You are on page 1of 8

LOMPAT KIJANG Adalah dipercayai bahawa acara lompat kijang bermula pada abad ke-19 di Ireland.

Kali pertama acara lompat kijang diperlihatkan adalah apabila pelompat melakukan dua kali lompatan dengan menggunakan sebelah kaki yang sama, sebelum melakukan lompatan seperti acara lompat jauh. Ini bermakna, acara lompat kijang ini adalah gabungan acara lompat jauh dengan lompatan seperti gaya seekor kijang. Versi terawal ini dipertandingkan pada Sukan Olimpik moden tahun 1896 di Athens, Greek.

Pada peringkat awal, lompat kijang dikenali sebagai hop, step, and jump dan kemudiannya ditukar namanya kepada triple jump. Ciri-ciri pelompat kijang adalah hampir sama dengan peserta pelompat jauh. Antaranya ialah kepantasan serta kuasa lonjakan (spring) yang baik. Secara amnya pelompat-pelompat antarabangsa adalah bertubuh tinggi, berkaki panjang dengan kelembutan yang baik. Kelengkapan atlet termasuk seluar pendek, singlet dan kasut lari. Kasut yang digunakan hendaklah memberi sokongan yang baik kepada tumit kaki. Pita pengukur juga disediakan untuk menetapkan jarak landas lari.

Acara lompat kijang terdiri daripada tiga jenis pergerakan yang berlainan ; iaitu berjingkat (hop), melangkah (step) dan melompat (jump). Teknik melakukannya ialah berjingkat (hop) dengan kaki yang terkuat (kiri), setelah kaki kiri mendarat disusuli dengan melangkahkan kaki kanan ke depan dan dengan kaki kanan ini pula gerakan melompat dilakukan. Akhirnya pelompat mendarat dengan kedua-dua belah kaki di kawasan mendarat.

FASA LOMPAT KIJANG Lompat kijang boleh dibahagikan kepada lima fasa seperti berikut:1) fasa penujuan 2) fasa meloncat ( hop) 3) fasa melangkah ( step) 4) fasa melompat (jump) 5) fasa pendaratan

1). Fasa Penujuan

Tujuan fasa ini adalah untuk menghasilkan kelajuan mendatar yang maksimum bagi tiga fasa berikutnya. Biasanya sebanyak 12-16 langkah adalah mencukupi untuk pelompat peringkat sederhana. Tegakkan badan bila menghampiri papan lonjak.

2). Fasa meloncat ( hop)

Fasa lompatan pertama ialah lakuan meloncat (hop), iaitu melompat dan mendarat pada kaki yang sama. Kaki yang terkuat sekali hendaklah digunakan pada fasa ini. Semasa menghampiri papan lonjakan, pelompat itu tidak seharusnya

mengurangkan kelajuan untuk melonjak tetapi menggunakan kelajuan yang telah diperoleh itu untuk meloncat seberapa jauh yang boleh. Pendaratan kaki lonjak pada papan itu diawali oleh tumit dan diikuti oleh hujung kaki. Setelah keseluruhan tapak kaki menyentuh bumi, lonjakan dilakukan dengan mengangkat tumit terlebih dahulu diikuti oleh tolakan kuat dari hujung kaki sehingga kaki itu terkedang lurus ke depan. Setelah melepasi papan lonjakan, kaki melonjak ( sebagai contoh kaki kiri) itu digerakkan ke depan dalam keadaan bengkok.

3). Fasa Melangkah (Step)

Tapak kaki kiri ditolak sehingga kaki itu terkedang lurus. Pada masa yang sama lutut kaki kanan dibawa tinggi ke depan. Kedua-dua tangan diayun dengan kuat ke belakang untuk menggerakkan badan ke atas dan ke hadapan. Semasa berada di

udara (iaitu fasa penerbangan), kaki kanan yang berada di hadapan, diayun sedikit ke belakang (bengkok pada lutut) dan kaki kiri digerakkan ke depan supaya berada di bawah badan. Kedudukan kaki terbuka (split) ini dikekalkan seberapa lama yang boleh. Sebelum mendarat, kaki kanan dibawa ke depan dan ianya menyentuh bumi. Semasa berat badan dipindahkan ke depan, kaki kanan sebenarnya menyentuh bumi sambil ia bergerak ke arah belakang. Ketika kaki kanan memijak bumi ianya dibengkokkan pada pergelangan kaki dan lutut. Kedua-dua tangan berada di belakang.

4). Fasa melompat (jump)

Kaki bebas, iaitu kaki kiri diayun kuat ke depan ( bengkok pada lutut). Kaki lonjak menolak dengan kuat disertai oleh ayunan tangan. Seterusnya teknik penerbangan lompat jauh seperti gaya bunting atau sail boleh digunakan semasa berada di udara.

5). Fasa pendaratan.

Kedua-dua kaki dan tangan diluruskan ke depan, badan condong ke depan untuk mendarat. Apabila tumit kaki mencecah pasir, kedua-dua lutut dengan segera dibengkokkan dan ayunan kedua-dua tangan diteruskan sampai ke depan.

LATIHAN ANSUR MAJU DALAM LOMPAT KIJANG 1) Melakukan lompat kijang secara berdiri. Mula dengan kaki lonjakan di hadapan. Hayun kaki bebas ke hadapan dan mendarat dengan kaki lonjakan untuk membuat loncatan (hop). Seterusnya melangkah dengan kaki yang sama dan mendarat dengan kaki lain untuk membuat lompatan. Selepas itu, mendarat dengan kedua-dua belah kaki dengan lutut dibengkokkan. Ulang aktiviti beberapa kali. 2) Setelah langkah-langkah di atas dilakukan, berjalan dua langkah dan lakukan gerakan yang sama seperti di atas. seterusnya berlari anak dan lakukan gerakan yang sama, tetapi cuma untuk mencapai objektif yang ditetapkan, iaitu nisbah jarak lompatan 10 : 8 : 9. 3) Mulakan dengan belajar Lompat Kijang Berdiri: a. Berdiri di belakang satu garisan dengan sebelah kaki di depan (kaki kanan). b. Hop' dari kaki kanan melintasi garisan dan mendarat di atas kaki kanan juga. c. Melangkah ke depan dengan kaki kiri. d. Melompat ke depan dari kaki kiri dan mendarat di atas kedua dua kaki. e. Ulangi latihan di atas beberapa kali. f. Berdiri di atas sebelah kaki (kanan) dengan kaki kiri dipegang oleh tangan kiri. g. Hop dengan kaki kanan dan mendarat di atas kaki kanan juga.

PERATURAN 186- LOMPAT KIJANG Pertandingan 1) Lompat kijang mengandungi satu lonjakan, langkahan dan lompatan mengikut tertib ini. 2) Lonjakan dibuat supaya mendarat di atas kaki yang sama, melangkah untuk mendarat pada yang sebelah lagi dan terus membuat lompatan.

Papan lonjak 1) Jarak papan lonjak ke hujung kawasan mendarat hendaklah sekurangkurangnya 21m. untuk pertandingan 12.1 jarak papan lonjak dengan pangkal kawasan mendarat hendaklah tidak kurang daripada 13m bagi lelaki dan 11m wanita.

Kawasan tapak lompat kijang.

Senaman untuk atlit lompat kijang

1. Berdiri tegak dengan jarak bukaan antara kedua-dua kaki anda sama dengan jarak antara kedua-dua bahu. Sebelah kaki dibawa ke depan daripada kaki yang sebelah lagi seperti yang ditunjukkan dalam gambar. 2. Kaki yang berada di belakang perlulah berada betul-betul di bawah badan dan kaki yang di depan pula perlu dilipat dalam keadaan 90 darjah. Keduadua tangan pula diletakkan di pinggang. 3. Lakukan lompatan kecil dan tukar posisi kaki dengan cepat ketika berada di udara. Pastikan bahagian teras badan sentiasa lurus sepanjang melakukan pergerakan ini. 4. Mendarat dengan posisi berlawanan dengan posisi permulaan anda. Kaki belakang tadi dibawa ke depan dan dilipat 90 darjah manakala kaki belakang tadi betul-betul berada di bawah badan anda. Lipatkan kedua-dua lutut untuk menyerap impak pendaratan badan dan pada masa yang sama, pastikan kaki dan lutut anda menghadap depan. 5. Ulang pergerakan ini dengan tukar posisi kaki secara bergilir-gilir. Ulang sebanyak 10 hingga 15 kali dalam tiga hingga lima set

You might also like