You are on page 1of 9

APAKAH IMPLIKASI GLOBALISASI PENDIDIKAN KEPADA PARA PENDIDIK?

PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS

IMPLIKASI NEGATIF

PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS DALAM PENGAJARAN SAINS DAN MATEMATIK Ramai guru yang menghadapi masalah dalam mendidik menggunakan bahasa inggeris kerana tidak mahir menggunakan bahasa tersebut. Kebanyakan guru terutamanya guru-guru disekolah rendah beranggapan bahawa pelaksanaan PPSMI ini hanya menyebabkan pelajar sukar untuk memahami mata pelajaran sains dan matematik.

Kongres Pendidikan Melayu Ke-2 yang dianjurkan pada bulan Mac 2005, secara lantang menyatakan bahawa kirakira 5ratus ribu orang pelajar Melayu akan keciciran di bawah dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris akibat kegagalan menguasai bahasa Inggeris Dipetik dari (http://www.scribd.com/doc/12777706/Pandangan-DanCadangan-Mengenai-Pelaksanaan-Ppsmi) Para pendidik bimbang perkara diatas akan berlaku apabila PPSMI dilaksanakan. Disamping itu, perkara ini juga akan memberikan tekanan yang berlebihan terhadap guru-guru kerana untuk mengajar Sains dan Matematik mereka harus menguasai bahasa inggeris juga.

Jumlah waktu pengajaran dan pembelajaran Tahap I di SJK(C) meningkat daripada 45 waktu (1350 minit) kepada 50 waktu (1500 minit) seminggu, bahkan bilangan mata pelajaran juga bertambah kerana bahasa Cina dan bahasa Inggeris digunakan secara serentak untuk mengajar Matematik dan Sains. - (KAJIAN GPGSCM
MENGENAI KESAN-KESAN PELAKSANAAN FORMULA "2-4-3)

Perkara ini telah mendatangkan impak yang sangat besar kepada warga pendidik terutamanya guruguru cina di SJK(C).

Guru- guru yang diaturkan untuk mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris berasa tertekan kerana menghadapi masalah penguasaan bahasa Inggeris Kementerian Pelajaran Malaysia enggan menambah bilangan guru mengikut pertambahan waktu pengajaran menyebabkan waktu pengajaran guru-guru yang sedia ada terpaksa bertambah, dan menjadikan masalah kekurangan guru di SJK(C) semakin serius.

IMPLIKASI POSITIF

Para pendidik berpeluang untuk mempelajari bahasa baru iaitu bahasa Inggeris di mana ia merupakan satu bahasa antarabangsa yang digunakan hampir di seluruh dunia. Sekurang-kurangnya para pendidik dapat menguasai dua bahasa ini dimana akan lebih banyak membantu terutamanya ketika mengendalikan alat-alatan seperti komputer Banyak pengetahuan baru juga diperolehi melalui rangkaian internet dan kebanyakannya menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar

Penggunaan bahasa Inggeris ini secara tidak langsung membawa status pendidikan dinegara kita ke tahap yang lebih tinggi Kualiti guru juga meningkat apabila guruguru di Malaysia dapat menguasai bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua Tidak mustahil pada masa akan datang guru-guru di Malaysia akan mengajar di pelbagai tempat diseluruh dunia apabila telah mencapai pengetahuan di peringkat Global.

You might also like