You are on page 1of 3

Saya telah menjalankan kajian secara berkumpulan yang bertajuk bangunan

bersejarah, Muzium Sultan Abu Bakar, Istana Besar Johor di Johor Bahru, Johor.

Terdapat beberapa hasil kajian yang saya dapat dengan menjalankan kajian ini.

Muzium Sultan Abu Bakar iaitu Istana Besar Johor telah dibina pada tahun 1864

dan siap sepenuhnya pada tahun 1866 sebaik sahaja sebelum Sultan Abu Bakar melawat

Eropah untuk kali pertama. Bangunan ini dibina oleh Sultan Abu Bakar, sultan negeri

Johor yang ke-21 yang pada ketika itu digelar Bapa Johor Moden dan dijadikan sebagai

kediaman rasminya. Lokasi Muzium Sultan Abu Bakar ialah di Sayap Utara Istana Besar

Johor dan menghadap Selat Melaka.

Muzium Sultan Abu Bakar mempunyai tiga buah bangunan yang menempatkan

pelbagai koleksi unik keluarga DiRaja Johor seperti hadiah-hadiah dari pembesar dunia,

koleksi barangan perak, pakaian, koleksi gambar-gambar lama keluarga DiRaja bermula

dari zaman Sultan Abu Bakar, koleksi perburuan dan sebagainya. Bangunan ini telah

diperbesarkan dan dipercantikkan lagi dalam beberapa tahun. Sultan Abu Bakar yang

mengarah pembinaan istana ini mahukan istana ini dibina dangan pengaruh Renaissance

tetapi dipengaruhi dengan gaya Melayu-Inggeris dan dibina oleh pekerja tempatan

dibawah arahan arkitek Eropah. Kebanyakan perabot di istana ini ditempah khas dari

England pada tahun 1866 dan Bginda sendiri juga telah memantau pembinaan taman di

istana ini.

4
Dahulu, Muzium Sultan Abu Bakar yang juga diberi nama Istana Besar Johor

menjadi kediaman rasmi bagi keluarga DiRaja Sultan Abu Bakar dan sekarang, bangunan

ini dijadikan muzium dengan rasminya pada tahun 1982. Muzium ini juga digunakan

untuk acara rasmi kerajaan negeri dan nagara dan menjadi salah satu peninggalan sejarah

yang amat berharga bagi negeri Johor selain menjadi salah satu bangunan yang tertua di

Johor Bahru.

Berdasarkan kajian yang saya jalankan, saya berasa bangga kerana saya salah

seorang rakyat Malaysia yang tinggal di negeri Johor kerana terdapat pelbagai bangunan

bersejarah di negeri ini.


Seperti bangunan yang saya kaji, saya mendapati bahawa Sultan Abu Bakar ialah

seorang sultan yang berwibawa. Selain membina Muzium Sultan Abu Bakar yang juga

dikenali sebagai Istana Besar Johor, baginda juga telah membina sebuah sekolah pada

tahun 1930 yang dikenali sebagai Maktab Sultan Abu Bakar atau English College. Saya

berasa kagum kerana sehingga sekarang bangunan yang dibina ini masih lagi dugunakan

sebagai pemberi maklumat.

PETA GAMBAR LAKARAN

You might also like