You are on page 1of 34

Baca dan fahami petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan yang berikutnya.

Law : Apa yang ayah buat itu?

Ayah : Ayah sedang mengukur tanah kita ini untuk diusahakan. Law : Ayah hendak mengusahakan apa?

Ayah : Ayah bercadang hendak membina kolam ikan di sini. Law Ayah : Wah, seronoknya! Ayah hendak membela ikan jenis apa? : Banyak jenis ikan yang ingin ayah bela. Tetapi ayah akan bela ikan yang mendapat permintaan yang tinggi di pasaran seperti ikan tilapia merah, keli, dan haruan. : Oh, begitu! Banyakkah kos yang perlu dikeluarkan? : Banyak juga, tidak kurang dari RM10 000. Daripada kita membiarkan tanah ini dipenuh lalang, ada baiknya kita usahakan sesuatu. : Saya rasa di sekeliling kolam itu kita boleh bercucuk tanam. Sayuran juga tidak kurang hebat permintaannya di pasaran. : Betul kata kamu itu. : Tetapi, bagaimana kita akan menjual hasilnya nanti? : Itu mudah. Ayah akan beritahu pemborong tentang perniagaan ayah ini. Merekalah yang akan datang ke sini untuk membelinya daripada kita.

Law Ayah Law Ayah Law Ayah

1. Apakah yang sedang dibuat oleh ayah?

______________________________________________________________________
2. Apakah rancangan ayah terhadap tanah itu?

______________________________________________________________________
3. Mengapakah hanya beberapa jenis ikan sahaja yang akan dipelihara

oleh ayah? ______________________________________________________________________


4. Bagaimanakah mereka meraih keuntungan daripada usaha tersebut?

______________________________________________________________________

Hutan merupakan kawasan yang ditumbuhi pokok-pokok liar. Perut hutan mengandungi pelbagai khazanah alam yang masih belum sempat kita terokai. Malangnya, arus kemodenan telah menyebabkan hutan dimusnahkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Lantaran itu, pelbagai langkah perlu diambil bagi memulihara hutan. Langkah-langkah ini bagi memastikan hutan tidak akan pupus disebabkan kerakusan manusia. Antara langkah yang boleh diambil bagi menjalankan penghutanan semula ialah dengan penanaman semula. Hutan yang telah ditebang hendaklah ditanam dengan sepsis pokok yang cepat tumbuh dan bermutu supaya keseimbangannya dapat dikekalkan. Selain itu, kerajaan juga boleh mewujudkan banyak lagi hutan simpan dan taman Negara. Contoh hutan yang diwartakan sebagai hutan simpan ialah Hutan Simpan di Hulu Gombak di Selangor, Hutan Simpan Sepilok di Sabah, Taman Negara di Pahang, dan Taman Negara Kinabalu di Sabah. Di samping itu,sebagai alternatif pemuliharaan hutan, kita boleh menggunakan kaedah kitar semula. Contohnya kita boleh mengitar semula kertas. Seperti mana yang kita ketahui, untuk menghasilkan kertas kita perlu menebang banyak pokok. Maka, lama-kelamaan kita akan kekurangan sumber oksigen. Hal ini disebabkan, tumbuh-tumbuhan merupakan pembekal utama oksigen. Oleh sebab itu, marilah kita berganding bahu menjalankan penghutanan semula supaya generasi akan datang dapat merasai nikmat

1. Apakah yang dimaksudkan dengan hutan?

______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________
2. Mengapakah kita perlu mengambil langkah-langkah memulihara

hutan? ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________


3. Apakah maksud rangkai kata berganding bahu dalam petikan di

atas. ______________________________________________________________________

Encik Zaidi Abdullah, nama yang jarang didengar tentang kejayaannya. Tidak banyak yang tahu bahawa beliau menjadi jutawan dengan hanya menjadi petani. Beliau dilahirkan pada tahun 1974 di Sabak Bernam dalam sebuah keluarga yang miskin dan serba kekurangan. Pengajiannya terbantut disebabkan masalah kewangan keluarga. Beliau mula bekerja pada usia Sembilan tahun sebagai buruh kasar di jeti nelayan. Setelah usianya mencecah 18 tahun, beliau mengusahakan ternakan ikan air tawar. Berkat usaha dan kesabarannya, beliau kini mempunyai lima ekar tanah, khusus untuk menternak ikan air tawar, lima ekar tanah bagi penternakan arnab dan rusa, serta dua ekar lagi untuk menternak udang galah. Pendapatan beliau melebihi ratusan ringgit sebulan dengan terbinanya dua buah kilang memproses makanan ringan miliknya. Tiada sesiapa menyangka bahawa anak kampung yang tidak berpelajaran berjaya menjadi

1. Mengapakah Encik Zaidi terpaksa bekerja semasa muda?

______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________

2. Apakah perusahaan pertama yang diusahakan oleh Encik Zaidi?

______________________________________________________________________
3. Berapakah keluasan tanah yang diusahakan oleh Encik Zaidi?

______________________________________________________________________
4. Apakah sifat Encik Zaidi yang patut dicontohi?

______________________________________________________________________

Abdul Samad bin Muhammad Said atau nama penanya A. Samad Said merupakan sasterawan Negara yang tersohor. Beliau telah dilahirkan pada 9 April 1935 di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kota Raja hingga lulus darjah IV. Kemudian, beliau meneruskan pengajian nya di Victoria Institution hingga memperoleh Sijil Senior Cambridge. Pengalaman kerjaya beliau bermula dari seorang kerani. Seterusnya, beliau mengatur kerjayanya sebagai pengarang di Utusan Melayu, Berita Harian, Kumpulan The New Straits Times, dan pernah menjadi ketua pengarang akhbar Warta Tebrau. Jawatan terakhir A. Samad Said ialah Ketua Pengembang Sastera di kumpulan akhbar The New Straits Times, Kuala Lumpur. Kini, A. Samad Said menjadi penulis sepenuh masa yang aktif berkarya. Disebabkan oleh minatnya yang mendalam terhadap karya sastera, beliau tidak pernah jemu menghasilkan pelbagai genre kesusasteraan. Antara karya besar yang dihasilkannya ialah, Salina, Sungai Mengalir Lesu, Di Hadapan Pulau, Langit Petang, Daerah Zeni, dan Lantai T Pinkie. Tahun 1979 memberi erti kepada A. Samad Said, apabila beliau telah dilantik oleh Perdana Menteri sebagai salah seorang anggota panel Anugerah sastera dan dalam tahun yang sama beliau telah memenangi Hadiah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write Award). Kemuncak pencapaian beliau sebagai sasterawan ialah apabila beliau telah dipilih sebagai penerima Anugerah Sastera Negara 1985. Selain pengiktirafan dalam bidang sastera, beliau juga telah dianugerahkan darjah kebesaran Negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk dalam tahun 1997 oleh Yang Dipertua Negeri Melaka.

1. Apakah nama sebenar A. Samad Said?

______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________
2. Apakah jawatan terakhir yang dipegang oleh beliau sebelum menjadi

penulis sepenuh masa? ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________

Songket merupakan seni tenunan Melayu yang diwarisi zamanberzaman. Kemahiran dan kreativiti tukang tenun terserlah melalui corak dan hasil tenunan yang indah lagi menarik. Kedatangan pedagang-pedagang ke Tanah Melayu telah menggiatkan perkembangan tenunan tempatan. Tenunan songket bermula di beberapa buah negeri di pantai timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang. Pada zaman silam, motif dan warna yang terdapat pada kain songket melambangkan kedudukan seseorang. Dahulu, songket ditenun dengan sutera halus dan benang emas. Selain itu, songket juga hanya dipakai oleh raja-raja Melayu dan golongan bangsawan. Kini, songket ditenun dengan benang kapas dab nula dipakai oleh rakyat biasa sebagai pakaian rasmi untuk majlis-majlis keramaian seperti majlis persandingan. Selain dijadikan pakaian, songket juga mula dipelbagaikan kegunaannya. Ada yang menjadikan songket sebagai beg tangan, kasut, bingkai gambar, hiasan dinding, dan sarung kusyen. Tradisi menenun songket masih kekal hingga ke hari ini. Malahan bukan itu sahaja, cara menenenun songket juga tidak banyak peubahan sejak seratus tahun dahulu. Alat-alat menenun, corak dan motifnya juga kekal sehingga sekarang. Kini, tanggungjawab mengekalkan seni tenunan Melayu ini perlu dilakukan oleh generasi muda agar kesenian tenunan Melayu ini tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Hal ini bagi memastikan keaslian songket dapat dikekalkan dan diwarisi oleh generasi akan datang.

1. Apakah maksud tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas?

______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________
2. Apakah yang menyerlahkan kemahiran dan kreativiti tukang tenun

semasa menghasilkan songket? ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________

Hadirin yang saya hormati sekalian, Batik merupakan seni warisan Melayu yang patut dikekalkan. Pakaian yang dahulunya menjadi pekaian harian dan kebanggaan penduduk Negara ini, semakin lama, semakin dilupakan. Tindakan kerajaan memartabatkan batik patut disokong. Batik diiktiraf sebagai pakaian rasmi adalah suatu tindakan yang wajar. Batik kini bukan hanya dipakai oleh bangsa Melayu shaja malah menjadi kegemaran kaum Cina, India serta pelancong asing. Kepelbagaian batik harus dititikberatkan dari segi corak, kualiti kain, dan jenis pakaian. Ini bertujuan untuk menggalakkan orang ramai meminati batik. Jika kepelbagaian batik ini tidak dititkberatkan, besar kemungkinan suatu hari nanti batik akan ditelan arus kemodenan.

1. Apakah kegunaan batik pada zaman dahulu?

______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________
2. Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan memartabatkan?

______________________________________________________________________
3. Apakah tujuan mempelbagaikan produk batik?

______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________
4. Apakah yang akan terjadi jika batik tidak diketengahkan sekarang?

______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________

Kelab Tae Kwan Do, SJK Chong Heng, Sri Gading, 83300 Batu Pahat. ______________________________________________________________________ Guru Besar, SJK Chong Heng, Sri Gading, 83300 Batu Pahat. 16 JULAI 2011 Tuan, Memohon Kebenaran Menggunakan Dewan untuk Latihan Tae Kwan Do Merujuk perkara di atas, saya Ho Huey Chin, selaku Setiausaha Kelab Tae Kwan Do, SJKC Chong Heng ingin memohon kebenaran daripada pihak tuan untuk menggunakan dewan sekolah bagi mengadakan latihan tae kwan do. 2. Untuk makluman pihak tuan, kelab ini mempunyai keahlian yang banyak. Kami kekurangan tempat untuk berlatih. Malahan, tempat yang sedia ada tidak dapat menampung bilangan ahli yang banyak ini. Tambahan pula, beberapa bulan lagi, kami akan menyertai Pertandingan Tae Kwan Do Peringkat Daerah Batu Pahat. Kami akan berlatih bersungguh-sungguh supaya pasukan sekolah kita layak ke peringkat tertinggi dan seterusnya mengharumkan nama sekolah. 3. Kelab Tae Kwan Do berharap pihak tuan akan memberi kebenaran kepada kami untuk menggunakan dewan sekolah pada setiap petang selepas waktu persekolahan dari pukul 2.30 hinggal 5.00 petang. 4. Semoga permuhonan ini mendapat perhatian dan pertimbangan daripada pihak tuan. Segala kerjasama daripada pihak tuan amat kami harapkan. Sekian, terima kasih. Yang benar, (HO HUEY CHIN) Setiausaha, Kelab Tae Kwan Do, SJK Chong Heng.

1. Apakah tujuan utama surat ini?

______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________
2. Bilakah Kelab Tae Kwan Do ingin menggunakan dewan sekolah ini?

______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________
3. Mengapakah tempat berlatih Tae Kwan Do yang sedia ada tidak

mencukupi? ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________


4. Apakah harapan pihak Kelab Tae Kwan Do terhadap permintaan

mereka itu? ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________

Setiap bangsa di dunia ini mempunyai seni mempertahankan diri tersendiri. Walaupun cara pemakaian, langkah, dan teknik berbeza, namun tujuannya tetap sama, iaitu mempertahankan diri daripada serangan. Silat terkenal di kalangan masyarakat Melayu, kung fu untuk masyarakat cina, tae kwan do untuk masyarakat Korea, tomoi untuk masyarakat Siam, dan banyak lagi. Di Malaysia, silat sangat terkenal dan terbahagi kepada pelbagai jenis. Antara pertubuhan silat yang terkenal di Malaysia ialah silat Gayung Malaysia, Gayung Patani, Gayung Harimau, Cekak Hanafi, Cekak Malaysia, Bunga, Pulut, Selendang Merah, dan sebaginya. Teknik setiap silat berbeza-beza dan mempunyai keistimewaan masingmasing. Kebanyakan seni silat gayung mempunyai tekni gempur yang kasar dan banyak menggunakan tenaga. Bagi seni silat cekak pula tekniknya agak santai dan sangat sesuai bagi wanita. Ada juga silat yang menekankan gerak tari seperti seni silat bunga dan pulut. Begitu juga seni silat selendang merah yang mengelirukan musuh dengan pergerakan kai dan tangan yang sama.

1. Apakah persamaan setiap seni mempertahankan diri?

______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________
2. Apakah keistimewaan seni silat cekak?

______________________________________________________________________
3. Bagaimanakah seni silat selendang merah mengelirukan musuh?

______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________

Laporan Ekspedisi Kelab Rekreasi ke Taman Alam Kuala Selangor Pada 21 Mei dan 22 Mei yang lalu, Kelab Rekreasi Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Pei Hui telah mengadakan ekspedisi ke Taman Alam Kuala Selangor. Ekspedisi itu telah disertai seramai 25 orang peserta dan lima orang guru pengiring. Ekspedisi yang berlangsung selam dua hari satu malam itu bertujuan untuk memupuk sikap cintai alam sekitar. Malahan, ekspedisi ini juga bertujuan untuk memupuk sikap kerjasama dalam kalangan peserta semasa menyertai pelbagai aktiviti. Pada hari pertama, aktiviti Nature Hunt telah diadakan. Permainan ini dijalankan secara berkumpulan sebagai aktiviti rekreasi. Tujuan permainan ini diadakan adalah untuk mengajak para peserta mengenali hutan dengan lebih dekat. Pada hari terakhir, aktiviti merentas hutan paya telah diadakan. Setiap kumpulan terdiri daripada lima orang peserta dan seorang guru pengiring. Mereka dibekalkan dengan kompas, pisau, tali, dan sedikit makanan dan ubatubatan. Akitiviti ini diadakan untuk memperkenalkan para peserta dengan alam sekitar di samping menguji ketahanan peserta ketika berada di hutan. Ekspedisi itu berakhir pada pukul 3.00 petang. Sesungguhnya, ekspedisi itu memberikan pengalaman baru kepada para peserta.

Laporn disediakan oleh, ___________________ (CATHERINE HO YEE) Setiausaha, Kelab Rekreasi, SJKC Pei Hui

24 SEPTEMBER 2012

1. Apakah tujuan ekspedisi itu dianjurkan?

______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________

Cikgu Isa sekolah? James Jenny

: Hujung minggu ini kamu berdua tidak menyertai perkhemahan

: Mestilah kami turut serta cikgu. : Kami tidak akan lepaskan peluang untuk ke Sungai Congkak itu. Dengar cerita, air di situ bersih dan sejuk. Pasti seronok.

Cikgu Isa

: Betul kata kamu. Bukan mudah untuk mengekalkan keindahan dan kebersihan sungai sebegitu sekarang.

James

: Ya, cikgu. Banyak kilang yang mencemarkan sungai dengan membuang sisa toksik dan kotoran ke dalam sungai.

Jenny

: Kebanyakan pengusaha restoran di Bandar menjadikan sungai sebagai tong sampah mereka.

Cikgu Isa

: Ya, itulah penyumbang pencemaran sungai. Kita mestilah mengekalkan aktiviti sebegitu. Jika sungai mula tercemar, agak mustahil untuk mengembalikan keadaannya seperti sediakala.

1. Apakah penyumbang berlakunya pencemaran sungai?

______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________
2. Selain tempat rekreasi, apakah kegunaan sungai?

______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________
3. Pada pendapat anda, siapakah yang bertanggungjawab menjaga

kebersihan sungai? ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________

Wei Mui murid yang periang. Dia suka makan makanan yang manis terutamanya gula-gula, aiskrim, dan coklat. Walaupun dia sering ditegur oleh kakaknya, namun Wei Mui tidak mempedulikan nasihat itu. Pada suatu hari, semasa Wei Mui bersiap sedia untuk ke sekolah, tibatiba giginya terasa sakit. Dia menahan kesakitan di dalam bilik mandi dan tidak berani memberitahu ibu bapanya. Walaupun giginya sakit, Wei Mui tetap mengambil keputusan untuk ke sekolah. Setibanya di sekolah, kesakitan giginya semakin berkurang. Hatinya begitu tenang apabila giginya tidak sakit lagi. Pada waktu rehat, Wei Mui membeli lima biji gula-gula. Dia makan gula-gula itu sambil bersiar-siar di Taman Ilmu sekolahnya bersama Swee Ling. Selepas waktu rehat tamat, mereka terus masuk ke kelas. Semasa di dalam kelas, kesakitan gigi Wei Mui tiba-tiba kembali terasa. Wei Mui tidak dapat menumpukan perhatian semasa gurunya sedang mengajar. Tanpa diduga, air matanya terus mengalir deras. Apabila ditanya oleh gurunya, Wei Mui memberitahu bahawa giginya sangat sakit. Cikgu Nur terus membawa Wei Mui berjumpa dengan doctor gigi. Apabila sampai di klinik, doktor memeriksa giginya. Selepas pemeriksaan dilakukan, doktor menasihati Wei Mui agar kerap menggosok gigi dan kurangkan makan makanan yang manis seperti gula-gula. Wei Mui menyesal akan tindakannya dan berjanji tidak akan makan gua-gula lagi.

1. Apakah makanan yang digemari oleh Wei Mui?

______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________
2. Mengapakah Wei Mui mengerang kesakitan di dalam bilik mandi

sebelum ke sekolah? ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________

Corak pemakanan seharian boleh mempengaruhi tubuh seseorang. Makanan banyak memberi kesan terhadap perkembangan tahap kesihatan tubuh seseorang. Namun begitu, makanan juga boleh menjadi penyebab kepada sesuatu penyakit. Setiap makanan yang diambil akan mempengaruhi sel serta tisu tubuh. Oleh yang demikian, kita perlu mengambil semua jenis makanan yang mengandungi protein, karbohidrat, vitamin, serta zat-zat lain yang diperlukan oleh tubuh. Hal ini kerana setiap organ tubuh memerlukan zat yang berlainan. Di samping itu, tubuh kita juga memerlukan protein pada setiap hari. Sumber protein diperlukan untuk membina sel-sel tisu dalam tubuh. Sumber protein dapat diperoleh daripada daging, ikan, telur, dan susu. Selain itu, protein juga dapat diperoleh daripada kekacang seperti kacang merah, kacang soya, dan kacang tanah. Malahan bukan itu sahaja, karbohidrat juga penting kepada tubuh kita. Karbohidrat diperlukan untuk menguatkan otot tubuh disamping memberi tenaga. Zat ini dapat diperoleh daripada glukosa dalam gula. Selain itu, terdapat berbagai-bagai lagi zat makanan yang diperlukan oleh tubuh. Namun begitu, kita harus mengambil makanan mengikut kadar yang sesuai dan tidak secara berlebihan. Pengambilan makanan yang berzat

1. Apakah yang mempengaruhi kesihatan tubuh seseorang?

______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________
2. Mengapakah karbohidrat diperlukan oleh tubuh?

______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ditubuhkan secara rasmi pada 27 April 1934. Slogan TLDM ialah Sedia Berkorban. Manakala, misi TLDM pula ialah menjaga kedaulatan dan kepentingan Maritim Malaysia. Antara tugas TLDM adalah mengawal pantai dan menjaga perairan Negara daripada ancaman musuh. Malahan bukan itu sahaja, TLDM juga mempunyai tugas lain, iaitu mempertahankan laluan perkapalan di lautan. Sekiranya berlaku peperangan, TLDM akan bertempur dengan kapal angkatan laut musuh. Selain itu, TLDM juga turut mengadakan pengawasan dan pengintipan kapal selan untuk memastikan tiada pergerakan musuh. Terdapat juga agensiagensi lain yang menggunakan kemudahan pengangkutan laut yang disediakan oleh pihak TLDM. Di samping itu, TLDM juga mempunyai pelbagai jenis kapal. Kapal-kapal tersebut mempunyai nama-nama yang menarik seperti Kapal Diraja Pelanduk, Kapal Diraja Lekir, Kapal Diraja Gempita, Kapal Diraja Sri Indera Sakti, Kapal Diraja Kinabalu, Kapal Diraja Jerai, dan banyak lagi. Namun begitu, kapal-kapal TLDM ini mempunyai fungsinya tersendiri. Antara fungsi kapal-kapal tersebut adalah mengesan periuk api,

1. Apakah yang akan dilakukan oleh TLDM sekiranya berlaku

peperangan? ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________


2. Mengapakah TLDM mengadakan pengawasan dan pengintipan kapal

selam? ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia Ketua Kampung Lempor, dan penduduk kampung sekalian. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk berucap bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan ke-54 peringkat Kampung Lempor ini. Para hadirin yang dihormati, Pada pagi yang berbahagian ni, dapat kta berkumpul beramai-ramai di padang bola sepak ini dalam suasana yang ceria dan gembira. Kita patut bersyukur kerana dapat berhimpun untuk sama-sama meraikan Hari Kemerdekaan Negara yang penuh erti ini. Para hadirin sekalian, Sesungguhnyam majlis ini amat besar ertinya. Selain mencari dan memahami erti kemerdekaan, majlis ini juga menunjukkan bahawa perpaduan dalam kalangan penduduk kampung memang sudah terjalin erat. Malahan tanpa perpaduan, sukar untuk mencapai kemerdekaan. Namun, mengisi dan kemerdekaan tidak akan dapat dicapai. Memang mengekalkan kemerdekaan adalah lebih sukar. Bagaimanakah dapat diisi kebebasan itu seandainya kita tidak bersatu padu dan meningkatkan usaha? Bagaimanakah kita mahu mengekalkan kemerdekaan jika kita hidup berpecah belah? Demi kemajuan kampung, negeri, dan seterusnya Negara, saya sebagai Pegawai Daerah Kuala Kangsar, menyeru agar kemerdekaan yang dinikmati ini dipelihara. Perpaduan yang telah ditunjukkan harus dikekalkan. Saya dengan sukacitanya merasmikan majlis sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-54 peringkat Kampung

1. Mengapakah penduduk Kampung Lempor berhimpun di padang bola

sepak? ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________


2. Mengapakah penduduk Kampung Lempor patut bersyukur?

______________________________________________________________________

Internet merupakan rangkaian telekomunikasi yang luas tanpa batasan tempat dan masa. Sejajar dengan arus perkembangan sains dan teknologi yang pesat, syarikat-syarikat mega Internet turut menawarkan pelbagai kemudahan yang dapat memanafaatkan pengguna. Untuk berkomunikasi melalui internet, pengguna internet hanya perlu menaip teks di skrin sebelum dihantar kepada penerima dengan menekan butang masuk. Keadaan ini pastinya dapat mengeratkan hubungan antara satu dengan yang lain. Selain sebagai jaringan komunikasi, internet juga dapat meluaskan pengetahuan pengguna. Dengan melayari internet, pengguna dapat mengetahui berita-berita terkini yang berlaku di dalam mahupun di luar Negara. Dalam erti kata lain, kita tidak akan dianggap seperti katak di bawah tempurung. Di samping itu, perkhidmatan internet turut memajukan bidang perniagaan. Segala urusan jual beli dapat dilakukan pada bila-bila masa melalui internet. Pengguna dapat membeli barangan yang diingini hanya dengan menaip nombor yang tertera pada kad kreadit. Dengan itu, internet dapat menjimatkan masa dan wang. Walau bagaimanapun, Justeru, internet turut perlulah mengundang bijak keburukan sekiranya

disalahgunakan.

pengguna

menggunakan

perkhidmatan

1. Apakah kesan perkembangan sains dan teknologi yang pesat ?

______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________
2. Bagaimanakah internet dapat meluaskan pengetahuan pengguna?

______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________
3. Bagaimanakah bidang perniagaan dapat dimajukan melalui internet?

______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________

Takut akan mata pelajaran Matematik dalam kalangan murid dianggap sebagai masalah besar. Walau bagaimanapun, masalah ini perlu diatasi dengan segera. Sebenarnya, masalah ini memerlukan kerjasama dan perhatian daripada ibu bapa. Pendidikan di rumah pada asasnya banyak membantu melahirkan kesedaran tentang pentingnya Matematik dalam jangka masa panjang. Malahan, Matematik juga dapat membina pemikiran secara logik tentang sesuatu perkara. Ibu bapa hendaklah memberikan motivasi kepada anak-anak mereka untuk mempelajari Matematik dengan pelbagai cara. Antaranya melalui kegiatan seharian seperti ketika membeli-belah. Ibu bapa boleh meminta anak-anak mengaplikasikan maklumat yang diperoleh melalui mata pelajaran Matematik dalam kehidupan seharian. Contohnya ibu bapa boleh meminta anak-anak mencongak harga barangan yang dibeli. Selain itu, pembelajaran Matematik jangan dilakukan secara paksa. Paksaan akan menyebabkan anak-anak menjadi takut akan Matematik. Matematik sebenarnya tidak sukar. Kehendak pengajaran yang hanya bertumpu kepada usaha menyelesaikan masalah menyebabkan Matematik dianggap sukar. Di samping itu, anak-anak juga perlu digalakkan agar mencintai Matematik dengan cara mendidik mereka berfikir secara logic. Berfikiran logik membantu anakanak agar lebih peka akan Matematik. Kesimpulannya, ibu bapa haruslah menanamkan semangat cinta akan

Matematik kepada anak-anak di samping memberi keyakinan diri kepada mereka.

1. Siapakah yang bertanggungjawab mendidik anak-anak dalam mata

pelajaran Matematik secara tidak formal? ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________


2. Bagaimanakah ibu bapa boleh membantu anak-anak mempelajari

Matematik? ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________

Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor merupakan angkasawan Malaysia yang pertama. Beliau telah dilahirkan pada 27 Julai 1972 di Kuala Lumpur. Anak kelahiran Kuala Lumpur ini telah mendapat pendidikan wal di Maktab Rendah Sains MARA Muar, Johor. Seterusnya, beliau telah melanjutkan pelajarannya ke peringkat Ijazah perubatan di Kolej Perubatan Kasturba, Manipal, India. Sebelum bergelar angkasawan Negara, beliau merupakan doktor bedah ortopedik dan pensyarah perubatan pelatih di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. Sebelum itu, beliau telah berkhidmat di Hospital Seremban, Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Selayang. Sebelum meninggalkan bumi

You might also like