You are on page 1of 18

Bentuk Pentaksiran PSV

Pemerhatian Kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan untuk mengukur pemboleh ubah penyelidikan. Pemerhatian juga merupakan alternatif yang ada dalam mengumpul maklumat atau pengumpulan data selain soal selidik dan temuduga. Melalui pemerhatian, penyelidik dapat mengamati sesuatu tingkah laku subjek berpandukan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang telah dikenal pasti. Peranan penyelidik ialah sebagai pemerhati terhadap perubahanperubahan tingkah laku, mendengar, serta melihat tingkah laku subjek sama ada dari jauh atau dari dekat.

Bentuk Pentaksiran PSV

Jenis-jenis pemerhatian
1) Pemerhatian Peserta

Jenis pemerhatian ini melibatkan pemerhati menjadi seorang daripada ahli dalam kumpulan yang hendak diperhati dan pada masa yang sama ia membuat pemerhatian. Menggunakan kaedah pemerhatian ini, penyelidik memainkan dua peranan iaitu sebagai peserta dan pemerhati. Kebaikan kaedah pemerhatian jenis ini ialah penyelidik dapat mengalami sendiri aktiviti-aktiviti yang dirancangkan dan ini menjadikan dapatan pemerhatian lebih sah dan boleh dipercayai. Menggunakan kaedah ini juga memungkinkan maklumat-maklumat yang tersembunyi atau yang tidak dijangka dapat diperhati di peringkat awal.

Bentuk Pentaksiran PSV

2)Pemerhatian Bukan Peserta


Jenis pemerhatian ini memerlukan pemerhati memilih tempat yang sesuai untuk membuat pemerhatian. Tempat pemerhatian mestilah memberi peluang semaksimum mungkin kepada pemerhati untuk membuat pemerhatian secara teliti terhadap segala gerak geri ahli kumpulan atau individu yang diperhati. Pemerhatian boleh dibuat dengan bantuan peralatan seperti alat-alat rakaman termasuk teropong, kaset, dan kamera video. Kebaikan kaedah ini ialah responden kajian mungkin tidak menyedari akan kehadiran pemerhati dan dengan itu ia akan menunjukkan tingkah laku yang tulen dan tidak berpura-pura. Data-data yang diperoleh lebih tulen dan ini akan menyumbang kepada ketepatan maklumat yang dikumpul. Maklumat yang tepat akan menyumbang pula kepada keputusan yang lebih tepat.

Bentuk Pentaksiran PSV

Kebaikan Kaedah Pemerhatian Pemerhatian terhadap sampel-sampel kajian adalah lebih terperinci, jelas,teliti dan tepat dan ini akan menyumbang kepada dapatan kajian yang lebih sah serta boleh dipercayai.

Maklumat yang diperoleh daripada pemerhatian sama ada dijangka atau tidak boleh menjadi bahan rujukan penting dalam kajian. Penyelidik boleh memastikan bahawa maklumat yang diperoleh daripada pemerhatian benar-benar dari sampel yang ingin dikaji bukan wakil sampel yang telah dikenal pasti.

Bentuk Pentaksiran PSV

Kelemahan Kaedah Pemerhatian Sampel yang diperhati mungkin berlakon apabila tingkah laku mereka diperhati dan diteliti. Sampel mungkin merasa tidak selesa dan senang hati apabila tingkah laku mereka diperhati. Pemerhati yang tidak bertanggungjawab mungkin akan membuat pemerhatian yang tidak konsisten dan sesuka hati mereka. Pemerhati mungkin bias terhadap sampel yang diperhatikan disebabkan faktor lain seperti perbezaan ras, budaya, fahaman, dan nilai.

Bentuk Pentaksiran PSV

Pemerhatian terbahagi kepada 6 :

Rekod Anekdot Senarai semak

Temubual Borang Kemajuan Diri


Rekod Profil Murid

Soal Selidik

Bentuk Pentaksiran PSV REKOD ANEKDOT

maklumat murid direkod secara berterusan mengikut tahap dan boleh disambung oleh guru lain. melalui pemerhatian terus mencatat tingkahlaku murid sama ada normal atau bermasalah catatan pemerhatian diasingkan dengan tafsiran. pemerhati hanya perlu memerhati dan mencatat tingkah laku murid yang wujud pada masa pemerhatian. mencatat perubahan yang berlaku dalam tingkah laku murid membantu guru memahami perkembanagn murid dari semasa ke semasa

Bentuk Pentaksiran PSV

Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan untuk menulis Rekod Anekdot :-

Membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku walaupun tidak dirancang.


Murid yang hendak diperhatikan tidak perlu ditentukan.

Mengenalpasti peristiwa itu penting dan signifikan kepada aspek perkembangan murid
Tuliskan apa yang dilihat secara objektif Perkara-perkara yang ditulis dalam rekod anekdot ialah yang menggambarkan tentang perkembangan bahasa dan literasi, pola interaksisosial, kemahiran menyelesaikan masalah dan kejayaankejayaan.

Bentuk Pentaksiran PSV

Temubual
An interview is a piece of social interaction with one person asking another a number of questions and the other person giving answers. (Therese L. Baker 1999, 220).

Tujuan Temubual
Dapat berinteraksi secara langsung dengan responden. Responden dapat memberikan jawapan secara langsung. Perjelasan secara langsung.

Bentuk Pentaksiran PSV

Bentuk Temubual
Temubual Berstruktur Kelemahan Kelebihan Temubual tidak Berstruktur Kelemahan Kelebihan diperolehi. - Jawapan bukan bersifat andaian/tafsiran

Persiapan Temubual
Kenapa perlu temubual dlm research ini? Melakukan brainstorming. Persiapan:diri & responden Penentuan Soalan: Berstruktur / Tidak berstruktur? Penetapan Waktu & Lokasi. Kemahiran Instrumen.

Bentuk Pentaksiran PSV

Senarai Semak

Definisi :
senarai item yang disediakan untuk mengenalpasti perkembangan dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan. senarai item yang disediakan digunakan untuk menentukan sama ada : sesuatu tingkah laku/ciri dapat diperhatikan sesuatu perlakuan telah dilakukan kekerapan sesuatu tingkah laku diperhatikan

Bentuk Pentaksiran PSV

PROSEDUR Perkara yang perlu diperhatikan : disediakan lebih awal sebelum pemerhatian dibuat tingkah laku yang diperhatikan dinyatakan dengan ringkas dan jelas. digunakan untuk melihat/ menilai tingkah laku mudah dalam konteks semula jadi hanya kemahiran penting dinyatakan dalam senarai semak item disusun mengikut pemeringkatan supaya dapat memperlihatkan perkembangan tingkah laku yang ingin diperhatikan. tidak menunjukkan darjah hasil pembelajaran dan tingkah laku murid. pemerhatian dilakukan beberapa kali untuk mendapat maklumat yang lebih tekal. senarai semak boleh menilai murid secara individu, kumpulan atau kelas.

Bentuk Pentaksiran PSV

Borang Kemajuan Diri


Menunjukkan tahap pencapaian murid. Menjadi panduan guru untuk merancang tindakan susulan.

Soal Selidik
Soal selidik ialah alat ukur yang paling popular dalam kajian tinjauan manakala temu bual dijalankan untuk menyokong hasil kajian yang diperoleh. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini biasanya disediakan oleh penyelidik. Walau bagaimanapun soal selidik yang sedia ada dan soal selidik penyelidikan terdahulu iaitu yang telah melalui proses pengesahan dan diuji kebolehpercayaannya boleh juga digunakan.

Bentuk Pentaksiran PSV

Sekiranya penyelidik perlu menyediakan instrumen soal selidik beberapa perkara perlu diambil perhatian. Ciri-ciri instrumen soal selidik yang baik: Sesuai dengan kesediaan responden, Format instrumen yang sistematik, Arahan yang jelas, Surat dan dokumen disertakan bersama instrumen kajian Ujian rintis dijalankan sebelum instrumen digunakan (Chua, 2006).

Bentuk Pentaksiran PSV

Panduan membentuk item-item soal selidik : Penggunaan bahasa yang mudah, Selaras dengan responden, Elakkan soalan yang sukar, Soalan yang tidak mempengaruhi pemilihan responden, Elakkan soalan dwi-maksud, soal selidik yang terlalu panjang, Elakkan soalan yang kabur, Elakkan mendorong jawapan yang digemari masyarakat, Elakkan soalan yang berarah dan item yang negatif

(Merican, 2006). Item-item soal selidik boleh menggunakan ukuran dalam bentuk skala likert, skala perbezaan semantik, skala Thurstone dan skala Gutman (Gay & Airasian, 2000)

Bentuk Pentaksiran PSV

Rekod Profil Murid Rekod yang memberi maklumat tentang pencapaian murid dalam semua mata pelajaran yang diikuti disekolah dan ditunjukkan menggunakan markah dan gred.

Jenis-jenis Rekod Murid


Rekod Kutipan Yuran Kad Himpunan Buku Kemajuan Murid Jadual Kedatangan Rekod Prestasi Rekod Profil

Bentuk Pentaksiran PSV

Portfolio

Apa Itu Portfolio?


Portfolio merupakan koleksi hasil kerja pelajar yang memberi gambaran tentang sejarah usaha pelajar dan pencapaiannya dalam bidang tertentu. Koleksi termasuk penglibatan pelajar dalam pemilihan bahan kandungan, garis panduan pemilihan, kriteria dan bukti refleksi kendiri pelajar. (Arter & Paulson, 1990)

Bentuk Pentaksiran PSV

Konsep Portfolio atau profil profesional merupakan satu koleksi dokumen yang memberi gambaran tentang seorang profesional dari segi pengetahuan, kemahiran, pengalaman, kelayakan, matlamat dan pencapaian. Oleh itu portfolio bukan sekadar C.V atau rekod perkhidmatan.

You might also like