You are on page 1of 24

PRA-U PENGGAL 1 GEOGRAFI MANUSIA

GEOGRAFI MANUSIA TEMA 1 : PENDUDUK Topik : Migrasi Dalaman

MIGRASI DALAMAN
Konsep Migrasi Dalaman :
Perpindahan penduduk dari satu tempat ke tempat lain yang melibatkan sempadan di dalam negara itu sahaja. Cth: sempadan antara daerah, sempadan antara luar bandar dengan bandar, sempadan antara negeri, sempadan antara bandar dan sebagainya.

MIGRASI DALAMAN
Terdapat 4 pola atau aliran utama Migrasi Dalaman di Malaysia iaitu ; i. Migrasi luar bandar ke bandar ii. Migrasi bandar ke luar bandar iii. Migrasi luar bandar ke luar bandar iv. Migrasi bandar ke bandar

MIGRASI DALAMAN
i. Migrasi Luar bandar ke bandar ;
Aliran utama Migrasi Dalaman di Malaysia. Melibatkan perpindahan penduduk dari luar bandar ke bandar-bandar besar terutamanya untuk mencari peluang pekerjaan. Ini kerana bandar-bandar besar mempunyai banyak peluang terutama kepada golongan muda. Cth : penduduk dari luar bandar Sabah berpindah ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan.

MIGRASI DALAMAN
ii. Migrasi luar bandar ke luar bandar ;
Merujuk perpindahan penduduk dari kawasan luar bandar yang mundur dan tidak membangun ke kawasan rancangan-rancangan pembangunan yang dijalankan oleh kerajaan. Penduduk ingin mencari sumber ekonomi yang lebih baik.

MIGRASI DALAMAN
iii. Migrasi bandar ke luar bandar ;
Terdapat juga penduduk yang berpindah dari bandar ke luar bandar. Ini biasanya dilakukan oleh golongan pesara yang bekerja di bandar dan balik ke desa/kampung selepas bersara. Ini kerana golongan pesara ingin kehidupan yang nyaman dan selesa di luar bandar. Golongan pesara inginkan kos hidup yang rendah disebabkan pendapatan mereka yang telah berkurangan.

MIGRASI DALAMAN iv. Migrasi bandar ke bandar ;


Juga dikenali sebagai migrasi berperingkat kerana berlaku secara berperingkat-peringkat. Migran mula berpindah ke bandar kecil yang berhampiran tempat asalnya sebagai permulaan dan kemudian berpindah ke bandar lebih besar untuk mencari peluang yang lebih baik. Faktor2 yang menyebabkan Migrasi ini ialah : a. Mengembangkan perniagaan b. Pertukaran tempat kerja c. Pembukaan cawangan baru oleh sesebuah syarikat d. Melanjutkan pelajaran

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MIGRASI DALAMAN

FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI MIGRASI DALAMAN


Terdapat tiga faktor utama yang mempengaruhi Migrasi Dalaman di Malaysia :

i. Faktor ekonomi ii. Faktor sosial iii. Faktor dasar kerajaan / Governan

FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI MIGRASI DALAMAN


i.

FAKTOR EKONOMI ;
Peluang pekerjaan yang luas dan pendapatan lumayan terutama di bandar besar akan dapat menarik para migran. Migran berpindah ke bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Shah Alam, Johor Baharu kerana pembangunan yang pesat dalam pelbagai bidang. Pembangunan ini akan dapat menawarkan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk dari luar bandar.

FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI MIGRASI DALAMAN


i.

FAKTOR EKONOMI ;
Penawaran gaji yang lumayan dan kemudahan yang banyak menjadi daya tarikan utama penduduk dari luar bandar berpindah ke bandar. Sebaliknya, keadaan sektor pertanian di luar bandar yang tida begitu memberangsangkan menjadi faktor penolak untuk berlakunya migrasi luar bandar ke bandar.

FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI MIGRASI DALAMAN


ii.

FAKTOR SOSIAL ;
Kemudahan pembandaran yang baik di bandar juga dapat menarik para migran dari luar bandar. Bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru mempunyai pusat hiburan, pendidikan perkhidmatan telekomunikasi, kesihatan dan sebagainya. Ini dapat menarik golongan muda berpindah ke bandar.

FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI MIGRASI DALAMAN


ii.

FAKTOR SOSIAL ;
Sistem pengangkutan yang cekap antara luar bandar dengan bandar juga menggalakkan berlakunya migrasi. Cth : migran dari negeri Perak dan Melaka yang ingin berpindah ke Kuala Lumpur boleh bergerak dengan cepat menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan. Cth : migran dari Sabah dan Sarawak yang ingin berpindah ke Kuala Lumpur boleh menaiki kapal terbang.

FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI MIGRASI DALAMAN


iii.

FAKTOR KERAJAAN / GOVERNAN ;


Dasar dan galakan dari kerajaan sama ada secara langsung atau tidak menyebabkan berlakunya migrasi luar bandar ke luar bandar dan migrasi bandar ke bandar. Cth : pembangunan tanah & program pembangunan wilayah oleh kerajaan seperti di JENGKA, DARA,KETENGAH menyebabkan penduduk berpindah untuk mencari kehidupan yang lebih baik.

KESAN-KESAN MIGRASI DALAMAN

KESAN-KESAN MIGRASI DALAMAN

Kesan-kesan Migrasi Dalaman dapat dibahagikan kepada ;


i. Kesan positif & kesan negatif terhadap kawasan asal. ii. Kesan positif & kesan negatif terhadap kawasan yang dituju.

KESAN-KESAN MIGRASI DALAMAN

i.

Kesan Positif Terhadap Kawasan Asal;


Masalah pengangguran di kawasan asal dapat dikurangkan. Cth: perpindahan penduduk dari negeri2 seperti Kelantan, Terangganu ke Pantai Barat Semenanjung telah mengurangkan kadar pengangguran di negeri tersebut.

KESAN-KESAN MIGRASI DALAMAN

i.

Kesan Positif Terhadap Kawasan Asal;


Perpindahan penduduk dari kawasan padat juga telah mengurangkan beban kerajaan dalam membantu golongan yang menganggur dan berpendapatan rendah.

KESAN-KESAN MIGRASI DALAMAN

ii.

Kesan Negatif Terhadap Kawasan Asal;


Kehilangan tenaga mahir di kawasan asal. Kekurangan penduduk terutama golongan muda/belia. Kurang tenaga buruh dalam pertanian.

KESAN-KESAN MIGRASI DALAMAN

i.

Kesan Positif Terhadap Kawasan di Tuju;


Tenaga buruh mudah diperolehi. Pasaran luas.

KESAN-KESAN MIGRASI DALAMAN

ii.

Kesan Negatif Terhadap Kawasan di Tuju;


Berlaku kesesakan penduduk. Masalah petempatan setinggan. Pertambahan penduduk yang pesat membuatkan masalah pengangguran cth.di bandar. Kadar jenayah meningkat.cth.di bandar. Pencemaran alam sekitar.

LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN MIGRASI DALAMAN

LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN MIGRASI DALAMAN

Beberapa langkah boleh diambil untuk mengurangkan Migrasi Dalaman iaitu ;


i. Memajukan kawasan luar bandar. ii. Memajukan sektor pertanian di luar bandar. iii. Memberi latihan kemahiran kepada golongan muda/belia.

SEKIAN, TERIMA KASIH

You might also like