You are on page 1of 13

KEDUDUKAN STRATEGIK MENDORONG

PENGUASAAN BRITISH
Pertapakan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) di Pulau
Pinang
1.Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) memerlukan sebuah pelabuhan
untuk dijadikan tempat persinggahan, pusat pengumpulan barangan
dagangan dan pangkalan tentera.

2. Pihak SHTI memerlukan sebuah tempat persinggahan untuk berlindung


daripada angin monsun. Pada masa peralihan monsun itu, mereka
memerlukan bekalan air, makanan dan membaiki kapal.

3. Selain itu, pihak syarikat memerlukan barangan seperti emas, perak,


bijih timah dan lada hitam yang banyak terdapat di Kepulauan
Melayu untuk dijadikan barang tukaran bagi mendapatkan teh
yang amat popular di Eropah daripada pedagang Cina.

4. Oleh itu, pihak SHTI telah mendapati bahawa Pulau Pinang merupakan
sebuah kawasan yang sesuai untuk tujuan ini kerana kedudukannya yang
strategik, iaitu berada di persimpangan timur dan barat.

5. Pulau Pinang juga didapati sesuai dijadikan pangkalan tentera di


Kepulauan Melayu untuk mempertahankan petempatannyadi India
daripada serangan pihak Perancis.

6. Walau bagaimanapun, SHTI tidak boleh mendapatkan Pulau Pinang


yang berada di bawah penguasaan Kedah kerana Kedah merupakan
sebuah negeri yang berada di bawah naugan Siam.

7. Kedah merupakan sebuah kerajaan yang kuat di Kepulauan elayu pada


kurun ke-16. Dasar buka pintu yang diamalkan oleh Kedah menyebabkan
Kedah maju sebagai pelabuhan enterpot.

8. Namun, pada akhir kurun ke-18 berlaku perebutan takhta kerajaan


Kedah. Sultan Muhammad JIwa telah melantik Tunku Abdullah sebagai
Raja Muda Kedah tetapi perlantikannya telah ditentang oleh kerabat diraja
Kedah kerana Tunku Abdullah bukan anak gahara.

9. Kerabat diraja Kedah telah berpakat dengan Bugis di selangor yang


dipimpin oleh Raja Haji untuk menentang baginda.

10. Sultan Muhammad JIwa telah diserang oleh tentera Raja Haji lalu
mengakibatkan Kuala Kedah dan Alor Setar ditawan. Baginda terpaksa
berundur ke Kangar.

11. Baginda berusaha mendapatkan bantuan daripada firma Jourdian


Sullivan and de Souza. Oleh itu, pihak firma telah menghantar Francis
Light untuk berunding dengan baginda pada tahun 1771.

12. Setelah berbincang, baginda telah menandatangani perjanjian dengan


Francis Light.

13. Dalam perjanjian itu, pihak firma dibenarkan berniaga di Kuala Kedah.

14. Namun, perjanjian itu dibatalkan apabila pihak firma enggan


memberikan bantuan ketenteraan bagi menyerang Bugis di Selangor.

15. Pada masa yang sama, Kedah telah menghentikan penghantaran


bunga emas kepada Kerajaan Siam semasa Siam berperang dengan
Burma pada tahun 1753-1781.

16. Setelah Siam bangkit, siam telah menuntut supaya penghantaran


bunga emas, wang, serta tenaga manusia disambung semula. Ini
menyebabkan Kedah berasa terancam.

17. Kedah yang diperintah oleh Sultan Abdullah telah meminta bantuan
daripada pihak SHTI untuk mengekalkan kedaulatan Kedah. Baginda telah
menawarkan Pulau Pinang untuk mendapatkan bantuan ketenteraan.

18. Francis Light yang inginkan Pulau Pinang, menerima tawaran Sultan
Abdullah.

Tipu Helah Francis Light bagi Mendapatkan Pulau Pinang


1. Dasar monopoli yang diamalkan oleh Belanda telah membimbangkan
pihak SHTI.

2. Setelah meneliti tawaran Sultan Abdullah, Francis Light secara peribadi


telah menandatangani Perjanjian Inggeris- kedah pada tahun 1786.

3. Antara syarat-syarat Perjanjian Inggeris- Kedah 1786 ialah:


(a) SHTI tidak boleh melindungi musuh kedah.
(b) SHTI hendaklah membantu Kedah sekiranya diserang oleh musuh.
(c) SHTI membayar 30 000 dolar Sepanyol setahun kepada sultanKedah
sebagai pampasan.

4. Penaklukan Patani oleh Siam telah mengancam kedudukan kedah.

5. Sultan Abdullah menuntut bantuan ketenteraan daripada SHTI seperti


yang dijanjikan dalam Perjanjian 1786.

6. SHTI enggan memberi bantuan kerana tidak terlibat dalam Perjanjian


1786 yang ditandatangani oleh Sultan Abdullah dan Francis Light.

7. Oleh sebab keengganan SHTI untuk memberi bantuan, Sultan Abdullah


mengarahkan Francis Light keluar dari Pulau Pinang tetapi beliau enggan
walaupun ditawarkan bayaran ganti rugi.

8. Pada tahun 1791, Sultan Abdullah mengumpul tentera untuk menyerang


dan mengambil semula Pulau Pinang.

9. Baginda turut mendapat bantuan ketenteraan daripada Siak, Riau, dan


Selangor.

10. Francis Light telah meminta bantuan tentera British untuk menyerang
kubu sultan Kedah di Seberang Perai.

11. Dalam pertempuran itu, angkatan tentera Kedah tewas dan Sultan
Abdullah terpaksa menandatangani Perjanjian Persahabatan dan
Keamanan Inggeris-Kedah pada 1 Mei 1791.

12. George Leith pula dilantik oleh SHTI sebagai Gabenor Pulau Pinang
yang pertama.

SHTI Mengambil Seberang Perai


1. Setelah menduduki Pulau Pinang, SHTI berusaha pula untuk
mendapatkan SeberangPerai kerana:
(a) Sesuai untuk dijadikan benteng pertahanan Pulau Pinang sekiranya
diserang.
(b) Sesuai untuk dijadikan kawasan pertanian kerana tanah subur.

2. Peluang ini diambil oleh SHTI kerana Sultan Dziauddin memerlukan


bantuan ketenteraan untuk menentang Siam.

3. Pada bulan Jun 1800, baginda telah menandatangani Perjanjian


Persahabatan dan Perikatan dengan Gabenor George Leith.

4. Perjanjian ini membolehkan SHTI menduduki Seberang Perai secara


rasmi dan dinamakan Province Wellesly.

5. Namun, SHTI tidak memberi bantuan ketenteraan setelah Kedah


diserang oleh Siam pada bulan November 1821.

6. Kedah akhirnya berjaya ditakluki oleh Siam.

7. Pada bulan Jun 1826, Perjanjian Burney ditandatangani antara Raja


Rama III dengan Henry Burney di Bangkok.

8. Sultan-sultan Kedah telah berusaha untuk mengekalkan kedaulatan


negeri Kedah daripada ancaman musuh.

9. Namun, akhirnya Pulau Pinang dan Seberang Perai jatuh ke tangan


British kerana Francis Light dan SHTI memungkiri janji dn menggunakan
tipu muslihat.
Pertapakan SHTI di Singapura
1. Kedudukan Pulau Pinang yang terletak di Utara Selat Melaka
menyebabkan Pulau Pinang gagal berkembang maju.

2. Kapal-kapal dagang lebih banyak berlabuh di kawasan yang


berhampiran dengan Selat Melaka seperti Betawi, Riau dan Lingga.

3. Perdagangan SHTI dengan China semakin maju menyebabkan pihak


syarikat memerlukan sebuah pelabuhan baru untuk menggantikan
Pulau Pinang.

4. Perang Napoleon yang telah melanda Eropah menyebabkan pihak SHTI


dapat menguasai Melaka dan Betawi.

5. Namun, selepas perang tamat, SHTI terpaksa memulangkan semula


Melaka dan Betawi kepada Belanda. Pihak belanda juga telah
memberikan layanan yang buruk terhadap pedagang British.

6. Oleh itu, pihak syarikat telah menghantar Stamford Raffles untuk


mencari sebuah pangkalan baru. Beliau telah cuba untuk memajukan
Palembang, Acheh dan Riau tetapi gagal.

7. Raffles yang mendapati Singapura berpotensi untuk menjadikan


pelabuhan yang maju kerana terletak di laluan perdagangan di
Selat Melaka dan Selat Sunda telah mencadangkannya
kepada pihak SHTI.

8. Singapura yang terletak di bawah kekuasaan Johor juga didapati dapat


menyaingi pelabuhan Betawi dan mampu menyekat monopoli
perdagangan Belanda di Kepulauan Melayu.

1. Stamford Raffles telah mencadangkan kepada SHTI supaya mendirikan


pangkalan baru di Singapura.

2. Singapura terletak di bawah kekuasaan kerajaan Johor.

3. Namun, usaha Raffles untuk mendapatkan Singapura menghadapi


masalah kerana kerajaan Johor berada di bawah pengaruh Belanda.

1. Pada 12 Januari 1819, Stamford Raffles telah mendarat di Singapura.

2. Stamford Raffles telah memaksa Temenggung Abdul Rahman


menandatangani perjanjian dengan pihak British pada 30 Januari
1819.

3. Namun, perjanjian itu dianggap tidak sah kerana tidak mendapat


persetujuan daripada sltan Johor iaitu Sultan Abdul Rahman.

4. Raffles merancang dengan mengadakan muslihat untuk


memperdayakan Sultan Abdul Rahman dan Belanda.
5. Raffles telah berjaya memujuk Temenggung Abdul Rahman menjeput
Tengku Hussein ke Singapura untuk menjadi sultan Johor.

6. Oleh itu, Sultan Hussein telah mengiktirafkan perjanjian awal antara


Temenggung Abdul Rahman dan Raffles.

7. Maka secara rasminya SHTI mula bertapak di Singapura.

1. Perjanjian 1819 gagal memberi kuasa penuh kepada Raffles untuk


menduduki Singapura.

2. Untuk mengukuhkan kedudukan SHTI, Raffles telah menandatangani


satu lagi perjanjian dengan Sultan Hussein dan Temenggung Abdul
Rahman pada 7 Jun 1823.

3. Perjanjian ini membolehkan SHTI berkuasa di seluruh Singapura dan


Pulau-Pulau yang berdekatan.
4. Pada 2 Ogos 1824, Residen Singapura iaitu John Crawfurd telah
menandatangani satu lagi perjanjian dengan Sultan Hussein dan
Temenggung Abdul Rahman.

5. Melalui perjanjian tersebut, Sultan Hussein terpaksa menyerahkan


Singapura secara rasminya kepada SHTI.
Perpecahan Kepulauan Melayu
1. Kepesatan Singapura telah mengugat pengaruh Belanda di Kepulauan
Melayu.

2. Pihak Belanda juga marah dengan pendudukan Raffles di singapura


kerana mendakwa Singapura berada di bawah lingkungan
pengaruhnya.

3. Pekara ini telah membangkitkan permusuhan antara pihak British


dengan pihak Belanda.

4. Permusuhan ini kemudiannya diselesaikan melalui Perjanjian Inggeris-


Belanda 1824 yang juga dikenali sebagai Perjanjian Persetiaan
London.

5. Antara syarat-syarat Perjanjian Persetian London (Perjanjian Inggeris-


Belanda 1824):
(a) Belanda mengiktiraf petempatan British di Singapura.
(b) Belanda berjanji tidak akan membuka petempatan baru di Tanah
Melayu.
(c) British akan menyerahkan Bangkahulu kepada Belanda, sementara
Belanda menyerahkan Melaka kepada British.

6. Perjanjian ini telah menyebabkan Kepulauan Melayu terbahagi kepada


dua pengaruh, iaitu British dan Belanda.

7. Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura terletak di bawah pengaruh


British manakala Kepulauan Riau dan Lingga berada di bawah
pengaruh Belanda.

8. Melaka yang sudah lama menjadi impian British telah dapat diperolehi
melalui perjanjian ini.

9. Johor pula telah dipecahkan kepada dua bahagian:


(a) Johor dan Singapura berada di bawah penguasaan British; dan
(b) Kepulauan Riau serta Lingga berada di bawah penguasaan Belanda.

Penubuhan dan Pentadbiran Negeri-Negeri Selat


1. Negeri-negeri selat (NNS) dianggotai oleh Pulau Pinang, Singapura dan
Melaka.

2. Pulau pinang dahulunya telah diperintah oleh Leftenan Gabenor,


manakala Singapura dan Melaka diperintah oleh Residen.

3. Dengan tertubuhnya NNS, pentadbiran dapat diseragamkan dan


menjimatkan perbelanjaan pentadbiran.

4. Ibu negeri NNS yang pertama ialah Pulau Pinang dan kemudiannya pada
tahun 1832, Singapura pula menjadi ibu negeri bagi NNS.

5. Pentadbiran NNS diketuai oleh Gabenor yang menerima arahan


daripada Gabenor Jeneral di India.

6. Residen Konsuler pula dilantik untuk membantu Gabenor menjalankan


pentadbiran di NNS.

7. Gabenor Jeneral di India bertanggungjawab menggubal undang-undang


untuk dilaksanakan di NNS.

8. Namun, pentadbiran ini ditentang oleh penduduk tempatan kerana


mereka merasakan bahawa NNS adalah seperti tanah jajahan
India.

9. Oleh itu, NNS telah merayu kepada British untuk memindahkan


pentadbiran NNS ke London.
10. Justeru, pada 1 April 1867, NNS diisytiharkan sebagai tanah jajahan
British dan diletakkan di bawah tanggungjawab Pejabat Tanah Jajahan di
London.

11. Majlis Perundangan telah ditubuhkan bagi membolehkan NNS


meluluskan undang-undang yang dibuatnya sendiri.

Rumusan
1. British telah mengambil kesempatan terhadap Sultan Kedah yang
memerlukan bantuan mereka.

2. Akibat terlalu mengharapkan bantuan British Sultan Kedah telah


menyerahkan Pulau Pinang dan Seberang Perai kepada mereka.

3. Keadaan ini memberi keinsafan kepada kita bahawa tindakan


mengharapkan campur tangan kuasa asing dalam hal dalaman negeri
telah menyebabkan Kedah kehilangan hak kedaulatannya.
4. Begitu juga dengan kegagalan Tengku Hussein dan Temenggung Abdul
Rahman menyedari tipu helah Stamford Raffles telah menyebabkan
Singapura jatuh ke tangan British.

5. Sejarah ini menunjukkan bahawa kita hendaklan sentiasa berwaspada


dan tidak mudah tunduk dan meminta bantuan asing.

You might also like