You are on page 1of 22

Tajuk

Pengunaan Alat Bantu Mengajar (ABM)


Dengan Kemahiran-Kemahiran Yang Diperlukan Dalam Mempelajari Bahasa
Arab Bagi Murid Tahun Satu.

Dan
Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Arab Komunikasi
Berasaskan Kemahiran Mendengar dan Bertutur

Tutor:
EN.Wan Anuar Bin Yaacob

Dihasilkan oleh:
Ibrahim Bin Md Salleh
K/p : 700103 03 5191
Tel : 012-9632098
e-mel : ibnor895@gmail.com

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com


DAFTAR KANDUNGAN

Perkara Muka Surat

Bahagian 1
1
Pendahuluan

Definisi Alat Bantu Mengajar 1

Matlamat ABM 2
Ciri-ciri Alat Bantu Mengajar (ABM) 2
Kesan Penggunaan ABM 3
Kemahiran Mendengar 4
Kemahiran Bertutur 4
Kaitan Kemahiran Mendengar dan Kemahiran
5
Bertutur

Bahasa Arab Tahun Satu 6

Rancangan Pengajaran Harian 7

Kesimpulan 11

Rujukan 12

Bahagian 2
Lampiran
- Manual penggunaan CD
- Gambar Pokok
- Contoh Lembaran Kerja
- Contoh Kad Gambar
- Contoh Kad Huruf
- CD Tugasan dan ABM (Powerpoint)

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com


Bahagian 1

Pendahuluan
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru tidak dapat tidak mesti berkomunikasi
dengan murid kerana melalui komunikasilah guru dapat menyampaikan pengajaran dan
didikan. Dengan erti kata yang lain, pencapaian objektif pengajaran adalah bergantung
kepada sejauh mana keberkesanan komunikasi guru dengan murid. Semakin baik
komunikasi berlaku semakin banyak pula objektif pengajaran yang dapat di capai.Oleh
sebab itu guru digesa supaya menggunakan alat-alat bantu mengajar terutama alat-alat
yang menggunakan berbagai pancaindera seperti alat-alat yang menggunakan warna dan
bentuk yang menarik, demikian juga alat-alat yang dapat didengar dan dirasa.Dengan
jalan ini murid-murid dapat membina konsep-konsep dengan tepat. Selain dari itu mereka
dapat mengaitkan konsep-konsep yang baru dengan pengalaman-pengalaman yang baru
dan dengan itu proses pembelajaran akan menjadi lebih terang dan bermakna.

Definisi Alat Bantu Mengajar


Tidak ada satu takrifan yang khusus bagi menjelaskan maksud sebenar alat bantu
mengajar . walau bagaimana pun, pada keseluruhannya ramai pendidik yang bersetuju
bahawa penggunaan bahan bantu pengajaran dalam situasi pengajaran dan pembelajaran
melibatkan penggunaan deria penglihatan dan pendengaran seseorang pelajar.

Atan Long (1982:174) berpendapat,bahan-bahan pengajaran dan alat bantu mengajar ada
berbagai-bagai.Bahan-bahan itu mungkin dalam bentuk buku,carta atau slaid yang
dipancarkan pada layer. Alat-alat yang menyokong penyampaian pembelajaran diberi
nama ‘Alat Bantu Mengajar’.

Sebenarnya alat Bantu mengajar bukanlah merupakan sesuatu yang tersisih daripada
proses pengajaran dan pembelajaran.Alat Bantu mengajar ialah satu bahagian yang padu
dalam proses tersebut.Alat itu bertujuan menambah kelancaran perhubungan antara guru
dengan pelajar dan sebaliknya,pelajar sesama pelajar dan membantu mempercepatkan
proses pemahaman mereka (Noraziah Abd.Hamid,1981)

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com


Walau apa pun takrifan yang diberi,semua definisi diatas jelas menekankan bahawa alat
bantu mengajar (ABM) merupakan benda atau alat yang digunakan bagi memudahkan
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu.alat bantu mengajar bolehlah di
sifatkan sebagai sebarang alat atau bahan samada berbentuk bahan maujud,audio video
atau audio visual yang digunakan semasa berlangsungnya aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.

Matlamat ABM
Matlamat penggunaan ABM ialah untuk membantu memudahkan proses mencapai
matlamat pengajaran dan pembelajaran. Ia merupakan penghubung antara pelajar dan
guru,antara pelajar dengan pelajar dan setiap orang yang terlibat dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.
Ciri-ciri Alat Bantu Mengajar (ABM)
ABM yang baik digunakan tidak semestinya kerana harganya mahal.Malah satu ABM
yang baik mungkin dihasilkan oleh guru sahaja,guru dan pelajar atau pelajar-pelajar
dengan bimbingan guru dengan bahan –bahan terpakai atau kos yang murah. Apa yang
penting ,ianya mampu menyumbang kearah pencapaian objektif pengajaran. Antara ciri
ABM yang baik ialah:
1- Isi kandungannya berguna dan penting kepada pelajar serta boleh menarik minat
pelajar.
2- Format dan corak persembahan boleh memberi kesan kepada organisasi dan susun
atur aktiviti pelajar.
3- Isi kandungan dan persembahannys sesuai dengan keadaan dan nilai semasa.
4- Alat Bantu mengajar perlulah sederhana, mudah diguna dan mudah didapati.
5- Alat itu juga bersifat fleksibel iaitu boleh digunakan untuk lebih dari satu mata
pelajaran.Contohnya,Bahasa Arab dan Ulum Syar’iyah.
6- Boleh dipindah dari satu tempat ke satu tempat dengan mudah tanpa
mendatangkan gangguan pada fungsinya yang asal.Ini bermakna alat itu perlulah
tidak terlalu besar atau berat.
7- Boleh diganti dengan senang dan murah jika berlaku kerosakan.
8- Senang untuk disimpan dan tidak merbahaya.
9- Boleh digunakan berkali-kali.

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com


Menurut A.J. Romiszowki (1964:75) pula, media pengajaran yang sesuai harus
mempunyai ciri-ciri seperti kesesuaian,kewibawaan atau kredibiliti dan kemaskini,aspek-
aspek teknikal berkaitan dan dari segi ciri-ciri fizikal atau format.‘Kesesuaian’
bermaksud konsep mata pelajaran boleh diikuti oleh pelajar.Tajuk dan keterangan
berkaitan dengan mata pelajaran. Perbendaharaan kata dan bahasa yang digunakan boleh
difahami oleh pelajar samada individu atau kumpulan.Keterangan tentang isi pula
perlulah tepat ,tidak membosankan malah mampu menarik imaginasi,minat dan perasaan.

Kesan Penggunaan ABM


Manusia adalah makhluk yang istimewa,mereka dianugerahkan Allah kecerdasan yang
membolehkannya belajar dan menyesuaikan diri dengan alam sekeliling.Menyedari
hakikat ini maka dalam pengajaran, guru perlulah cuba melibatkan sebanyak mungkin
pancaindera murid agar proses pembelajaran mereka dapat berjalan dengan baik.
Langkah-langkah yang lebih positif untuk melibatkan lebih banyak pancaindera mereka
ialah dengan menggunakan alat-alat bantu mengajar. Untuk tujuan tersebut guru perlulah
mengetahui beberapa pengalaman dalam proses pembelajaran supaya dapat menggunakan
alat-alat tadi dengan berkesan dan menarik.

Satu kajian mendapati bahawa, seseorang guru yang sedang mengajar mungkin
mengucapkan antara 100-200 perkataan dalam masa seminit.Persoalannya,sebanyak
manakah perkataan-perkataan yang diucapkan itu dapat dicerap atau difahami oleh
pelajar ? Hal ini bergantung penuh kepada kemampuan mereka mendengar dan menyerap
apa yang didengar.Walau bagaimana pun,seorang pelajar yang mendengar dengan penuh
perhatian mungkin hanya mampu mendengar antara 50-100 perkataan atau separuh dari
ucapan guru.Penggunaan ABM mampu memberi kesan pengalaman yang lebih nyata
berbanding hanya kata-kata yang diucapkan.Kadar kefahaman juga dapat ditingkatkan
melalui pelbagai pengalaman pembelajaran yang menarik dan jelas diterap melalui
penggunaan ABM .

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com


Kemahiran Mendengar
Konsep Kemahiran Mendengar dalam pembelajaran bahasa ialah mendengar secara aktif
terhadap apa yang di pelajar serta berusaha memahami sebutan dan maknanya dengan
jelas. Proses pemahaman di kalangan kanak-kanak bermula daripada kemahiran
mendengar pertuturan orang di sekitarnya. Kemudian kalimah-kalimah / bahasa itu akan
mereka kuasai secara beransur-ansur dan seterusnya mengucapkan semula kalimah-
kalimah tersebut menjadi pertuturan yang mereka fahami(Abdullah Hassan,1984:290).
Dalam pengajaran bahasa Arab, kemahiran mendengar ini amat penting.Dengan
kemahiran mendengar, pelajar dapat memahami sesuatu yang didengar dengar betul dan
jelas.Kemampuan mendengar yang baik akan membantu mereka menghasilkan
pertuturan yang baik. Proses pengajaran untuk mendapatkan kemahiran mendengar ini
lazimnya melalui suara guru di dalam kelas.
Dari aspek penggunaan alat bantu mengajar,kemahiran ini akan lebih berkesan dan afektif
jika alatan seperti pita rakaman,slide video, persembahan powerpoint dan lain-lain
digunakan.Melalui alat bantu ini, isi pengajaran seperti sebutan huruf, cara pengucapan
kalimah,makhraj huruf dan sebagainya dapat disampaikan dengan pelbagai
variasi.Suasana ini akan menarik perhatian serta minat pelajar untuk terus mengikuti dan
menguasainya dengan mudah tanpa jemu.

Kemahiran Bertutur
Kemahiran bertutur adalah punca segala kemahiran. Ia merupakan satu daripada aspek
penting pengajaran Bahasa Malaysia di dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia
diperingkat sekolah rendah mahupun peringkat menengah (Hanapiah Sudin, 1982:1)
Pendapat ini juga adalah sesuai di aplikasikan dalam pendidikan bahasa arab.Justeru itu,
kemahiran bertutur ini mestilah dikuasai oleh pelajar sebelum kemahiran-kemahiran lain
seperti membaca dan menulis diperolehi.
Untuk membantu pengajaran bahasa dalam mencapai kemahiran bertutur di kalangan
pelajar, guru boleh menggunakan alat-alat seperti tayangan slide , persembahan
powerpoint, bahan-bahan bercetak, gambar-gambar menarik samada dalam bentuk nyata
atau elektronik, video dan sebagainya.Melalui penggunaan alat-alat ini, berbagai akiviti
untuk bertutur dapat dijalankan. Apa yang perlu di sini ialah kesediaan guru menentukan
aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan tahap kebolehan pelajar.

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com


Dalam konteks pengajaran bahasa arab, kemahiran bertutur menjadi elemen
penting.Setiap pelajar seharusnya diberi peluang dan galakan untuk bertutur sebebas
mungkin di dalam kelas.Hal sebegini akan mendedahkan pelajar dengan persekitaran
yang sihat untuk menguasai tatacara sebutan yang tepat dan pertuturan yang fasih.
Sebabnya sebagaimana yang diketahui umum,sebutan kalimah bahasa arab amat
bergantung kepada ketepatan makhraj huruf.Tanpa latihah yang cukup melalui kemahiran
bertutur seperti melalui kaedah latih tubi,ulang ajuk dan sebagainya kefasihan berbahasa
tidak akan dikuasai.

Kaitan Kemahiran Mendengar dan Kemahiran Bertutur


Seperti yang telah di nyatakan,kemampuan mendengar yang baik akan membantu
seseorang menghasilkan pertuturan yang baik.Seorang kanak-kanak yang pekak seringkali
didapati menghadapi masalah untuk bertutur.Ramai dari golongan ini yang lambat
menguasai kemahiran bertutur jika dibandingkan dengan kanak-kanak normal yang seusia
mereka.Perkataan yang mereka sebut pula tidak tepat atau ”pelat”.Ini membuktikan
antara kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur amat berkait rapat dan
mempengaruhi kebolehan individu menguasai kebolehan berbahasa.Mengikut kajian
pakar pendidik,proses pembelajaran melalui tiga peringkat pengalaman iaitu;
1- pengalaman verbal atau lisan
2- pengalaman pengganti penglaman nyata
3- pengalaman nyata.
Untuk memperkenalkan huruf-huruf hijaiyah arab misalnya, guru terlebih dahulu
memperdengarkan bunyi sebutan huruf dengan pelbagai cara melibatkan kemahiran
mendengar - ini dianggap sebagai pengalaman verbal.Rupa bentuk huruf juga ditunjuk
samada melalui kad imbasan atau alat visual berkaitan - langkah ini pula sebagai
pengalaman pengganti pengalaman nyata.Para pelajar kemudiannya dilatih menyebut
dengan betul intonasi dan makhraj huruf dengan kaedah ulang ajuk,hafazan,latih tubi
dan sebagainya melibatkan kemahiran bertutur- sebagai pengalaman nyata.Disini dapat
dilihat, dalam pengajaran bahasa wujud pertalian yang saling berkait antara penggunaan
kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur.

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com


Pendidikan Bahasa Arab Tahun Satu
Pendidikan Bahasa Arab Tahun satu diperkenalkan bersama program j-QAF bermula
pada tahun 2006.Sesuai dengan matlamat pengajaran iaitu sebagai langkah pengenalan
kepada bahasa Arab,sukatan pelajaran ini memberi penekanan kepada penguasaan
perkara asas seperti berikut:
Tajuk Pertama : Mengenal Huruf "‫"ﺣﺪﯾﻘﺔ اﻟﺤﺮوف‬
Tajuk Kedua : Ucapan selamat. ”‫”اھﻼ وﺳﮭﻼ‬

Tajuk Ketiga : Ta’aruf "‫"اﻟﺘﻌﺎرف‬


Tajuk Keempat : Benda-benda Dalam Kelas "‫" ﻓﻲ اﻟﻔﺼﻞ‬

Tajuk Kelima : Peralatan Belajar"‫"أﻟﺪوات اﻟﺘﻌﻠﻢ‬

Tajuk Keenam : Di sekolah "‫"اﻟﻤﺪرﺳﺔ‬

Tajuk Ketujuh : Keluarga Ku "‫" اﺳﺮﺗﻲ‬

Tajuk Kelapan : Rumah ku "‫" ﺑﯿﺘﻲ‬

Tajuk Kesembilan : Anggota Badan"‫"اﻋﻀﺄ اﻟﺠﺴﻢ‬


Tajuk Kesepuluh : Pakaian ku
Pada umumnya,akativiti pengajaran dan pembelajaran dilaksana dengan menggunakan
tiga kemahiran asas berbahasa iaitu kemahiran mendengar,kemahiran membaca dan
kemahiran bertutur.

Untuk tugasan ini saya memilih tajuk pertama,iaitu "‫ "ﺣﺪﯾﻘﺔ اﻟﺤﺮوف‬sebagai bahan
pengajaran.Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang akan dibina adalah berdasarkan
pengenalan kepada enam huruf hijiyyah tunggal iaitu ‫ ق ك ل م ن و‬. Aktiviti pengajaran dan
pembelajaran pula akan dijalankan dengan mengadaptasi kaedah kemahiran mendengar
dan bertutur .Kaedah ini dipilih kerana kesesuaiannya untuk dijadikan sebagai landasan
asas dalam mempelajari bahasa.

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com


‫‪Rancangan Pengajaran Harian‬‬

‫ﳕﻮﺯﺝ ﺍﻟﺘﺪﺭﻳﺲ ﺍﻟﻴﻮﻣﻴﺔ‬

‫ﺍﻷﺳﻢ ‪ :‬ﺍﺑﺮﺍﻫﻴﻢ ﺑﻦ ﳏﻤﺪ ﺻﺎﱀ‬

‫‪ :‬ﺳﻜﻮﻟﮫ ﻛﺒﻐﺴﺄن ﻓﺎﺳﯿﺮ ﺿﺎﺟﮫ‪ ,‬ﻛﻮاﻻ ﻛﺮاي‬ ‫ﺍﳌﺪﺭﺳﺔ‬

‫‪ :‬ﺍﻷﻭﱃ‬ ‫ﺍﻟﺴﻨﺔ‬

‫‪2009/02/22 :‬‬ ‫ﺍﻟﺘﺎﺭﻳﺦ‬

‫‪9.15 -8.15:‬‬ ‫ﺍﻟﻮﻗﺖ‬

‫‪ :‬ﺍﻟﻠﻐﺔ ﺍﻟﻌﺮﺑﻴﺔ‬ ‫ﺍﳌﺎﺩﺓ‬

‫‪:‬ﺍﳊﺮﻭﻑ ﺍﳍﺠﺎﺋﻴﺔ ) ﻭ ﻥ ﻡ ﻝ ﻕ ﻙ(‬ ‫ﺍﳌﻮﺿﻮﻉ‬

‫ﺍﳌﻌﻠﻮﻣﺎﺕ ﺍﻟﺴﺎﺑﻘﺔ‪ :‬ﻗﺪ ﻳﺘﻌﺮﻑ ﺍﻟﺘﻼﻣﻴﺬ ﺍﳊﺮﻭﻑ ﺍﳍﺠﺎﺋﻴﺔ ﻣﻦ ﺍ‪-‬ﻑ‬

‫ﻧﺘﺎﺋﺞ ﺍﻟﺘﻌﻠﻴﻢ ‪ :‬ﰲ ﺁﺧﺮ ﺍﻟﺪﺭﺱ ‪,‬ﻳﺘﻤﻜﻦ ﺍﻟﺘﻼﻣﻴﺬ ﺍﱄ ‪:‬‬

‫ﺍﳌﺴﺘﻮﻯ ﺍﻷﻭﱃ ‪ :‬ﺍﻟﺘﻌﺮﻑ ﻋﻠﻲ ﺍﳊﺮﻭﻑ ﺍﳍﺠﺎﺋﻴﺔ ‪.‬‬

‫ﺍﳌﺴﺘﻮﻯ ﺍﻟﺜﺎﱏ ‪ :‬ﻧﻄﻖ ﺍﳊﺮﻭﻑ ﺍﳌﻌﻴﻨﺔ ) ﻭ ﻥ ﻡ ﻝ ﻕ ﻙ(‬

‫ﺍﳌﺴﺘﻮﻯ ﺍﻟﺜﺎﻟﺚ ‪ :‬ﺗﻠﻮﻳﻦ ﺍﳊﺮﻭﻑ ﺍﳌﻨﺎﺳﺒﺔ ‪.‬‬

‫ﻣﻬﺎﺭﺓ ﺍﻟﺘﻔﻜﲑ ‪ :‬ﻳﺮﺗﺐ ﺍﳊﺮﻭﻑ ﻟﺘﻜﻮﻥ ﺍﻟﻜﻠﻤﺎﺕ ﲝﺴﺐ ﺍﻟﺼﻮﺭ‪.‬‬

‫ﺍﻟﺘﺮﻛﻴﺰ ﻋﻠﻰ ﺍﳌﻬﺎﺭﺓ ‪ :‬ﺍﻷﺳﺘﻤﺎﻉ ﻭﺍﻟﻜﻼﻡ‬

‫‪9‬‬

‫‪PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com‬‬


‫‪ :‬ﺍﻟﻘﻮﺍﻋﺪ ﺍﻟﻌﺮﺑﻴﺔ‬ ‫ﺍﻟﺘﺮﺍﺑﻂ ﻭﺍﻟﺘﻜﺎﻣﻞ‬

‫ﺍﻟﺮﺑﻂ ﺑﺎﳌﻮﺍﺩ ﺍﻷﺧﺮﻯ ‪ :‬ﺍﻟﻠﻐﺔ ﺍﳌﻼﻳﻮﻳﺔ‬

‫ﺭﺑﻂ ﺍﻟﺪﺭﺱ ﺑﺎﻟﻘﻴﻢ ﺍﻷﺳﻼﻣﻴﺔ ‪ :‬ﺍﳋﻼﻕ )ﺗﻸﺣﺘﺮﺍﻡ ﺍﻷﺧﺮﻳﻦ ﻭﺍﻟﺘﺴﺎﻣﺢ(‬

‫ﻣﻠﺤﻮﻇﺔ‬ ‫ﺍﻷﻧﺸﻄﺔ ﺍﻟﺘﻌﻠﻴﻤﻴﺔ ﻭﺍﻟﺘﻌﻠﻤﻴﺔ‬ ‫ﺍﶈﺘﻮﻳﺎﺕ‬ ‫ﺍﳋﻄﻮﺍﺕ‬

‫‪ -‬ﻳﻠﻘﻰ ﺍﳌﻌﻠﻢ ﺍﻟﺴﻼﻡ ﺍﻣﺎﻡ‬ ‫ﺍﻟﺴﻼﻡ ﻭﺍﻟﺪﻋﺎﺀ‪:‬‬ ‫ﺍﳌﻘﺪﻣﺔ‬

‫ﺍﳌﻌﻠﻢ‬ ‫ﻭﻳﺸﺠﻊ‬ ‫ﺍﻟﻔﺼﻞ‪,‬‬ ‫ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺍﻓﺘﺢ ﻋﻠﻴﻨﺎ ﺣﻜﻤﺘﻚ‬ ‫)ﺩﻗﻴﻘﺘﲔ(‬

‫ﺍﻟﺘﻼﻣﻴﺬ ﻳﺮﺩﺩﻭﻥ ﻋﻨﻬﺎ‪.‬ﰒ ﺍﻗﺮﺃ‬ ‫ﻭﺍﻧﺸﺮ ﻋﻠﻴﻨﺎ ﻣﻦ ﺧﺰﺍﺋﻦ ﺭﲪﺘﻚ‬

‫ﺍﻟﺪﻋﺎﺀ ﲨﺎﻋﻴﺎ‪.‬‬ ‫ﻳﺎ ﺃﺭﺣﻢ ﺍﻟﺮﺍﲪﲔ(‬

‫* ﻳﻄﻠﺐ ﺍﳌﻌﻠﻢ ﺍﺣﺪ ﻣﻦ ﺍﻟﺘﻼﻣﻴﺬ‬

‫ﻟﻘﺮﺍﺀﺓ ﺍﻟﺪﻋﺎﺀ ﻭﻷﺧﺮﻯ ﻳﺘﺎﺑﻌﻮﻥ‪.‬‬

‫‪-‬ﻳﻌﺮﺽ ﺍﳌﻌﻠﻢ ﺍﻟﺼﻮﺭﺓ ﺍﻷﺷﺠﺎﺭ ‪-‬ﺍﻟﺸﺮﻳﻂ‬ ‫ﺍﻟﺼﻮﺭﺓ‪:‬‬ ‫ﺍﻟﺘﻤﻬﻴﺪ‬

‫ﻭﺍﳌﺴﺠﻞ‬ ‫ﻭﺍﻟﺘﻼﻣﻴﺬ ﻳﺘﺎﻣﻠﻮﻥ ﻋﻨﻬﺎ‪.‬‬ ‫ﺍﻷﺷﺠﺎﺭ ﲢﺘﻮ ﺑﺎﳊﺮﻭﻑ ﺍﳌﻌﻴﻨﺔ‪.‬‬ ‫)‪ 3‬ﺩﻗﻴﻘﺎﺕ(‬

‫)ﺍﻟﺼﻮﺭﺓ(‬ ‫‪-‬ﺍﻷﺳﺘﺠﻮﺍﺑﺔ ﻋﻦ ﺍﻟﺼﻮﺭﺓ‪.‬‬

‫‪-‬ﻳﺰﻛﺮ ﺍﳌﻌﻠﻢ ﺍﳌﻮﺿﻮﻉ ﺍﻟﺪﺭﺱ ﺍﻟﻴﻮﻡ‬

‫ﻭﻫﻮ ﺍﳊﺮﻭﻑ ﺍﳍﺠﺎﺋﻴﺔ‬

‫‪-‬ﻳﻌﺮﺽ ﺍﳌﻌﻠﻢ ﺍﻟﺒﻄﺎﻗﺎﺕ ﺍﳊﺮﻭﻑ‬ ‫ﺍﳋﻄﻮﺓ ﺍﻷﻭﱃ ﺑﻄﺎﻗﺔ ﺍﳊﺮﻭﻑ ﺍﳍﺠﺎﺋﻴﺔ‬

‫ﺍﳍﺠﺎﺋﻴﺔ ﺍﻣﺎﻡ ﺍﻟﻔﺼﻞ‪.‬‬ ‫)ﺍﳌﺴﻼﻁ ﺍﻟﺜﺎﻟﺚ(‬ ‫)‪ 15‬ﺩﻗﻴﻘﺔ(‬

‫‪10‬‬

‫‪PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com‬‬


‫ﺍﻷﺻﻮﺍﺕ‬ ‫ﺍﱃ‬ ‫ﺍﳌﻌﻠﻢ‬ ‫‪-‬ﻳﺴﻤﻊ‬

‫ﺍﳊﺮﻭﻑ ﻭﺍﺣﺪﺍ ﺑﻌﺪ ﻭﺍﺣﺪ‪.‬‬

‫‪-‬ﻳﻄﻠﺐ ﺍﳌﻌﻠﻢ ﻣﻦ ﺍﻟﺘﻼﻣﻴﺬ ﻟﻨﻄﻖ‬

‫ﺍﳊﺮﻭﻑ ﺍﳌﻌﻴﻨﺔ ﺑﻌﺪ ﻧﻄﻖ ﺍﳌﻌﻠﻢ =‬

‫ﲨﺎﻋﻴﺎ ﻭﻓﺆﻳﺎ ﻭﻓﺮﺩﻳﺎ‪.‬‬

‫‪-‬ﻳﺴﺘﻤﻊ ﺍﳌﻌﻠﻢ ﻧﻄﻖ ﺍﳊﺮﻭﻑ‬ ‫‪ -‬ﺍﳊﺮﻭﻑ ﺍﳍﺠﺎﺋﻴﺔ‬ ‫ﺍﳋﻄﻮﺓ ﺍﻟﺜﺎﱐ‬

‫ﻋﺸﻮﺍﺋﻴﺎ‪.‬‬ ‫)‪ 10‬ﺩﻗﻴﻘﺎﺕ(‬

‫‪-‬ﻳﻄﻠﺐ ﺍﳌﻌﻠﻢ ﻣﻦ ﺍﻟﺘﻼﻣﻴﺬ ﻷﺳﺘﻤﺎﻉ‬

‫ﺍﻟﻴﻪ‪.‬ﰒ ﻳﻄﻠﺐ ﺍﳌﻌﻠﻢ ﻣﻦ ﺍﻟﺘﻼﻣﻴﺬ‬

‫ﻟﻴﺨﺘﺎﺭ ﺍﳊﺮﻭﻑ ﺍﻟﺼﺤﻴﺤﺔ ‪,‬‬

‫ﻭﺑﻌﺪ‪,‬ﻳﺬﻛﺮﻫﺎ ﻋﺪﺓ ﻣﺮﺍﺕ‪.‬‬

‫ﻟﻠﺤﺮﻭﻑ ‪-‬ﻳﻌﺮﺽ ﺍﳌﻌﻠﻢ ﺍﻟﺼﻮﺭﺓ ﺍﳌﻨﺎﺳﺒﺔ ‪ -‬ﺍﳌﺴﻼﻁ‬ ‫ﺍﳌﻨﺎﺳﺒﺔ‬ ‫ﺍﳋﻄﻮﺓ ﺍﻟﺜﺎﻟﺚ ﺍﻟﺼﻮﺭﺓ‬

‫ﻟﻠﺤﺮﻭﻑ ﻭﺑﻄﺎﻗﺎﻁ ﺍﳊﺮﻭﻑ ﰲ ‪/‬ﺍﻟﺸﺮﻳﻂ‬ ‫)‪ 12‬ﺩﻗﻴﻘﺎﺕ( ﻭﺑﻄﺎﻗﺎﺕ ﺍﳊﺮﻭﻑ‬

‫ﻭﺍﳌﺴﺠﻞ‬ ‫ﺍﻣﺎﻡ ﺍﻟﻔﺼﻞ‪.‬‬ ‫)ﺍﳌﺴﻼﻁ ﺍﻟﺜﺎﻟﺚ ﻭﻓﺮﻭﻋﻪ(‬

‫‪-‬ﻳﻄﻠﺐ ﺍﳌﻌﻠﻢ ﻣﻦ ﺍﻟﺘﻼﻣﻴﺬ ﻷﻣﺎﻛﻦ‬

‫ﺍﻟﻔﺮﺍﻍ ﺑﺎﳊﺮﻭﻑ ﺍﳌﻌﻴﻨﺔ ﻟﺘﻜﻮﻥ‬

‫ﻟﻠﺼﻮﺭ‬ ‫ﺍﳌﻨﺎﺳﺒﺔ‬ ‫ﺍﻟﻜﻠﻤﺎﺕ‬

‫ﺍﳌﻌﺮﻭﺿﺔ‪.‬‬

‫‪11‬‬

‫‪PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com‬‬


‫‪-‬ﻳﻄﻠﺐ ﺍﳌﻌﻠﻢ ﻣﻦ ﺍﻟﺘﻼﻣﻴﺬ ﻟﻨﻄﻖ‬

‫ﺑﺎﺭﺷﺎﺩﻩ‬ ‫ﻭﺍﻟﻜﻠﻤﺎﺕ‬ ‫ﺍﳊﺮﻭﻑ‬

‫ﻭﺍﺣﺪﺍ ﺑﻌﺪ ﻭﺍﺣﺪ‪.‬‬

‫‪-‬ﻳﻄﻠﺐ ﺍﳌﻌﻠﻢ ﻣﻦ ﺍﻟﺘﻼﻣﻴﺬ ﻟﻘﺮﺍﺀﺓ‬

‫ﺍﳊﺮﻭﻑ ﻭﺍﻟﻜﻠﻤﺎﺕ ﲨﺎﻋﻴﺎ‪.‬‬

‫‪-‬ﻳﻘﺴﻢ ﺍﳌﻌﻠﻢ ﺗﻼﻣﻴﺬﻩ ﺍﱃ ﺳﺘﺔ ﻗﺴﻢ ﺍﻷﻧﺸﻄﺔ‬ ‫ﺍﻟﺼﻮﺭﺓﺍﳊﺮﻭﻑ ﻭﺑﻄﺎﻗﺎ‪‬ﺎ‬ ‫ﺍﳋﻄﻮﺍﺕ‬

‫‪-‬ﻳﺴﻤﻊ ﺍﳌﻌﻠﻢ ﺍﱃ ﺃﺻﻮﺍﺕ ﺍﳊﺮﻭﻑ ﲨﺎﻋﻴﺎ‬ ‫ﺍﻟﺮﺍﺑﻊ‬


‫___ م ي‬
‫ﺍﳌﻌﻴﻨﺔ‬ ‫ص‬
‫__ س ا‬
‫ن‬
‫__ رف ق‬ ‫)‪ 10‬ﺩﻗﻴﻘﺎﺕ(‬

‫‪-‬ﻳﻄﻠﺐ ﺍﳌﻌﻠﻢ ﻣﻦ ﺍﻟﺘﻼﻣﻴﺬ ﻷﺳﺘﻤﺎﻉ‬


‫__ رق‬ ‫__ ت‬ ‫__ ش اف‬
‫ﺍﻟﻴﻪ‪,‬ﰒ ﳜﺘﺎﺭ ﺍﳊﺮﻭﻑ ﺍﳌﻌﻴﻨﺔ‬ ‫ف‬ ‫ة‬

‫ﻭﻳﻠﺼﻔﻮﻥ ﰱ ﺍﳌﻜﺘﺐ ﻛﻞ‪.‬‬

‫‪-‬ﻧﻄﻖ ﺍﳌﻌﻠﻢ ﺍﻷﺻﻮﺍﺕ ﺍﳊﺮﻭﻑ‬ ‫ﺍﻟﺘﻘﻴﻴﻢ ‪:‬‬ ‫ﺍﳋﻄﻮﺍﺕ‬

‫ﻭﻳﻄﻠﺐ ﺍﳌﻌﻠﻢ ﻣﻦ ﺍﻟﺘﻼﻣﻴﺬ ﻟﺘﻠﻮﻳﻦ‬ ‫‪ -‬ﺍﻷﻧﺸﻄﺔ ﺍﻷﻳﻀﺎﻓﻴﺔ ‪ /‬ﻛﺮﺍﺳﺔ‬ ‫ﺍﳋﺎﻣﺲ‬

‫ﺍﳊﺮﻭﻑ ﻛﻤﺎ ﰱ ﻛﺮﺍﺳﺔ ﺍﻟﻌﻤﻞ‪.‬‬ ‫)‪ 10‬ﺩﻗﻴﻘﺎﺕ( ﺍﻟﻌﻤﻞ‬

‫‪-‬ﻳﺴﻤﻊ ﺍﳌﻌﻠﻢ ﺍﻟﺘﻼﻣﻴﺬ ﺍﻟﻨﺸﻴﺪ ﺑﻨﻐﻢ ‪-‬ﺍﳌﺴﻼﻁ‬ ‫ﺍﻷﻏﻦ‪:‬‬ ‫ﺍﳋﺎﲤﺔ‬

‫"ﺍ‪.‬ﺏ‪.‬ﺕ‪ "...‬ﻭﻳﻄﻠﺐ ﺍﳌﻌﻠﻢ ﻣﻦ ﺑﺎﻟﻔﺪﻳﻮ‬ ‫ﺍﻷﻧﺎﺷﻴﺪ ﻋﻠﻰ ﻧﻐﻢ‬ ‫)‪ 3‬ﺩﻗﻴﻘﺎﺕ(‬

‫ﺍﻟﺘﻼﻣﻴﺬ ﺍﻥ ﻳﻄﺒﻊ ﺍﻟﻨﺸﻴﺪ ﻣﻌﺎ‪.‬‬ ‫"ﺍ‪..‬ﺏ‪..‬ﺕ‪..‬ﺙ‪..‬ﺝ‪..‬ﺡ‪..‬‬

‫‪12‬‬

‫‪PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com‬‬


Kesimpulan
Setiap pembelajaran memerlukan rangsangan dan kecerdasan fikiran.Untuk merangsang
murid,guru harus mencuba untuk melibatkan sebanyak mungkin pancaindera murid
dengan menggunakan alat-alat bantu mengajar.Supaya matlamatnya tercapai, guru
perlulah pula mengetahui jenis-jenis alat bantu mengajar dan bagimana pula cara-cara
hendak menyedia dan menggunakannya.Alat-alat bantu yang berguna dan berkesan ialah
alat-alat yang mudah disediakan dan menarik minat murid.Alat –alat yang complicated
dan sophisticated , walaupun kebanyakannya lebih menarik,tetapi tidak akan bermakna
jika penggunaannya amat terbatas.Oleh itu guru tidak seharusnya memikirkan masalah
kewangan dan sebagainya semasa hendak menyediakan alat-alat bantu mengajar. Apa
yang penting bahan itu mudah disediakan dan mudah pula menggunakannya sementara
kesannya sangat besar kepada murid.

13

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com


Rujukan

Abdullah Hassan (1984), Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysiia,


Kuala Lumpur:Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Atan Long (1982),Pedagogi Kaedah Am Mengajar,


Petaling Jaya :Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Dr.Ismail Abas,Fadzilah Mustafa,Abu Hisham Yusof ( 2007). “Pengenalan Pendidikan


Islam” , Seri Kembangan : Meteor Doc.Sdn.Bhd.

Hanapian Sudin (1982),Pengajaran –Pembelajaran Lisan,


Kuala Lumpur : Utusan Publications

Noraziah Abd.Hamid (1981), “Alatan Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa”,


Kertas Kerja Seminar Perguruan pada 28-30 disember,1981 di Universiti Malaya.

Mat Nor Hussin & Ab.Rahman Ab.Rashid (1990). “Alat Bantu Mengajar
Dalam Pengajaran Bahasa”, Petaling Jaya : Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Romiszowski,A.J. (1964),The Selection and Use of Instructional Media,


London : Kogan Page

Ustaz Zawawi bin Ismail,Ustaz Mohd Abdul Nasir bin Abdul Latif,
Ustaz Wan Nordin bin Wan Abdullah (2007). “Pengenalan Pendidikan Bahasa
Arab”. , Seri Kembangan : Meteor Doc.Sdn.Bhd.

14

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com


Manual Penggunaan CD

Untuk menggunakan CD ABM persembahan Pwrpoint ini sila ikuti langkah berikut:
- Masukkan CD ke dalam pemacu CD-Rome dan jalankan.
- Pilih fail bertajuk “huruf11”.

Paparan seperti di bawah akan muncul

(Slid 1-Persembahan untuk Set Induksi)

Sila klik pada paparan untuk ke slid seterusnya

Slid 2-Set Induksi

Slid 3- untuk aktiviti langkah 1-4

- Sila klik pada mana-mana


bahagian untuk dapatkana
paparan huruf satu persatu
berserta bunyi sebutannya.
- Klik pada huruf berkenaan
untuk melihat contoh perkataan
yang bermula dengan huruf
tersebut berserta sebutan huruf
dan perkataan satu persatu.

Akhir sekali klik pada perkataan nasyid untuk persembahan penutup

15

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com


16

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com


LEMBARAN KERJA
NAMA : ____________________________________________

17

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com


Contoh Kad

18

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com


__

19

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com


20

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com


21

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com


22

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com

You might also like