You are on page 1of 9

1132/02/4E/5N/ MY2012

BAHAGIAN A SOALAN A1 (10 MARKAH) ARAHAN: Dalam petikan karangan di bawah ini terdapat lima patah perkataan yang telah digarisi. Bubuh imbuhan yang paling sesuai pada setiap perkataan. Tulis jawapan kamu di Kertas Jawapan yang disediakan.

Rakyat menjadi penentu kestabilan politik dan ekonomi. Rakyat yang bersatu padu serta saling hormat-menghormati terbukti dapat membentuk suatu peradaban yang akhirnya menentukan kedudukan mereka. Kebanyakan kuasa dunia yang pada satu ketika dahulu menguasai arena ekonomi dan politik dilihat tidak dapat mengekalkan (1)kuasa tersebut kerana tidak wujud persefahaman dan perpaduan dalam kalangan rakyat di negara masing-masing. Sebaliknya, negara yang hampir berkubur akibat kecundang dalam peperangan moden hari ini dapat bangkit semula mendahului kuasa-kuasa dunia tersebut. Kekalahan Jepun dalam Perang Dunia Kedua ternyata tidak (2)luntur semangat bersatu padu rakyatnya dalam pembangunan bangsa dan negara itu semula. Hari ini, Jepun dilihat sebagai satu kuasa dunia yang sukar (3)gugat. Aspek kesepakatan dan saling bantu-membantu yang menjadi tulang belakang rakyat Jepun akhirnya menyebabkan negara ini terus maju tanpa sebarang (4)bantu. Sebagai sebuah bangsa, Jepun dilihat tidak pernah mengalah dalam apa-apa keadaan sekalipun malahan bersikap positif dalam ehwal (5)bangun bangsanya itu. Malah, bencana alam yang melanda negara matahari terbit ini juga tidak sekalipun menyebabkan rakyatnya patah semangat.

(Dipetik dan diubah suai dari Dewan Budaya, Disember 2011)

1132/02/4E/5N/ MY2012

SOALAN A2 (10 MARKAH) ARAHAN: Pilih peribahasa yang sesuai daripada senarai yang diberikan di bawah ini bagi melengkapkan jalan cerita petikan karangan. Kemudian, tulis huruf jawapan pilihan kamu di Kertas Jawapan yang disediakan.

A B C D E F G H I J

garam jatuh di air tukang tidak membuang kayu sebab buah dikenal pohonnya bertelingkah bagai antan di lesung bulat air oleh pembuluh, bulat kata oleh muafakat jika ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar belayar bernakhoda, berjalan dengan yang tahu, berkata dengan yang pandai kalau gajah hendaklah dipandang gadingnya, kalau harimau hendaklah dipandang belalangnya seperti buah padi, makin berisi makin rendah; jangan seperti lalang, makin lama makin tinggi

Kampung Cempaka terletak di pinggir kota.

Pada awalnya, kampung ini ialah

sebuah perkampungan haram tetapi kini telah banyak berubah. Perubahan ini merupakan hasil usaha Hadi, seorang pemuda kota yang ingin melihat orang kampungnya maju. Hadi berasal daripada sebuah keluarga yang berada lagi disegani. Ini dapat dilihat daripada tingkah laku dan perwatakannya, bak kata pepatah (6)___. Sungguhpun begitu, Hadi ikhlas apabila menolong orang kampung. Dia percaya bahawa tidak akan hilang martabat dan statusnya jika dia Mereka berasa lebih senang dan Kini, orang kampung dapat merendahkan dirinya sekalipun, bak peribahasa (7)___. Keikhlasan dan keluhurannya inilah yang telah membuat orang kampung cukup percaya akan Hadi. selamat jika Hadi mengetuai sebarang projek yang melibatkan kampung mereka. Bagi mereka, Hadi lebih arif dan ahli dalam hal-hal yang demikan, (8)___. menikmati bekalan elektik dan air bersih. Ketika diwawancara oleh seorang wartawan, Hadi,

seorang pemuda yang bangsawan lagi terpelajar, tidak pernah angkuh atau berbangga diri; tidak seperti sesetengah orang yang tidak berbudi dan jahil tetapi sombong, yakni (9)___. Sebaliknya, dia memberikan penghargaan dan pujian kepada orang kampung yang mahukan perubahan dalam hidup mereka. Menurut Hadi, Kampung Cempaka berjaya kerana orang-orang kampung berunding dan bermesyuarah sebelum bertindak atau melakukan sesuatu, bak kata pepatah (10)___. Hadi berpendapat kejayaan Kampung Cempaka harus dijadikan pendorong bagi kampung-kampung lain.

1132/02/4E/5N/ MY2012

SOALAN A3 (10 MARKAH) ARAHAN: Pilih sepatah perkataan yang paling sesuai daripada senarai yang diberikan bagi mengisi tempat kosong dalam teks yang berikut. Kemudian, tulis jawapan kamu di Kertas Jawapan yang disediakan.

diarifi keindahan suci

ditanggapi kepada tinggi

ditangkapi pada

Sama ada suka atau tidak, sastera dan bahasa merupakan akal budi sesuatu bangsa. Kedua-dua bidang tersebut perlu (11)_____________ secara ikhlas, bukan dikotakkatikkan dalam sebuah kerangka kuasa politik. Sejarah ribuan tahun telah membuktikan bahawa sesuatu tamadun bangsa yang hebat dan panjang itu amat bergantung (12)_____________ bidang sastera. Oleh itu, kenyataan tersebut perlu (13)_______________ sebagai satu pengiktirafan kepada bidang sastera. Tanpa prejudis kepada sains dan teknologi, bidang sastera ialah elemen penting yang menentukan nilai (14)_______________ terhadap produk yang dihasilkan oleh bidang sains dan teknologi. Maka, kesedaran dan penghayatan (15)_______________ terhadap bidang sastera perlu dilihat sebagai asas lambang dan cermin kemajuan bangsa dan negara. Hal itu dikatakan demikian kerana sastera dan bahasa mempunyai pertalian yang begitu rapat dengan pola pemikiran sesuatu masyarakat.

(Dipetik dan diubah suai daripada Tunas Cipta, Disember 2011)

1132/02/4E/5N/ MY2012

BAHAGIAN B ( 10 MARKAH ) ARAHAN: Petikan 1 Baca petikan karangan yang berikut dengan teliti.

Implikasi Arus Pemodenan Dalam Kalangan Masyarakat Melayu


Oleh Nazrul Adly

Pada zaman moden yang canggih ini, masyarakat Melayu dilihat sibuk mengejar masa. Natijahnya, sering kali mereka kekurangan masa untuk berinteraksi, sama ada dengan sanak saudara atau jiran tetangga. Keadaan ini berbeza dengan cara hidup masyarakat Melayu yang tinggal di kampung dahulu. Masyarakat kampung bebas bergaul, bergotong-royong dalam mengadakan majlis perkahwinan atau aktif dalam arena sukan setempat seperti sepak raga, gasing, wau atau jong. Sesungguhnya, arus pemodenan telah mengubah cara hidup masyarakat kita sekarang. Kita menjadi manusia individualistik dan pragmatik, iaitu bersifat terlalu praktikal. Dapat dilihat misalnya, dalam suatu majlis perkahwinan, sikap bergotong-royong pun sudah berkurangan kerana terdapat syarikat-syarikat yang menawarkan perkhidmatan yang diperlukan secara professional. Pihak yang mengadakan majlis pula sedar bahawa sanak saudara mereka mungkin terlalu sibuk dengan pekerjaan atau tanggungjawab masing-masing sehingga tidak dapat meluangkan masa lagi untuk membantu. Dalam hal ini, kita tidak harus menyalahkan sesiapa kerana trend yang berlaku ini merupakan reaksi masyarakat kita terhadap perkembangan yang berlaku di sekeliling kita. Walau bagaimanapun, perkembangan sedemikian telah menyedarkan sesetengah masyarakat kita untuk mengorak langkah bagi memastikan cara hidup sekarang tidak terus mengikis hubungan silaturahim antara ahli keluarga kita. Langkah ini perlu, lebih-lebih lagi jika susur galur keluarga kita ternyata besar. Ramai yang telah menubuhkan kumpulan keluarga untuk merapatkan hubungan silaturahim antara sesama mereka. Golongan ini khuatir kalau-kalau anak-anak mereka tidak mengenali sepupu-sepupu mereka atau

sanak-saudara mereka lagi. tentu membimbangkan.

Kesannya, sudah

Golongan ini juga sedar bahawa sikap sekadar mengenali antara satu sama lain sahaja tidaklah mencukupi. Mereka terkesan malah berasa rugi jika mereka tidak dapat menfaatkan kepakaran yang wujud dalam kalangan ahli keluarga mereka. Pakar-pakar seperti doktor, jurutera atau guru yang ada dalam kalangan mereka ini bukan sahaja dapat membantu ahli-ahli keluargan yang lain dalam menangani masalah yang mereka hadapi dalam hidup, malah boleh juga membantu ahli-ahli keluarga yang lain untuk mengenali bidang-bidang yang mereka ceburi agar dapat dicontohi. Walau bagaimanapun, usaha menubuhkan kumpulan seperti ini bukanlah mudah. Jika bilangan ahli kumpulan menjangkau ratusan, jawatankuasa kumpulan akan menghadapi cabaran hebat hanya untuk mengumpulkan para anggota keluarga yang besar itu. Tanggungjawab ini akan menjadi rumit apabila mereka mengadakan sesuatu aktiviti atau majlis. Namun, tugas yang paling mencabar adalah untuk mendapatkan sokongan semua ahli keluarga. Dengan persetujuan dan sokongan daripada semua pihak, segala cabaran yang dihadapi akan lebih mudah diharungi. Di sebalik itu, usaha menubuhkan kumpulan keluarga ini perlulah diberi sokongan. Apa yang patut difikirkan setelah kumpulan-kumpulan sedemikian ditubuhkan adalah bagaimana pula mereka dapat member sumbangan kepada pembangunan masyarakat kita pada keseluruhannya agar warga masyarakat Melayu dapat sama-sama meraihkan faedahnya.
(dipetik dan diubah suai daripada Cyberita)

1132/02/4E/5N/ MY2012

ARAHAN:

Berdasarkan petikan karangan di halaman 5, jawab soalan-soalan di bawah ini dengan memilih jawapan yang sesuai. Kemudian, tulis huruf jawapan pilihan kamu di Kertas Jawapan yang disediakan.

16

Syarikat-syarikat yang menyediakan perkhidmatan professional tertubuh ekoran daripada _____________. A B C D penduduk yang semakin kaya dan berkemampuan kesedaran bahawa sanak saudara terlalu sibuk dengan tugas sendiri masyarakat Melayu semakin bersifat individualistik dan kurang bertegur sapa tindakan masyarakat Melayu menyesuaikan diri dengan perkembangan semasa

17

Masalah rumit yang dihadapi oleh jawatankuasa kumpulan keluarga adalah _____________. A B C D mendapatkan persetujuan semua ahli keluarga mengumpulkan ahli kumpulan yang menjangkau ratusan memastikan mereka dapat menyumbang kepada pembangunan negara mengadakan sesuatu majlis atau aktiviti untuk semua anggota keluarga

18

Sokongan perlu diberi kepada penubuhan kumpulan keluarga kerana usaha ini dapat _____________. A B C D memperkukuh institusi keluarga menjamin pembangunan masyarakat membantu ahli keluarga yang malang memastikan masa hadapan yang cerah

1132/02/4E/5N/ MY2012

Petikan 2

Rahsia Ulam-ulaman
1. Memakan Ulam
Ulam adalah sejenis hidangan sayur-sayuran tempatan yang harus digalakkan pemakanannya. Sayur-sayuran tempatan, terutamanya yang dijadikan ulam, dapat membekalkan zat-zat galian dan vitamin untuk memastikan pembesaran tubuh dan mencegah penyakit.

2. Khasiat Ulam
Ulam-ulam tempatan bukan sahaja mengandungi banyak zat dan vitamin, tetapi mempunyai khasiatkhasiat perubatan yang boleh mencegah, melegakan serta menyembuhkan beberapa jenis penyakit. Ada pelbagai jenis sayuran tempatan yang boleh dijadikan ulam. Jenis-jenis itu boleh dibahagikan kepada kategori daun (pudina, pegaga, kesum dan selasih), pucuk (paku, ubi dan betik), kekacang (kacang botol, petai, jering dan keredas), ubi (ubi kayu dan keledek) dan bunga (bunga kantan dan bunga betik). Semua jenis ulam merupakan sumber vitamin (A, B1, B2 dan C) dan zat galian yang kaya. Ulam juga mengandungi protein, karbohidrat dan sedikit zat lemak. Ulam berdaun hijau mengandungi vitamin E yang boleh mencantikkan kulit dan melambatkan proses penuaan.

3. Contoh-Contoh Ulam
Daun pegaga bukan sahaja sedap dimakan sebagai ulam, bahkan mempunyai nilai-nilai perubatan seperti mengubati penyakit kulit dan memulihkan pergerakan saraf. Para pembuat ubat tradisional tempatan berpendapat, daun pegaga boleh digunakan sebagai pengawet wajah dan membantu menyembuhkan penyakit resdung. Daun pudina juga dikatakan mempunyai banyak khasiat perubatan seperti mengubati senggugut, melegakan sakit gigi, telinga dan kerongkong, sembelit, luka dan masalah-masalah kesuburan. Petai, jering dan keredas merupakan antara ulam kegemaran masyarakat Melayu yang tinggi khasiat perubatannya. Bagaimanapun, ulam jenis ini harus dimakan menurut cara yang sesuai kerana ulam jenis ini mengandungi bahan yang boleh memudaratkan kesihatan. Jering, misalnya boleh menyebabkan kesulitan membuang air kecil, sakit buah pinggang dan mengganggu perjalanan darah jika dimakan mentah-mentah dengan berlebihan atau berserta dengan kulit nipisnya. Masalah ini adalah disebabkan jering mengandungi asid jengkol, sejenis bahan yang tidak larut di dalam air.

1132/02/4E/5N/ MY2012

ARAHAN:

Berdasarkan petikan karangan di halaman 7, jawab soalan-soalan di bawah ini dengan memilih jawapan yang sesuai. Kemudian, tulis huruf jawapan pilihan kamu di Kertas Jawapan yang disediakan.

19

Jering boleh menjejas kesihatan seseorang apabila ___________. A B C D dimasak terlalu lama dimakan dengan begitu sahaja tidak dimakan kulitnya yang nipis diambil dengan terlalu banyak atau tanpa dibuang kulit nipisnya

20

Perkataan mencegah dalam petikan paling sesuai digantikan dengan ___________. A B C D menegah menahan melarang menghalang

1132/02/4E/5N/ MY2012

BAHAGIAN C (30 MARKAH) ARAHAN: Baca petikan karangan yang berikut dengan teliti.

Aku menyentuhi jasmaniku. Aku sedar. Aku seorang gadis tempang. Kedua-dua belah kakiku cacat. Tangan kiriku kudung. Jalanku terhinjut-hinjut. Langkahan aku lambat sekali. Perlu berpaut pada sebatang tongkat. Akulah seorang mahasiswa kurang sifat di pusat pengajian tinggi. Sesekaliku berjalan hampir aku terjatuh. Tiada siapa yang mengendahkan aku. Di kampus, masing-masing sibuk berkejaran dengan aktiviti tersendiri. 5 Masa tidak menanti sesiapa. Namun, aku sering berlaga-laga dengannya. Acapkali, aku ditewaskan. Aku bukan seperti aku sebelumnya. Pada awalnya, aku sering sahaja mengeluh. Maklumlah, terlalu payah meneruskan rutinku dalam keadaan sebegini. Alhamdulilah, aku banyak dibantu oleh Riani, seorang rakan yang mula kukenali ketika pertama kali aku ke menara gading ini. 10 Aku seksa begini. Sungguh memenatkan. Jalan sikit, pun sudah termengahmengah. Tetapi, aku cuba cekalkan hati. Hidup di dunia ini sekali cuma. Riani kerap mengawasi aku. Dia tidak jemu-jemu mendampingi aku. Pada mulanya aku berasa ada kelainan dan kekurangan pada anggota badanku. Sesekali diangkat terasa berat dan sakit. Baru menapak selangkah dua pula, aku 15 terjelepok. Perit melakukan sebarang pekerjaan dengan hanya satu tangan. Saat genting itu hanya Tuhan sahaja yang mengetahui. Aku menangis sepuas-puas hati pada hari itu. Serpihan kekesalan tersemat di sanubariku. Lantaran mengikuti ekspedisi Kelab Kembara sekolah semasa di tingkatan lima dahululah, aku menerima petaka ini. Sekaligus meragut kelincahanku. 20 Akhirnya aku bertawakal dan reda! Selagi aku hidup, selagi itu perjuanganku tidak akan tamat. Aku mesti memiliki prinsip perjuangan yang unggul. Tahukah siapa pemujuk hati ini? Pastilah Cikgu Balkis. Insan yang paling aku kagumi. Aku menoleh hari-hari kelmarin yang aku lewati berlorongkan kesuraman. Ketika itu, Cikgulah yang banyak meredakan kesesakan hidupku. 25 Aku masih ingat, semasa di tingkatan dua, Cikgu yang ketika itu mengajar kelasku, membuatkan aku benar-benar terpikat dengan caranya mendidik kami sekelas. Dalam masa yang sama, aku mengalami satu kegemparan yang pedih untuk ditafsirkan. Ibu, Ayah, dan tiga orang adikku, mati terkorban dalam satu nahas jalan raya yang dasyat. Aku yang masih mentah; hanya tahu meraung. Separuh gila aku dibuatnya. Aku 30 kehilangan seluruh keluarga tercinta. Seluruh kekuatanku teragut bagaikan seorang kelasi yang diletihkan oleh ribuan pelayaran, tiba-tiba kehilangan pula pulau perhentian. Dan, tinggallah aku bersama Nenek yang kian menjengah senja usianya. Meniti hari bersama Nenek, apalah yang boleh aku perbuat sangat. Nenek pun sebatang kara. Misikin. Demi menampung dan membesarkan aku, Nenek berpenat lelah mencari rezeki. Pada kala 35 itu, hati ini selalu memberontak semasa dalam proses membiasakan diri dengan penghidupan baharu itu. Betapa Cikgu Balkis memahami keperitanku. Dia ikhlas menghulurkan tangan. Membantu setakat terdaya. Menyara persekolahan dan menghadiahi kasih sayang buat aku. Cikgu menganggap aku seperti anak sendiri. Maklumlah, cikgu tidak pernah 40 dianugerahi anak. Dia memberitahuku, sudah hampir lima tahun dia mendirikan mahligainya, tetapi hajatnya masih belum termakbul. Katanya, mungkin belum ada rezeki! Daripada pancaran wajah keibuan Cikgu, jelas terserlah ketabahannya. Aku menyayangi sifat-sifatnya yang kuyakini tiada bercambah di tubuh lain.
(Dipetik dan diubah suai daripada cerpen Menatap Wajahnya dalam Antologi Anak Laut)

1132/02/4E/5N/ MY2012

ARAHAN:

Berdasarkan petikan karangan di halaman 9, jawab soalan-soalan yang diberikan. Seberapa boleh, gunakan ayat-ayat kamu sendiri. Kemudian, tulis jawapan kamu dalam Kertas Jawapan yang disediakan. (3 markah)

21 22

Apakah dua sebab yang membuat penulis memegang tubuhnya?

Awal-awal lagi, kecacatan penulis telah menimbulkan konflik ke atas dirinya. Nyatakan permasalahan utama yang dihadapi oleh penulis. (3 markah) Berikan satu contoh yang menunjukkan penulis bersifat negatif sebelum menerima hakikat keadaan dirinya dengan ikhlas. (3 markah) ... Cikgulah yang banyak meredakan kesesakan hidupku. (baris 25). Nyatakan satu kesan positif akibat kehadiran Cikgu Balkis yang merubah pandangan hidup penulis. (3 markah) Jelaskan sebab-sebab penulis masih bernasib baik walaupun hidupnya penuh dengan cubaan sebelum dia menjadi cacat. (5 markah) Kejayaan hidup seseorang tidak bergantung pada kesempurnaan jasmaninya. Jelaskan dua faktor lain yang menyumbang kepada kejayaan hidup seseorang insan. (5 markah)

23

24

25

26

Bagi Soalan 27 hingga Soalan 30, terangkan maksud perkataan atau frasa yang diberikan berdasarkan penggunaannya dalam petikan. 27 28 29 30 mengendahkan terjelepok pedih untuk ditafsirkan menjengah (baris 4) (baris 16) (baris 28) (baris 33) (2 markah) (2 markah) (2 markah) (2 markah)

SELESAI

10

You might also like