You are on page 1of 3

PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA Office of the Director General of Education Malaysia PARAS 7 BLOK J PUSAT BANDAR

DAMANSARA Level 7 Block J Damansara Town Centre Tel: 03-2586900 50604 KUALA LUMPUR
Fax: 03-2535150

KP (BS) 8591/Jld.XVI (10) 20 April 2000 Semua Pengarah Pendididikan Negeri Y.Bhg. Datuk/Dato'/Tuan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 10/2000: Tahun Pusat Sumber Sekolah (PSS) 2000
Pada masa kini, dunia global sedang mengalami ledakan pengetahuan dan perkembangan teknologi maklumat (IT) yang amat pesat. Kemajuan tersebut telah mendatangkan impak yang sangat ketara dalam pelaksanaan sistem pendidikan di kebanyakan negara, termasuk Malaysia. 2. Dalam usaha untuk mernantapkan dan memajukan lagi sistem pendidikan selaras dengan pembangunannya ke tahap kualiti bertaraf dunia, Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa memberi penekanan yang sewajarnya dalam pelaksanaan pelbagai program yang berkaitan dengan Pusat Sumber Sekolah (PSS) dan Perkhidmatan Media Pendidikan di seluruh negara. Usaha ini juga adalah sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara yang bertujuan memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan seterusnya mengupayakan generasi muda untuk mengharungi cabaran dunia abad ke-21 dengan lebih cemerlang. 3. Surat Pekeliling lkhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan memaklumkan keputusan Kementerian Pendidikan melancarkan Tahun PSS 2000 bagi semua sekolah seluruh negara. Tahun 2000 dipilih sebagai Tahun PSS bagi tujuan menyedarkan dan menggalakkan semua sekolah agar mempertingkatkan usaha bagi menaikkan taraf PSS dari segi kemudahan fizikal, alatan dan bahan, pengurusan dan pengelolaan, serta penggunaan PSS dalam proses pengajaran dan pembelajaran, Di samping itu, ia diharap turut menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat. Bagi tujuan tersebut, kempen dan gerakan boleh dijalankan di peringkat kebangsaan, negeri, daerah, dan juga sekolah. 4. Dalam mempertingkatkan kemudahan, pengurusan, dan penggunaan PSS, pihak sekolah hendaklah membentuk mekanisme pelaksanaan yang terancang melalui pelbagai program, projek, dan aktiviti. Hal ini boleh dilakukan dengan bantuan, nasihat, dan pemantauan pelbagai pihak dan peringkat selari dengan perkembangan teknologi maklumat terkini, Untuk mencapai hasrat tersebut, pihak sekolah hendaklah berusaha: 4.1 Menyediakan bilik PSS yang sesuai dengan bilangan murid serta dilengkapi perabot yang mencukupi untuk keperluan sesuatu masa dan kedudukan bilik tersebut hendaklah sesuai dan strategik; Memperbanyakkan dan mempelbagaikan bahan-bahan bacaan yang sesuai untuk kegunaan murid dan guru;

4.2

4.3

Memastikan semua peralatan elektronik dan bukan elektronik seperti OHP, projektor slaid, radio, TV, VCR, komputer, kamera, dan sebagainya sentiasa berada dalam keadaan baik dan boteh digunakan; Menentukan keselamatan PSS, iaitu melengkapkannya dengan alat pemadam api, peti kecemasan, peraturan dan arahan penggunaan PSS serta menjalankan latihan kecemasan kebakaran dari masa ke masa; Menyediakan Rancangan Tahunan yang lengkap dari bulan Januari hingga Disember yang meliputi matlamat, objektif, aktiviti, implikasi kewangan, carta gantt, dan lain-lain; Membentuk struktur organisasi Pusat Sumber yang terdiri daripada Jawatankuasa Induk, Jawatankuasa Kerja, Jawatankuasa Panitia Mata Pelajaran, dan Pengawas Pusat Sumber; Menjalankan aktiviti-aktiviti galakan dan promosi bagi menggalakkan penggunaan Pusat Sumber di kalangan murid dan guru; Merancang dan melaksanakan program latihan Kemahiran Pusat Sumber yang menjurus ke arah pelaksanaan PSS digital; Menyediakan pelan perancangan jangka panjang untuk mempertingkatkan kemudahan bilik/ruang, peralatan dan kelengkapan, koleksi bahan bercetak dan bukan bercetak, dan sebagainya yang sesuai dengan perkembangan teknologi maklumat terkini; dan Memastikan stok alat dan bahan sentiasa dikemaskinikan serta relevan dengan keperluan penggunaannya.

4.4

4.5

4.6

4.7 4.8 4.9

4.10

5. Sila maklumkan kandungan pekeliling ini kepada semua institusi dan sekolah di negeri Y.Bhg. Dato'/Datuk/Tuan. Sekian. Terima Kasih. "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

DATO DR. ABDUL SHUKOR ABDULLAH Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

s.k.

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

Y.B. Tan Sri Dato' Musa Bin Mohamad Menteri Pendidikan Malaysia Y.B. Dato' Abdul Aziz Bin Shamsuddin Timbalan Menteri Pendidikan Y.B. Dato' Hon Choon Kim Timbalan Menteri Pendidikan Y.B. Dato' Mahadzir Bin Mohd Khir Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan Ketua Nazir Sekolah Pegawai Perhubungan Awam

You might also like