You are on page 1of 20

Nama: _____________________________ Kelas : ____________

Sekolah: _____________________________________________

SULIT
BAHASA MELAYU
Ramalan 1/2009

PEMBELAJARAN DAN PENILAIAN


PMR BAHASA MELAYU
(Soalan Ramalan )

Arahan Am:

1. Kertas soalan ini mengandungi 60 soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan diikuti empat pilihan jawapan A, B, C dan D atau empat


pilihan
jawapan A, B, C, dan D. Antaranya, ada satu jawapan sahaja yang betul.
Pilih jawapan itu.

Untuk Soalan 1 hingga 60, tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan.
Pilih satu jawapan terbaik bagi tiap-tiap soalan.

Bacalah petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan


yang berikutnya.

Manusia yang tidak tahu menilai masa akan membiarkan masa berlalu begitu
sahaja. Mereka tidak sedar bahawa " Masa itu seperti emas". Golongan yang tahu menilai
masa akan menghargai masa dan menggunakan masa untuk membuat kerja-kerja yang
mendatangkan kebaikan. Mereka merasakan masa 24 jam sehari itu seperti tidak
mencukupi, malah ada yang sanggup mengorbankan masa tidur mereka.
Muhammad Aqil Hafiz
SMKS7,Shah Alam
2009
1
Pujangga Arab menyatakan "Masa itu ibarat pedang- jika kamu tidak
memotongnya, maka ia akan memotong kamu ". Kebelakangan ini kita sering
mendengar para remaja 'melepak' di kompleks beli-belah atau di tepi pantai kerana
mereka tidak tahu menilai betapa berharganya masa. Dalam dunia yang serba canggih ini
pula remaja lebih suka menghabiskan masa bersembang di internet untuk menyampaikan
pelbagai maklumat kepada sahabat handai atau mengunjungi kafe siber.

Kebanyakan mereka lebih suka'bersidai' di lokasi-lokasi tersebut dengan alasan


mencari ketenangan atau menghilangkan kerisauan dan kebosanan. Apakah faedah yang
boleh mereka perolehi selain daripada menjamu selera mata dan nafsu? Yang jelasnya,
mereka hanya dapat berangan-angan kosong dan membebankan fikiran apabila yang
direnungkan hilang dari pandangan dan apa yang difikirkan tidak tercapai.

Sebenarnya manusia ini semuanya akan kerugian jika dibandingkan dengan


masa-masa yang berlalu kecuali bagi orang yang tahu menilai erti hidup, umur dan
masa. Hal ini terjadi kerana masa hidup di dunia ini agak terhad berbanding masa
yang akan datang. Oleh itu, hanya mereka yang melakukan amalan kebajikan,
mengingatkan sahabat handainya tentang perkara kebaikan, dan melakukan
pekerjaan yang baik dengan kesabaran tanpa membuang masa yang akan
mendapat hasil yang positif suatu hari nanti.

Setiap pergerakan masa menghampirkan kita kepada penghujung usia. Setiap detik
yang berlalu berkaitan dengan usia kita yang semakin meningkat. Sesiapa yang
membiarkan usianya berlalu tanpa membuat sesuatu yang berfaedah untuk dirinya maka
dialah yang akan rugi sendiri. Masa memainkan peranan penting kepada manusia. Sedetik
masa yang digunakan untuk berbakti kepada tanah akan menghasilkan tanaman yang
menghijau dan menjadi sumber kehidupan kita.
Sesaat masa digunakan untuk berbakti kepada manusia, maka pahala adalah
ganjarannya.

Masa begitu penting kepada kita, tetapi mengapakah masih banyak yang
membiarkan masa berlalu dengan mudik ke hulu ke hilir tanpa tujuan, bersandar di
bahu-bahu jalan, di warung-warung atau di kompleks beli-belah? Gunakan masa
sebaik-baiknya dengan membuat amalan yang berfaedah seperti menceriakan
kawasan rumah, bertanam sayuran, membantu orang susah, membuat kerja
kebajikan di rumah orang tua-tua atau melakukan hobi yang berfaedah. Bagi
pelajar, mereka sepatutnya menggunakan ruang masa menerokai dunia internet
dengan mencari maklumatyang berfaedah untuk pendidikan. Para belia pula
gunakanlah masa perayauan di dunia siber untuk mencari peluang pekerjaan yang lebih
baik atau mencari peluang berniaga untuk mempertingkatkan taraf hidup, bukannya
berfoya-foya dengan membuang masa.

Soalan 1: Bagaimanakah golongan yang tidak tahu menilai masa menggunakan masa
mereka?
A. Mereka membiarkan masa berlalu begitu sahaja
B. Masa diibaratkannya sebagai sesuatu yang sangat berharga
C. Mereka tidak mempunyai jam yang tepat
D. Golongan ini mencari masa yang terluang untuk membuat kerja yang
Berfaedah

Muhammad Aqil Hafiz


SMKS7,Shah Alam
2009
2
Soalan 2: Apakah perbandingan tentang masa yang di gambarkan oleh pujangga
Arab?

A. Masa itu ibarat pedang


B. Masa itu emas
C. Masa itu ibarat unta di padang pasir
D. Masa ialah sesuatu yang membahayakan

Soalan 3: Apakah yang dimaksudkan dengan bersembang di internet dalam petikan?

A. Menghabiskan masa di gerai siber


B. Mereka membuat ulangkaji melalui internet
C. Remaja berbual-bual dengan rakan-rakan
D. Mereka berutus-utus maklumat melalui internet

Soalan 4: Pernyataan berikut tidak terdapat dalam petikan, kecuali

A. banyak remaja yang membuang masa dengan melepak di kompleks beli-


belah atau di pinggir-pinggir jalan
B. masa diumpamakan emas
C. tidak ada manusia yang tidak rugi jika membuang masa
D. banyak remaja menghabiskan masa di perputakaan

Soalan 5: Mengapakah pergerakan masa yang berlalu itu mendekatkan kita kepada
penghujung usia?

A. Kerana kita akan mati bila-bila masa sahaja


B. Masa remaja berlalu dengan begitu lama sekali
C. Pergerakan masa yang menentukan usia kita lama atau tidaknya
D. Kerana umur kita di dunia ini amat terhad

Soalan 6: Bagaimanakah cara menggunakan masa yang di katakana berfaedah?

A. Melakukan hobi yang menguntungkan atau membersihkan kawasan rumah


B. Bermain internet dan merancang segala aktivi yang hendak dilakukan
C. Bersembang di tepi pantai sebagai hobi yang berfaedah
D. Membantu orang susah dan mengunjungi kompleks beli- belah

Soalan 7: Apakah cadangan yang dapat diberikan kepada pelajar yang suka
menggunakan internet?

A. Pelajar perlu sedar betapa bahayanya menggunakan internet


B. Para pelajar perlu pendedahan yang lebih tentang dunia siber dewasa ini.
C. mencari syarikat pembekal talian internet yan murah

D. Galakkan mereka mencari maklumat yang berfaedah untuk pendidikan

Muhammad Aqil Hafiz


SMKS7,Shah Alam
2009
3
Bacalah petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang
berikutnya.

KURSUS PIDATO UMUM

Sebuah syarikat yang sedang berkembang maju kini menawarkan peluang untuk
anda menjadi seorang pemidato terbaik. Tunggu apa lagi, peluang ini jarang-jarang
ditemui. Rebutlah peluang keemasan ini tanpa ketinggalan. Sangat relevan untuk
pelajar, guru, pensyarah, ahli politik, jurujual, jurunding, pegawai pemasaran, pegawai
perhubungan, bahkan sesiapa sahaja yang terlibat dengan orang ramai. Lebih khusus
kepada mereka yang berhubung dengan pelanggan. Pengetahuan komputer sahaja tidak
mencukupi, anda terpaksa berhubung dengan orang ramai juga. Walau secanggih mana
pun teknologi masa kini anda pasti memerlukan kemahiran berkomunikasi secara lisan.
Tiada kata secantik bahasa. Kursus yang meliputi ceramah, motivasi, latihan dalam
kumpulan, dan individu. Membentuk daya saing yang positif. Menggalakkan kemahiran
berfikir secara kreatif dan kritis. Membina keyakinan diri berhadapan dengan khalayak
umum.

Dikendalikan oleh seorang pakar motivasi tidak asing lagi.


Dr. Raja Kamaruzzaman Raja Ali Haji

Tempat dan tarikh:


Dewan Ceramah Hotel Kencana Melaka:
3-5 Oktober 1998
Dewan Nirwana Hotel Vista Angkasa Kluang:
7-9 Oktober 1998
Masa: 9.00 pagi- 10 malam
Pertanyaan: Cik Liza/Harlina/Tamyis
Tel: 07-4259331 Faks: 07-4244753

Bayaran termasuk makan minum dan penginapan:


Individu : RM 350
Kumpulan 4 orang: RM 1,200

Hantar penyertaan:
Pidato Umum, peti Surat 257, Jln Damai 5,
83100 Batu Pahat, Johor.

Soalan 8: Siapakah yang mengendalikan kursus sebagaimana yang terdapat dalam


iklan?
A. Pakar motivasi dari sebuah syarikat perundingan pidato
B. Seorang pakar motivasi yang tidak asing lagi
C. Dr. Raja Kamaruzzaman Raja Ali Haji
D. Cik Liza, Harlina dan Tamyis

Soalan 9: Siapakah yang sepatutnya mengikuti kursus tersebut?

A. Pengurus dan ahli perniagaan.


B. Jurujual dan pegawai swasta
C. Pelajar dan mereka yang berhubung dengan pelanggan
D. Pelajar dan guru-guru

Muhammad Aqil Hafiz


SMKS7,Shah Alam
2009
4
Soalan 10: Ungkapan tiada kata secantik bahasa yang terdapat dalam iklan tersebut
Bermaksud

A. kemahiran berbahasa lebih berkesan daripada penggunaan teknologi


dalam perhubungan
B. bahasa dapat dijadikan satu karangan yang cantk
C. komunikasi lisan lebih penting
D. kata-kata manis dapat menambat hati

Soalan 11: Apakah tujuan utama kursus itu diadakan?

A. Membina kemahiran dan keyakinan diri untuk berhubung dengan orang


ramai
B. Membina kemahiran dan keyakinan untuk menjadi pemimpin yang berjaya
C. Melatih berbahasa dengan cara yang betul semasa di khalayak ramai
D. Mempunyai kemahiran berkomunikasi

Soalan 12: Pernyataan berikut tidak benar tentang iklan tersebut kecuali

A. peserta akan di beri juga pendedahan tentang cara-cara berjalan


B. perbelanjaan kursus tersebut sebanyak RM 350 untuk saty kumpulan 5
orang
C. perbelanjaan kursus tersebut sebanyak RM 350 untuk individu
D. bayaran kursus meliputi kos pengangkutan sahaja

Soalan 13: Apakah kandungan kursus yang akan disampaikan kepada para peserta?

A. Meliputi ceramah, motivasi, latihan dalam kumpulan, dan individu


B. Mengandungi ceramah dan latihan dalam kumpulan
C. Mengandungi ceramah dan kemahiran berfikir
D. Sesi soal jawab selepas beberapa siri ceramah

Soalan 14: Apakah nilai positif yang terbentuk pada seseorang jika beliau mengikuti
kursus tersebut?

A. Boleh berkomunikasi dengan baik


B. Berpelajaran.
C. Mempunyai keyakinan diri, daya saing yang positif, berfikiran kreatif dan kritis
D. Megah.

Bacalah petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan


yang berikutnya.

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang


berikutnya.

Muhammad Aqil Hafiz


SMKS7,Shah Alam
2009
5
Usia

Telah kususun letakmu


di sisian tenang
ruang kukecilkan lagi
dengan keinginan sederhana
kulepaskan kupu-kupu semalam
melalui jendela
diiringi segaris cahaya pagi
selamatlah datangmu.

Atas kecintaan diri


hidup didewasakan
menjadi kristal padu
memancarkan cahaya berpenjuru
seharusnya kita berhati-hati
memantulkan kembali
ke hala yang satu.

Tanpa keizinan-Mu
pagi tidak lagi berbau tanah
pagi tidak lagi berbau tanah
atau tiba-tiba
lorong kecilku
menjadi ungu.

Siti Zainon Ismail


(Dipetik daripada antologi Anak Bumi Tercinta, Tingkatan 3. DBP.)

Soalan 15: Perkara utama yang dicadangkan oleh penyajak dalam rangkap kedua
sajak ini ialah
A. menunaikan janji yang diucapkan.
B. jangan melukakan hati orang lain.
C. menjaga hati orang lain.
D. mementingkan kebaikan dalam hidup.

Soalan 16: “melentur mimpi


kehidupan”
Maksud frasa di atas ialah
A. membina harapan dalam hidup.
B. Sentiasa mengira kebaikan yang dibuat
C. mimpi yang tidak menjadi kenyataan.
D. sering bermimpi atau berangan

Soalan 17: Dalam rangkap ketiga, bagaimanakah sikap pemimpin yang diharapkan
dapat menjaga rakyat yang dipimpin?
A. Pemimpin yang berpegang kepada keimanan.
B. Pemimpin yang tidak mengabaikan tanggunjawab.
C. keluhan hati anak yang tidak mendapat kasih sayang yang sewajarnya
D. Pemimpin yang mengutamakan kerjasama.

Muhammad Aqil Hafiz


SMKS7,Shah Alam
2009
6
Soalan 18: Ciri-ciri utama seorang ketua yang mesti dipilih seperti yang terdapat dalam
rangkap pertama ialah
A. ketua yang mahu bersatu padu.
B. ketua yang mementingkan keimanan.
C. ketua yang mengutamakan budi.
D. ketua yang mementingkan sejarah.

Soalan 19: Antara berikut, frasa manakah dalam sajak ini merupakan gaya bahasa
metafora?

A. pilihlah ketuamu
B. peganglah kebaikan
C. di persada iman
D. di persada rimba

Soalan 20: Satu pengajaran yang terdapat dalam sajak ini ialah

A. pemimpin yang bersatu-padu menjamin kesejahteraan hidup.


B. ketua atau pemimpin yang berbudi akan disanjung.
C. kita mestilah berhati-hati memilih ketua.
D. ketua atau pemimpin dari kalangan ahli sejarah sangat penting untuk
kesejahteraan rakyat.

Pilihlah kata yang paling sesuai untuk diisikan di tempat kosong dalam ayat-
ayat yang berikut.

Soalan 21: Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir
dengan ayat yang dicetak tebal.

Sepasang suami isteri telah dijumpai mati dalam keadaan rentung Oleh
penduduk kampung pada pagi tadi.

A. Pada pagi tadi penduduk kampung telah menemui mayat suami isteri
yang rentung.
B. Pada pagi tadi penduduk kampung telah menemui mayat suami isteri
yang rentung.
C. Pagi semalam sepasang suami isteri telah mati dalam keadaan rentung
oleh penduduk kampung.
D. Sepasang suami isteri telah dijumpai mati rentung oleh penduduk
kampung pagi tadi.

Soalan 22: Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih perkataan yang paling
sesuai.

Lembing yang di rejam oleh pelajar itu tidak ______ ke dalam tanah.

A. tertanam
B. tercacak
C. terpacak
D. tercucuh
Muhammad Aqil Hafiz
SMKS7,Shah Alam
2009
7
Soalan 23: Pilih ayat-ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih
cadangan jawapan yang paling sesuai.

I Fasha disah memerlukan pembedahan bagi mengeluarkan ketumbuhan di


dalam perutnya.
II Kegemaran Aceng suka minum minuman bergas sejak bertahun-tahun
lamanya, telah mengganggu kesihatannya.
III Segala yang berlaku ke atas dirinya, hanya sebagai penyebab.
IV Pertumbuhan pesat ekonomi sesebuah negara hanya dapat dikekalkan
dengan berjimat-cermat.

A. II, III, dan IV sahaja


B. II dan III sahaja
C. I, II, dan III sahaja
D. II dan III sahaja

Soalan 24: Bendara ___________ ialah isyarat menyerah diri.


A. besar
B. Malaysia
C. koyak
D. putih

Soalan 25: Orang ramai __________ ketika menaiki kereta api .


A. terasak-asak
B. mengasak-asak
C. mengasak
D. berasak-asak

Soalan 26: Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir
dengan ayat yang dicetak tebal.

Penduduk negara ini terutamanya golongan remaja dan pelajar perlu diberi lebih
banyak pendedahan tentang budaya dan kepentingan membaca sebagai salah
satu cara untuk memperkaya ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang.

A. Penduduk Malaysia khususnya golongan remaja dan pelajar harus diberi


lebih banyak pengetahuan tentang kepentingan membaca sebagai salah
satu usaha un
B. Golongan remaja dan pelajar perlu didedahkan tentang dan kepentingan
budaya membaca supaya dapat meningkatkan ilmu pengetahuan.
C. Untuk memperkaya ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang, penduduk
Malaysia khususnya golongan remaja dan pelajar-pelajar harus diberikan
lebih banyak
D. Untuk memperkaya ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang, penduduk
Malaysia khususnya golongan remaja dan pelajar-pelajar harus diberikan
lebih banyak

Muhammad Aqil Hafiz


SMKS7,Shah Alam
2009
8
Soalan 27: Pilih ayat-ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih
cadangan jawapan yang paling sesuai.

I Saya tidak mengerti mengapa dia bersikap demikian. Begitulah keluhan Ah


Meng setelah memerhatikan perubahan pada diri adiknya.
II Ibu bapa saya berdua sentiasa berada di dalam keadaan sihat, kata Shah
kepada pakciknya.
III Wah! Bukan main lantang mulutmu. kata Emma, memarahi adiknya yang
menjawab percakapannya.
IV Dia belum menyerahkan borang permohonan, kata Harris kepada pegawai
atasannya.

A. II dan III sahaja


B. I dan IV sahaja
C. I dan IV sahaja
D. I, II, dan III sahaja

Soalan 28: Pilih ayat yang betul penggunaan kata tanya.


A. Di mana kamu letak telefon bimbit saya ?
B. Siapa guru kelas kamu?
C. Kenapakah kamu suka membuat bising ?
D. Mana adik kamu ?

Soalan 29: Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih kata nama yang paling
sesuai.

Setiap hari sebelum ke sekolah, Fatin akan ______________ pokok bunga di


halaman rumah.

A. menyiram
B. membasuh
C. menyiram
D. menjirus

Soalan 30: Polis telah ___________ bahawa pekerja Indonesia itu telah dipukul sebelum
dibunuh .

A. mengiakan
B. mengakui
C. membuktikan
D. mengesahkan

Ayat-ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat
kesalahan, kesalahan itu telah ditandai dengan A, B atau C. Tandakanlah
sama ada A, B atau C jika ayat itu mempunyai kesalahan. Tandakanlah D
jika tiada kesalahan dalam ayat berkenalan.

Muhammad Aqil Hafiz


SMKS7,Shah Alam
2009
9
Soalan 31: Jangan lepaskan (A) peluang yang baik ini kerana ia (B) tidak akan
Menjelma (C) lagi. Tiada kesalahan (D)
A.
B.
C.
D.

Soalan 32: Selain pendidikan, pengalaman juga(A) merupakan satu unsur penting
yang dapat(B) mengajar seseorang itu berfikir secara matang(C) dan
rasional. Tiada kesalahan(D)
A.
B.
C.
D.

Soalan 33: "Telah(A) sejam saya bersiap(B) tetapi Rahim masih(C) belum tiba," kata
kakak kepada ibu. Tiada kesalahan(D)
A.
B.
C.
D.

Soalan 34: Kebanyakan pekerja-pekerja(A) di sini terdiri(B) daripada(C) suri rumah


yang bekerja separuh masa. Tiada kesalahan(D)
A.
B.
C.
D.

Soalan 35: "Bagaimanakah(A) engkau akan masuk(B) ke universiti setempat, Awang?"


soal(C) Pak Leman. Tiada kesalahan(D)
A.
B.
C.
D.

Soalan 36: Saya belum menerima akan(A) hadiah kemenangan(B) itu daripada(C)
Pengetua. Tiada kesalahan(D)
A.
B.
C.
D.

Soalan 37: Kak Long kehairanan(A) mengapa cikgu tak suruh tulis jawapan di papan
hitam(B) sedangkan pelajar-pelajar lain semuanya diarah(C) untuk berbuat
demikian.. Tiada kesalahan(D)
A.
B.
C.
D.

Muhammad Aqil Hafiz


SMKS7,Shah Alam
2009
10
Soalan 38: "Pelajar yang perlu(A) bantuan(B) sila angkat(C) tangan," kata Cikgu
Rosham. Tiada kesalahan(D)
A.
B.
C.
D.

Soalan 39: Berbagai-bagai kerja(A) dapat dilakukan oleh seseorang itu buat dapatkan
rezeki(B) yang halal dan tidak menyalahi undang-undang.(C) Tiada
kesalahan(D)
A.
B.
C.
D.

Soalan 40: Seseorang yang berilmu dan beriman(A) biasanya tidak mahu bercakap
sombong(B) dan meninggi diri.(C) Tiada kesalahan(D)
A.
B.
C.
D.

Sebahagian daripada ayat-ayat yang berikut telah digarisi. Bahagian yang


bergaris itu mungkin mempunyai kesalahan dalam penggunaan bahasa dan
mungkin juga tidak. Jika anda menganggap bahawa bahasa pada bahagian yang
bergaris itu salah dan perlu diubah, anda hendaklah menandakan A, B, atau C
sebagai jawapan pilihan anda. Jika tiada kesalahan, tandakanlah D.

Soalan 41: Dalam perjalanan, kami berhenti untuk menjamu selera di Restoran Aminah.

A. berjamu selera di Restoran Aminah


B. menjamukan selera di Restoran Aminah
C. menjamu selera di Aminah Restoran
D. menjamu selera di Restoran Aminah

Soalan 42: Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu berharap dengan mengisytiharkan


tahun 1993 sebagai Tahun Komunikasi Sedunia akan pasti bisa dapat
membasmikan masalah kebuluran, kemunduran, buta huruf dan keamanan.

A. akan mengatasi masalah


B. pasti dapat melupuskan masalah
C. akan dapat menyelesaikan masalah
D. akan pasti bisa dapat membasmikan masalah

Soalan 43: Kilang elektronik yang baru didirikan di kawasan perindustrian Larkin itu
telah memulakan pengoperasian sejak 24 jam yang lalu.

A. memulai pengoperasian pada 24 jam yang lalu


B. mula beroperasi sejak 24 jam yang lalu
C. dimulakan operasinya pada 24 jam yang lalu
D. memulakan pengoperasian sejak 24 jam yang lalu

Muhammad Aqil Hafiz


SMKS7,Shah Alam
2009
11
Soalan 44: Latihan kawad kaki dalam pasukan kadet sekolah itu dapat membentuk
disiplin diri selain memberi hidup sihat kepada ahli-ahlinya.

A. meningkatkan taraf kesihatan ahli-ahlinya


B. memastikan penjagaan kesihatan ahlinya
C. menjaga kesihatan ahli-ahlinya
D. memberi hidup sihat kepada ahli-ahlinya

Soalan 45: "Saya amat rindu akan keluarga di kampung," kata Laila.

A. Saya amat rindu akan


B. Saya amat merindui akan
C. Saya amat dirindui akan
D. Saya amat rindu akan

Soalan 46: Saya telah menunggunya selama satu setengah jam.

A. selama satu jam setengah


B. selama satu jam setengah
C. selama waktu satu jam setengah
D. selama satu setengah jam

Soalan 47: Kesahihan berita itu yang saya dengar masih dipertikaikan oleh guru-guru.

A. Kesahihan berita yang itu saya dengar


B. Kesahihan berita yang saya dengar itu
C. Berita sahih yang saya dengar itu
D. Kesahihan berita itu yang saya dengar

Soalan 48: Sonia menerima sepucuk surat dari ayahnya di kampung.

A. daripada ayahnya di kampung


B. daripada ayahnya ke kampung
C. dari ayahnya ke kampung
D. dari ayahnya di kampung

Soalan 49: Untuk menghadapi peperiksaan itu, dia terpaksa memeras otak.

A. dia terpaksa memeras akan otak


B. dia terpaksa memerasi otak
C. dia terpaksa berperas otak
D. dia terpaksa memeras otak

Soalan 50: Yang sering ditegur ialah mereka kerana malas dan gagal menghabiskan
kerja pada masa yang ditetapkan.

A. Yang sering ditegur ialah mereka yang malas dan gagal menghabiskan
kerja
B. Yang ditegur ialah sering malas dan gagal menghabiskan kerja mereka
C. Mereka ditegur kerana malas dan yang gagal menghabiskan kerja
D. Yang sering ditegur ialah mereka kerana malas dan gagal menghabiskan
kerja

Muhammad Aqil Hafiz


SMKS7,Shah Alam
2009
12
Pilihlah ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang hampir
dengan ayat dalam soalan.

Soalan 51: Penyalahgunaan kuasa di kalangan kakitangan awam patut dihapuskan


sama sekali untuk mewujudkan pentadbiran yang bersih.

A. Pentadbiran yang bersih tidak akan mewujudkan penyalahgunaan kuasa di


kalangan kakitangan awam.
B. Untuk mewujudkan pentadbiran yang jujur dan bersih, penyalahgunaan
kuasa di kalangan kakitangan awam patut dihapuskan sekali-sekala.
C. Dalam usaha mewujudkan pentadbiran yang bersih kerajaan harus
menghapuskan sikap kakitangan yang menyalahgunakan kuasa.
D. Sikap menyalahgunakan kuasa telah menular dikalangan kakitangan awam

Soalan 52: Sebanyak 160 premis makanan di negeri ini telah dikenakan tindakan
tutup sementara kerana tidak mencapai tahap kebersihan yang ditetapkan.

A. Premis makanan di negeri ini telah banyak yang dikenakan tindakan tutup
sementara.
B. Sebanyak 160 premis makanan telah ditutup sementara di negeri ini.
C. 160 premis makanan di negeri ini tidak mencapai tahap kebersihan.
D. Sebanyak 160 premis makanan yang kotor telah dikenakan tindakan tutup
sementara.

Soalan 53: Tahap kemiskinan di luar bandar lebih jelas jika dibandingkan dengan
tahap kemiskinan di bandar.

A. Keadaan bandar menyebabkan kemiskinannya tidak jelas berbanding luar


bandar
B. Bilangan orang miskin di luar bandar amat ketara jka dibandingkan dengan
bilangan orang miskin di bandar.
C. Kebanyakan penduduk di luar bandar hidup dalam keadaan miskin seperti
kehidupan orang di bandar.
D. Orang di luar bandar lebih jelas kemiskinan mereka daripada orang di
bandar.

Soalan 54: Orang ramai digalakkan supaya mengamalkan sikap berjimat cermat
dalam keadaan ekonomi meleset ini.

A. Dalam kemelesetan ekonomi ini, orang ramai harus sedar akan


tanggungjawab untuk berjimat cermat.
B. Sikap berjimat cermat amat perlu bagi orang ramai apabila negara
mengalami kemelesetan ekonomi.
C. Dalam keadaan ekonomi yang meleset, orang ramai dipaksa mengamalkan
sikap berjimat cermat.
D. Ekonomi meleset memaksa orang ramai supaya berjimat cermat.

Muhammad Aqil Hafiz


SMKS7,Shah Alam
2009
13
Pilihlah ayat atau ayat-ayat yang menggunakan kata yang berhuruf condong
atau ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih jawapan
cadangan yang paling sesuai.

Soalan 55: I Razali menghadiahkan kepada Ramlah sebentuk cincin berlian.


II Abang saya mempunyai sebuah impian yang amat tinggi.
III Abang kamu hendak ke manakah?
IV Para pelajar diseru agar mementingkan disiplin masing-masing.

A. IV saja
B. I dan II saja
C. II dan III saja
D. III dan IV saja

Soalan 56: I Seluruh badannya gatal-gatal sebagai akibat gigitan serangga.


II Kerajaan sudah menghantar para anggota tentera ke Kampuchea.
III Dia menerangkan yang gadis yang dilanggar kereta itu sahabat
baiknya.
IV Kata Robert, "Jika sekiranya saya tidak dapat datang, maafkanlah
saya."

A. II, III, dan IV saja


B. I dan III saja
C. I dan II saja
D. I, II, dan III saja

Soalan 57: I Lantikan Shalin sebagai pengerusi persatuan telah disokong oleh
semua ahli jawatankuasa yang hadir dalam mesyuarat agung itu.
II P. Ramlee adalah seniman agung yang tiada tolok bandingmya.
III Penyatupaduan rakyat yang pelbagai kaum memerlukan kerjasama
semua pihak.
IV Perjalanan daripada asrama ke Kuala Lumpur memakan masa
selama enam jam.

A. II dan III saja


B. I dan III saja
C. II, III, dan IV saja
D. I dan III saja

Soalan 58: I Rahman mengeluarkan kotak rokok dari dalam poket seluarnya.
II Encik Gan mengeluarkan wang yang banyak untuk membina rumah
banglonya.
III Ketika marah, ia mengeluarkan kata-kata yang kurang manis idengar.
IV Syarikat ini banyak mengeluarkan buku kerja dan buku rujukan bagi
para pelajar.

A. I, II, dan III saja


B. I, II, II, dan IV
C. I dan IV saja
D. III dan IV saja

Muhammad Aqil Hafiz


SMKS7,Shah Alam
2009
14
Soalan 59: I Kita harus tabah mengharung hidup yang penuh cabaran ini.
II Lalat mengharung makanan yang tidak ditutup di atas meja itu.
III Untuk sampai ke tempat itu, kami terpaksa mengharung sungai
yang berliku itu.
IV Setelah seminggu mengharung ombak dan gelombang, akhirnya
mereka sampai di pulau itu.

A. II, III, dan IV saja


B. I, II, dan IV saja
C. I dan III saja
D. I, III, dan IV saja

Soalan 60: I Suffian tiada di rumah agaknya.


II Ayub barangkali ke sekolah.
III Mereka itu tidak pengawas.
IV Saya bukan ke perpustakaan.

A. I dan II
B. II, III dan IV
C. Semua di atas.
D. III dan IV

SOALAN TAMAT

Muhammad Aqil Hafiz


SMKS7,Shah Alam
2009
15
PEMBELAJARAN DAN PENILAIAN ONLINE
PMR – BM ( Jawapan )
Soalan 1: Bagaimanakah golongan yang tidak tahu menilai masa menggunakan masa mereka?
A. Mereka membiarkan masa berlalu begitu sahaja

Soalan 2: Apakah perbandingan tentang masa yang di gambarkan oleh pujangga Arab?
A. Masa itu ibarat pedang

Soalan 3: Apakah yang dimaksudkan dengan bersembang di internet dalam petikan?


D. Mereka berutus-utus maklumat melalui internet

Soalan 4: Pernyataan berikut tidak terdapat dalam petikan, kecuali


A. banyak remaja yang membuang masa dengan melepak di kompleks beli-belah atau di pinggir-pinggir jalan
Reason
Soalan 5: Mengapakah pergerakan masa yang berlalu itu mendekatkan kita kepada penghujung usia?
D. Kerana umur kita di dunia ini amat terhad
Reason
Soalan 6: Bagaimanakah cara menggunakan masa yang di katakan berfaedah?
A. Melakukan hobi yang menguntungkan atau membersihkan kawasan rumah
Reason
Soalan 7: Apakah cadangan yang dapat diberikan kepada pelajar yang suka menggunakan internet?
D. Galakkan mereka mencari maklumat yang berfaedah untuk pendidikan
Reason
Soalan 8: Siapakah yang mengendalikan kursus sebagaimana yang terdapat dalam iklan?
C. Dr. Raja Kamaruzzaman Raja Ali Haji
Reason
Soalan 9: Siapakah yang sepatutnya mengikuti kursus tersebut?
C. Pelajar dan mereka yang berhubung dengan pelanggan
Reason
Soalan 10: Ungkapan tiada kata secantik bahasa yang terdapat dalam iklan tersebut bermaksud
A. kemahiran berbahasa lebih berkesan daripada penggunaan teknologi dalam perhubungan
Reason
Soalan 11: Apakah tujuan utama kursus itu diadakan?
A. Membina kemahiran dan keyakinan diri untuk berhubung dengan orang ramai
Reason
Soalan 12: Pernyataan berikut tidak benar tentang iklan tersebut kecuali
C. perbelanjaan kursus tersebut sebanyak RM 350 untuk individu
Reason
Soalan 13: Apakah kandungan kursus yang akan disampaikan kepada para peserta?
A. Meliputi ceramah, motivasi, latihan dalam kumpulan, dan individu
Reason
Soalan 14: Apakah nilai positif yang terbentuk pada seseorang jika beliau mengikuti kursus tersebut?
C. Mempunyai keyakinan diri, daya saing yang positif, berfikiran kreatif dan kritis
Reason
Soalan 15: Perkara utama yang dicadangkan oleh penyajak dalam rangkap kedua sajak ini ialah
D. mementingkan kebaikan dalam hidup.
Reason
Soalan 16: melentur mimpi kehidupan Maksud frasa di atas ialah
A. membina harapan dalam hidup.
Reason
Soalan 17: Dalam rangkap ketiga, bagaimanakah sikap pemimpin yang diharapkan dapat menjaga rakyat yang
dipimpin?
A. Pemimpin yang berpegang kepada keimanan.
Reason
Soalan 18: Ciri-ciri utama seorang ketua yang mesti dipilih seperti yang terdapat dalam rangkap pertama ialah
A. ketua yang mahu bersatu padu.
Reason
Soalan 19: Antara berikut, frasa manakah dalam sajak ini merupakan gaya bahasa metafora?
C. di persada iman
Reason
Soalan 20: Satu pengajaran yang terdapat dalam sajak ini ialah

Muhammad Aqil Hafiz


SMKS7,Shah Alam
2009
16
Soalan 21: Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hamper dengan ayat yang dicetak tebal.
Sepasang suami isteri telah dijumpai mati dalam keadaan rentung oleh penduduk kampung pada pagi
tadi.
A. Pada pagi tadi penduduk kampung telah menemui mayat suami isteri yang rentung.
Reason
Soalan 22: Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih perkataan yang paling sesuai.
Lembing yang di rejam oleh pelajar itu tidak ______ ke dalam tanah.
B. tercacak
Reason
Soalan 23: Pilih ayat-ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai.
B. II dan III sahaja
Reason
Soalan 24: Bendara ___________ ialah isyarat menyerah diri.
D. putih
Reason
Soalan 25: Orang ramai __________ ketika menaiki kereta api .
D. berasak-asak
Reason
Soalan 26: Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hamper dengan ayat yang dicetak tebal.
D. Untuk memperkaya ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang, penduduk Malaysia khususnya golongan
remaja dan pelajar-pelajar harus diberikan lebih bany
Reason
Soalan 27: Pilih ayat-ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling
sesuai.
B. I dan IV sahaja
Reason
Soalan 28: Pilih ayat yang betul penggunaan kata tanya.
C. Kenapakah kamu suka membuat bising ?
Reason
Soalan 29: Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih kata nama yang paling sesuai.
Setiap hari sebelum ke sekolah, Fatin akan ______________ pokok bunga di halaman rumah.
A. menyiram
Reason
Soalan 30: Polis telah ___________ bahawa pekerja Indonesia itu telah dipukul sebelum dibunuh .
D. mengesahkan
Reason
Soalan 31: Jangan lepaskan(A) peluang yang baik ini kerana ia(B) tidak akan menjelma(C) lagi. Tiada kesalahan(D)
B.
Reason
Soalan 32: Selain pendidikan, pengalaman juga(A) merupakan satu unsur penting yang dapat(B) mengajar seseorang
itu berfikir secara matang(C) dan rasional. Tiada kesalahan(D)
D.
Reason
Soalan 33: " Telah(A) sejam saya bersiap(B) tetapi Rahim masih(C) belum tiba," kata kakak kepada ibu. Tiada
kesalahan(D)
D.
Reason
Soalan 34: Kebanyakan pekerja-pekerja(A) di sini terdiri(B) daripada(C) suri rumah yang bekerja separuh masa.
Tiada kesalahan(D)
A.
Reason
Soalan 35: "Bagaimanakah(A) engkau akan masuk(B) ke universiti setempat, Awang?" soal(C) Pak Leman.
Tiada kesalahan(D)
A.
Reason
Soalan 36: Saya belum menerima akan(A) hadiah kemenangan(B) itu daripada(C) Pengetua. Tiada kesalahan(D)
A.
Reason
Soalan 37: Kak Long kehairanan(A) mengapa cikgu tak suruh tulis jawapan di papan hitam(B) sedangkan pelajar-
pelajar lain semuanya diarah(C) untuk berbuat demikian.. Tiada kesalahan(D)
B.
Reason
Soalan 38: "Pelajar yang perlu(A) bantuan(B) sila angkat(C) tangan," kata Cikgu Rosham. Tiada kesalahan(D)
A.

Muhammad Aqil Hafiz


SMKS7,Shah Alam
2009
17
Reason
Soalan 39: Berbagai-bagai kerja(A) dapat dilakukan oleh seseorang itu buat dapatkan rezeki(B) yang halal dan tidak
menyalahi undang-undang.(C) Tiada kesalahan(D)
B.
Reason
Soalan 40: Seseorang yang berilmu dan beriman(A) biasanya tidak mahu bercakap sombong(B) dan meninggi diri.(C)
Tiada kesalahan(D)
B.
Reason
Soalan 41: Dalam perjalanan, kami berhenti untuk menjamu selera di Restoran Aminah.
D. menjamu selera di Restoran Aminah
Reason
Soalan 42: Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu berharap dengan mengisytiharkan tahun 1993 sebagai Tahun
Komunikasi Sedunia akan pasti bisa dapat membasmikan masalah kebuluran, kemunduran, buta huruf
dan keamanan.
C. akan dapat menyelesaikan masalah
Reason
Soalan 43: Kilang elektronik yang baru didirikan di kawasan perindustrian Larkin itu telah memulakan pengoperasian
sejak 24 jam yang lalu.
B. mula beroperasi sejak 24 jam yang lalu
Reason
Soalan 44: Latihan kawad kaki dalam pasukan kadet sekolah itu dapat membentuk disiplin diri selain memberi hidup
sihat kepada ahli-ahlinya.
A. meningkatkan taraf kesihatan ahli-ahlinya
Reason
Soalan 45: "Saya amat rindu akan keluarga di kampung," kata Laila.
D. Saya amat rindu akan
Reason
Soalan 46: Saya telah menunggunya selama satu setengah jam.
B. selama satu jam setengah
Reason
Soalan 47: Kesahihan berita itu yang saya dengar masih dipertikaikan oleh guru-guru.
B. Kesahihan berita yang saya dengar itu
Reason
Soalan 48: Sonia menerima sepucuk surat dari ayahnya di kampung.
A. daripada ayahnya di kampung
Reason
Soalan 49: Untuk menghadapi peperiksaan itu, dia terpaksa memeras otak.
D. dia terpaksa memeras otak
Reason
Soalan 50: Yang sering ditegur ialah mereka kerana malas dan gagal menghabiskan kerja pada masa yang
ditetapkan.
A. Yang sering ditegur ialah mereka yang malas dan gagal menghabiskan kerja
Reason
Soalan 51: Penyalahgunaan kuasa di kalangan kakitangan awam patut dihapuskan sama sekali untuk mewujudkan
pentadbiran yang bersih.
C. Dalam usaha mewujudkan pentadbiran yang bersih kerajaan harus menghapuskan sikap kakitangan
yang menyalahgunakan kuasa.
Reason
Soalan 52: Sebanyak 160 premis makanan di negeri ini telah dikenakan tindakan tutup sementara kerana tidak
mencapai tahap kebersihan yang ditetapkan.
D. Sebanyak 160 premis makanan yang kotor telah dikenakan tindakan tutup sementara.
Reason
Soalan 53: Tahap kemiskinan di luar bandar lebih jelas jika dibandingkan dengan tahap kemiskinan di bandar.
B. Bilangan orang miskin di luar bandar amat ketara jka dibandingkan dengan bilangan orang miskin di
bandar.
Reason
Soalan 54: Orang ramai digalakkan supaya mengamalkan sikap berjimat cermat dalam keadaan ekonomi meleset ini.
A. Dalam kemelesetan ekonomi ini, orang ramai harus sedar akan tanggungjawab untuk berjimat cermat.
Reason
Soalan 55: I Razali menghadiahkan kepada Ramlah sebentuk cincin berlian.
II Abang saya mempunyai sebuah impian yang amat tinggi.
III Abang kamu hendak ke manakah?
IV Para pelajar diseru agar mementingkan disiplin masing-masing.
A. IV saja

Muhammad Aqil Hafiz


SMKS7,Shah Alam
2009
18
Reason
Soalan 56: I Seluruh badannya gatal-gatal sebagai akibat gigitan serangga.
II Kerajaan sudah menghantar para anggota tentera ke Kampuchea.
III Dia menerangkan yang gadis yang dilanggar kereta itu sahabat baiknya.
IV Kata Robert, "Jika sekiranya saya tidak dapat datang, maafkanlah saya."
C. I dan II saja
Reason
Soalan 57: I Lantikan Shalin sebagai pengerusi persatuan telah disokong oleh semua ahli jawatankuasa yang hadir
dalam mesyuarat agung itu.
II P. Ramlee adalah seniman agung yang tiada tolok bandingmya.
III Penyatupaduan rakyat yang pelbagai kaum memerlukan kerjasama semua pihak.
IV Perjalanan daripada asrama ke Kuala Lumpur memakan masa selama enam jam.
A. II dan III saja
Reason
Soalan 58: I Rahman mengeluarkan kotak rokok dari dalam poket seluarnya.
II Encik Gan mengeluarkan wang yang banyak untuk membina rumah banglonya.
III Ketika marah, ia mengeluarkan kata-kata yang kurang manis didengar.
IV Syarikat ini banyak mengeluarkan buku kerja dan buku rujukan bagi para pelajar.
B. I, II, II, dan IV
Reason
Soalan 59: I Kita harus tabah mengharung hidup yang penuh cabaran ini.
II Lalat mengharung makanan yang tidak ditutup di atas meja itu.
III Untuk sampai ke tempat itu, kami terpaksa mengharung sungai yang berliku itu.
IV Setelah seminggu mengharung ombak dan gelombang, akhirnya mereka sampai di pulau itu.
D. I, III, dan IV saja
Reason
Soalan 60: I Suffian tiada di rumah agaknya.
II Ayub barangkali ke sekolah.
III Mereka itu tidak pengawas.
IV Saya bukan ke perpustakaan.
A. I dan II

Muhammad Aqil Hafiz


SMKS7,Shah Alam
2009
19
PEMBELAJARAN DAN PENILAIAN ONLINE

Online Assessment PMR BM

Topic Analisa Pencapaian


Pemahaman 17 / 20 ( %)
Tatabahasa 7 / 10 ( %)
Kesalahan Ayat I 5 / 10 ( %)
Kesalahan Ayat II 8 / 10 ( %)
Maksud Ayat 4/4 ( %)
Aneka Pilihan 2/6 ( %)

Muhammad Aqil Hafiz


SMKS7,Shah Alam
2009
20

You might also like