You are on page 1of 6

PANDUAN UNTUK PELAJAR PANDUAN KURSUS: (a) HBEF 2503 (KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN) (b) HBEF 4303

(KAJIAN TINDAKAN BERASASKAN SEKOLAH)

BAGI PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (SMP) Perlaksanaan Kursus Berkaitan Kajian Kursus berkaitan kajian terdiri daripada DUA kursus iaitu HBEF 2503 dan HBEF 4303. Pelajar WAJIB mengambil kursus HBEF 2503 sebelum mengikuti kursus HBEF 4303. KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN HBEF 2503 1. 2. Dijalankan selama 1 semester. Contohnya semester Mei 2008. Pelajar WAJIB mengambil kursus HBEF 2503 sebelum mengikuti kursus HBEF 4303. Penilaian: PENILAIAN % Kerja Kursus: Cadangan Penyelidikan (CP) 35% Perbincangan Atas Talian 5% (OLP) Peperiksaan Akhir 60% JUMLAH KESELURUHAN 100% Individu yang Bertanggungjawab Tutor Penyelia Tutor OUM

Pelajar perlu menyediakan satu cadangan kajian tindakan dalam kursus ini. Pelajar bebas memilih tajuk kajian, tetapi tajuk yang dipilih mestilah berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Untuk menyediakan cadangan kajian, pelajar akan dibimbing oleh seorang tutor penyelia yang dilantik oleh Fakulti. Tajuk kajian yang dipilih dan diterima oleh tutor penyelia akan digunakan dalam kajian bahagian 2 (HBEF 4303). Contoh tajuk kajian tindakan: FAKTOR MINAT YANG MEMPENGARUHI MURID TAHUN 4 TERHADAP PENDIDIKAN JASMANI DI SALAH SEBUAH SEKOLAH KEBANGSAAN BIRU

3. a) b) c)

Cara Perlaksanaan: Pelajar akan mengikuti kelas tutorial seperti biasa yang dikendalikan oleh sesorang tutor yang akan dilantik oleh Fakulti. Penilaian OLP akan dilakukan oleh tutor didalam kelas. Peperiksaan adalah berdasarkan modul HBEF 2503. Perjumpaan/perbincangan tutor penyelia dengan pelajar sekurangkurangnya DUA (2) kali, iaitu selama 2 jam (minimum) bagi setiap perjumpaan. Tarikh, tempat dan masa perjumpaan adalah mengikut persetujuan di antara tutor penyelia dengan pelajar.

4.

Format Cadangan Penyelidikan BIL Cadangan Penyelidikan pelajar hendaklah mengikuti format yang disediakan seperti berikut: PERKARA Lebih kurang 21 24 halaman (tidak termasuk muka surat tajuk, abstrak, rujukan dan lampiran) o 1.5 langkau (spacing) dan font New Times Roman saiz = 12 poin o comb binding dengan kulit nipis (soft cover) berwarna biru tua. Muka surat Tajuk (Title Page) Abstrak (Abstract) o PENGENALAN (INTRODUCTION) [kira-kira 6-7 halaman] Bab 2 Penyataan Masalah Kajian (Statement of Research Problem) Soalan Penyelidikan atau Kajian (Research Question) Objektif Penyelidikan atau Kajian (Objectives of the Research) Kepentingan Penyelidikan atau Kajian (Significance of the Research) Batasan Penyelidikan atau Kajian (Limitation of the Study)

i ii Bab 1

TINJAUAN LITERATUR (LITERATURE REVIEW) [kira-kira 8-9 halaman] METODOLOGI PENYELIDIKAN (RESEARCH METHODOLOGY) [kira-kira 7-8 halaman] Rekabentuk Penyelidikan atau Kajian (Research Design) Sampel (Sample)

Bab 3

Instrumen (Instuments) Contoh: soal selidik, ujian pencapaian, skala sikap, senarai semak permerhatian, senarai semak temu bual (perlu dilampirkan) Prosedur Pengumpulan Data (Data Collection Procedure) Analisis Data (Data Analysis) Rujukan (References)

Format Ringkasan Cadangan Penyelidikan Setelah menyediakan Cadangan Penyelidikan, pelajar yang menjalankan kajian disekolah lain, dikehendaki membuat satu Ringkasan Cadangan Penyelidikan dengan mengikuti format seperti berikut: PERKARA o Lebih kurang 6-8 halaman (tidak termasuk lampiran) o 1.5 langkau atau spacing Muka Surat Tajuk (Title Page) Penyataan Masalah Penyelidikan atau Kajian (Research Problem) Objektif Penyelidikan atau Kajian (Research Objective) Soalan Penyelidikan atau Kajian (Research Questions) Kaedah Penyelidikan atau Kajian (Research Methodology) Sampel (Sample) Instrumen (Instruments) Contoh: Borang Soal Selidik, Pra-Ujian, PascaUjian & Pemerhatian (perlu dilampirkan) Borang EPRD (Borang BPPDP) diisi dengan lengkap oleh pelajar o Borang EPRD pelajar perlu lengkapkan Bahagian A, B, C dan E yang terdapat dalam borang. o Sila abaikan Bahagian B - NO 14, 15 DAN 16. Perlu disertakan Tiga (3) sampul surat (21.5cm X 10.5 cm) bersetem RM0.50 tiap-tiap satu.( Satu sampul surat hendaklah ditulis alamat sendiri)

BIL 1

Pelajar perlu menyimpan salinan Cadangan Penyelidikan untuk memudahkan anda melaksanakan kajian yang dirancangkan apabila kursus Kajian Berasaskan Sekolah HBEF 4303 ditawarkan kelak.

4.

Bahasa Pengantar: a) b) Pelajar yang mengambil major Bahasa Inggeris hendaklah menulis Cadangan Penyelidikan dalam Bahasa Inggeris. Pelajar yang mengambil major Pendidikan Matematik dan Pendidikan Sains digalakkan menulis Cadangan Penyelidikan dalam Bahasa Inggeris. c) Manakala pelajar yang mengambil major lain (selain dari major di atas) dikehendaki menulis Cadangan Penyelidikan dalam Bahasa Melayu.

5.

Permohonan Kelulusan EPRD a) Bagi pelajar yang menjalankan kajian di sekolah sendiri tidak perlu mendapatkan surat kebenaran untuk menjalankan kajian daripada EPRD. Pelajar juga tidak perlu membuat Ringkasan Kajian. Walau bagaimanapun, pelajar perlu mendapatkan kebenaran daripada Guru Besar. Surat kebenaran boleh didapati dalam Mylms di bahagian Fakulti. b) Bagi pelajar yang menjalankan kajian di sekolah lain, pelajar perlu mendapatkan surat kebenaran dari pihak EPRD. Pelajar perlu membuat Ringkasan Kajian tersebut dan dihantar sendiri kepada pihak EPRD untuk mendapatkan surat kebenaran menjalankan kajian di sekolah tersebut. Ringkasan Kajian tersebut tiada markah, oleh itu pelajar digalakkan menjalankan kajian di sekolah sendiri. PROJEK KAJIAN TINDAKAN BERASASKAN SEKOLAH-HBEF 4303

1.

Dijalankan selama 1 semester. Pelajar mesti mengikuti kursus HBEF 4303 dalam tempoh 1 tahun Kalender Akademik selepas mengambil kursus HBEF 2503. Contohnya: Pelajar yang telah mengikuti kursus HBEF 2503 pada semester MEI 2009, hendaklah mengambil kursus HBEF 4303 sebelum atau pada semester MEI 2010.

2. 3.

Pelajar akan menjalankan kajian seperti yang telah dirancang dalam cadangan kajian yang telah disediakan dalam kursus HBEF 2503. Kajian yang dijalankan di sekolah sendiri tidak perlu mendapatkan kebenaran daripada EPRD. Walau bagaimanapun, pelajar perlu mendapatkan kebenaran daripada Guru Besar. Surat kebenaran boleh didapati dalam Mylms di bahagian Fakulti.

4.

Pelajar akan diselia oleh tutor penyelia yang telah membimbing pelajar menyediakan cadangan kajian (HBEF 2503). Pelajar perlu membuat perjumpaan bersama tutor penyelia masing-masing sekurang-kurangnya EMPAT kali perjumpaan. Kehadiran perjumpaan adalah WAJIB. Markah akan diberi untuk setiap kali perjumpaan.

5. 6.

Tutor penyelia akan membimbing dan memastikan kajian yang dihasilkan oleh pelajar memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh pihak universiti. Penilaian untuk kursus HBEF 4303 adalah seperti berikut: PENILAIAN Laporan Kemajuan Penyeliaan (Berdasarkan Empat Kali Perjumpaan) Laporan akhir JUMLAH KESELURUHAN 7. Format Laporan Akhir/Tesis Laporan Akhir/Tesis pelajar hendaklah mengikuti format yang disediakan seperti berikut:
Tajuk (Title) Abstrak (Abstract) Pengenalan (Introduction) (a) Latar Belakang Kajian (Research Background) (b) Soalan Penyelidikan atau Kajian (Statement Of Problem) 1. (c) Objektif Penyelidikan atau Kajian (Research Objective) (d) Batasan Penyelidikan atau Kajian (Research Limitation) (e) Definisi/Istilah (Definition/Term) (f) Kepentingan Kajian (Research Importance)

% 20 80 100%

Individu yang Bertanggungjawab Tutor Penyelia Tutor Penyelia

Bab (Chapter)

2.

Tinjauan Literatur (Literature Review) Metodologi Kajian (Research Methodology) (a) Rekabentuk Penyelidikan (Research Design) (b) Populasi dan sample (Population And Sample) (c) Instrumen (Instrument) (d) Kajian Rintis - Kebolehpercayaan / keesahan (Pilot Study Reliability/Validity) (e) Prosedur Pengumpulan Data (Data Collection Procedure) (f) Cara Penganalisan Data (Data Analysis Method)

3.

4.

Analisis Data (Data analysis) (a) Profil Responden (Profile of Respondents) (b) Laporan Dapatan Kajian (Research Findings)

5.

Rumusan, Perbincangan dan cadangan (Summary, Discussions and Recommendations) (a) Rumusan Hasil Kajian (Summary/conclusion of Research Results) (b) Perbincangan Dapatan Kajian (Discussions of Research Results). (c) Implikasi Dapatan Kajian (Implications of Research Findings). (d) Cadangan Kajian Lanjutan (Recommendations for Further Research). Bahasa (Language) Rujukan (References)

PERINGATAN LAPORAN AKHIR ADALAH MENGIKUT FORMAT TESIS UNTUK MENDIDIK PELAJAR SUPAYA BOLEH MENGHASILKAN SATU LAPORAN ILMIAH YANG BERKUALITI.

You might also like