You are on page 1of 6

BAHAGIAN A : SOALAN OBJEKTIF

BULATKAN JAWAPAN YANG BETUL. JAWAB SEMUA SOALAN.

1. Petempatan awal manusia adalah di persekitaran _____________, kawasan


lapang, dan pinggiran sungai atau tasik.
A. hutan
B. gua
C. lombong
D. gurun

2. ___________ merupakan tempat tinggal manusia dari dulu sehinggalah


sekarang.
A. Gua
B. Laut
C. Hutan
D. Rumah

3. Manusia awal hidup _________ untuk mencari makanan dan tempat


perlindungan.
A. bercucuk tanam
B. beriang gembira
C. berpindah randah
D. berdolak dalik

4. Manusia memerlukan rumah untuk berlindung daripada cuaca __________


dan ancaman binatang buas.
A. baik
B. buruk
C. selesa
D. biasa

5. Kita patut __________ dengan adanya pelbagai jenis rumah di negara kita.
A. berbangga
B. berhemah
C. bersedih
D. bergembira

6. Dari segi keadaan ________ , rumah dibina mengikut ketinggian tanah dan
diubah suai agar tidak rosak akibat cuaca buruk.
A. negeri
B. muka bumi
C. struktur
D. reka bentuk

Page 1 of 6
7. Mengikut sejarah, kaum pribumi di negara kita telah membina rumah di atas
pokok supaya tidak diancam oleh binatang __________.
A. buas
B. ternakan
C. jinak
D. peliharaan

8. Sesebuah rumah yang ________ dan banyak mempunyai penghuni akan


menyebabkan penghuninya berasa tidak selesa.
A. cantik
B. kecil
C. kotor
D. kampung

9. Rumah yang selamat ialah rumah yang ________ dan penghuninya sentiasa
berwaspada sebelum membenarkan orang lain memasuki rumah mereka.
A. bercat
B. bercorak
C. berkunci
D. berhalaman

10. Rumah yang dibina di pinggir laut dan di tebing sungai akan dibina dengan
menggunakan tiang yang ______.
A. berwarna-warni
B. kukuh
C. bercorak
D. tinggi

11. Rumah jenis ini diduduki oleh banyak keluarga dan banyak terdapat di
kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak. Rumah yang dijelaskan ialah
_______.
A. rumah kampung
B. rumah panjang
C. rumah Minangkabau
D. rumah pangsa

12. Semua jenis rumah yang dinyatakan adalah rumah moden kecuali
A. rumah pangsa
B. rumah banglo
C. rumah panjang
D. rumah teres

Page 2 of 6
13. Negeri manakah yang terdapat banyak rumah Minangkabau?
A. Perlis
B. Pulau Pinang
C. Negeri Sembilan
D. Sarawak

14. Penduduk yang tinggal di Zon Panas hidup dalam _______ dan berpindah
randah dari satu tempat ke tempat yang lain.
A. ran
B. gua
C. khemah
D. iglu

15. Rumah jenis ini dibina di kawsan Zon Sejuk. Rumahnya dibina daripada
ketulan ais yang disusun dengan kemas dan padat. Rumah yang dimaksudkan
ialah ________
A. khemah
B. ran
C. iglu
D. gua

16. Rumah memberikan kita __________ sekiranya semua anggota keluarga


saling bekerjasama menjaga kebersihannya.
A. keselesaan
B. kesedihan
C. kerisauan
D. kesengsaraan

17. Setiap ___________ perlu memastikan keselamatan di rumah mereka


sentiasa terjamin.
A. jurutera
B. pelukis
C. anggota
D. juru ukur

18. Rumah yang bersih dan selesa akan menjadikan penghuninya __________
dan gembira selalu.
A. ceria
B. moden
C. bercuti
D. beriadah

Page 3 of 6
19. Rumah sangat penting kepada kita kerana rumah melindungi kita daripada
_________.
A. ibu bapa
B. peperangan
C. cuaca buruk
D. pergaduhan

20. Kita patut __________ kepada ibu bapa kerana mereka menyediakan rumah
yang selamat dan selesa untuk anggota keluarga.
A. berterima kasih
B. berbangga
C. bermurah hati
D. berjasa

/ 40 MARKAH

BAHAGIAN B : SOALAN SUBJEKTIF


JAWAB SEMUA SOALAN PADA KERTAS SOALAN.

A. Namakan jenis-jenis rumah yang terdapat di Malaysia.

1. ______________________ 2. ________________________

3. ______________________ 4. ________________________

5. ______________________ 6. ________________________

B. Nyatakan fungsi-fungsi rumah.

1
2
3
4
5

C. Tandakan ( / ) pada pernyataan yang betul dan ( x ) pada pernyataan


yang salah.

1. Rumah minangkabau ialah rumah moden. ( )

2. Kontraktor melukis pelan rumah sebelum jurutera membina

Page 4 of 6
rumah. ( )

3. Kondominium ialah pangsapuri jenis mewah yang mempunyai pelbagai


kelengkapan seperti kolam renang dan gimnasium. ( )

4. Tempat yang paling sesuai untuk melayan tetamu ialah di anjung


Rumah. ( )

5. Pasir merupakan salah satu daripada bahan asas yang digunakan


Untuk membina rumah moden. ( )

D. Isikan tempat kosong di bawah dengan pilihan jawapan yang diberi.

dielakkan kotor nipah berselerak keperluan


muka bumi perigi pangsa Khemah anggota keluarga

1) Suasana rumah yang ____________ dan terbiar menyebabkan penghuninya


berasa rimas dan tidak selesa.

2) Atap ____________ biasanya digunakan untuk rumah tradisional.

3) Rumah ________________ didirikan di tempat yang kekurangan tanah seperti


di bandar.

4) Rumah di kampung biasanya ______________ dan jauh di antara satu sama


lain.

5) Di tempat yang tidak ada bekalan air, penduduknya menggunakan air


________________ atau air sungai.

6) _________________ ialah tempat tinggal kaum nomad di Zon Panas.

7) Rumah merupakan tempat _______________________ berkumpul dan


beramah mesra.

8) Keadaan ___________________ berkait rapat dengan ciri-ciri fizikal sesuatu


bandar atau kampung.

9) Makanan, pakaian, dan tempat tinggal adalah ________________ asas manusia.

10)Kemalangan di rumah dapat __________________ jika semua anggota


keluarga berwaspada.

Page 5 of 6
E. Berpandukan ruang-ruang yang terdapat di dalam pelan sebuah rumah di
bawah ini. Kemudian, nyatakan fungsi ruang tersebut.

1. _________________________________________________________

2. _________________________________________________________

3. _________________________________________________________

4. _________________________________________________________

5. Balkoni : untuk ahli keluarga mengambil angin.

/ 60 markah

~Kertas soalan tamat. Selamat menjawab ~

Disediakan oleh:
Pn Norizan Awang
Mei 2009/PKSR 1

Page 6 of 6

You might also like