You are on page 1of 15

Amali 1 Tajuk: Haba Peneutralan

Pengenalan: Menurut Brown et al. (2000), haba peneutralan adalah jumlah haba yang berkembang (pertukaran dalam entalpi) apabila satu asid dineutralkan dengan satu bes dalam satu larutan cair. Tindakbalas peneutralan adalah sentiasa dalam tindak balas eksotermik dan jumlah haba peneutralan, H = (-ve).

Haba peneutralan asid kuat dengan alkali kuat sentiasa dalam kadar 57 kJ mol-1. Menurut Pek Soo, T. (2004), hal ini keran larutan cair asid dan bes kuat terion dengan lengkap dan haba peneutralan dalam hal ini sebenarnya adalah haba penghasilan daripada ion hidrogen,H+ dan hidroksida, OH-. H+ + OH- H2O; H = -13.7kcal Menurut transtutor.com (2012), sekiranya asid lemah atau alkali lemah bertindakbalas dengan bes kuat atau asid kuat, haba yang terkembang

digunakan dalam pengionan asid atau bes lemah. Oleh itu haba peneutralannya sentiasa kurang daripada 57 kJ mol-1.

Tujuan: Menentukan haba peneutralan bagi 1) Asid hidroklorik dan natrium hidroksida 2) Asid sulfurik dan natrium hidroksida 3) Asid nitrik dan kalium hidroksida

Bahan: EC1 adalah 1.0 mol dm-3 asid hidroklorik. EC2 adalah 1.0 mol dm-3 asid sulfurik. EC3 adalah 1.0 mol dm-3 natrium hidroksida. EC4 adalah 1.0 mol dm-3 asid nitrik. EC5 adalah 1.0 mol dm-3 kalium hidroksida.

Peralatan: 25 cm3 pipette, termometer 0C - 110C (0.2C), 100 cm3 selinder penyukat, cawan plastik dan air suling.

Prosedur: 1) Larutan EC1 dilarutkan ke dalam cawan plastik dengan menggunakan pipette 25 cm3. Suhu awal larutan EC1 direkodkan sebagai larutan campuran R dalam jadual. 2) 60 cm3 larutan EC3 ditambah ke dalam cawan plastik yang mengandungi larutan EC1 dengan menggunakan selinder penyukat. 3) Campuran R dikacau dengan menggunakan termometer dan suhu tertinggi diperhatikan dalam jadual. 4) Campuran R dicampurkan dari cawan plastik kemudian dibersihkan serta dikeringkan dengan air suling. 5) Prosedur di atas diulang dengan menggunakan larutan berikut: i) ii) 25.0 cm3 larutan EC2 untuk menghasilkan larutan campuran S. 25.0 cm3 larutan EC4 dan 60 cm3 EC5 untuk menggantikan masingmasing larutan campuran EC1 dan EC3 untuk memperoleh larutan campuran T.

Keputusan.

Campuran Percubaan Suhu tertinggi/C Suhu awal/C Peningkatan suhu C Pengiraan: Campuran R

Campuran R EC1 + EC3 P1 P2 P3


31 28 3 32 28 4 30 28 2

Campuran S EC2 + EC3 P1 P2 P3


29 27 2 29 27 2 29 27 2

Campuran T EC4 + EC5 P1 P2 P3


30 27 3 32 28 4 30 27 3

31 28 3

29 27 2

30 27 3

HCl (ak) + NaOH (ak) NaCl (ak) + H2O (ce) Isipadu HCl Kemolaran HCl Isipadu NaOH Kemolaran NaOH Suhu awal HCl, ti Suhu tertinggi larutan campuran R, tf Peningkatan suhu, _t= tf-ti 25cm3 1.0 moldm-3 60cm3 1.0 moldm-3 28C 31C 3C

Bil mol, HCl = = = 0.025 * m=kemolaran, v=isipadu

Bil mol, NaOH = = = 0.060

1 mol HCl bertindak balas dengan 1 mol NaOH untuk membentuk 1 mol air. Oleh itu, 0.0025 mol HCl bertindak balas dengan 0.025 mol NaOH untuk membentuk 0.0025 mol air. Haba peneutralan, H Jisim larutan campuran,m= (isipadu larutan)(ketumpatan larutan) = (25 + 60)cm3 x (1.0gcm-3) = (85 cm3)x(1.0gcm-3) = 85g H = mc = (25 + 60) (4.2)(3) = 1071 J Haba peneutralan, H = Q/(bil mol) = (mc_t)/ (bil mol air) = (1071J)/ (0.025 mol) = 42840 J mol-1 = -42.84 kJ mol-1

Semua tindak balas peneutralan adalah eksotermik. Oleh itu, haba peneutralan asid hidroklorik dan natrium hidroksida adalah -42.84 kJ mol-1.

Campuran S H2SO4 (ak) + 2NaOH (ak) Na2SO4 (ak) + 2H2O (ce) Isipadu H2SO4 Kemolaran asid H2SO4 Isipadu NaOH Kemolaran NaOH Suhu awal H2SO4, ti Suhu tertinggi larutan campuran S, tf Peningkatan suhu, _t= tf-ti 25cm3 1.0 moldm-3 60cm3 1.0 moldm-3 27C 29C 2C

Bil mol, H2SO4 = = = 0.025 = 0.025 (2) * H2SO4 = 0.050 * m=kemolaran, v=isipadu

Bil mol, NaOH = = = 0.060

1 mol H2SO4 bertindak balas dengan 2 mol NaOH untuk membentuk 2 mol air. Dalam tindakbalas ini, 0.025 mol H2SO4 bertindak balas dengan 0.025 mol NaOH untuk membentuk 0.025 mol air. Haba peneutralan, H Jisim larutan campuran,m= (isipadu larutan)(ketumpatan larutan) = (50 + 60)cm3 x (1.0gcm-3) = (110 cm3)x(1.0gcm-3) = 110g H = mc = (50 + 60) (4.2)(2) = 924 J Haba peneutralan, H = Q/(bil mol) = (mc_t)/ (bil mol air) = (924J)/ (0.050 mol) = 18480 J mol-1 = 18.48 kJ mol-1 = 18.48 (2) = -36.96 kJ mol-1

Tindakbalas peneutralan ini adalah eksotermik dan haba peneutralan asid sulfurik dan natrium hidroksida adalah -36.96 kJ mol-1.

Campuran S H2SO4 (ak) + 2NaOH (ak) Na2SO4 (ak) + 2H2O (ce) Isipadu H2SO4 Kemolaran asid H2SO4 Isipadu NaOH Kemolaran NaOH Suhu awal H2SO4, ti Suhu tertinggi larutan campuran S, tf Peningkatan suhu, _t= tf-ti 25cm3 1.0 moldm-3 60cm3 1.0 moldm-3 27C 29C 2C

Bil mol, H2SO4 = = = 0.025 = 0.025 (2) * m=kemolaran, v=isipadu

Bil mol, NaOH = = = 0.060

1 mol H2SO4 bertindak balas dengan 2 mol NaOH untuk membentuk 2 mol air. Dalam tindakbalas ini, 0.025 mol H2SO4 bertindak balas dengan 0.025 mol NaOH untuk membentuk 0.025 mol air.

Haba peneutralan, H Jisim larutan campuran,m= (isipadu larutan)(ketumpatan larutan) = (25 + 60)cm3 x (1.0gcm-3) = (85 cm3)x(1.0gcm-3) = 85g H = mc = (25 + 60) (4.2)(2) = 714 J

Haba peneutralan, H = Q/(bil mol) = (mc_t)/ (bil mol air) = (714)/ (0.025 mol) = 28560 J mol-1 = - 28.56 kJ mol-1

Tindakbalas peneutralan ini adalah eksotermik dan haba peneutralan asid sulfurik dan natrium hidroksida adalah - 28.56 kJ mol-1

Campuran T HNO3 (ak) + KOH (ak) KNO3 (ak) + H2O (ce) Isipadu HNO3 Kemolaran HNO3 Isipadu KOH Kemolaran KOH Suhu awal HNO3, ti Suhu tertinggi larutan campuran R, tf Peningkatan suhu, _t= tf-ti 25cm3 1.0 moldm-3 60cm3 1.0 moldm-3 27C 30C 3C

Bil mol, HNO3 = = = 0.025 * m=kemolaran, v=isipadu

Bil mol, KOH = = = 0.060

1 mol HNO3 bertindak balas dengan 2 mol KOH untuk membentuk 2 mol air. Dalam tindakbalas ini, 0.025 mol HNO3 bertindak balas dengan 0.025 mol KOH untuk membentuk 0.025 mol air.

Haba peneutralan, H Jisim larutan campuran,m= (isipadu larutan)(ketumpatan larutan) = (25 + 60)cm3 x (1.0gcm-3) = (85 cm3)x(1.0gcm-3) = 85g H = mc = (25 + 60) (4.2)(3) = 1071 J

Haba peneutralan, H = Q/(bil mol) = (mc_t)/ (bil mol air) = (1071J)/ (0.025 mol) = 42840 J mol-1 = - 42.84 kJ mol-1

Tindakbalas peneutralan ini adalah eksotermik dan haba peneutralan asid nitrik dan kalium hidroksida adalah - 42.84 kJ mol-1

Perbincangan: Semasa melaksanakan eksperimen ini, didapati bahawa tindak balas yang berlaku adalah tindakbalas eksotermik iaitu pembebasan tenaga ke persekitaran. Semasa membandingkan haba peneutralan, tanda negatif hendaklah diabaikan kerana ianya hanya mewakili simbol pembebasan tenaga ke persekitaran. Haba peneutralan akan dipengaruhi oleh bes asid. Asid monobes seperti asid hidroklorik, HCl dan asid nitrik, HNO3 akan menghasilkan 1 mol asid monobes yang akan bertindak dengan 1 mol ion OH - (alkali) untuk menghasilkan 1 mol air. Asid Hidroklorik, HCl; HCl (ak) + NaOH (ak) NaCl (ak) + H2O (ce) Asid Nitrik, HNO3; HNO3 (ak) + KOH (ak) KNO3 (ak) + H2O (ce)

Sekiranya asid dwibes seperti asid sulfurik, H2SO4 akan dineutralkan dengan lengkap oleh 2 mol NaOH dan menghasilkan 2 mol air seperti berikut: Asid Sulfurik, H2SO4; H2SO4 (ak) + 2NaOH (ak) Na2SO4 (ak) + 2H2O (ce) Semasa melaksanakan eksperimen ini, asid hidroklorik dan asid nitrik telah menghasilkan haba peneutralan masing-masing sebanyak - 42.84 kJ mol-1. Namun, apa yang berlaku tindakbalas antara asid sulfurik dan alkali mengalami keralatan yang menyebabkan haba peneutralan yang berlaku tidak normal. Haba peneutralan yang dihasilkan adalah - 28.56 kJ mol-1 dan jumlah ini sepatutnya adalah lebih besar daripada haba peneutralan yang dihasilkan oleh asid hidroklorik dan asid nitrik iaitu -57.50 kJ mol-1. Ralat hasil ini kemungkinan disebabkan oleh faktor kesilapan semasa melaksanakan proses malaksanakan prosedur bagi campuran S. Larutan asid sulfurik tidak dituang dengan secepat yang mungkin dan secermat yang boleh agar haba tidak terbebas ke persekitaran.

Soalan: 1. Tuliskan persamaan ion untuk tindakbalas yang terlibat dalam campuran R, S dan T. Persamaan lengkap Campuran R S T Persamaan lengkap HCl (ak) + NaOH (ak) NaCl (ak) + H2O (ce) H2SO4 (ak) + 2NaOH (ak) Na2SO4 (ak) + 2H2O (ce) HNO3 (ak) + KOH (ak) KNO3 (ak) + H2O (ce)

Persamaan ion Campuran R S T Na+ + Cl- NaCl Na+ + SO4- NaSO4 K+ + NO3- KNO3

Persamaan ion H+ + OH- H20 2H+ + 2OH- 2H2O H+ + OH- H2O

2. Bandingkan nilai haba peneutralan yang diperolehi bagi campuran tersebut dan terangkan mengapa tiga campuran tersebut berbeza atau sama di antara dua nilai yang diperolehi. i) Campuran R dan S R HCl (ak) + NaOH (ak) -42.84 kJ mol-1 S H2SO4 (ak) + 2NaOH (ak) - 28.56 kJ mol-1 (Ralat) >-57.30 kJ mol-1 (Anggaran yang betul)

Campuran Bahan tindak balas Haba peneutralan

Haba peneutralan campuran S sepatutnya adalah lebih tinggi daripada campuran R. Ia disebabkan campuran S merupakan hasil peneutralan antara asid dwibes dengan alkali kuat.

H2SO4 (ak) + 2NaOH (ak) Na2SO4 (ak) + 2H2O (ce) Nilai haba peneutralan adalah dua kali ganda apabila asid sulfurik dineutralkan natrium hidroksida untuk menghasilkan air. Hal ini disebabkan oleh asid sulfurik menghasilkan 2 mol ion hidrogen menunjukkan ianya bersifat asid diprotik. H2SO4 2H+ + SO4Oleh itu, 2 mol ion hidrogen bertindak balas dengan alkali untuk menghasilkan 2 mol air: 2H+ + 2OH- 2H2O HCl (ak) + NaOH (ak) NaCl (ak) + H2O (ce) H2SO4 (ak) + 2NaOH (ak) Na2SO4 (ak) + 2H2O (ce) HNO3 (ak) + KOH (ak) KNO3 (ak) + H2O (ce)

ii)

Campuran R dan T R HCl (ak) + NaOH (ak) -42.84 kJ mol-1 T HNO3 (ak) + KOH (ak) -42.84 kJ mol-1

Campuran Bahan tindak balas Haba peneutralan

Haba peneutralan campuran R dan T adalah sama yang mana campuran R dan T adalah sama yang mana campuran R dan T adalah hasil campuran asid monobes dengan alkali kuat.

iii)

Campuran S dan T S - 28.56 kJ mol-1 (Ralat) >-57.30 kJ mol-1 (Anggaran yang betul) T -42.84 kJ mol-1

Campuran Bahan tindak balas Haba peneutralan

H2SO4 (ak) + 2NaOH (ak) HNO3 (ak) + KOH (ak)

Haba peneutralan campuran S sepatutnya adalah lebih tinggi daripada campuran T. Ia disebabkan campuran S merupakan hasil peneutralan antara asid dwibes dengan alkali kuat. H2SO4 (ak) + 2NaOH (ak) Na2SO4 (ak) + 2H2O (ce) Nilai haba peneutralan adalah dua kali ganda apabila asid sulfurik dineutralkan natrium hidroksida untuk menghasilkan air. Hal ini disebabkan oleh asid sulfurik menghasilkan 2 mol ion hidrogen menunjukkan ianya bersifat asid diprotik. H2SO4 2H+ + SO4Oleh itu, 2 mol ion hidrogen bertindak balas dengan alkali untuk menghasilkan 2 mol air: 2H+ + 2OH- 2H2O

3. Haba peneutralan di antara asid kuat dan alkali kuat ialah -57.3 kJ mol-1. Cadangkan dua cara untuk meningkatkan prosedur agar semasa amali anda dapat memperolehi nilai -57.3 kJ mol-1 tersebut? Setelah larutan asid hidroklorik, asid nitrik dan asid sulfurik dikeluarkan dari bekasnya, hendaklah tabung uji ditutup atau menuangnya ke campuran alkali secepat untuk mengelakkan habanya terbebas ke persekitaran. Pastikan suhu larutan asid diambil setelah beberapa seketika untuk memastikan suhu stabil diperolehi. Bacaan suhu pada termometer diperhatikan dengan sebaiknya dan suhu tertinggi yang diperoleh diambil

4. Adakah haba peneutralan di antara asid kuat dan alkali lemah adalah tinggi atau rendah daripada -57.3 kJ mol-1? Terangkan. Haba peneutralan antara asid kuat dan alkali lemah adalah tinggi daripada -57.3 kJ mol-1 kerana asid kuat akan mengion secara lengkap di dalam air. Hal ini kerana semua ion hidrogen akan terion serta dapat dineutralkan oleh ion hidroksida OH+ tanpa menggunakan haba yang terhasil daripada tindak balas peneutralan. Sebagai tambahan, asid lemah mengion secara separa di dalam air dan hanya sebilangan kevil ion hidrogen terhasil dan kebanyakan molekul asid lemah wujud sebagai molekul tak terion. Molekul tak terion memerlukan tenaga haba untuk memutuskan ikatan molekul asid lemah tersebut agar pengionan lengkap berlaku. Oleh itu, hanya sebahagian haba peneutralan yang terhasil digunakan untuk mengionkan molekul asid lemah. Hal ini menyebabkan haba peneutralan asid lemah adalah lebih rendah daripada --57.3 kJ mol-1.

Kesimpulan: Asid hidroklorik dan asid nitrik merupakan asid monobes. Oleh itu kedua-dua asid tersebut menghasilkan haba peneutralan sebanyak -42.84 kJ mol-1 dengan alkali kuat. Manakala asid sulfurik yang mana merupakan asid kuat, dwibes menghasilkan haba peneutralan lebih tinggi daripada asid monobes seperti asid hidroklorik dan asid nitrik. Oleh itu, haba peneutralan bagi asid sulfurik (asid dwibes) adalah lebih tinggi sebanyak 2 kali ganda daripada haba peneutralan asid hidroklorik dan asid nitrik (asid monobes). Rujukan:
Brown, T.L., Lemay,H.E. and Bursten, B.E. (2000) Chemistry-The central science. Eighth Edition, New Jersey: Prentice Hall. Pek Soo, T. (2004). Siri Teks Referens SPM Kimia. Petaling Jaya; Pearson Longman Sdn. Bhd. McMurry,J. and Fay,R.C. (2001) Chemistry. Third Edition, NewJersey: Prentice Hall.

Internet Transtutors (2012). Heat of Neutralization. Diambil daripada http://www.transtutors.com/chemistry-homework-help/chemicalthermodynamics/heat-of-neutralization.aspx. Dilayari pada 13 Febuari 2013.

Determination of Enthalphy Change. Dimuat turun pada 09 Februari 2011, di http://www.tutorvista.com/content/chemistry/chemistryiii/thermodynamics/enthalpy-change.php#section7

Heat of Neutralisation of Acid and Base. Dimuat turun pada 09 Februari 2011, dihttp://www.tutorvista.com/chemistry/heat-of-neutralisation-ofacidand-base

You might also like