You are on page 1of 6

PERLEMBAGAAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH (TKRS)

1. NAMA DAN ALAMAT BERDAFTAR Pasukan pakaian seragam ini dikenali dengan nama Tunas Kadet Remaja Sekolah atau ringkasan TKRS. Alamat berdaftar atau alamat TKRS : Tunas Kadet Remaja Sekolah, Sekolah Kebangsaan Batu Belah, 42100 Klang, Selangor Darul Ehsan. 2. MATLAMAT 2.1 Melahirkan insan-insan yang bersopan-santun, berbudaya, berhemah tinggi dan pantas berfikir. 2.2 Menjana kewibawaan dan ketrampilan dlam segala urusan sosialisme diri. 2.3 Memberi iltizam dan semangat kepimpinan. 3. TUJUAN 3.1 Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya saing, kreatif, serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan. 3.2 Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan demi menjayakan Wawasan 2020. 3.3 Menangani masalah salah laku di kalangan pelajar remaja seperti salah guna dadah, budaya lepak dan juvana.

3.4 Mempelbagaikan kegiatan pasukan beruniform di sekolah bagi menyediakan pelajar-pelajar memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus, dan memimpin. 3.5 Membina generasi pelajar patriotik yang menjiwai semangat cintakan agama, bangsa dan negara Malaysia. 3.6 Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati, dan mengamalkan nilai-nilai serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup murni bermasyarakat dan bernegara. 3.7 Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran,dan kepekaan tentang isuisu semasa di kalangan pelajar serta berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya.

4.

OBJEKTIF 4.1 Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang memberi manfaat kepada murid. 4.2 Mengklasifikasikan pencapaian murid. 4.3 Menggalak penglibatan murid dalam segala aktiviti pada setiap peringkat.

5.

LOGO

5.1 Perisai melambangkan tentang ketahanan diri daripada gejala yang tidak sihat. 5.2 Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia. 5.3 Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan. 5.4 Buku yang terbuka dan rehal melambangkan peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan dan kaum, agama, dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 5.5 Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat. 5.6 Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang tercinta. 5.7 Warna kuning melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan negara Malaysia. 5.8 Warna putih melambangkan keikhlasan dan kesucian. 6. BENDERA

6.1 Warna hijau melambangkan: a. Tunas muda / remaja yang masih boleh dibentuk. b. Laluan hidup yang jelas untuk masa hadapan. c. Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum. 6.2 Cogan kata TKRS " ILMU IMAN AMAL" a. ILMU : Asas keintelektualan dan ketrampilan ahli TKRS. b. IMAN : Keimanan yang mendalam merupakan asas pembinaan diri. c. AMAL : Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat yang berterusan merupakan natijah daripada kekuatan intelektual dan disiplin diri. 7. KEAHLIAN 7.1 Dibuka kepada semua murid Tahun 4, 5, dan 6 sekolah ini. 7.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan. 7.3 Pihak pengurusan sekolah juga mempunyai hak dalam menetapkan murid dalam mana-mana gerakan kokurikulum dalam sekolah ini.

8.

GURU PENASIHAT / PEMIMPIN 8.1 Guru Penasihat / Pemimpin adalah terdiri daripada guru-guru yang mengajar di sekolah ini. 8.2 Guru Penasihat / Pemimpin mempunyai kuasa mutlak merancang, melaksana, atau membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu dengan syarat mendapat persetujuan daripada Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah. 8.3 Guru Penasihat / Pemimpin wajib hadir dalam setiap perjumpaan gerakan kokurikulum sekolah ini. 8.4 Ketua Guru Penasihat / Pemimpin yang dilantik adalah bertanggung jawab atas segala penentuan dan keputusan. 8.4 Guru Penasihat / Pemimpin boleh bertindak sebagai juruaudit bagi pemeriksaan akaun.

9.

AHLI JAWATANKUASA 9.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung. 9.2 Ahli yang hadir dan ahli yang tidak hadir tetapi menulis surat, layak dicalonkan sebagai AJK. 9.3 Pemilihan AJK secara undian. 9.4 AJK kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat / Pemimpin tanpa mengadakan mesyuarat. 9.5 AJK yang hendak meletakkan jawatan hendaklan menghantar surat perletakan jawatan kepada Guru Penasihat / Pemimpin. 9.6 AJK hendaklah terdiri : PENGERUSI NAIB PENGERUSI SETIAUSAHA PENOLONG SETIAUSAHA BENDAHARI AJK TERDIRI DARIPADA WAKIL KELAS

9.7 Guru Penasihat / Pemimpin boleh menambah bilangan AJK jika difikirkan perlu. 9.8 Guru Penasihat / Pemimpin berhak mengemukakan cadangan kepada Penolong Kanan Kokurikulum untuk menamatkan jawatan AJK. 10. DERMA 10.1 Sumber utama kewangan TKRS adalah melalui derma yang ditetapkan dan juga derma ikhlas daripada mana-mana ahli atau Guru Penasihat / Pemimpin. 10.2 Kewangan TKRS juga boleh diperolehi melalui aktiviti. 10.3 Ahli yang menyertai mana-mana aktiviti luar yang memakan belanja besar boleh dianjurkan derma khas bagi membiayai projek tersebut. 10.4 Segala derma mestilah dibuat dalam penyata kira-kira khas dan diaudit. 10.5 Baki wang mestilah diumumkan dalam setiap perjumpaan.

11.

KEHADIRAN / PENYERTAAN 11.1 Ahli dikehendaki menghadiri sekurang-kurangnya 70% daripada

perjumpaan-perjumpaan yang dilaksanakan. 11.2 Kegagalan berbuat demikian boleh dikenakan tindakan disiplin dan kehilangan hak-hak keahlian. 11.3 TKRS perlu mengemukakan panduan denda yang dikenakan kepada mana-mana ahli yang tidak hadir perjumpaan. 12. AKTIVITI 12.1 Dijalankan sebagaimana yang dirancang dalam Mesyuarat Agung atau Mesyuarat Ahli Jawatankuasa dan diluluskan oleh Penolong Kanan Kokurikulum. 12.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat / Pemimpin dan diumumkan kepada pengetahuan ahli. 13. PERATURAN-PERATURAN 13.1 Peraturan sekolah adalah peraturan asas TKRS sekolah ini. 13.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi. 13.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan TKRS akan dikenakan tindakan tata tertib. 14. TINDAKAN DISIPLIN 14.1 Diambil ke atas ahli yang melanggar perlembagaan TKRS dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan. 14.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut : Amaran lisan Amaran bertulis Menggantung keahlian Pecat keahlian 14.3 Ahli yang dikenakan tindakan disiplin akan hilang semua hak ahli TKRS. 14.4 Ahli boleh mengemukakan rayuan secara bertulis. 14.5 Segala keputusan Guru Penasihat / Pemimpin adalah muktamat. 15. PINDAAN PERLEMBAGAAN 15.1 Mana-mana bahagian dari perlembagaan TKRS ini sah sehingga pindaan dibuat ke atas bahagian perlembagaan itu. 15.2 Segala cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, Guru Penasihat / Pemimpin, Ahli Jawatankuasa atau Pentadbir Sekolah

Dengan cara bertulis atau secara lisan dan dalam mMesyuarat Agung. 15.3 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh Guru Besar.

16.

HAL-HAL LAIN 16.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggung jawab sendiri terhadap aktiviti TKRS. 16.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti-aktiviti dengan ikhlas, minat, dan bersungguh-sungguh.

You might also like