You are on page 1of 7

Sinopsis Prosa tradisional ini mengisahkan seorang raja perempuan yang bernama Encik Siti Wan Kembang.

Encik Siti menjadi raja di Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung. Encik Siti tidak mempunyai suami dan anak. Oleh sebab itu, Encik Siti berhajat mengambil anak angkat, iaitu anak raja Jembal yang bernama Tuan Puteri Sadung. Permintaan ini tidak dapat ditolak oleh raja Jembal kerana datangnya daripada seorang raja. Akhirnya, Tuan Puteri Sadung menjadi anak angkat kepada Encik Siti. Semakin meningkat dewasa, kecantikan Tuan Puteri Sadung semakin terserlah. Banyak orang yang jatuh hati kepadanya. Apabila Tuan Puteri Sadung dewasa, Encjk Siti mengahwinkan salah seorang anak raja Jembal yang bernama Raja Abdullah dengan anak angkat baginda itu. Raja Abdullah telah diberikan gelaran, iajtu Sultan Abdullah. Sultan Abdullah membina sebuah kota baru bernama Kota Jelasin manakala Encjk Siti berpindah ke Gunung Ayam dan menjadi raja di situ. Kecantikan Tuan Puteri Sadung telah menawan hati raja Siam. Baginda telah mengarahkan pengikutnya menyerang Kota Jelasin dan mengambil Tuan Puteri Sadung. Tuk Ca, iaitu seorang ahli nujum turut serta bersama-sama dengan angkatan Siam untuk mengambil Tuan Puteri Sadung. Utusan raja Siam telah dihantar menghadap Sultan Abdullah dan menyampaikan hasrat Raja Siam yang mahu memiliki Tuan Puteri Sadung. Fiai ini menyebabkan Sultan Abdullah murka dan menghalau utusan raja Siam. Sebagai akibatnya, angkatan Siam telah mengepung Kota Jelasin. Terjadilah pertempuran antara kedua-dua belah pihak. Tentera Siam tewas kerana kesaktian yang djmiljkj oleh Tuan Puteri Sadung. Dengan takdir Tuhan, rakyat Sultan Abdullah pula telah ditimpa kelaparan. Fada masa yang sama, tentera Siam mengepung Kota Jelasin. Dalam keadaan yang gentjng tu, Tuan Puteri Saciung berseru sekiranya baginda berasal daripada keturunan orang tuhatuha yang berdarah putih dan bertulang tunggal, akan terangkatlah kota dan istana mahligainya sehingga jatuh di dalam hutan. Permintaannya makbul apabila Kota Jelasin diangkat dan diletakkan di suatu tempat yang bernama Cerang Bahagia. Tempat itu dinamai Mahligai. Tuk Ca menyatakan bahawa Mahiigai Suiltan Abdullah dan Tuan Puteri Sadung ada di dalam cerang. Rombongan raja Siam tiba di cerang besar lalu mengepung Mahiigai Sultan Abdullah. Baginda berdua tidak dapat melarikan diri dan semua rakyat telah berpecah belah. Tuan Puteri Sadung kemudian meminta suaminya bertanya kepada Tuk Ca tentang hajat sebenar raja Siam menyerang Kota Jelasin. Tuk Ca sekali lagi menyatakan bahawa raja Siam tidak berminat menakluki Kota Jelasin, baginda hanya mahu memiliki Tuan Puteri Sadung. Akhirnya, Sultan Abdullah menitahkan isterinya supaya menurut kehendak raja Siam kerana mereka tidak mampu menentang raja Siam dan bimbang negeri mereka akan musnah. Tuan Puteri Sadung yang serba salah kerana mahu menjaga maruahnya dan takut dimurkai Sultan Abdullah akhirnya bersetuju dengan kehendak suaminya lalu mengikut Tuk Ca ke Siam.

Tema Tema prosa tradisional ini ialah keistimewaan dan kecantikan seorang tuan puteri yang memiliki kelebihan yang luar biasa. Keistimewaan dan kecantikan ini telah membuatkan raja Siam jatuh hati lalu memerintahkan angkatan tenteranya untuk mendapatkan Tuan Puteri Sadung dengan apa-apa cara sekalipun.

Persoalan (a) Kehebatan seorang raja yang mahu permintaannya dipenuhi .Contohnya, raja Siam berusaha untuk merampas Tuan Puteri Sadung walaupun baginda tahu bahawa Tuan Puteri Sadung sudah bersuami. (b) Penggunaan unsur-unsur luar biasa golongan istana dan pembesar. Contohnya, Tuan Puteri Sadung memiliki kelebihan mengghaibkan kota. Tuk Ca pula merupakan ahli nujum raja Siam yang memiliki kebolehan menilik. . (c) Ketaatan kepada raja. Contohnya, angkatan Siam patuh akan arahan raja mereka yang ingin merampas Tuan Puteri Sadung daripada Sultan Abdullah. (d) Kebijaksanaan dalam menyelesaikan persengketaan. Contohnya, Raja Abdullah berunding dengan Tuk Ca agar titik penyelesaian antara kedua-dua belah pihak dicapai. (e) Kasih sayang dan pengorbanan seorang isteri. Contohnya, Tuan Puteri Sadung dan Raja Abdullah sanggup berpisah kerana mahu menyelamatkan nyawa dan kota mereka daripada serangan Siam.

Watak dan Perwatakan Tuan Puteri Sadung (a) Anak raja Jembal. (b) Dijadikan anak angkat oleh Encik Siti Wan Kembang. (c) Dikatakan berasal daripada keturunan orang tuha-tuha yang berdara putih dan bertulang tunggal. (d) Dikahwinkan dengan Sultan Abdullah. (e) Memiliki rupa paras yang cantik. Contohnya, Tuan Puteri Sadung digilai oleh raja Siam. (f) Mempunyai ilmu kesaktian. Contohnya, Tuan Puteri Sadung dapat mengghaibkan Kota Jelasin. (g) Taat kepada suami. Contohnya, Tuan Puteri Sadung merelakan dirinya diserahkan kepada raja Siam kerana menurut perintah suaminya. (h) Sanggup berkorban. Contohnya, selain taat akan perintah suami, Tuan Puteri Sadung sanggup menurut kemahuan raja Siam bagi mengelakkan negerinya musnah diserang oleh angkatan Siam.

Sultan Abdullah (a) Suami Tuan Puteri Sadung. (b) Nama asalnya Raja Abdullah dan Encik Siti memberikan gelaran Sultan Abdullah. (c) Memerintah negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung. (d) Tinggal bersama dengan isterinya di Kota Jelasin. (e) Berpendirian tegas. Contohnya, Sultan Abdullah pada mulanya enggan menyerahkan Puteri Sadung kepada raja Siam. (f) Berani. Contohnya, Sultan Abdullah berani bertemu dengan Tuk Ca bagi mengadakan rundingan. (g) Sayang akan isterinya. Contohnya, Sultan Abdullah rasa berat hati untuk melepaskan isterinya kepada raja Siam. (h) Sanggup berkorban. Contohnya, Sultan Abdullah terpaksa berkorban dengan melepaskan isterinya bagi mengelakkan negaranya dimusnahkan oleh angkatan raja Siam.

Encik Siti Wan Kembang (a) Ibu angkat Tuan Puteri Sadung. (b) Menjadi pemerintah Kerajaan Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung dan Gunung Ayam. (c) Tidak bersuami dan tidak mempunyai anak. (d) Penyayang. Contohnya, Encik Sitj sangat sayang akan anak angk yang bernama Tuan Puterj Sadung. (e) Bijaksana. Contohnya, Encik Sitj menyediakan pengganti bagi mewarisi takhta pemerintahannya. (f) Bertolak ansur. Contohnya, Encik Siti sanggup berpindah ke Gunung Ayam dan meminta menantunya, Sultan Abdullah memerjntah Kota Jelasin.

Raja Siam (a) Terlalu mengikut keinginan nafsu. Contohnya, raja Siam ingin memiliki Tuan Puteri Sadung walaupun sedar bahawa Tuan Puteri Sadung sudah bersuami. (b) Tidak berperikemanusiaan. Contohnya, raja Siam mengarahkan bala tenteranya menyerang Kota Jelasin untuk mengambil Tuan Puteri Sadung.

Tuk Ca (a) Ahli nujum raja Siam. (b) Taat setia. Contohnya, Tuk Ca menurut perintah raja Siam agar belayar bersamasama dengan angkatan Siam untuk mendapatkan

Tuan Puteri Sadung (c) Memilikj kesaktian. Contohnya, Tuk Ca menggunakan ilmu nujum untuk mencari tempat persembunyian Tuan Puterj Sadung. (d) Bertolak ansur. Contohnya, Tuk Ca sanggup berunding dengan Sultan Abdullah bagi mengelakkan terjadinya peperangan antara kedua-dua belah pihak.

Plot Binaan Plot (a) Permulaan Encik Siti yang tjdak bersuami dan beranak mengambil Tuan Puteri Sadung sebagai anak angkat. Apabila sudah dewasa, Encik Siti mengahwinkan anak angkatnya dengan Raja Abdullah. Negerinya, Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung diserahkan kepada menantunya, Raja Abdullah yang digelar sebagai Sultan Abdullah. (b) Perkembangan Kecantikan Tuan Puteri Sadung sampai ke pengetahuan raja Siam. Baginda yang jatuh hati kepada Tuan Puteri Sadung ingin memiliki Tuan Puteri Sadung walaupun mengetahui bahawa Tuan Puteri Sadung sudah bersuami. Raja Siam mengarahkan pengikutnya pergi ke Kota Jela sin untuk mengambit Tuan Puteri Sadung. Sultan Abdullah menghalau utusan raja Siam kerana amat murka akan tindakan raja Siam itu. Sebagai akibatnya, angkatan Siam telah menyerang Kota Jelasin. Namun, angkatan Siam tewas kerana kesaktian yang dimiliki oleh Tuan Puteri Sadung. (c) Klimaks Rakyat Sultan Abdullah pula telah ditimpa bala kebuluran. Sultan Abdullah dan Tuan Puteri Sadung mengakui bahawa mereka sukar untuk menewaskan angkatan raja Siam. Sultan Abdullah bertemu dengan Tuk Ca untuk berunding. Hasilnya, Sultan Abdullah dengan berat hati meminta Tuan Puteri Sadung memenuhi permintaan raja Siam demi keselamatan negara. (d) Peleraian Tu an Puteri Sadung akur akan arahan suaminya lalu angkatan Siam membawa Tuan Puteri Sadung ke Siam.

Teknik Plot (a) Teknik pemerian. Contohnya: Inilah suatu cetera hi ka yat zaman dahulu kala, ada diceterakan oleh orang yang empunya cetera ini, asal raja yang memerintah negeri Kelantan ini, iaitu la seorang perempuan nama Encik Sitj. Itulah raja yang memerintah negeri, terlalu besar kerajaannya. [hal. 28] (b) Teknik dialog. Contohnya: Maka lalu Sultan Abdullah pun berkatalah kepada isterinya itu, Ya adindaku tuan, buah hati cahaya mata kakanda, balk lab adinda pergi dahulu menurut kehendak raja Siam itu, kerana jikalau kita bertahan sebagaimana pun tiadalah tahan. Jikalau ada untung tuah paduka kakanda dan adinda, boleh kita berjumpa pula. Jikalau adinda tiada pergi, rosaklah negeri kita ini. *hal. 33+ (c) Teknik monolog. Contohnya: Maka tatkala itu lalu difikir oleh Tuan Puteri Sadung itu, Baiklah aku suruh Sultan Abdullah itu pergi bertanya kepada Tuk Ca yang di dalam jong itu apa-apa hajat raja Siam itu yang la langgar Kota Jelasin ini, apa-apa kehendaknya kerana ja da pat keterangan yang betulnya. *hal. 33)

Gaya Bahasa Diksi (a) Penggunaan bahasa istana bertitah, menghadap, murka. (b) Penggunaan bahasa Arab takdir, Allah subhanahu wataala. (c) Penggunaan bahasa kiasik tuba -tuba, sebermula, suak, dilekung, dicetera kan.

Peribahasa Contohnya: buah hati cahaya mata kakanda

Latar Latar Tempat (a) Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung, iaitu negeri Kelantan Purba yang diperintah oleh Encik Siti Wan Kembang. (b) Kota Jelasin, yakni kota yang baru dibina oleh Sultan Abdullah atas perintah Encik Sitj Wan Kembang. (c) Cerang Bahana, jaitu tempat Kota Jelasin dipindahkan oleh Tuan Puteri Sadung selepas kota itu dikepung oleh angkatan raja Siam.

(d) Gunung Ayam, iaitu lokasi baru Encik Sitj dan pengikutnya berpindah apabila Kota Jelasin diserahkan kepada Sultan Abdullah. (e) Mahligai, tempat bersemayam Tuan Puteri Sadung dan Sultan Abdullah. (f) Perahu jong, iaitu tempat Sultan Abdullah dan Tuk Ca mengadakan rundingan.

Latar Masa (a) Pada zaman dahulu, iaitu zaman pemerintahan kerajaan Kelantan Purba. (b) 40 hari 40 malam. Contohnya, Encik Ski membuat persediaan 40 hari 40 malam bagi mengahwinkan Tuan Puteri Sadung dengan Raja Abdullah. (c) Waktu malam. Contohnya, Tuan Puteni Sadung menggunakan kesaktiannya untuk mengghaibkan Kota Jelasin lalu jatuh di Cerang Bahana. (d) Waktu siang. Contohnya, angkatan raja Siam kehairanan kerana Kota Jelasin telah ghaib.

Latar Masyarakat (a) Masyarakat berketurunan raja. Contohnya, Encik Siti, Sultan Abdullah, Tuan Puteri Sadung, dan raja Siam berketurunan raja. (b) Masyarakat yang rnenunjukkan kekuasaan. Contohnya, raja Siam ingin memiliki Tuan Puteri Sadung dengan apa-apa cara sekalipun walaupun tindakan itu akan mengorbankan rakyat yang tidak berdosa. (c) Masyarakat yang akur terhadap perintah. Contohnya, angkatan Siam akur akan arahan raja mereka untuk mengambil Tuan Puteri Sadung manakala Tuan Puteri Sadung akur akan perintah suaminya agar menuruti kemahuan raja Siam. (d) Masyarakat yang memiliki kesaktian dan ilmu yang luar biasa. Contohnya, Tuk Ca merupakan ahli nujum yang dapat menilik sesuatu manakala Tuan Puteri Sadung mampu mengghaibkan kotanya. (e) Masyarakat yang bertolak ansur. Contohnya, Sultan Ahdullah sanggup mengadakan rundingan dengan Tuk Ca bagi mengelakkan peperangan. (f) Masyarakat yang bersabar apabila ditimpa bencana atau kesusahan. Contohnya, Tuan Puteri Sadung terpaksa berpisah dengan suaminya angkara perbuatan raja Siam.

Nilai (a) Kasih sayang. Contohnya, Sultan Abdullah dan Tuan Puteri Sadung merupakan suami isteri dan mereka saling menyayangi. (b) Ketaatan. Contohnya,Tuk Ca mengikut angkatan bagi rnendapatkan Tuan Puteri Sadung kerana amat taat akan rai anya, iaitu raja Siam. (c) Pengorbanan. Contohnya, Tuan Puteri Sadung sanggup berpisah dengan suaminya dan menurut kemahuan raja Siam bagi mengelakkan negerinya musnah digempur Siam. (d) Keberanian. Contohnya, Sultan Abdullah berani menentang angkatan tentera Siam yang jauh lebih besar bilangannya. (e) Kebijaksanaan. Contohnya, Sultan Abdullah berunding dengan Tuk Ca bagi mengelakkan peperangan dan kemusnahan.

Pengajaran (a) Suami isteri hendaklah hidup dengan penuh kasih sayang. Contohnya, Sultan Abdullah dan Tuan Puteri Sadung hidup sebagai suami isteri yang saling menyayangi. (b) Isteri perlulah taat akan perintah suami. Contohnya, Tuan Puteri Sadung amat taat akan perintah suaminya. (c) Kita hendaklah sedia berkorban untuk kepentingan negara. Contohnya, Tuan Puteri Sadung mengorbankan kebahagiaannYa agar negaranya tidak digempur oleh raja Siam. (d) Kita janganlah merampas hak orang lain. Contohnya, sikap raja Siam bertekad mahu merampas Tuan Puteri Sadung daripada Sultan Abdullah adalah sesuatu yang tidak wajar dilakukan. (e) Kita hendaklah berfikiran rasional. Contohnya, arahan raja Siam untuk menggempur Kota Jela sin kerana seorang wanita merupakan suatu tindakan yang tidak rasional. (f) Kita hendaklah berunding bagi menyelesaikan masalah. Contohnya, Sultan Abdullah mengadakan rundingan bagi menyelesaikan masalah yang timbul dan dapat mengelakkan peperangan.

You might also like