You are on page 1of 14

PENGENALAN

Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang bahan kimia, jirim zarahan atau bahan biologi yang boleh menyebabkan mudarat, ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup lain serta merosakkan alam sekitar apabila ia dibebaskan ke atmosfera. Contoh pencemar udara adalah seperti gas karbon dioksida, sulfur dioksida, kloroflorokarbon, bau-bauan, logam toksik seperti plumbum dan tembaga dan sisa radioaktif. Pencemaran udara berpunca daripada pelepasan asap kotor oleh industri terus ke udara melalui cerobong asap kilang, kenderaan motor di jalan raya dan letusan gunung berapi. Antara kesan pencemaran udara adalah penipisan lapisan ozon, jerebu, hujan asid dan pemanasan bumi. Pencemaran udara mungkin boleh memberi kesan terhadap kesihatan, keselamatan dan keselesaan manusia ataupun harta benda.

Objektif
1

-Untuk menimbulkan kesedaran pelajar tentang kepentingan menjaga kebersihan udara. -Untuk mengetahui kesan pencemaran udara dan langkah-langkah pencemaran udara. -Untuk mengumpul dan merekod maklumat tentang pencemaran alam sekitar.

Kesan pencemaran udara


Kesihatan manusia Kesan utama pencemaran udara kepada manusia adalah sistem pernafasan. Gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni sistem
2

pengangkutan oksigen dalam darah dan melambatkan tindak balas manusia. Kesan seterusnya akan menyebabkan seseorang itu mengantuk, mempunyai penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru. Bahan tercemar seperti nitrogen oksida boleh menyebabkan edema dan pendarahan pulmonari. Bahan tercemar seperti gas ozon boleh menimbulkan kerengsaan dan akan menyebabkan inflamasi paru-paru dan ketidakupayaan untuk bergerak. Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain juga menghalang penglihatan mata manusia. Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah menyatakan sebanyak 3.3 juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara. Ia adalah tiga kali lebih tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan oleh kemalangan kenderaan.

Tumbuhan Kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan nekrosis (keguguran daun), klorosis (pertukaran warna), dan pertumbuhan terbantut. Kesan ini juga akan menyebabkan sebahagian daripada penduduk bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi yang akhirnya menganggu kehidupan seharian. Selain itu, kesan ini akan mengganggu keseimbangan ekosistem.

Haiwan Haiwan akan terancam atau mati akibat daripada pencemaran udara. Perkara ini disebabkan oleh udara yang memasuki paru-paru haiwan. Selain itu, makanan daripada sumber tumbuhan akan tercemar oleh pencemaran udara. Bahan Kesan kepada bahan bermaksud kerosakan berlaku akibat daripada pencemaran udara seperti kekotoran pada pakaian, pencemaran pada permukaan dinding bangunan dan sebagainya. Perkara ini berlaku akibat daripada pengenapan asap atau zarah halus. Hakisan logam juga merupakan kesan daripada pencemaran udara akibat kehadiran sulfur dioksida di dalam udara.
3

Penyusutan lapisan ozon Pencemaran udara akan menyebabkan berlakunya pemanasan global akibat daripada penyusutan lapisan ozon yang melindungi bumi daripada sinaran terus cahaya matahari. Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit. Di samping itu, pancaran matahari yang terik juga akan menyebabkan berlakunya pencairan ais di bahagian kutub bumi. Pada masa kini, ekosistem di dunia mengalami ketidakseimbangan.

Hujan asid Hujan asid berlaku disebabkan oleh penggabungan gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan dan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini akan terkumpul di dalam awan dan bergerak ke tempat-tempat lain. Asid tersebut akan turun bersama-sama dengan hujan dan menimpa hidupan yang terdapat di dunia. Kesannya, ia membunuh tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan air. Tambahan pula, ia juga boleh menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan bangunan. Selain itu, asid tersebut juga meresap ke dalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah berkurang serta tidak subur.

Kesan rumah hijau dan pemanasan global Kesan yang paling ketara dan sedang hangat diperbincangkan oleh seluruh negara pada masa kini adalah tentang kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau. Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon juga menjadi punca kepada pemanasan global yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia. Kenaikan suhu bumi adalah disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida yang terkumpul di dalam udara.Gas karbon dioksida yang terlalu banyak telah menyebabkan haba di bumi
4

terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitarannya menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga menyebabkan kejadian pemanasan global ini. Kesannya adalah permukaan bumi akan menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Pencemaran_udara

KESAN-KESAN PENCEMARAN UDARA

PUNCA-PUNCA PENCEMARAN UDARA


Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 mengandungi peruntukan yang bertujuan mencegah, menghapus, mengawal pencemaran serta memperbaiki kualiti alam sekeliling dan dari aspek yang sering dikaitkan dengan alam sekitar iaitu pencemaran yang membawa kepada maksud apa-apa perubahan secara langsung dan tidak langsung terhadap sifat-sifat fizikal, haba dan kimia termasuk kesan biologikal terhadap alam sekeliling yang meliputi pencemaran air, udara, bunyi, tanah dan laut dan untuk masalah ini, pelbagai punca telah dapat dikenal pasti yang menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. PENJANAAN KUASA
6

Hampir kesemua tenaga elektrik dihasilkan dengan membakar bahan api fosil seperti gas asli, minyak dan arang batu. Loji-loji janakuasa jenis ini mempunyai tahap kecekepan antara 35 dan 40 peratus di mana tenaga selebihnya bertukar menjadi haba. Pada masa ini, Malaysia menjana 86 peratus keperluan tenaga elektriknya melalui loji janakuasa konvensional manakala baki 14 peratus dihasilkan oleh stesen janakuasa hidro.

KENDERAAN MOTOR Masyarakat moden amat bergantung kepada pengangkutan bermotor seperti kereta, lori dan keretapi. Setiap pergerakan kenderaan motor menggunakan tenaga yang banyak dan hampir kesemuanya dihasilkan dengan membakar bahan api fosil, yang menghasilkan asap dan bunyi bising yang membawa kesan buruk kepada keadaan setempat. Kualiti udara persekitaran amat bergantung kepada jenis sistem pengangkutan yang digunakan, jenis sumber tenaga, tahap teknologi enjin dan juga jumlah tenaga yang diperlukan. Di dalam sektor pengangkutan, kenderaan motor adalah penyumbang utama kepada pencemaran udara. Penggunaan pengangkutan awam akan mengurangkan impak pencemaran ke atas alam sekitar. Dalam tahun 2004, 14 juta kenderaan berdaftar digunakan di Malaysia, angka ini dua kali ganda berbanding dengan sedekad lalu. Angka ini akan terus meningkat dari tahun ke tahun dengan meningkatnya pendapatan, pemindahan luar bandar ke bandar dan kekurangan kemudahan pengangkutan awam yang cekap.
7

AKTIVITI PERINDUSTRIAN & PEMBANGUNAN Perkembangan ekonomi Malaysia bergantung kepada industri pembuatan, terutamanya elektronik, kimia dan juga getah. Namun kadar pengeluaran yang kian meningkat telah menyebabkan penambahan pada pelepasan pencemaran gas organik dan bukan organik, bahan kimia dan juga habuk. Pelbagai jenis industri menghasilkan bahan cemar yang berbeza. Contohnya industri kimia melepaskan pencemar yang mengandungi pelbagai kompaun yang berasaskan nitrogen dan sulfur, manakala kilang penapis minyak mengeluarkan asap yang mengandungi sulfur dioksida dan hidrokarbon. Industri logam pula bertanggungjawab mencemarkan udara dengan sulfur dioksida dan habuk toksik. Sesetengah bahan pencemar, terutamanya karbon dioksida adalah merupakan gas rumah hijau yang amat memudaratkan boleh mengakibatkan perubahan iklim seluruh dunia. Selain pelepasan bahan toksik ke udara, pembangunan premis atau zon industri tanpa perancangan teliti dan kawalan akan mengakibatkan pencemaran bunyi dan getaran. Aktiviti di tapak pembinaan dan bunyi kipas ekzos di
8

kilang-kilang adalah antara contoh-contoh aktiviti yang menghasilkan paras bunyi yang tinggi. PEMBAKARAN TERBUKA Pembakaran pokok tua di kawasan ladang untuk tujuan penanaman semula banyak partikel jelaga. Partikel jelaga ini boleh diterbangkan pada jarak yang jauh oleh angin dan inilah punca jerebu yang kerap menyelubungi ruang udara Malaysia. Api dari pembakaran ini bukan sahaja menghasilkan asap yang mencemarkan tetapi ia juga memusnahkan segala fauna dan flora di sekitarnya.

AKTIVITI HARIAN Isi rumah menyumbang kepada pencemaran melalui penggunaan tenaga untuk mesin dan perkakas elektrik seperti peti sejuk. Peti sejuk dan penyaman udara bukan sahaja menggunakan banyak tenaga tetapi alat-alat ini juga mencemarkan udara apabila cecair penyejuk yang digunakan melepaskan Klorofluorokarban (CFC) ke udara seterusnya menipiskan lapisan ozon. Peralatan rumah seperti penyembur aerosol yang mengandungi CFC juga adalah punca pencemaran udara.

http://smjkp5ps.blogspot.com/2010/04/punca-punca-pencemaran-udara.html http://smjkp5ps.blogspot.com/2010/04/punca-punca-pencemaran-udara-2.html

10

PERBINCANGAN-LANGKAH/AMALAN MENGEKALKAN UDARA BERSIH


Antara cara untuk mengekalkan udara yang bersih: -Guna semula Aktiviti mengurangkan isi padu dan ketoksikan sisa dengan penghasilan bahan berguna -Rawatan Aktiviti mengurangkan isi padu dan ketoksikan sisa tanpa penghasilan bahan berguna -Pengubahsuaian produk Ubah komposisi produk, Ubah formula, Ubah kegunaan produk, Reka produk supaya boleh diguna semula -Pertukaran bahan Guna bahan tulen,Guna bahan tidak toksik sebagai pelarut atau pencuci -Penukaran teknologi Ubah proses,Ubah peralatan, saluran dan Ubah keadaan operasi -Perubahan prosedur Elak kehilangan bahan mentah melalui kebocoran atau tumpahan, Asingkan sisa, Kendalikan sisa dengan baik Mengurangkan penggunaan CFC
11

-Kloroflorokarbon (CFC) adalah bahan yang stabil dan dikenali dengan nama am freon. Permusnahan lapisan ozon adalah disebabkan oleh atom klorin. Bahan-bahan aerosol biasanya dimampatkan ke dalam tin-tin di bawah tekanan tinggi. Kloroflorokarbon (CFC) digunakan sebagai mangkin dalam proses itu. Selain itu, CFC digunakan dalam peti sejuk, penghawa dingin dan sebagainya sebagai bahan rejan(propellant), pembentukan buih, dan alat pemadam api. Sebenarnya, pemusnahan lapisan ozon dilakukan oleh atom klorin. Didapati satu molekul CFC mampu memusnahkan 1000 molekul ozon. Oleh itu, sumber alternatif harus digunakan untuk menggantikan kloroflorokarbon misalnya dengan hidrokloroflorokarbon (HCFC) .

Perundangan -Pelbagai undang undang digubal dengan tujuan mengawal kualiti alam sekitar. Contohnya, Akta Kualiti Alam Sekitar 1974,1985(pindaan) Peraturan ini dibahagikan kepada 6 bahagian. Antaranya ialah, Peraturan Kenderaan Bermotor dan Peraturan Kualiti Alam Sekitar. -Peraturan Kenderaan Bermotor (Kawalan perlepasan asap,1977) Peraturan ini menghadkan perlepasan asap kenderaan iaitu dihadkan kepada 50 HDU. Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Udara Bersih,1978) Di bawah peraturan ini, Jarak industri dengan kawasan kediaman di hadkan kepada 1000 meter. Mengitar semula -Mengitar semula bermaksud memproses atau menggunakan semula bahan buangan seperti plastic, kertas, tin aluminium dan sebagainya. Kaedah ini merupakan proses yang sangat selamat kepada alam sekitar kerana dapat mengurangkan kadar pencemaran. Pembakaran sampah-sarap turut dapat dikurangkan.

http://syanadayana2.blogspot.com/2012/10/buku-skrap-ting-1.html
12

Kesimpulan
Kesimpulannya, pencemaran udara yang berterusan mampu memusnahkan alam sekitar dimana ia boleh menyebabkan bencana yang besar. Manusia kini hanya tahu untuk mengejar keselesaan hidup akan tetapi kita bertanggungjawab untuk menjaga alam sekitar supaya sumber alam boleh diwarisi untuk generasi akan datang. Akhir kata, hargailah alam sekitar yang memberi sumber untuk kita tidak patut kita memusnahkannya.

http://anggiseptyan.wordpress.com/contact/pencemaranudara/kesimpulan-pencemaran-udara/

13

RUJUKAN
Internet
-http://ms.wikipedia.org/wiki/Pencemaran_udara -http://alamsekitarbmp.blogspot.com/p/punca-berlakunya-pencemaranalam.html -http://syanadayana2.blogspot.com/2012/10/buku-skrap-ting-1.html -http://anggiseptyan.wordpress.com/contact/pencemaranudara/kesimpulan-pencemaran-udara/

14

You might also like