You are on page 1of 52

1.

Pengenalan

Dalam tajuk pembelajaran pentaksiran, ujian bermatlamatkan untuk membekalkan maklumat kepada pengguna maklumat yang terdiri daripada murid, guru, ibu bapa dan pentadbir. Murid pastinya mahu mengetahui prestasinya sendiri melalui ujian yang dijalankan manakala guru akan menilai keberkesanan pengajaran juga melalui pengujian murid. Ini bererti jika seseorang murid itu berjaya dalam sesuatu pengujian, maka pastinya pengajaran guru itu mencapai objektif. Ibu bapa pula dapat menilai keberkesanan pengajaran guru melalui laporan kemajuan anak mereka. Bukan hanya guru, murid dan ibu bapa sahaja malahan pihak pentadbir di berbagai-bagai peringkat akan membuat keputusan berdasarkan maklumat ujian murid. Oleh yang demikian, ujian merupakan satu tugas yang berupaya mengukur prestasi pencapaian murid bagi membolehkan penilaian dibuat terhadap mereka. Oleh itu, aktiviti pengujian dan penilaian merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, semakin tepat guru dapat menilai muridnya, semakin berkesan guru dapat mengendalikan pembelajaran murid. Oleh itu, dengan memahami prinsip dan prosedur penilaian ini akan menolong guru membuat keputusan yang bijak dalam membimbing muridnya untuk menuju kejayaan. Kebanyakan ujian di dalam bilik darjah bertujuan untuk mengetahui tahap kognitif pelajar. Salah satu pengujian dapat dilakukan mengikut tahap kognitif bloom. Tahap-tahap kognitif ini terbahagi kepada enam tahap iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Domain afektif ini juga

digunakan sebagai satu lagi objektif pengajaran dan pembelajaran di samping objektif yang dinyatakan dalam domain kognitif Bloom pada 1956. Aras-aras domain afektif adalah peringkat-peringkat yang terdapat dalam bidang perasaan, emosi, sikap dan nilai. Menurut Krathwohl (1964), aras-aras domain afektif boleh disusun dalam lima peringkat, iaitu aras penerimaan, bertindak balas, menilai, organisasi dan perwatakan.

2.

Definisi dan Konsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian.

2.1Definisi san Konsep Pentaksiran

Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.

Produk : Pengetahuan, kemahiran dan nilai yang pelajar peroleh setelah melalui proses pendidikan.

Proses : Langkah atau tindakan atau operasi yang digunakan untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki.

Konsep dan Definisi Pentaksiran

Penghakiman : Proses pertimbangan tentang pencapaian pendidikan pelajar.

Maklumat : Bukti tentang prestasi pelajar dalam sesuatu perkara yang ditaksir.

Rajah 1 : Konsep dan Definisi Pentaksiran.

Menurut Mokhtar Ismail, pentaksiran adalah langkah untuk menentukan tahap sejauhmana seseorang memiliki sifat tertentu. Manakala dalam konteks pendidikan pula, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan

menginterprestasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran ini dijalankan secara berterusan. Pentaksiran dijalankan supaya guru mendapat gambaran tentang prestasi seseorang murid dalam pembelajaran. Gambaran ini penting bagi menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran sesuai digunakan kepada murid atau sebaliknya. Apabila guru mendapat maklumat tentang pengajaran dan pembelajaran, guru seterusnya boleh memperbaiki pengajaran dan

pembelajarannya dengan merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik serta bersesuaian dengan tahap keupayaan murid. Pentaksiran juga melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif. Ciri pentaksiran yang baik haruslah merangkumi beberapa perkara. Antaranya adalah kesahan skor, kebolehpercayaan skor, keobjektifan,

kebolehtadbiran, kemudahtafsiran, dan kekomprehensifan. Kesahan skor merujuk kepada relevan dan kecukupan cakupan. Kebolehpercayaan skor pula merujuk kepada ketekalan dan ketepatan. Bagi keobjektifan pula merujuk kepada ketepatan seseorang pentaksir memberikan skor, kebolehtadbiran pula adalah kelicinan kerjakerja mentadbir ujian yang dilaksanakan secara berpusat atau berasaskan sekolah. Manakala kemudahtafsiran pula adalah maklumat tentang calon berdasarkan skor, diskriminasi antara calon dan ketepatan tujuan mengadakan ujian serta

kekomprehensifan pula adalah kertas soalan haruslah mewakili semua objektif penting sukatan pelajaran.

Definisi dan Konsep Pengujian

Pengujian : Cara yang sistematik bagi mengukur perubahan tingkah laku seseorang individu yang berkaitan dengan pembelajaran.

Dilaksanakan selepas satu atau beberapa topik pelajaran yang diajarkan.

Konsep dan Definisi Pengujian

Pengujian bertujuan untuk menentukan pencapaian seseorang dalam sesuatu pembelajaran dan seterusnya dapat menempatkan pelajar dalam kumpulan belajar yang sesuai.

Cara pelaksanaan : Mengadakan pemerhatian, ujian bertulis dan ujian lisan.

Tujuan : Mendapatkan maklumat pencapaian pelajar dalam bidang kognitif - struktur bahasa lisan, afektif - pencapaian nilai-nilai dan psikomotor - perubahan tingkah laku.

Rajah 2 : Konsep dan Definisi Pengujian


4

Pengujian merupakan suatu proses atau prosedur yang sistematik bagi mengukur pencapaian murid dan selalunya dibuat secara bertulis. Pengujian bertujuan untuk menentukan pencapaian pelajar dalam sesuatu sesi pembelajaran. Menurut Cronbach (1970) dipetik dari Mokhtar Ismail (1995:2) Ujian ialah suatu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan bantuan skala bernombor atau satu sistem yang berkategori.

Menurut Tuckman (1975:12) dipetik dari Kamaruddin Hj Husin (1986:308), ujian bolehlah dijelaskan sebagai satu jenis atau kumpulan alat pengukuran yang biasanya digunakan untuk mengetahui tentang seseorang. Ia adalah alat pengukuran yang dapat memberikan sampel tingkah laku seseorang dengan cara menjawab soalan atau menyelesaikan masalah.

Menurut Gagne (1970:3) dipetik dari Kamaruddin Hj Husin (1986:308) ujian sebagai cara yang sistematik untuk mengukur tingkah laku seseorang individu kerana pembelajaran telah dikaitkan dengan perubahan tingkah laku.

Manakala menurut Mokhtar Ismail (1995:2) pula, ujian ialah satu kaedah, tugas, atau prosedur yang digunakan untuk memperoleh pemerhatian yang sistematik tentang sifat, atau trait seseorang berhubung dengan aspek pendidikan dan psikologi.
5

Justeru, pengujian dapat ditakrifkan sebagai suatu proses untuk menilai atau mengukur perubahan individu terhadap pembelajaran. Perubahan individu terhadap pembelajaran bermaksud set pencapaian yang dapat dicapai oleh murid yang bertujuan untuk mengukur prestasi murid dalam berbagai-bagai mata pelajaran. Selain itu juga, pengujian juga boleh menjadi kayu ukur akan sejauh mana sesuatu pelajaran itu telah diresapi oleh murid-murid. Pengujian ini boleh dijalankan melalui pelbagai cara misalnya dibuat secara bertulis, secara lisan, pemerhatian atau catatan rekod.

Kamaruddin Hj Husin (1986:310) turut menerangkan bahawa dalam mengendalikan ujian, guru-guru bahasa perlu mengetahui kemahiran-kemahiran di dalam keempat-empat aspek bahasa iaitu pendengaran, pertuturan, bacaan dan kefahaman serta gerakerja bertulis. Mereka juga harus mengetahui kemahiran yang dikehendaki itu tercapai atau tidak, mengetahui kekuatan dan kelemahan. Ini boleh menolong guru-guru merangka pengajaran mereka secara lebih berkesan.

Proses pengujian biasanya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti pelaksanaan atau pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Melalui proses inilah seseorang guru mengetahui sama ada pelajarpelajarnya telah menguasai pengetahuan, kemahiran atau sikap yang ingin disampaikan guru.

Definisi dan Konsep Penilaian

Penilaian : Proses pengumpulan maklumat atau proses menganalisis yang berlaku selepas pengujian dan penilaian untuk membuat keputusan atau melakukan tindakan yang seterusnya.

Boleh dijalankan sebelum, semasa dan selepas satu atau beberapa topik pelajaran.

Konsep dan Definisi Penilaian

Pertimbangan profesional atau satu proses sistematik yang digunakan bagi mengumpul, menganalisis dan menginterprestasikan maklumat bagi menentukan setakat mana pencapaian murid.

Mengandungi aspekaspek pengujian, pengukuran, penganalisisan dan penyimpulan.

Rajah 3 : Konsep dan Definisi Penilaian

Menurut Mokhtar Ismail (1995:4) menilai bermaksud menentukan mutu, kualiti, harga, atau nilai sesuatu benda. Penilaian berlaku di dalam bilik darjah dan guru haruslah menilai muridnya samada matlamat pelajaran tercapai atau sebaliknya.

Menurut Popham (1975) dipetik dari Mokhtar Ismail (1995:4), penilaian pendidikan yang sistematik mengandungi satu taksiran formal tentang nilai fenomena pendidikan. Secara lebih luas, penilaian pendidikan itu mencakupi aspekaspek seperti hasil pengajaran, program pengajaran, dan matlamat ke arah mana usaha pengajaran dihala.

Menurut Gronlund (1981) dipetik dari Mokhtar Ismail (1995:5), istilah penilaian boleh didefinisikan sebagai satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran telah dicapai oleh para pelajar.

Manakala menurut Terry D. TenBrink (1974:8) penilaian adalah suatu proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan.

Oleh yang demikian, penilaian dapat ditakrifkan sebagai suatu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan tahap pencapaian dalam

pengajaran dan pembelajaran. Penilaian turut merangkumi aspek pengujian dan pengukuran. Penilaian juga boleh didefinisikan sebagai satu proses yang sistematik
8

bagi membuat pengukuran untuk member maklumat tentang pencapaian akademik kemahiran atau sikap.

Penilaian yang dijalankan oleh guru dalam bilik darjah akan dapat memberikan maklum balas kepada guru mengenai tahap penguasaan murid terhadap pengetahuan atau kemahiran yang telah diajar. Selain itu, penilaian ini juga dapat memberi maklum balas tentang masalah yang dihadapi murid dalam pembelajaran. Dengan itu, guru dapat mengenal pasti kemajuan seseorang murid dalam pembelajaran sama ada pada tahap yang sangat memuaskan, sederhana, lemah atau tiada sebarang kemajuan langsung. Oleh itu, pengayaan boleh diberikan kepada mereka yang sudah menguasai manakala pemulihan boleh diberikan kepada mereka yang masih belum dapat menguasai sesuatu pelajaran atau kemahiran.

Penilaian yang dijalankan sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran akan memperlihatkan kemajuan murid dalam jangka masa tertentu. Pengesanan kemajuan murid secara berterusan akan memberi maklum balas kepada guru tentang masalah yang dihadapi murid seterusnya guru dapat membuat keputusan sama ada untuk mengubah strategi pengajaran supaya lebih bersesuaian dengan keperluan murid.

Perkaitan antara Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian

Pentaksiran

Pengujian

Penilaian

Rajah 4 : Perkaitan antara pentaksiran, pengujian dan penilaian.

Berdasarkan rajah di atas, ketiga-tiga konsep berkenaan mempunyai perkaitan rapat dalam proses mendapatkan tahap keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Tujuan atau objektif sesuatu penghakiman produk pengajaran dan pembelajaran membabitkan ketiga-tiga aspek berkenaan.
10

Kesimpulannya, pengesanan hasil pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat melalui pentaksiran, pengujian dan penilaian yang tepat dan dilaksanakan oleh guru dalam bilik darjah. Oleh itu, kecekapan guru menggunakan alat pengujian amat penting, malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap pengetahuan atau kemahiran yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

3.0 ARAS-ARAS OBJEKTIF PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Menurut Mok Soon Sang (2010), objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dibahagikan kepada tiga domain utama, iaitu domain kognitif, domain afektif dan domain psikomotor. Manakala, di dalam setiap domain tersebut pula mengandungi aras-aras yang disusun daripada yang mudah kepada yang susah. Aras-aras

tersebut seterusnya akan dijelaskan melalui domain kognitif Bloom dan domain afektif Krathwohl.

3.1 DOMAIN KOGNITIF BLOOM Domain kognitif Bloom juga dikenali sebagai Taksonomi Bloom mula diperkenalkan oleh Benjamin Bloom pada tahun 1956. Beliau telah mengkategorikan kemahiran dan objektif yang ingin dicapai oleh pelajar kepada tiga domain utama iaitu kognitif, afektif dan psikomotor. Domain kognitif digunakan untuk mengukur kemahiran

intelektual pelajar manakala, domain afektif digunakan untuk mengukur kemahiran generik pelajar khususnya penglibatan pelajar dalam apa jua persatuan mahupun perbincangan. Domain psikomotor pula bertujuan untuk mengukur kemahiran

praktikal dan teknikal pelajar melalui proses latihan industri dan lawatan teknikal. Taksonomi Kognitif Bloom telah diperkenalkan dalam sistem pendidikan Negara bertujuan untuk mengukur tahap kognitif pelajar. Justeru, guru akan Menurut

membina soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar.

Benjamin Bloom (1956), aras kognitif boleh dibahagikan kepada enam tahap, iaitu Pengetahuan, Kefahaman, Aplikasi, Analisis, Sintesis dan Penilaian seperti yang ditunjukkan dalam rajah 2.1 di bawah
11

penilaian sintesis analisis aplikasi kefahaman pengetahuan


. Rajah 5 : Enam aras kognitif Taksonomi Bloom Merujuk rajah di atas, aras pengetahuan merupakan aras yang paling asas dan paling mudah untuk dikuasai. Aras ini menguji sejauh mana keupayaan murid untuk mengingat kembali fakta atau pengetahuan telah dipelajari. Terdapat tiga peringkat dalam aras pengetahuan ini iaitu yang pertama, pengetahuan perkaraperkara khusus, seterusnya pengetahuan cara atau kaedah mengurus perkara khusus dan akhir sekali pengetahuan tentang perkara universal dan abstrak dalam sesuatu bidang. Dalam konteks ini, perkara-perkara khusus merupakan

pengetahuan mengenai fakta, simbol, istilah, nama tempat dan peristiwa yang berlaku. Kemudian, aras ini dikembangkan lagi dengan mengurus perkara-perkara khusus tersebut seterusnya membina pengetahuan yang universal dan lebih meluas. Antara ciri-ciri soalan yang dibina pada aras pengetahuan ini ialah murid perlu menggunakan proses mental untuk menjawab. Manakala, pengetahuan yang

diminta hendaklah sama dengan pengajaran guru kerana jawapan yang diperlukan bergantung kepada pengetahuan yang telah disampaikan oleh guru. Seterusnya, soalan aras pengetahuan tidak memerlukan murid mengubah pengetahuan dalam bentuk yang baharu kerana soalan ini berdasarkan fakta dan istilah.
12

Justeru,

jawapan dapat ditentukan dengan mudah oleh guru sama ada betul atau salah.

Aras domain kognitif Bloom yang kedua pula ialah aras kefahaman. Menurut Mok Soon Sang (2010), kefahaman boleh diertikan sebagai kebolehan memberi penjelasan atau makna kepada sesuatu perkara. Aras ini bukan sahaja memerlukan murid mengingat kembali fakta-fakta pengetahuan, bahkan memerlukan keupayaan murid memberi huraian atau makna sesuatu perkara. Aras kefahaman mempunyai tiga aktiviti utama iaitu yang pertamanya, aktiviti penterjemahan yang merujuk kepada kebolehan menterjemahkan sesuatu maklumat kepada bentuk yang lain. Keduanya, aktiviti interpretasi iaitu kebolehan memberi makna atau tafsiran tentang sesuatu maklumat. Manakala, aktiviti yang ketiga pula ialah ekstrapolasi merujuk kepada kebolehan melanjutkan huraian daripada maklumat asal yang diterima. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras kefahaman ini antaranya ialah jelaskan, huraikan, terangkan, mengapakah, bezakan, nyatakan, dan kelaskan. Ciri-ciri soalan aras kefahaman ialah murid menggunakan proses mental bagi mengakses maklumat-maklumat asas yang telah diajar oleh gurunya. Selain itu, soalan pada aras ini memerlukan bahan atau alat komunikasi untuk diterjemahkan ke dalam satu bentuk idea yang baharu tanpa mengubah makna asal sesuatu maklumat. Seterusnya, murid menyatakan idea-idea tersebut mengikut

kefahaman mereka sendiri. Seterusnya, aras yang lebih tinggi sedikit berbanding aras kefahaman iaitu aras aplikasi. Aras ini menguji keupayaan murid menggunakan konsep, teori,

prinsip, hukum, dan prosedur dalam sesuatu situasi yang baharu dan berlainan daripada yang telah dipelajari. Penggunaan idea-idea ini mungkin di dalam situasi tertentu atau situasi sebenar. Aras ini memerlukan murid benar-benar memahami segala konsep, teori dan hukum sebelum menyelesaikan masalah. Peringkat ini memerlukan kefahaman murid yang lebih tinggi dan mendalam. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras aplikasi ini antaranya ialah kirakan, selesaikan, susunkan, dan gunakan. Ciri-ciri soalan aras aplikasi ialah murid menggunakan proses mental aplikasi. Dalam hal ini, murid akan mengaplikasikan pengetahuan sedia ada mereka di dalam situasi yang baharu misalnya dalam menyelesaikan masalah. Selain itu, masalah situasi yang baharu

13

tidak dapat disamakan dengan masalah yang dibincangkan dalam bilik darjah. Oleh itu, murid perlulah menyesuaikan pengetahuan sedia ada mereka. Aras keempat Taksonomi Bloom pula ialah aras analisi. Aras analisis

menguji kebolehan murid untuk menceritakan dan menyusun perkara-perkara yang telah dipelajari kepada beberapa bahagian supaya mudah difahami. Dalam erti kata lain, analisi bermaksud memecah-mecahkan perkara yang telah dipelajari kepada beberapa bahagian sehingga susunan idea-idea di dalamnya menjadi jelas dan nyata. Aras ini menekankan keupayaan murid mengenal pasti unsur-unsur dan Peringkat analisa ini adalah lebih tinggi kerana kebolehan menganalisa

struktur yang mengaitkan unsur-unsur. daripada peringkat aplikasi dan

kefahaman

memerlukan kefahaman isi, aplikasi dan juga penyusunan pecahan-pecahan kepada satu struktur supaya mudah difahami. Aras analisis juga mengandungi tiga kategori utama yang biasa digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Pertama, analisis unsur yang memerlukan murid membezakan fakta-fakta yang dipelajari dan disusun mengikut suatu sistem. Kedua, kategori analisis perhubungan iaitu murid perlu memahami saling kaitan di antara ideaidea dalam sesuatu petikan. Akhir sekali, analisis prinsip organisasi merupakan

kebolehan mengenal dan mengesan organisasi, susunan sistematik dan struktur yang menyatukan sesuatu perkara, sama ada secara eksplisit atau implisit. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah kenapakah, mengapa, apakah faktor, buatkan rumusan dan buktikan. Manakala, ciri-ciri soalan aras analsis pula antaranya ialah soalan menggunalan proses mental analisis. darjah. Selain itu, situasi masalah berbeza daripada pengalaman dalam bilik Di samping itu, situasi dan dokumen juga diperlukan untuk dianalisis.

Soalan yang dibina pula memerlukan fikiran dan kritik daripada murid itu sendiri, dan bukannya mengulang pengetahuan yang telah mereka dipelajari. Seterusnya, aras yang kelima ialah aras sintesis. Aras sintesis merujuk

kepada kebolehan menyusun idea-idea utama untuk menghasilkan sesuatu yang bermakna. Ini bermakna memerlukan kebolehan untuk menyatukan elemen-elemen atau idea-idea hingga menjadi satu bentuk yang lengkap.
14

Kebolehan ini

diperlihatkan dalam karya-karya baharu, rancangan-rancangan penyelidikan dan

skim mengatur maklumat.

Kebolehan pada peringkat sintesis ini memerlukan

tingkah laku yang kreatif untuk membentuk satu corak atau struktur yang terbaharu daripada unsur-unsur yang lama. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah ramalkan, hasilkan, tuliskan, cadangan, dan apa akan berlaku. Sehubungan dengan itu, aras sintesis mempunyai tiga bentuk yang harus diketahui seperti penghasilan komunikasi unik. Ini dimaksudkan menghasilkan satu perhubungan di mana

seseorang itu cuba menyampaikan idea, perasaan atau pengalamannya kepada seseorang lain. Seterusnya, penghasilan sesuatu rancangan atau cadangan sesuatu set operasi. Bentuk sintesis ini bermaksud menghasilkan satu pelan kerja atau

mencadangkan satu pelan tindakan. Selain itu, terdapat juga bentuk penghasilan perhubungan abstrak. Ini bermaksud menghasilkan satu set hubungan abstrak

sama ada untuk mengkelas atau menerangkan sesuatu data atau fenomena atau menghasilkan satu set cadangan daripada cadangan asas atau daripada simbolsimbol. Aras Taksonomi Bloom yang terakhir ialah aras penilaian iaitu merujuk kepada kebolehan mempertimbangkan nilai yang terdapat dalam sesuatu perkara untuk tujuan tertentu. Murid perlu membuat pertimbangan tentang nila sesuatu idea hasil kerja penyelesaian bahan, sesuatu idea atau sebagainya. Pertimbangan

dibuat dengan piawaian tertentu seperti tepat, berkesan, memuaskan, baik, buruk dan lain-lain. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah pertimbangkan, rumuskan, nilaikan, kritikkan, buktikan, dan huraikan. Di samping itu, kebolehan memberi pendapat atau pertimbangan berdasarkan kriteria-kriteria tertentu harus juga sedia ada supaya murid-murid dapat membuat penilaian. Dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah, guru-guru harus menekankan pengajaran dan pembelajaran pada peringkat-peringkat yang

lebih tinggi daripada peringkat pengetahuan. Dengan cara ini, murid-murid harus diberi latihan tugasan dan ujian yang bukan sahaja mencerminkan kebolehan kefahaman, tetapi juga aplikasi, analisis, sintesis, dan penilaian. Kebolehan-

kebolehan pada peringkat-peringkat kognitif yang lebih tinggi adalah lebih kekal, lebih bermakna dan lebih memberi manfaat. Rancangan pengajaran harian guru pula hendaklah menitikberatkan kebolehan-kebolehan yang lebih tinggi. Selain itu,
15

sebaik-baiknya objektif-objektif tingkah laku dalam ringkasan mengajar itu hendaklah mengutamakan peringkat aplikasi yang membolehkan murid-murid

menggunakan perkara yang telah dipelajarinya itu untuk mengatasi masalah atau membentuk pengalaman-pengalaman yang baharu. 3.2 DOMAIN AFEKTIF KRATHWOHL Setelah didedahkan dengan aras-aras Domain Kognitif Bloom, kita akan bincangkan pula satu lagi domain utama, iaitu domain afektif. David R. Krathwohl antara

penyelidik yang memperkenalkan domain ini dalam bidang pendidikan pada tahun 1964. Domain afektif ini juga digunakan sebagai satu lagi objektif pengajaran dan pembelajaran di samping objektif yang dinyatakan dalam domain kognitif Bloom pada 1956. Aras-aras domain afektif adalah peringkat-peringkat yang terdapat

dalam bidang perasaan, emosi, sikap dan nilai. Menurut Krathwohl (1964), arasaras domain afektif boleh disusun dalam lima peringkat, iaitu aras penerimaan, bertindak balas, menilai, organisasi dan perwatakan seperti yang ditunjukkan dalam rajah 2.2 di bawah.

penerimaan bertindak balas menilai organisasi perwatakan


Rajah 6 : Aras-aras yang terdapat dalam domain afektif Krathwohl Aras penerimaan merupakan aras yang paling rendah di dalam aras domain afektif. Aras ini merujuk kepada kesanggupan murid member perhatian dan

kesedaran kepada sesuatu fenomena atau rangsangan seperti aktiviti pengajaran, bahan pelajaran, lakonan dan sebagainya. Aras penerimaan ini dapat dibahagikan kepada tiga kategori. Pertama sekali ialah kategori kesedaran. Aras pada kategori
16

ini merujuk kepada kesedaran faktor-faktor estetik yang mempengaruhi kecantikan sesuatu benda, seni lukis, reka bentuk, alatan rumah dan sebagainya. Di dalam peringkat ini, murid sedar setiap orang mempunyai perasaan tersendiri. Kategori yang kedua pula ialah kesanggupan menerima merujuk kepada kesanggupan member perhatian, mendengar ucapan orang dan menunjukkan toleransi serta menghormati kebudayaan yang berlainan. terakhir ialah kategori perhatian terkawal dan terpilih. Manakala, kategori

Aras ini merujuk kepada

kebolehan memberi perhatian kepada sesuatu rangsangan terpilih seperti mendengar orang mendeklamasi sajak, memberi perhatian kepada aktiviti membaca dan sebagainya. Aras domain afektif yang kedua pula ialah aras bertindak balas. Aras ini merujuk kepada kesanggupan bertindak balas terhadap sesuatu fenomena atau rangsangan yang diberi perhatian. Aras ini juga mempunyai tiga bentuk iaitu yang pertama ialah bentuk persetujuan membalas. Persetujuan membalas melibatkan kemahuan dan kesediaan mematuhi peraturan-peraturan sedia ada. Sebagai

contoh, mematuhi undang-undang sekolah, mengikut arahan guru, menunjukkan kesediaan bekerjasama dengan orang lain dan sebagainya. Bentuk aras bertindak balas yang seterusnya ialah kesediaan membalas. Bentuk ini menunjukkan sifat sukarela membalas, iaitu melaksanakan tugas tanpa dipaksa. Contohnya, membaca buku secara sukarela, mengamalkan tingkah laku yang baik dan sebagainya. Akhir sekali ialah bentuk kepuasan membalas yang Misalnya, merasa suka hati

menunjukkan kepuasan semasa bertindak balas.

apabila melaksanakan aktiviti pembelajaran, menikmati hasil seni semasa melukis dan sebagainya. Selain itu, terdapat juga aras yang disusun selepas bertindak balas, iaitu aras menilai. Aras menilai ini menguji kebolehan membuat penilaian dan memberi

penghargaan terhadap sesuatu benda, fenomena atau tingkah laku berdasarkan kriteria-kriteria yang sedia ada pada dirinya. Aras menilai terdiri daripada tiga Penerimaan sesuatu nilai

kategori iaitu penerimaan, pilihan dan penglibatan.

merujuk kepada kebolehan menentukan nilai sesuatu benda, fenomena, tingkah laku dan sebagainya. Di peringkat ini, murid menunjukkan kepercayaannya dengan
17

keinginan melakukan sesuatu yang baik. Contohnya, keinginan untuk menguasai kemahiran menulis esei yang bernas. Pilihan terhadap sesuatu nilai pula menunjukkan usaha memperolehi sesuatu nilai yang telah dipilih. Misalnya, menjalankan tugas mengikut kriteria-kriteria yang sedia ada, menyatakan pendapat dalam majalah sekolah dan sebagainya. Seterusnya, penglibatan merupakan kepercayaan teguh terhadap nilai yang dipilih sehingga sanggup melibatkan diri secara aktif dalam usaha mengembangkan nilai yang dipilih itu. Sebagai contoh, mengikut arahan ketua darjah, menerima prinsip Rukun Negara sebagai amalan hidup dan sebagainya. Aras domain afektif yang keempat ialah aras organisasi. Organisasi

membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. Pada aras ini, murid dianggap telah menaruh kepercayaan terhadap nilai yang dipilih. Pada masa yang sama, dia menemui beberapa nilai yang berkaitan. Oleh itu, dia menunjukkan kebolehannya mengorganisasikan nilai-nilai yang berkaitan untuk membentuk satu sistem baharu, menentukan saling kaitan di antara nilai-nilai tersebut dan membezakan nilai-nilai yang penting dengan yang kurang penting. Aras domain afektif yang keempat ini terbahagi kepada dua jenis iaitu yang pertamanya ialah penanggapan terhadap sesuati nilai. Hal ini bermaksud kebolehan membentuk konsep yang abstrak terhadap sesuatu nilai seperti berusaha mengenal pasti ciri-ciri sesuatu objek yang diminati. Satu lagi jenis aras ini ialah organisasi sesuatu nilai yang merujuk kepada kebolehan menyatukan nilai-nilai yang berkaitan dan membentuk satu sistem di antaranya. Contohnya, membentuk falsafah hidup berdasarkan nilai-nilai yang ditemui dan dipercayai. Aras domain afektif Krathwohl yang terakhir pula ialah aras perwatakan. Aras ini merupakan domain afektif tertinggi kerana murid telah dianggap memperolehi nilai-nilai yang disusun dalam satu sistem yang tidak akan berubah serta boleh mengawal tingkah laku mereka sehingga membentuk suatu perwatakan tersendiri. Dalam konteks ini, tingkah laku seseorang adalah tekal dan boleh diramal. Aras perwatakan telah disusun kepada dua kategori penting iaitu yang pertama kategori set am. Kategori ini dirujuk sebagai kebolehan mengekalkan nilai-nilainya dalam

18

sistem yang dibentuk pada bila-bila masa. Misalnya, menunjukkan kepercayaan terhadap perwatakan sendiri. Jenis aras perwatakan yang kedua pula ialah perwatakan yang merujuk kepada sifat ketekalan terhadap kepercayaan yang kuat dan tidak berubah terhadap sistem nilai yang dibentuk sehinggakan ciri-ciri ini menjadi falsafah hidupnya. Di dalam aras yang tertinggi ini, diperlihatkan wujudnya tingkah laku seperti disiplin diri dan boleh menghadapi situasi yang rumit serta menyelesaikannya dengan pendekatan secara objektif dan rasional. 4.0 Kaedah Penilaian Bahasa

Penilaian Melalui Portfolio Penilaian Melalui Kertas Kerja Penilaian Melalui Pemerhatian

Penilaian Melalui Projek

Kaedah Penilaian Bahasa


Penilaian Melalui Soal Jawab

Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran

19

Rajah 7 : Kaedah-kaedah Penilaian Bahasa Terdapat beberapa kaedah penilaian bahasa yang dapat dijalankan oleh seorang guru. Antaranya adalah penilaian melalui portfolio. Portfolio merupakan folder atau fail yang mengandungi bahan-bahan yang dikumpulkan untuk sesuatu tempoh bagi menggambarkan, menjelaskan atau menerangkan perkembangan kognitif bagi pelajar tentang sesuatu tugasan yang pernah diarahkan. Portfolio merupakan satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekod bukti pencapaian pelajar dalam suatu jangka masa yang ditetapkan Portfolio haruslah bercirikan dokumentasi berstruktur yang memerlukan pelaksanaan perancangan dan penilaian yang teliti. Proses pembelajaran secara portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan

mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif. Kandungan portfolio pula terdiri daripada maklumat secara urutan dan mestilah logik manakala pemilihan maklumat dari fakta bermula pada peringkat awal hingga akhir. Portfolio dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu portfolio kerja harian, portfolio hasil terbaik dan portfolio dokumen. Portfolio kerja harian merupakan portfolio yang mengumpulkan hasil tugasan dalam satu jangka waktu yang diberikan. Bagi portfolio hasil terbaik pula dipilih bersumberkan hasil terbaik daripada portfolio kerja harian. Manakala portfolio dokumen pula merupakan hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada satu jangka masa tertentu untuk menyempurnakan kerja tugasan. Portfolio dapat dinilai melalui pemantauan yang dilakukan melalui peta perkembangan pelajar yang boleh dinilai melalui bukti-bukti lain. Penilaian berbentuk lebih terbuka dan seimbang. Proses penilaian perlu dijalankan secara berterusan supaya dapat melihat perkembangan pelajar dari masa ke semasa bagi mengikuti kriteria yang telah dipersetujui bersama. Portfolio juga penting bagi membolehkan guru menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot untuk membuat penilaian secara holistik. Portfolio juga boleh mengekalkan galakan guru untuk mengawal dan memantau perkembangan pelajar dengan menggunakan peta perkembangan. Bukti penilaian juga boleh
20

dipelbagaikan seperti melalui rekod pemerhatian dan penilaian, rekod anekdot, rekod pelaksanaan tugasan serta kadar pencapaian hasil kerja pelajar. Antara kepentingan portfolio yang lain adalah membolehkan penilaian dalam bidang efektif mengenai usaha dan aplikasi dapatan melalui pemerhatian tingkahlaku, penglibatan dalam kelas, inisiatif, kerjasama, ketabahan dan komitmen semasa membina portfolio. Portfolio dapat direkod menggunakan skala dan menggunakan kaedah senarai semak. Kriteria penilaian adalah menerusi struktur dan organisasi portfolio, strategi pengurusan, variasi isi yang sesuai, struktur ayat dan gaya bahasa. Markah yang diberikan kepada tiap-tiap peringkat dan bukti-bukti lain setiap rekod anekdot dan refleksi pelajar juga diambil kira.

4.2 Penilaian Melalui Pemerhatian Penilaian melalui pemerhatian dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu yang ditentukan, bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Penilaian ini meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor. Selain itu juga, penilaian ini boleh dilaksanakan dengan penggunaan senarai semak, rekod anekdot dan rekod profil. Melalui dapatan ini guru dan pelajar boleh membuat refleksi masing-masing. Pelaksanaan proses pemerhatian dijalankan melalui tiga cara iaitu kualiti pemerhatian, bentuk perancangan dan rekod pemerhatian. Kualiti pemerhatian dinilai melalui pengetahuan guru yang mendalam dalam bidang tugasnya dan prihatian terhadap persekitarannya. Guru juga perlu peka terhadap perubahan yang berkaitan dengan bahan dan yakin dengan keputusan yang dibuat. Selain itu guru juga perlu ikhlas dan jujur serta adil dalam membuat keputusan yang diambil serta tekal dalam penilaianya. Cara penilaian kedua adalah bentuk perancangan. Guru haruslah

menyediakan alat yang relevan dan menentukan kaedah untuk mentadbirnya. Misalnya jika guru ingin menilai melalui borang anekdot, maka borang itu harus ditentukan cara atau kaedah untuk menggunakan borang tersebut. Guru juga perlu
21

menentukan teknik menganalisis, mentafsir, merekod dan melapor kemudiannya merangka tindakan susulan yang akan dijalankan mengikut konsekuan yang dijalankan daripada pemerhatian yang dijalankan. Seterusnya adalah merekod penilaian pemerhatian. Rekod pemerhatian yang diperlukan terdiri daripada pendekatan, menjalankan tugas, cara merekodkan dapatan dan rumusan serta tindakan susulan. Pendekatan yang dilihat termasuklah dari segi kaedah individu atau berkumpulan. Hasil pemerhatian dan hasil pendekatan atau pengubahsuaian cara pelaksanaan perlulah direkod dengan jelas. Menjalankan tugas pula dinilai melalui cara individu mengendalikan tugasannya dan setiap hasil yang diperoleh dihurai dengan tepat. Kemudiannya dapatan dan rumusan hendaklah direkod mengikut urutan yang betul serta jelaskan tindakan susulan hasil yang akan dicapai. Jenis pemerhatian pula dilakukan mengikut tujuan dan aspek yang hendak guru perhatikan. Guru boleh memerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat sebarang tafsiran dan tanggapan serta melaporkan apa sahaja yang dilihat. Tafsiran ini bukan untuk penilaian semasa. Antara jenis pemerhatian yang lain adalah memerhati apaapa yang telah dirancang dan berfikiran secara terbuka. Pemerhatian yang dilihat boleh adalah melalui kemahiran, pengetahuan dan perlakuan murid. Pemerhatian juga dijalankan untuk jangka masa pendek atau panjang. Penilaian ini disebut sebagai penilaian dalam bentuk sekuen. Pemerhatian boleh dilaksanakan mengikut pelbagai strategi, antaranya ialah; pemerhatian secara berterusan mengikut keperluan yang telah dikenal pasti atau . dirancang, menggunakan senarai semak supaya tiada aspek pemerhatian yang tertinggal oleh guru. Bagi proses merekod dan menganalisis boleh dibuat dengan menggunakan pensil, kertas atau berkomputer. Jangka masa pemerhatian hendaklah sesuai dengan kaedah dan keperluan dan segala maklum balas diperoleh daripada guru dan pelajar. Selain itu, refleksi tentang pengalaman bahan juga dikategorikan sebagai pemerhatian. Fungsi pemerhatian pula adalah penilaian yang digunakan oleh guru untuk mengikuti perkembangan murid dalam sesuatu proses pembelajaran, murid dapat menilai tahap pencapaian mereka sendiri dan rakan sebaya dalam sesuatu
22

pembelajaran, dan dilaksanakan oleh murid untuk menjalankan sesuatu tugasan seperti projek. Selain itu juga, penilaian melalui pemerhatian membolehkan guru dan murid menyusun tindakan susulan yang sesuai dengan proses pembelajaran seterusnya. Guru juga berpeluang memerhati perkembangan psikomotor, kognitif dan afektif murid serta membantu guru mengetahui sejauh mana minat murid terhadap pelajaran yang diajarkan dan apakah yang mendorong atau menolak minat tersebut.

CONTOH JADUAL SPESIFIKASI UJIAN DAN 30 SOALAN


23

OBJEKTIF MENGIKUT ARAS TAKSONOMI BLOOM

24

Jadual Spesifikasi Ujian Mata Pelajaran : Bahasa Melayu Tahun : Enam Bilangan Soalan Objektif : Tiga puluh (30)

Aras Kandungan Pengetahuan M Tatabahasa Simpulan Bahasa Kesalahan Ayat Petikan Kefahaman 2 SD 4 S Kefahaman M 2 SD 2 4 S 2 M Aplikasi SD S M Analisis SD S M Sintesis SD S M Penilaian SD S 12 4 Jumlah

4 6 20%

1 8 13 43.33%

1 2 6.67%

1 3 6 20%

1 3

1 2 2 6.67%

1 1 1

5 30 (100%)

Jumlah %

3.33%

25

M = Mudah, SD = Sederhana, S = Susah.

Jadual Spesifikasi Ujian Mata Pelajaran : Bahasa Melayu Tahun : Enam Bilangan Soalan Objektif : Tiga puluh (30) Bil 1 Tajuk Tatabahasa Masa belajar 24 60 8 x 30 2 Simpulan Bahasa 8 60 18 x 30 3 Kesalahan Ayat 18 60 10 x 30 4 Petikan Pemahaman 10 60 5 9 4 Anggaran Jumlah Item 24 x 30 12 Jumlah Item

26

27

Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C, dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Soalan 1 25 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1. Tunku Abdul Rahman anak Sultan Kedah.__________ diputerakan di Alor Setar. Dia Beta Beliau Baginda

1. 2. 3. 4.

5.

Majlis ini terbuka untuk semua. Jadi, __________ sahaja boleh hadir untuk memeriahkannya. apa-apa bila-bila siapa-siapa mana-mana

1. 2. 3. 4.

5.

______________ sangatkah perangai budak itu hingga dipulaukan oleh rakan-rakannya? tanya Puan Farhana. Kotor Buruk Busuk Cantik

1. 2. 3. 4.

5.

Sudah sebulan bot pendatang asing yang dirampas itu __________ di pantai kerana kerosakan enjinnya.
28

1. 2. 3. 4.

tersadai tersekat tersidai tersimpan

5.

Kaum lelaki akan membersihkan kawasan balai raya __________ kaum wanita pula akan memasak untuk sarapan dan jamuan tengah hari. walhal sehingga manakala walaupun

1. 2. 3. 4.

5.

Saya pun sudah lupa _________ tarikh sebenar lawatan ke Brunei itu, kata Halim kepadaku. akan tentang dengan mengenai

1. 2. 3. 4.

5. 1. 2. 3. 4.

Nasi lemak ________ yang dijual oleh Mak Senah sungguh laris. salai rebus tanak kukus
29

5. 1. 2. 3. 4.

Lebihan minyak masak itu berbau __________ kerana disimpan terlalu lama. hapak tengik busuk hamis

5. 1. 2. 3. 4.

Razlan masuk ke biliknya __________ merebahkan badannya di atas katil. dan lalu sambil setelah

5.

Dalam kemalangan itu, sebuah kereta ________ ke dalam gaung sedalam lima meter. tercebur terhempas terhumban terpelanting

1. 2. 3. 4.

5. 1. 2. 3. 4.

Kumar berasa kasihan melihat pengemis yang pakaiannya _________ itu. calar-balar robak-rabik kopak-kapik kusut-masai

5.

Borang penyertan itu mesti dihantar __________ pada hujung bulan ini.
30

1. 2. 3. 4.

seawal-awalnya selewat-lewatnya semolek-moleknya sekurang-kurangnya

5. 1. 2. 3. 4.

Murid baru itu __________ hendak menjadi ketua kelas. ada hati ada bakat ada angin ada sengat

5.

_____________ Encik Faizal akan melangsungkan perkahwinannya pada minggu hadapan. Anak buah Anak bulan Anak jantan Anak dagang

1. 2. 3. 4.

5.

Saya tidak mahu ikut bersama-sama Mei Mei kerana saya tahu dia hanya __________. alas cakap angkat bahu ambil mudah ajak-ajak ayam

1. 2. 3. 4.

5.

Lina menerima pekerjaan guru sandaran itu sebagai ___________ untuk memperoleh pekerjaan yang lebih baik. batu api
31

1.

2. 3. 4.

tanda mata batu loncatan durian runtuh

Soalan 17 Pilih jawapan yang paling sesuai bagi soalan yang diberikan. 5. 1. 2. 3. 4. Bagaimanakah keadaan kamu sekarang? Kata doktor, keadaan saya hampir pulih. Beginilah keadaan saya semenjak keluar dari hospital. Saya tidak pasti apa kata doktor tentang keadaan saya sekarang. Saya tidak diberitahu apa-apa oleh doktor tentang kesihatan saya.

Soalan 18 dan soalan 19 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

5.

Penyeludup itu berjaya diberkas hasil daripada intipan pihak polis selama beberapa hari. Pihak polis Berjaya memberkas penyeludup itu selama beberapa hari. Penyeludup yang ditahan cuba mengintip pihak polis selama beberapa hari. Penyeludup itu Berjaya diberkas oleh pihak polis setelah diintip beberapa kali. Hasil intipan pihak polis selama beberapa hari, akhirnya penyeludup itu berjaya ditangkap.

1. 2. 3. 4.

5.

Perlawanan akhir ini terpaksa ditangguhkan pada hari lain, kata pengadil bola sepak. Perlawanan akhir bola sepak terpaksa ditangguhkan pada hari lain.
32

1.

2. 3.

Pengadil menjelaskan bahawa perlawanan akhir itu terpaksa ditangguhkan. Perlawanan bola sepak itu terpaksa ditangguhkan pada saat-saat akhir oleh pengadil. Pengadil bola sepak mengambil keputusan untuk menangguhkan perlawanan akhir pada hari lain.

4.

5.

Pandai Pak Mat bertukang memang diketahui ramai.

II Kakak tidak menyuruh pun tetapi dia yang pandai sendiri. III Ini basikal kamu. Pandai kamulah hendak menjaganya. IV Walaupun baru sembilan bulan, Aufa sudah pandai bercakap. 1. 2. 3. 4. I dan III I dan IV II dan III III dan IV

5.

Akhirnya, jadi juga hajat Mak Munah hendak ke Mekah pada tahun ini.

II Bapa mengadakan majlis doa selamat sempena hari jadi ibu saya. III Saya berharap peristiwa itu tidak jadi pada diri kamu. IV Percubaan yang dilakukannya itu tidak jadi. 1. 2. 3. 4. I dan II I dan III II dan IV III dan IV

Soalan 22 23
33

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. 5. 1. 2. 3. 4. Jangan bermain di sini, Amin; berbahaya! kata Firdaus. Firdaus berkata jangan bermain di situ; berbahaya Amin Firdaus melarang Amin bermain di situ kerana berbahaya. Firdaus menyatakan jangan bermain di situ, Amin; berbahaya Firdaus dilarang oleh Amin bermain di situ kerana berbahaya.

5.

Peserta setiap negeri perlu hadir setengah jam sebelum pertandingan itu berlangsung. Setengah jam sebelum pertandingan itu berlansung, peserta setiap negeri perlu hadir. Setiap peserta perlu hadir setengah jam sebelum pertandingan negeri itu berlangsung. Peserta perlu hadir sebelum pertandingan negeri berlangsung setiap setengah jam. Sebelum pertandingan itu berlangsung, peserta setiap negeri perlu hadir setengah jam.

1.

2.

3.

4.

Soalan 24 25 Pilih ayat-ayat yang betul.

5.

Dia masih mendapat tempat pertama di kelasnya.

II Beribu penonton memenuhi stadium badminton itu. III Setengah murid memang suka makan makanan ringan. IV Cikgu menyuruh kami menyusun meja itu dua-dua sebaris. 1. 2. 3. 4. I dan II I dan IV II dan III III dan IV
34

5.

Buatkan ayah segelas milo panas tanpa gula, sayang.

II Sila jangan berludah di sini; nanti jijik orang melihatnya. III Hantarkan buku-buku latihan ini ke bilik guru sekarang juga. IV Tolong bersabar, majlis akan diadakan sebaik sahaja tetamu kita tiba. 1. 2. 3. 4. I dan II I dan III II dan IV III dan IV

Soalan 26 30. Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. Masyarakat Melayu dahulu jarang sekali kelihatan gemuk atau mengalami obesiti. Walaupun tidak terdedah dengan kemajuan sains pemakanan, majoriti mereka kelihatan langsing dan awet muda. Sebenarnya, keadaan ini wujud kerana mereka merupakan peminat setia nasi ulam dan nasi kerabu. Nasi ulam menggunakan pelbagai jenis daun dan pucuk, pokok herba, serta sayur buah sebagai menu utamanya. Ulam ialah bahagian tumbuhan yang dimakan mentah atau setelah dicelur. Kebanyakan bahagian pokok yang dibuat ulam ini mempunyai aroma yang unik dan membuka selera. Daun-daun yang biasa dibuat ulam ialah pegaga, ulam raja, pucuk gajus, putat, dan cemperai. Pucuk ubi, pucuk betik, mengkudu, serta kangkung pula perlu direbus sebelum dimakan. Buah-buahan yang dibuat ulam pula terdiri daripada petai, jering, dan kerdas selain timun, terung, dan peria. Kesemua ulam tersebut akan dicicah bersama sambal belacan. Nasi kerabu pula amat popular di utara dan di timur Semenanjung. Dalam hubungan ini, puluhan spesies daun ulam termasuk halia bara dan bawang dihiris sehalus mungkin. Kemudian, ramuan itu dicampur dengan kelapa goreng, isi ikan, serta lada hitam. Nasi kerabu pantai timur pula menggunakan daun ulam juga termasuk daun telang untuk mewarnakan nasi menjadi ungu. Selain sambal dan budu, kita boleh memilih sama ada hendak makan dengan ikan atau pun daging bakar.
35

Kebanyakan ulam tidak dicemari bahan kimia berbanding sayuran sekarang. Ulam-ulaman juga dapat mengekalkan vitamin dan mineral kerana kebanyakannya dimakan mentah. Kini, ulam-ulaman ini terbukti dapat dijadikan ubat untuk penyakit darah tinggi, kencing manis, ulser, dan sebagainya.

5. 1. 2. 3. 4.

Pokok berikut tidak digunakan untuk dicicah sebagai ulam. Cemperai Halia bara Mengkudu Pucuk betik

5.

Tumbuhan yang paling tepat tentang daun-daun untuk dibuat ulam secara mentah. Putat Telang Kerdas Bawang

1. 2. 3. 4.

5. 1. 2. 3. 4.

Ulam-ulaman sangat berkhasiat untuk tujuan berikut, kecuali awet muda. mengurangkan obesiti. menyebabkan penyakit ulser. menurunkan tekanan darah tinggi.

5.

Persamaan antara nasi ulam utara Semenanjung dan nasi kerabu pantai timur terletak pada warnanya pencicahnya
36

1. 2.

3. 4.

bahan utamanya cara membuatnya.

5. 1. 2. 3. 4.

Rangkai kata aroma yang unik dalam petikan bermaksud. rasa yang lazat. khasiat yang baik. bau yang istimewa. rupa yang berlainan.

5.0 PENILAIAN KEMAHIRAN BAHASA (KEMAHIRAN MENULIS) Kemahiran menulis amat penting dalam dunia moden. persekolahan, pekerjaan dan sosial.
37

Ini jelas kelihatan dalam

Misalnya, dalam dunia persekolahan,

kemahiran menulis diperlukan dan diuji secara formal atau tidak formal bukan sahaja dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, tetapi dalam hampir kesemua subjek dalam kurikulum sekolah memerlukan kemahiran menulis murid bagi menjawab soalan jenis esei, selain menjawab soalan jenis objektif. Oleh kerana kemahiran menulis dianggap penting, aspek pengajaran dan penilaian seharusnya diberikan penekanan yang secukup-cukupnya. Sebagai contoh, seorang guru ingin melaksanakan penilaian kemahiran menulis dalam pengajaran dan pembelajaran. Proses pengajaran bahasa selalunya mengambil masa yang panjang. Kebiasaannya, masa yang diperuntukkan untuk pengajaran Bahasa Melayu ialah dua waktu yang berterusan. Sehubungan dengan itu, guru bolehlah menggunakan kedua-dua waktu yang diperuntukkan untuk menjalankan penilaian kemahiran menulis dalam kalangan murid-murid. Ujian

kemahiran menulis terdiri daripada ujian membina ayat, ujian menyambung atau melengkapkan ayat, ujian menyusun ayat-ayat menjadi suatu karangan, ujian menulis karangan secara berpandu dan juga ujian menulis karangan secara bebas. Guru boleh memulakan sesi pengajarannya dengan mengadakan ujian membina ayat. Membina ayat bermaksud membina ayat yang sempurna, lengkap dan betul dari segi tatabahasa, ejaan dan tanda bacaan. Ujian membina ayat

disediakan dengan menentukan jenis ayat yang sesuai dan stimulus seperti perkataan, objek dan gambar diperlukan bagi membantu murid membina ayat. Proses ujian membina ayat boleh dilaksanakan seperti rajah 5.1 di bawah.

Proses

Tugas

MERANCANG

1.

Guru menentukan tahap murid.

1. MEMILIH JENIS AYAT DAN STIMULUS

Guru menentukan jenis ayat yang akan diuji dengan mengambil kira: 1. 2.
38

Tema Kompleksiti ayat

3. 2.

Perbendaharaan kata

Jika perlu, guru menentukan stimulus seperti perkataan, objek dan gambar diperlukan bagi membantu murid membina ayat.

3. MEMBINA INSTRUMEN 4.

Guru membina soalan / instrumen. Guru mencetak kertas soalan mengikut keperluan jika perlu.

5. MELAKSANAKAN UJIAN 6.

Guru memberi arahan ujian. Guru meminta murid membina ayat.

7.

Guru menilai jawapan menggunakan skala berikut bagi setiap ayat: 2 markah Cemerlang : Ayat yang ditulis gramatis, tiada kesalahan tatabahasa, ejaan dan tanda bacaan. 1 markah Baik : Ayat yang ditulis gramatis dengan sedikit kesalahan tatabahasa, ejaan dan tanda bacaan. 0 markah Lemah : Ayat yang ditulis tidak gramatis dan terdapat kesalahankesalahan tatabahasa, ejaan dan tanda bacaan.

1.

MENILAI UJIAN

2.

3.

4. 1. MEREKOD 2. 3.

Guru merekodkan keputusan ujian dalam: Senarai semak Buku rekod mengajar Buku latihan murid

39

4. 5. 6. 7.

Laporan kemajuan murid Buku rekod Buku catatan guru Cara-cara lain yang sesuai

8. MELAPORKAN 9.

Guru perlu melaporkan semula keputusan ujian kepada murid. Guru melaporkan kepada pihak lain jika perlu.

MEMBUAT TINDAKAN SUSULAN

10.

Guru perlu membuat tindakan susulan yang sesuai seperti memperbanyakkan latihan membina ayat yang lengkap.

Rajah 8 : Proses ujian membina ayat dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Seterusnya, guru meneruskan penilaiannya dengan mengadakan ujian menyambung atau melengkapkan ayat. Menyambung ayat bermaksud

menyambung dua ayat atau lebih dengan menggunakan kata hubung yang betul supaya menjadi ayat yang sempurna, lengkap dan betul dari segi tatabahasa, ejaan dan tanda bacaan. Manakala, melengkapkan ayat pula bermaksud melengkapkan ayat dengan perkataan yang betul supaya ayat menjadi sempurna, lengkap dan betul dari segi tatabahasa, ejaan dan tanda bacaan. Guru perlu menentukan jenis ayat yang sesuai untuk diuji kepada murid. Proses ujian menyambung atau

melengkapkan ayat boleh dilaksanakan seperti rajah 5.2 di bawah.

Proses

Tugas

MERANCANG

11.

Guru menentukan tahap murid.


40

12. MEMILIH JENIS AYAT DAN STIMULUS

Guru menentukan jenis ayat yang akan diuji dengan mengambil kira: 1. 2. 3. Tema Kompleksiti ayat Perbendaharaan kata

13. MEMBINA INSTRUMEN 14.

Guru membina soalan / instrumen. Guru mencetak kertas soalan mengikut keperluan jika perlu.

15. MELAKSANAKAN UJIAN 16.

Guru memberi arahan ujian. Guru meminta murid menyambung atau melengkapkan ayat.

17.

Guru menilai jawapan menggunakan skala berikut bagi setiap ayat: 2 markah Cemerlang : Ayat yang disambung atau dilengkapkan sempurna dan tiada kesalahan tatabahasa, ejaan dan tanda bacaan. 1 markah Baik : Ayat yang disambung atau dilengkapkan sempurna dengan sedikit kesalahan tatabahasa, ejaan dan tanda bacaan. 0 markah Lemah : Ayat yang disambung atau dilengkapkan tidak sempurna dan terdapat kesalahan-kesalahan tatabahasa, ejaan dan tanda bacaan.

18.

MENILAI UJIAN

19.

20.

MEREKOD

21.

Guru merekodkan keputusan ujian dalam:


41

22. 23. 24. 25. 26. 27. 28.

Senarai semak Buku rekod mengajar Buku latihan murid Laporan kemajuan murid Buku rekod Buku catatan guru Cara-cara lain yang sesuai

29. MELAPORKAN 30.

Guru perlu melaporkan semula keputusan ujian kepada murid. Guru melaporkan kepada pihak lain jika perlu.

MEMBUAT TINDAKAN SUSULAN

31.

Guru perlu membuat tindakan susulan yang sesuai seperti memperbanyakkan latihan membina ayat yang lengkap.

Rajah 9 : Proses ujian menyambung atau melengkapkan ayat dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Kemudian, guru boleh mengadakan ujian menyusun ayat-ayat menjadi karangan. Maksudnya, murid perlu menyusun beberapa ayat yang sempurna dan lengkap menurut kronologi peristiwa atau kejadian dengan betul. Dalam penyediaan ujian menyusun ayat-ayat menjadi karangan, guru akan menentukan tema atau tajuk dan membina ayat-ayat yang sesuai dengan tema. Ayat-ayat tersebut disusun tidak mengikut kronologi peristiwa atau kejadian. Proses ujian menyusun ayat-ayat

menjadi karangan boleh dilaksanakan seperti rajah 5.3 di bawah.

Proses

Tugas

42

MERANCANG

32.

Guru menentukan tahap murid.

33. MEMILIH JENIS AYAT DAN STIMULUS

Guru menentukan jenis ayat yang akan diuji dengan mengambil kira: 1. 2. 3. Tema Kompleksiti ayat Perbendaharaan kata

34. MEMBINA INSTRUMEN 35.

Guru membina soalan / instrumen. Guru mencetak kertas soalan.

36. MELAKSANAKAN UJIAN 37.

Guru memberi arahan ujian. Guru meminta murid membaca kesemua ayat dan memahaminya kemudian menyusun ayat-ayat mengikut kronologi peristiwa atau kejadian.

38.

Guru menilai jawapan menggunakan skala berikut bagi setiap karangan: 1 hingga 2 markah : Bagi ayat yang disusun dengan sempurna dan betul mengikut kronologi peristiwa. Jumlah markah bergantung kepada jumlah ayat dalam sesuatu karangan. Ditolak 1 hingga 2 markah bagi setiap ayat disusun tidak mengikut kronologi.

39. MENILAI UJIAN

40.

41. MEREKOD 42. 43.

Guru merekodkan keputusan ujian dalam: Senarai semak Buku rekod mengajar
43

44. 45. 46. 47. 48.

Buku latihan murid Laporan kemajuan murid Buku rekod Buku catatan guru Cara-cara lain yang sesuai

49. MELAPORKAN 50.

Guru perlu melaporkan semula keputusan ujian kepada murid. Guru melaporkan kepada pihak lain jika perlu.

MEMBUAT TINDAKAN SUSULAN

51.

Guru perlu membuat tindakan susulan yang sesuai seperti memperbanyakkan latihan membina ayat yang lengkap.

Rajah 10 : Proses ujian menyusun ayat-ayat menjadi karangan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Akhir sekali, guru bolehlah menjalankan ujian karangan bahasa Melayu. Dalam proses ujian karangan, murid-murid dapat menunjukkan kebolehannya secara keseluruhan. Biasanya, di dalam proses ujian ini murid-murid akan berfikir tentang apa yang akan diperkatakan, lantas melahirkan buah fikiran dalam bentuk penulisan esei. Dalam ujian ini, guru juga perlu menentukan jenis ujian karangan yang ingin dilaksanakan sama ada secara berpandu atau secara bebas. Karangan berpandu ialah satu penulisan karangan yang berdasarkan panduan guru. Contohnya, menulis semula cerita atau petikan yang dibaca, menulis karangan berdasarkan soalan-soalan berurutan mengenai sesuatu tajuk dan menulis karangan dengan memindahkan bentuk daripada dialog kepada karangan penceritaan atau sebaliknya. Manakala, karangan jenis bebas pula memberi kebebasan kepada murid untuk melahirkan idea tentang sesuatu tajuk yang disediakan dengan menggunakan
44

perkataan sendiri. Contoh bentuk karangan bebas ialah seperti karangan naratif, argumentatif, deskriptif, kreatif dan imaginatif. Seterusnya, hasil karangan disemak oleh guru dengan menggunakan pemarkahan secara keseluruhan (holistik). Pembahagian markah dapat ditentukan berdasarkan ciri-ciri karangan tersebut seperti yang dijelaskan dalam jadual 5.4 di bawah. GRED 1. Isinya tepat CIRI-CIRI ESEI dan jumlahnya mencukupi. Huraiannya

terperinci dan jelas. 2. Dapat meyakinkan pembaca. Tidak memuatkan perkaraperkara yang tidak berkaitan dengan calon untuk

memperlihatkan kematangan. 3. Cemerlang 4. Idea-idea dijalin dengan kemas dalam perenggan-

perenggan yang bersesuaian panjangnya. Memperlihatkan penggunaan bahasa baku yang baik iaitu dari segi struktur dan perbendaharaan kata. 5. Memperlihatkan penguasaan teknik penulisan yang baik dan pembaca tidak merasakan sebarang kejanggalan. 6. 1. Memperlihatkan penguasaan ejaan yang memuaskan. Isinya tepat dan jumlahnya mencukupi tetapi kurang terperinci huraiannya. 2. Dapat meyakinkan pembaca. Calon memperlihatkan

kematangan tetapi tidaklah sebaik atau setinggi peringkat Baik 3. cemerlang. Idea dijalin dengan baik walaupun mungkin terdapat sedikit kelonggaran (jalinan agak kurang mantap). 4. Menunjukkan penguasaan bahasa yang baik. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit-sedikit kesilapan yang tidak
45

begitu serius. 5. Memperlihatkan penguasaan teknik penulisan yang baik. Mungkin terdapat sedikit kejanggalan tetapi tidaklah

mencacatkan esei secara keseluruhan. 6. 1. Menunjukkan penguasaan ejaan yang memuaskan. Isinya ada tetapi kurang tepat. Jumlahnya mencukupi tetapi huraiannya kurang terperinci. 2. Terdapat idea yang kurang meyakinkan dan

memperlihatkan kematangan yang amat sederhana. 3. Idea-idea dijalin dengan tidak begitu kemas dan tidak diperkembangkan dengan baik. Sederhana 4. Terdapat kelemahan dalam penggunaan bahasa, misalnya terdapat struktur dan penggunaan perkataan yang salah. 5. Tidak memperlihatkan penguasaan teknik penulisan yang baik dan pemeriksa mendapati kejanggalan dan mungkin terdapat bahagian-bahagian yang kurang jelas. 6. Terdapat kesilapan-kesilapan ejaan walaupun tidak begitu teruk. 1. 2. Isi dangkal dan tidak tepat. Idea-idea tidak meyakinkan dan tidak memperlihatkan kematangan. Lemah 3. Jalinan idea tidak kemas, tidak ada huraian dan

perkembangan idea. 4. Penguasaan bahasa lemah. Terdapat banyak kesalahan yang dilakukan. 5. Tidak menguasai teknik penulisan. Pemeriksa dapat
46

merasakan kelonggaran dan kejanggalan penyampaian isi. 6. Menunjukkan kelemahan yang serius dalam aspek ejaan.

Jadual 11 : Ciri-ciri penentuan pemarkahan sesebuah esei.

1.

Rumusan

Kesimpulannya, berdasarkan semua huraian di atas, maka ternyatalah bahawa konsep-konsep pentaksiran, pengukuran dan penilaian mempunyai perkaitan rapat dalam proses mendapatkan tahap keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, tujuan atau objektif sesuatu penghakiman produk

pengajaran dan pembelajaran membabitkan ketiga-tiga aspek berkenaan. Oleh itu, guru perlu cekap menggunakan alat pengujian dan menguasai pengetahuan atau kemahiran yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Objektif pengajaran dan pembelajaran pula dapat dibahagikan kepada tiga domain utama, iaitu domain kognitif, domain afektif dan domain psikomotor. Manakala, di dalam setiap domain tersebut pula mengandungi aras-aras yang disusun daripada yang mudah kepada yang susah. Aras-aras tersebut seterusnya
47

akan dijelaskan melalui domain kognitif Bloom dan domain afektif Krathwohl. Antara aras yang terdapat dalam domain kognitif Bloom ialah pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Manakala, aras-aras domain afektif boleh disusun dalam lima peringkat, iaitu aras penerimaan, bertindak balas, menilai, organisasi dan perwatakan. Selain itu, terdapat beberapa kaedah penilaian bahasa yang dapat dijalankan oleh seorang guru. Antaranya adalah penilaian melalui portfolio. Portfolio

merupakan satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekod bukti pencapaian pelajar dalam suatu jangka masa yang ditetapkan. Kaedah yang kedua pula ialah kaedah pemerhatian. Penilaian melalui pemerhatian dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu yang ditentukan, bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Akhir sekali, proses membina 30 contoh soalan merupakan bahagian yang paling penting. Justeru, perancangan rapi dan mendalam perlu dilakukan untuk

membina soalan berdasarkan JSU dan mengikut keenam-enam aras Taksonomi Bloom. Selain itu, satu contoh penilaian kemahiran menulis juga diselitkan. Antara ujian yang dilaksananakan ialah ujian membina ayat, ujian menyambung atau melengkapkan ayat, ujian menyusun ayat-ayat menjadi suatu karangan, ujian menulis karangan secara berpandu dan juga ujian menulis karangan secara bebas. 7.0 REFLEKSI REFLEKSI KENDIRI NUR SHAMIMI BINTI JAMUDIN (901020-11-5250) Assalamualaikum WBT, Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapatlah saya menyiapkan tugasan yang diberi oleh pensyarah saya. Meneliti kembali hasil tugasan yang sudah siap dihasilkan teringat kembali saat-saat menerima tugasan ini. Bermula pada 11 Julai 2011 tugasan ini diberikan oleh pensyarah yang mengajar iaitu Puan Fatimah binti Ibrahim serta taklimat ringkas yang diberi oleh beliau.

48

Melihat kepada perincian tugasan yang perlu saya buat, pelbagai perspektif yang timbul seperti adakah mampu saya lakukan, adakah masa untuk saya berjumpa dengan pensyarah untuk berkolaborasi, adakah masa untuk saya menjejakkan kaki ke perpustakaan dan sebagainya. Dugaan ketika menerima tugasan ini adalah tugasan ini hadir bersama-sama dengan tugasan dari mata pelajaran yang lain. Memulakan tugasan ini mengambil masa yang agak lama, ini kerana sikap saya yang suka menangguh dan tiada disiplin dalam menyiapkan tugasan ini. Namun lama-kelamaan sikap ini berjaya saya kikis. Saya menjadi cemburu dengan rakan-rakan yang sudah menunjukkan draf pertama mereka sedangkan saya belum masuk tajuk kedua lagi. Dengan perasaan yang tidak mahu mengalah juga, saya berusaha menyiapkan draf pertama. Apabila draf pertama saya telah selesai, semangat untuk menyiapkan tugasan yang diberi kembali hadir. Setiap masa saya berusaha untuk menyiapkan tugasan ini serta tugasan-tugasan lain. Selama mana saya menyiapkan tugasan ini, banyak perkara yang membuatkan saya belajar. Sebagai contoh, saya dapat memahami dengan lebih mendalam mengenai tujuan pelaksanaan pengujian. Jika sebelum ini saya hanya tahu mengambil ujian bila tiba masanya tetapi kini saya menyedari peri pentingnya pengujian ini kepada setiap murid. Ujian bertujuan untuk menilai tahap pencapaian murid sama ada objektif pembelajaran tercapai atau sebaliknya.

Pemikiran kreatif dan kritis juga dapat diserap ketika tugasan ini dilaksanakan kerana saya perlu memikirkan soalan yang sesuai mengikut aras taksonomi bloom dan berpandukan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). JSU ini boleh saya gunakan untuk menyediakan soalan apabila saya bergelar seorang guru nanti. Perancangan yang teliti dan teratur perlu dilakukan sebelum melakukan JSU kerana jika tersilap langkah, soalan akan menjadi tidak seimbang dengan pembinaan JSU. Secara kesimpulannya, banyak yang saya belajar melalui tugasan ini. Sikap yang negatif perlu dibuang jauh-jauh supaya tugasan yang diberi selepas ini dapat
49

disiapkan dengan sempurna. Pencarian maklumat juga perlu dilakukan dengan lebih giat supaya banyak ilmu yang boleh diperolehi. Akhir kata, terima kasih kepada semua yang telah banyak mengajar saya pelajaran yang tidak pernah wujud di dalam kelas melainkan melalui pengalaman kita sendiri.

NUR ZALIKHA NADIAH BINTI ZAHARI (900421-03-5484) Bagi menyiapkan tugasan kerja kursus mata pelajaran Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BMM 3103) ini, saya perlu membuat kajian tentang definisi dan konsep pentaksiran, pengujian dan penilaian dalam pengajaran dan pembelajaran. Pada mulanya, saya mengalami kesukaran untuk menyiapkan tugasan ini kerana saya hanya bersumberkan buku-buku daripada perpustakaan. melayari beberapa laman web, sedikit sebanyak Namun, setelah saya untuk

membantu

mendapatkan maklumat tambahan untuk melengkapkan lagi kerja kursus saya ini.
50

Tugasan ini saya mulakan dengan mencari maklumat awal mengenai definisi dan konsep pentaksiran, pengujian dan penilaian. Setelah memahami pengertian dan konsep-konsep tersebut, saya dapat menghuraikan perkaitan antara ketigatiganya. Antara perkaitan yang dapat saya simpulkan di sini ialah pentaksiran,

pengujian dan penilaian mempunyai perkaitan rapat dalam proses mendapatkan tahap keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, tujuan atau objektif sesuatu penghakiman produk pengajaran dan pembelajaran membabitkan ketiga-tiga aspek berkenaan. Maklumat awal ini saya jadikan sebagai draf pertama untuk semakan. Setelah berbincang dengan pensyarah bimbingan saya, Puan Fatimah binti Ibrahim, ternyata masih banyak kesilapan yang dilakukan termasuklah kesalahan ejaan. Setelah membuat penambahbaikan draf pertama tadi, saya teruskan tugasan saya dengan menyentuh topik objektif pengajaran dan pembelajaran. Objektif ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu kognitif, afektif dan psikomotor. Aras-aras

tersebut seterusnya dijelaskan melalui domain kognitif Bloom dan domain afektif Krathwohl. Antara aras yang terdapat dalam domain kognitif Bloom ialah

pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Manakala, arasaras domain afektif boleh disusun dalam lima peringkat, iaitu aras penerimaan, bertindak balas, menilai, organisasi dan perwatakan. Melalui pembacaan yang mendalam terhadap kaedah-kaedah penilaian bahasa, saya telah memilih kaedah portfolio dan pemerhatian untuk dijalankan di dalam bilik darjah. Portfolio merupakan satu kaedah yang digunakan untuk

mengumpul dan merekod bukti pencapaian pelajar dalam suatu jangka masa yang ditetapkan. Kaedah yang kedua pula ialah kaedah pemerhatian. Penilaian melalui pemerhatian dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu yang ditentukan, bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, kami juga telah membina 30 contoh soalan berdasarkan JSU dan mengikut aras Taksonomi Bloom. Proses ini merupakan bahagian yang paling

penting. Justeru, perancangan rapi dan mendalam perlu dilakukan untuk membina soalan berdasarkan JSU dan mengikut keenam-enam aras Taksonomi Bloom.
51

Selain itu, satu contoh penilaian kemahiran menulis juga diselitkan. Antara ujian yang dilaksananakan ialah ujian membina ayat, ujian menyambung atau melengkapkan ayat, ujian menyusun ayat-ayat menjadi suatu karangan, ujian menulis karangan secara berpandu dan juga ujian menulis karangan secara bebas. Akhir sekali, kerja kursus pada kali ini banyak memberi kesan yang bermakna dalam hidup saya. Dalam erti kata lain, jika saya tidak memahami aspek-aspek pentaksiran yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu ini, maka tidak lengkap tanggungjawab saya sebagai seorang bakal guru.

Kesimpulannya, pentaksiran, pengujian dan penilaian merupakan aspek penting dalam membuat pengukuran bagi sesuatu mata pelajaran. Oleh itu, perancangan rapi dan mendalam perlu dilakukan untuk mendapatkan satu penampilan yang benar-benar relevan dengan apa yang dihasratkan. Justeru, saya telah bertungkuslumus menyiapkan tugasan ini dan menghantarnya pada masa yang ditetapkan bagi memastikan semua pihak berpuas hati.

52

You might also like