You are on page 1of 12

1.

0 PENGENALAN Malaysia dan Indonesia adalah dua negara jiran yang rapat di Asia Tenggara yang mempunyai warisan sejarah, bahasa dan kebudayaan, serta rakyatnya terdiri daripada rumpun yang sama. Namun begitu, hubungan kedua negara ini banyak dipengaruhi oleh perasaan bigbrotherism Indonesia. Perasaan ini wujud apabila Indonesia dilihat lebih tinggi kedudukannya disebabkan memiliki saiz negara yang luas, jumlah penduduk yang ramai serta sejarah dan budaya yang lama. Malaysia pula dilihat lebih rendah kedudukannya disebabkan oleh keadaannya yang lebih kecil dari segi kawasan, rakyat dan kedudukan yang belum menonjol dalam dunia antarabangsa. Perasaan kebanggaan Indonesia juga dilihat apabila negara itu terlebih dahulu mencapai kemerdekaan melalui revolusi yang membentuk sikap dan budaya masyarakat Indonesia. Berbeza dengan kemerdekaan yang dicapai oleh Malaysia iaitu melalui rundingan dan diplomasi. Indonesia juga memiliki rasa kebanggaan (sense of entitlement) iaitu mahu negara serantau mengakui kedudukan Indonesia. Indonesia menjadi tumpuan kuasa besar kerana keadaan geopolitik dan kepimpinan Indonesia dalam Pergerakan Negara-Negara Berkecuali pada tahun 1950-60-an semasa pemerintahan Sukarno menjadikan Indonesia dihormati dalam kalangan negara Dunia Ketiga. 2.0 ISU PERASAAN BIG-BROTHERISM INDONESIA-MALAYSIA 2.1 IRIAN BARAT

Indonesia menuntut Irian Barat kerana menganggap wilayahnya merangkumi semua bekas tanah jajahan Belanda tetapi Belanda menyatakan Irian Barat atau Ducth Papua New Guinea tidak boleh dianggap sebahagian daripada Indonesia kerana orang Papua bukan daripada rumpun Indonesia.
1

Isu tuntutan Irian barat telah dibawa oleh Indonesia ke dalam agenda mesyuarat PBB pada bulan September 1957. Indonesia mengharapkan Malaysia menyokong usulnya untuk mendapatkan Irian Barat. Pendirian Malaysia yang berkecuali pada waktu itu telah dianggap tidak menyokong Indonesia dalam perjuangan menuntut Irian Barat. Ini menyebabkan akhbar-akhbar Indonesia telah mengecam pendirian Malaysia.1 Tunku Abdul Rahman menawarkan jasa baiknya menjadi orang tengah untuk menyelesaikan isu tersebut. Dr Subandrio selaku Menteri Luar Indonesia telah mengecam usaha Tunku Abdul Rahman serta menolak pandangan beliau untuk menghantar suruhanjaya penyiasat PBB ke Irian Barat. Menurut beliau, Indonesia tidak mahu isu Irian Barat menjadi isu antarabangsa di bawah PBB dan menyatakan bahawa adalah tidak berguna PBB menghantar pesuruhjaya ke Irian Barat kerana Irian Barat adalah wilayah Indonesia. Indonesia juga mengecam Tunku dengan menyatakan beliau menjalankan usaha tersebut tanpa pengetahuan Indonesia. Indonesia menolak isu Irian Barat dijadikan sebagai masalah antarabangsa dan menegaskan Indonesia boleh mendapatkan Irian Barat tanpa bantuan pihak lain. Tunku Abdul Rahman kecewa dengan sikap Indonesia dengan usaha pendamaian beliau terhadap isu Irian Barat, maka Tunku Abdul Rahman telah mengambil keputusan untuk tidak lagi menjadi orang tengah dalam isu ini. Sungguhpun Tunku Abdul Rahman kecewa dalam usahanya tetapi kerajaan Malaysia pimpinan beliau tetap menyokong Indonesia mendapatkan semula Irian Barat berikutan keadaan di Irian Barat bertambah tegang pada tahun 1961 dan tahun 1962. Pada Ogos 1962, Belanda dan Indonesia mengadakan rundingan sulit di Virginia yang dipengerusikan oleh Ellsworth Bunker2.
1

Antara Daily News Bulletin, 2 Oktober 1957 dan juga Hazra Malayas Foreign Relations, hlm 161 dalam Kunaseelan A/L Muniandy. (1996). Hubungan Malaysia-Indonesia 1957-1970. Hlm 77
2

Ellsworth Bunker ialah bekas Duta Amerika ke India dan merupakan wakil setiausaha Agung PBB untuk menyelesaikan isu Irian Barat

Belanda dan Indonesia bersetuju Irian Barat diletakkan di bawah mandat PBB untuk tempoh kurang setahun sebelum diserahkan kepada Indonesia pada 1 Mei 1963. 2.2 PEMBERONTAKAN PEMERINTAHAN REVOLUSIONER REPUBLIK INDONESIA (PRRI) Isu pemberontakan Pemerintahan Revolusioner Republik Indonesia (PRRI) membawa kepada kerajaan Tanah Melayu dituduh memberi perlindungan kepada pemberontak PRRI. Kerajaan Tanah Melayu tidak menghalang anggota PRRI keluar masuk ke Tanah Melayu kerana tidak ada undang-undang yang boleh menghalang mereka masuk ke wilayah Tanah Melayu.3 Pendirian Malaya tidak diterima oleh pihak Indonesia yang masih tidak berpuas hati kepada pemberontak yang bebas keluar masuk dari Tanah Melayu. Isu ini menyebabkan hubungan dingin antara kedua-dua negara apabila Tanah Melayu memberi suaka politik kepada 30 orang pemberontak dan pendirian untuk tidak menyerahkan pemberontak tersebut kepada Indonesia kerana tidak ada perjanjian ekstradisi antara kedua-dua negara.4 Hubungan antara kedua-dua negara cuba dipulihkan apabila kerajaan Indonesia meminta Tanah Melayu membantu kerajaan Indonesia dalam membanteras pemberontakan. Kerajaan Tanah Melayu diminta untuk menghalang kemasukan para pemberontak PRRI ke wilayahnya. Walau bagaimanapun, tuntutan tersebut telah ditolak oleh Tanah Melayu atas alasan para pemberontak PRRI masih menggunakan dokumen perjalanan yang sah.5 Pada masa yang sama, 30 orang pemberontak yang berada di Tanah Melayu bersama dengan pemimpin-pemimpin Parti Masjumi dan Parti Sosialis Indonesia telah

Antara Daily News Bulletin, 22 Mei 1985 dalam Kunaseelan A/L Muniandy. (1996). Hubungan MalaysiaIndonesia 1957-1970. (hlm : 68). 4 Ruhanas Harun. Kerjasama dan Konflik dalam Hubungan Malaysia-Indonesia. 2006 hlm. 53. 5 Malaya/Indonesia Relations 31 August 1957-15th September 1963 dan Zainal Abidin Abdul Wahid, Sejarah Dasar Luar Malaysia, hlm 16 dalam Kunaseelan A/L Muniandy. (1996). Hubungan Malaysia-Indonesia 19571970. Hlm : 69.

memohon perlindungan politik.6 Permohonan mereka telah dibantu oleh rakyat Tanah Melayu yang berketurunan Sumatera yang bersimpati dengan perjuangan PRRI. 7 Pemberontak yang diberikan perlindungan itu sanggup meminta perlindungan politik di Tanah Melayu daripada menyerah diri kepada kerajaan Indonesia yang belum menawarkan pengampunan kepada mereka.8 Keputusan untuk tidak membenarkan pemberontakan tersebut berada di Tanah Melayu tidak dapat ditunaikan ekoran daripada perlindungan telah diberikan kepada mereka sebelum senarai pembatalan dokumen perjalanan diberikan. Ketegangan antara Indonesia dan Tanah Melayu semakin dingin kerana Indonesia begitu mengharapkan Tanah Melayu menghantar pulang pemberontak yang diberikan perlindungan politik itu. Walau bagaimanapun, Tanah Melayu tidak mengambil sebarang tindakan kepada pemberontak untuk menghantar mereka pulang.9 Konflik berkaitan dengan isu PRRI semakin berterusan dan lebih merumitkan lagi apabila akhbar-akhbar Indonesia mendesak kerajaan Tanah Melayu untuk menyerahkan 30 anggota PRRI kepada kerajaan Indonesia. 10 Selain itu, aspek yang menimbulkan ketegangan dalam isu PRRI juga berkaitan dengan penyeludupan. Para pemberontakan telah menyeludup bahan-bahan pengeluaran penting dari sumatera sehingga menyebabkan kerajaan pusat telah kehilangan sejumlah besar pertukaran asing dan duti kastam. Penyeludupan yang dihantar ke Singapura dan Malaysia telah menguntungkan saudagar-saudagar di Singapura. Kerajaan Tanah Melayu dan pihak berkuasa British di Singapura telah dituduh tidak berusaha membanteras penyeludupan tersebut. Pemberontak juga telah membeli senjata untuk perjuangan mereka

The Malay Mail, 2 Jun 1963. Parti Masjumi dan Parti Sosiolis Indonesia telah diharamkan oleh Presiden Sukarno dalam Kunaseelan A/L Muniandy. (1996). Hubungan Malaysia-Indonesia 1957-1970. 7 Ott, The Sources and Content of Malaysian Policy (1971) dalam Kunaseelan A/L Muniandy. (1996). Hubungan Malaysia-Indonesia 1957-1970. Hlm : 69. 8 Kunaseelan a/l Muniandy, Hubungan Malaysia Indonesia 1957-1970, 1996, hlm 69. 9 Ibid, hlm 70. 10 Ibid, hlm 71.

di Singapura ekoran daripada keuntungan penyeludupan ini.11 Para pembenrontak juga mendapat bantuan dari Taiwan dan pihak Barat, khususnya Amerika Syarikat. Bantuan banyak disalurkan melalui Central Intelligence Agency (CIA).12 2.3 KONFRONTASI INDONESIA-MALAYSIA Indonesia-Malaysia pada tahun 1963 sehingga 1966 disebabkan

Konfrontasi

ketidakpuasan Indonesia terhadap pengisytiharan penubuhan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Indonesia berasa tidak puas hati apabila tidak dilibatkan dalam konsultasi mengenai cadangan pembentukan Malaysia yang menggabungkan Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei sebagai satu negara.13 Kemarahan Indonesia juga disebabkan apabila Tunku Abdul Rahman menandatangani Perjanjian London untuk menetapkan pembentukan Malaysia pada 31 Ogos 1963. Indonesia menyatakan Malaysia sebagai negara anggota Maphilindo pada ketika itu tidak sepatutnya membuat sebarang perjanjian dengan pihak ketiga tanpa persetujuan ahli anggota. Titik tolak penentangan dan ketidakpuasan hati Indonesia dalam pembentukan Malaysia sebenarnya disebabkan negara Indonesia ingin menjadi pemimpin dalam rantau Nusantara melalui rancangan jangka panjangnya yang dipanggil Indonesia Raya (Greater Indonesia). Menurut Muhammad Yamin, Menteri Penerangan Indonesia menyatakan dalam tahun 1958 bahawa Indonesia adalah pewaris sah bagi semua bekas wilayah Nusantara14. Hal ini menyebabkan Presiden Indonesia semakin kuat menentang pembentukan Malaysia yang mengganggu rancangan Indonesia Raya. Ia memperlihatkan
11 12

Kunaseelan a/l Muniandy, Hubungan Malaysia Indonesia 1957-1970, 1996, hlm 75. Curtis, Malaysia and Indonesia, hlm 21 dan Hindley, Indonesias Confrontation with Malaysia, Hlm 907 dalam Kunaseelan A/L Muniandy. (1996). Hubungan Malaysia-Indonesia 1957-1970. Hlm 75. 13 Ruhanas Harun, Malaysias Foreign Relations 2006, Hlm 57 14 Nusantara mengikut Muhammad Yamin terdiri daripada lapan kumpulan pulau iaitu semenanjung Tanah Melayu, Sumatera, Borneo, Jawa, kumpulan pulau-pulau Tenggara, Pulau Sulawesi, Kepulauan Maluku dan wilayah Irian Barat.

bahawa Presiden Indonesia mempunyai cita-cita dan impian besar untuk merealisasikan sebuah negara Indonesia yang lebih besar Indonesia Raya. Jelas dilihat bahawa bukan sahaja Indonesia ingin menjadi pemimpin tetapi ingin menguasai semua wilayah yang dahulunya termasuk dalam wilayah Nusantara. Konfrontasi yang berlaku melalui penglibatan politik, diplomatik, ekonomi dan juga ketenteraan adalah salah satu langkah Indonesia untuk melumpuhkan Malaysia dan menggagalkan pembentukan gagasan Malaysia. Indonesia juga boleh menguasai Malaysia dan menjadi pemimpin apabila Indonesia Raya berjaya dilaksanakan. Malaysia telah memutuskan hubungan diplomatik dengan Indonesia disebabkan keengganan Indonesia mengiktiraf Malaysia yang baru terbentuk. Akibatnya berlaku rusuhan anti-Malaysia di bandar utama Indonesia. Konfrontasi ini berakhir apabila Sukarno menyerahkan kuasa kepada Suharto. 2.4 2.4.1 MASALAH PERTINDIHAN TUNTUTAN WILAYAH TUNTUTAN SIPADAN & LIGITAN

Isu mengenai dua buah pulau di perairan Sabah yang berdekatan dengan Kalimantan Timur Indonesia iaitu Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan menjadi persoalan hangat di antara Malaysia dan Indonesia yang sama-sama menuntut hak ke atasnya 15. Sejak awal lagi. Indonesia membantah Peta Malaysia 1979 yang meletakkan kedua-dua buah pulau tersebut ke dalam wilayah perairan atau continental shelf Malaysia. Isu kepulauan tersebut kurang mendapat perhatian sehinggalah pertengahan tahun 1991 apabila Malaysia dikatakan cuba membangun kepulauan tersebut sebagai destinasi tarikan pelancong yang mendapat liputan media massa. Sejak itu, isu tersebut menjadi bahan bagi media

15

Nik Anuar Nik Mahmud, 2003. Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan Isu Sempadan dan Kedaulatan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm 86.

Indonesia dan diambil kesempatan oleh golongan birokrasi Indonesia sehingga ia menjadi sebegitu sensitif yang boleh merenggangkan hubungan dua hala kedua negara jiran jika ianya tidak di atasi. Kedua-dua buah pulau itu terus menjadi bahan isu sensitif semasa kempen Pemilihan Umum Indonesia yang mendesak kerajaan mengambil tindakan yang lebih tegas untuk menuntut hak ke atas kepulauan tersebut. Pertemuan antara Presiden Soeharto dan Dato Hussein Onn pada 26 Mac 1980 di Kuantan memutuskan untuk menyelesaikan masalah melalui rundingan, namun usaha tersebut gagal. Selepas rundingan melalui ASEAN juga gagal menyelesaikan pertikaian, pada 2 November 1998 kedua-dua pihak bersetuju untuk membawa kes ini ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Pada 3 Jun 2002 wakil Malaysia dan Indonesia membentang hujah masing-masing mempertahankan hak kedaulatan ke atas pulau-pulau tersebut di Mahkamah Keadilan Antarabangsa, The Hague. Keputusan yang dikeluarkan pada 17 Disember 2002 memberi hak kedaulatan terhadap wilayah Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan kepada Malaysia. 16 Secara kesimpulannya, pertikaian Indonesia dalam menentang pemilikan Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan kepada Malaysia selama 33 tahun ini akhirnya ditamatkan dengan keputusan 16-1 oleh badan perundangan tertinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Keadaan ini dilihat bahawa Indonesia berusaha untuk mempertahankan haknya ke atas kedua-dua pulau tersebut yang pada dasarnya kedua-dua pulau ini adalah sah milik Malaysia berasaskan perjanjian dan Konvensyen yang dimeterai oleh kerajaan British dengan Belanda semenjak 1878 lagi. 2.4 TUNTUTAN AMBALAT
16

Ruhanas Harun, 2006. Malaysias Foreign Relations Issues and Challenges. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Hal: 69

Isu Ambalat timbul apabila Indonesia membantah keputusan kerajaan Malaysia membenarkan PETRONAS memberikan konsesi cari gali minyak dan gas di Blok 6 dan 7 di kawasan tersebut. Kawasan perairan Ambalat mempunyai sumber minyak mentah dan gas asli yang mampu diterokai selama 30 tahun dan memberi pulangan yang lumayan. Pertikaian antara Malaysia dengan Indonesia semakin memuncak apabila Indonesia menuduh Malaysia menceroboh kawasan tersebut dengan menggunakan peta baru Malaysia 1979 mengenai sempadan laut wilayah dan pelantar benua negara yang tidak diiktiraf oleh negara-negara lain khususnya negara-negara jiran Malaysia. Persengketaan antara kedua-dua buah negara terus berlanjutan setelah media massa Indonesia melaporkan bahawa kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan jet pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menceroboh kawasan milik Indonesia pada tahun 2007 dan penghujung Mei 2009. Tentera Nasional Indonesia Laut (TNI-AL) agak beremosional dengan menggunakan ancaman kekerasan dan hampir melepaskan tembakan kepada TLDM bagi menghalang TLDM daripada terus menjalankan rondaan di kawasan tersebut. Indonesia turut menempatkan tujuh buah kapal perang di kawasan pertikaian bagi memantau dan sebagai langkah berjaga-jaga jika berlaku sebarang kemungkinan. Keegoan Indoensia semakin memuncak apabila rakyat Indonesia turut melakukan tunjuk perasaan ke atas Kedutaan Besar Malaysia yang berada di Indonesia dengan harapan agar Malaysia tidak lagi menceroboh kawasan Ambalat seperti yang didakwa oleh TNI-AL terhadap TLDM dan TUDM. Tujuan membesarkan isu tersebut adalah begitu tersurat iaitu untuk memberi tekanan kepada perunding Indonesia supaya mengamalkan strategi tiada tolak ansur dengan Malaysia.17 2.5 TENAGA KERJA INDONESIA

17

Azmi Hassan. (2009). Tuntutan Ambalat ada Agenda Tempatan. Utusan Malaysia, 13 Jun 2009

Kedatangan tenaga kerja Indonesia ke Malaysia telah berjaya mengurangkan masalah tenaga kerja di Indonesia terutamanya selepas berlaku krisis kewangan 1997. Kehadiran tenaga kerja asing yang begitu ramai ditambah pula dengan kedatangan pendatang tanpa izin telah menyebabkan pelbagai masalah sosial yang timbul serta beban kepada prasarana yang terpaksa ditanggung Malaysia.18 Pihak berkuasa Malaysia telah mengambil tindakan terhadap rakyat Indonesia yang menimbulkan masalah sehingga menyebabkan kerajaan Indonesia sangat marah kepada Malaysia. Kes yang pernah berlaku di Nilai iaitu beberapa orang dalam kalangan pekerja asing dari rakyat Indonesia telah diupah oleh agensi kerajaan Malaysia supaya menghasut pekerja asing Indonesia yang lain untuk bertindak ganas dengan mengadakan rusuhan. Oleh itu, kerajaan Malaysia mempunyai alasan untuk menghantar pekerja Indonesia pulang dan dapat menyekat kemasukan pekerja asing lain untuk masuk ke Malaysia.19 Kerajaan Malaysia telah mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan kebanjiran pendatang tanpa izin seperti program pemutihan dan proses mendaftar rakyat Indonesia yang datang ke Malaysia sejak 1989. Hal ini tidak disenangi oleh kerajaan Indonesia yang menyebabkan ketegangan dalam hubungan dua hala Malaysia-Indonesia. Malaysia menyatakan bahawa program pemutihan bukan bertujuan menolak warga Indonesia, tetapi menerima mereka yang datang dengan cara yang sah melalui saluran dan mengikut undang-undang.20 Selain itu, timbul isu apabila akhbar kedua-dua negara memaparkan kisah-kisah layanan buruk yang dilakukan oleh beberapa majikan Malaysia terhadap pekerja Indonesia terutama pembantu rumah. Salah satu kes yang menjadi perhatian ramai di
18

Ruhanas Harun. 2006. Malaysias Foreign Relations (Issues and Challenges). Kuala Lumpur: Universiti of Malaya Press. Halaman 67. 19 http://tranung2.tripod.com/b01/tarabulsi124.htm 20 Ibid. Halaman 68.

kedua-dua negara ialah kes Nirmala Bonat yang didera oleh majikan Malaysia. Kejadian ini telah di menyebabkan masyarakat Indonesia marah terhadap Malaysia. Namun, kes ini telah reda apabila Malaysia telah dijatuhkan hukuman kepada tertuduh setimpal dengan perbuatan. 2.6 KEBUDAYAAN Isu kebudayaan seperti tarian, makanan dan alat-alat kesenian turut timbul apabila Indonesia menyatakan Malaysia mengambil budaya Indonesia sebagai budaya asli milik Malaysia. Isu ini tidak disenangi oleh Indonesia kerana kebudayaannya telah lama diamalkan oleh Indonesia. Indonesia menyatakan bahawa Malaysia meniru atau menciplak kesenian dan kebudayaan Indonesia. Media Indonesia menyatakan bahawa kebanyakan seni yang diamalkan di Malaysia hampir sama dengan Indonesia. Isu ini timbul berikutan keputusan UNESCO mengisytiharkan pembuatan batik sebagai warisan Indonesia. Batik yang dimaksudkan ini adalah batik tulis, bukannya batik cap. Oleh itu, batik Malaysia dan batik Indonesia yang diperakui UNESCO sebagai budaya asli Indonesia itu adalah berbeza kerana batik Malaysia adalah batik cap manakala batik Indonesia adalah batik tulis. Selain itu, Indonesia marah kerana menganggap Malaysia mengambil lagu Rasa Sayangge sebagai lagu rakyat. Oleh yang demikian, demi menjaga hubungan baik Malaysia-Indonesia, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Datuk Rais Yatim, mengatakan lagu tersebut sebagai lagu Nusantara. Pernyataan ini sekaligus memperakui bahawa lagu tersebut milik Indonesia. Hal kebudayaan ini menyebabkan rakyat Indonesia marah dengan Malaysia kerana merasakan kesenian daerahnya dirampas oleh Malaysia sehingga Indonesia menggelarkan
10

Malaysia sebagai Malingsia. Namun begitu, Malaysia tidak pernah mendakwa bahawa kebudayaan ini datangnya dari Malaysia. Sebaliknya, dijelaskan bahawa kebudayaan yang berasal dari Indonesia telah lama dikembangkan di Malaysia melalui rakyat asal Indonesia yang kini menjadi sebahagian besar warganegara Malaysia. 3.0 KESIMPULAN Perasaan big brotherism Indonesia wujud kerana Indonesia mahu Malaysia mengalah di dalam setiap isu yang timbul antara kedua-dua negara. Hal ini disebabkan Indonesia berasa malu dan tercabar dengan setiap tindakan berhubung isu yang telah dinyatakan. Indonesia juga berasa bimbang sekiranya kedudukan negaranya akan lebih rendah daripada negara Malaysia. Indonesia harus mengakui bahawa negara yang dianggap kecil dan lemah boleh berkembang dengan identiti, personaliti dan kredibilitinya tersendiri. Oleh itu, hubungan Malaysia-Indonesia perlulah berlandaskan international norms of inter-state relations21 iaitu sesebuah negara perlu menghormati kedaulatan negara lain dan tidak berlandaskan perasaan big brotherism. BIBLIOGRAFI Kunaseelan a/l Muniandy (1996), Hubungan Malaysia Indonesia 1957-1970,Selangor : Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Anuar Nik Mahmud (2003). Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan Isu Sempadan dan Kedaulatan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ruhanas Harun (2006). Kerjasama dan Konflik dalam Hubungan Malaysia-Indonesia. Kuala Lumpur

: Universiti Malaya.

21

Ruhanas Harun (2006). Kerjasama dan Konflik dalam Hubungan Malaysia-Indonesia. Hlm : 71.

11

Azmi Hassan. (2009). Tuntutan Ambalat ada Agenda Tempatan. Utusan Malaysia, 13 Jun 2009
Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu. Di sebalik rusuhan pekerja Indonesia di Nilai. Diperolehi pada 6 April 2011 daripada : http://tranung2. tripod. com/b01/ tarabulsi124. htm.

12

You might also like