi Topik Pengukuran ? Hasil analisis bagi data pemerhatian ini perubahan tingkah laku positif murid dan ini menunjukkan peningkatan penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi topik Pengukuran melalui kaedah amali My Practical Jotter Card. Jadual 2 : Kekerapan Tingkah Laku Murid Semasa Setiap Aktiviti dilakukan.

Kekerapan tingkah laku positif murid Aspek (Penglibatan) Tindakan Akt.1 (1 jam) Kesediaan Sebelum 5 Akt.2 (1 jam) 2 Akt.3 (1 jam) 7 Jumlah (3 jam) 14

Perhatian Kerjasama

Selepas Sebelum Semasa Sebelum Semasa

20 3 18 3 18

20 5 18 4 20

20 6 14 2 18

60 16 50 9 56

Adakah kaedah My Practical Jotter Card dapat meningkatkan minat mempelajari subjek Sains?

murid dalam

Dapatan dari analisis soal selidik yang dilakukan menunjukkan peningkatan minat murid dalam mempelajari subjek Sains melalui kaedah amali My Practical Jotter Card. Jadual 3: Kekerapan responden menjawab soal selidik BIL. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. PERNYATAAN Saya sangat meminati mata pelajaran Sains. Saya sentiasa menunggu-nunggu masa untuk mata pelajaran Sains. Saya merasa sangat seronok sekiranya mata pelajaran Sains diadakan di dalam makmal Sains. Saya tidak mengantuk sewaktu mempelajari mata pelajaran Sains. Saya tidak merasa bosan sewaktu melakukan aktiviti amali Sains. Mengambil bahagian di dalam aktiviti amali Sains ini adalah lebih menyeronokkan. Saya merasa seronok membuat aktiviti berkumpulan bersama rakan-rakan. Saya suka jika aktiviti ini diteruskan dalam topik lain. YA (Peratus/%) 9 (90%) 8 (80%) 10 (100%) 10 (100%) 10 (100%) 10 (100%) 10 (100%) 8 (80%) TIDAK (Peratus%) 1 (10%) 2 (20%) 0 (0%) 0 (0%) 0 (0%) 0 (0%) 0 (0%) 2 (20%)

PERBINCANGAN DAN CADANGAN Objektif 1 : Meningkatkan kemahiran mengukur Murid Tahun 4 Ibnu Khaldun melalui kaedahMy Practical Jotter Card bagi Topik Pengukuran. Berdasarkan dapatan kajian yang dibuat oleh pengkaji melalui instrumen pemerhatian, didapati bahawa dengan menggunakan kaedah aktiviti amali Sains My Practical Jotter Card dapat membantu dalam mempertingkatkan kemahiran mengukur bagi murid Tahun 4.Dengan menggunakan kaedah amali seperti ini, murid boleh membina kemahiran mengukur mereka dengan melakukan aktiviti pengukuran tersebut sendiri. Dapatan ini disokong dengan kajian yang dilakukan oleh Anis Shahida (2010) yang menyatakan pembelajaran melalui aktiviti handson dapat meningkatkan kemahiran saintifik murid. Selain itu, Chung Jing Wen (2009) dalam kajiannya juga membuktikan bahawa aktiviti hands-on dapat membantu membina kemahiran proses sains bagi murid-murid. Jelaslah disini bahawa dengan menggunakan kaedah My

Practical Jotter Card dapat membantu meningkatkan kamahiran proses Sains murid-murid terutamanya kemahiran mengukur. Objektif 2 : Meningkatkan pencapaian skor murid Tahun 4 Ibnu Khaldun dalam topik Pengukuran dengan menggunakan kaedah My Practical Jotter Card. Dapatan daripada kajian ini telah membuktikan bahawa, dengan menggunakan kaedah ini dapat membantu murid untuk menjawab soalan yang diberikan oleh pengkaji. Ini dibuktikan dengan peningkatan markah dari soalan Ujian Pra yang diberikan kepada Ujian Pos. Hal ini menyokong kenyataan Kukan (2010), iaitu kaedah amali juga membantu murid untuk mengingat perkara atau ilmu yang telah mereka pelajari. Kajian beliau telah membuktikan bahawa kaedah kerja amali ini membuatkan murid-murid dapat memahami konsep Sains yang mereka pelajari. Dapatan kajian ini juga disokong dengan kajian yang dilakukan Millar & Abrahams (2008) yang membuktikan bahawa murid dapat menyatakan semula dan membuat laporan dengan tepat terhadap perkara dan aktiviti yang mereka lakukan dengan menggunakan objek dan bahan yang terlibat, dan juga fenomena yang mereka perhatikan. Secara tidak langsung pencapaian mereka di dalam ujian juga akan meningkat. Hasil dapatan kajian telah membuktika bahawa penggunaan kaedah My Practical Jotter Card yang diperkenalkan kepada murid-murid dapat membantu meningkatkan pengetahuan Sains mereka sekaligus akan meningkatkan pencapaian murid dalam menjawab soalan yang berkaitan dengan pengetahuan dan konsep Sains. Objektif 3 : Meningkatkan penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains bagi Topik Pengukuran melalui kaedahMy Practical Jotter Card. Hasil dapatan menunjukkan bahawa secara keseluruhannya, berlaku peningkatan tingkah laku positif murid selepas perlaksanaan kaedah My Practical Jotter Card. Dapatan menunjukkan murid melibatkan diri secara aktif sepanjang aktiviti amali dijalankan. Dapatan kajian ini disokong oleh teori yang diutarakan oleh Jean Piaget dalam Haliza & Samuel (2008) yang menyatakan pembelajaran ialah proses konstruktif. Piaget menyarankan penglibatan aktif untuk memberikan peluang kepada individu membina pengetahuannya sendiri. Penglibatan aktif dalam proses pengajaran mengurangkan kebosanan murid dan memberi mereka peluang untuk bertanggungjawab ke atas pembelajaran mereka. Penglibatan aktif bererti pembelajaran tertumpu kepada murid dan guru memainkan peranan sebagai fasilitator. Dalam kajian lain bertajuk Meningkatkan Penglibatan Murid 4 Bestari dalam Pembelajaran Sains dengan Kaedah Hands-on (Al-Tijarah) bagi Tajuk Measuring Mass yang dijalankan oleh Noor Izzah (2011) membuktikan bahawa murid mula menunjukkan sikap ingin mencuba aktiviti di samping cuba untuk bekerjasama dalam kumpulan berbanding sebelum aktiviti hands-on dijalankan. Objektif 4 : Meningkatkan minat murid sewaktu melakukan aktiviti amali sains bagi topik Pengukuran dengan menggunakan kaedah My Practical Jotter Card. Berdasarkan dapatan kajian yang dilakukan menerusi analisis soal selidik, menunjukkan kaedah My Practical Jotter Card ini dapat membantu dalam mempertingkatkan minat murid dalam pengajaran dan pembelajaran Sains. Khoo Peh Yong (2009) membuktikan dalam kajiannya bahawa murid-murid lebih aktif sewaktu melakukan aktiviti amali dan aktiviti hands-on berbanding menggunakan pengajaran berasaskan buku teks. Apabila murid-murid diberi peluang untuk mendapatkan pengalaman secara praktikal secara langsung ia dapat membangkitkan keinginan dan minat murid-murid untuk mengetahui dengan lebih lanjut cara mengaplikasikan konsep dan prinsip dalam suasana dunia sebenar. (Ragbir Kaur, 2010). Apabila murid-murid menyedari kepentingan dan nilai praktikal daripada apa yang disampaikan,

mereka akan sentiasa mempunyai motivasi instrinsik serta menimbulkan minat terhadap pembelajaran secara mendalam. Sememangnya dengan kaedah My Practical Jotter Card dapat menarik minat murid terhadap mata pelajaran Sains. CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Kajian lanjutan dicadangkan agar dapat melibatkan guru Sains sebagai responden supaya data yang diperoleh lebih spesifik dan pandangan daripada guru Sains dapat dijadikan sebagai panduan. Dicadangkan agar kaedah ini dapat diaplikasikan bagi tajuk-tajuk lain dalam subjek Sains, bukan sahaja bagi Tahun 4, malah bagi murid-murid lain juga. Kajian lanjutan dicadangkan dibuat dalam tempoh yang lebih panjang agar dapat mengulangi beberapa gelung dalam model kajian ini supaya hasil dapatn daripada kajian ini menjadi lebih mantap dan menyeluruh. SENARAI RUJUKAN Ahmad Fadzli, F. (2010). Bagaimana Merancang Seronok Belajar. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Anis Shahida, Z. (2010). Enhancing Pupils Learning Through Hands-on activity in Plants Respond to Stimuli of Year 4 pupils. Tesis tidak diterbitkan, Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail, Kuala Terengganu, Malaysia. Haliza, H. & Samuel, J. N. (2008). Perkembangan Kanak-kanak untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Edisi Kedua). Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. Khoo Peh Yong. (2009). Hands-on Activity Promotes Pupils Cognition and Motivational Characteristics of Thinking. Tesis tidak diterbitkan. Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail, Kuala Terengganu, Malaysia. Kukan, N. (2010). Implementing Science Practical Work Enhance Students Understanding of Science Concepts. Tesis tidak diterbitkan. Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail, Kuala Terengganu, Malaysia. Millar, R & Abrahams, I. (2008). Does Practical Work Really Work? A Study of The Effectiveness of Practical Work. International Journal of Science Education, 30 (14): 1945-1969. Noor Izzah, A. A. (2011). Meningkatkan Penglibatan Murid 4 Bestari dalam Pembelajaran Sains dengan Kaedah Hands-on (Al-Tijarah) bagi Tajuk Measuring Mass. Tesis tidak diterbitkan. Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail, Kuala Terengganu, Malaysia. Ragbir Kaur. (2010). Panduan Ilmu Pendidikan Komprehensif untuk KPLI (Sekolah Rendah) Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Robert, A. (2009). Practical Work in Primary Science. Diperoleh pada 19 Mac 2012 daripada www.score-education.org.

You might also like